Bukan
homescik. Tetapi entah kenapa, setiap kali tamat cuti di rumah dan tiba waktu
untuk pulang ke medan amal yang sebenar, hatinya sering berat. Berat untuk
meninggalkan rumahnya, tempat dia jatuh bangun di waktu kecil dahulu tatkala
mula mula belajar bertatih, berjalan dan seterusnya berlari.
Udara
kampung yang nyaman, kucing kucing jalanan yang bermain manja dan mesra di kaki
lima rumahnya, bunyi bunyian pelepah pelepah kelapa bergeseran sesama mereka
tatkala disapa bayu petang yang redup, semut semut hitam yang bekerja tanpa
kenal erti penat dan futur, dan banyak lagi sudut alam yang sinonim dengan
kampung halamannya terus menerus melekat di hati.
Seakan
sukar untuk melepaskan semua itu pergi.
Semakin
mendekat hari untuk pulang ke kampus, untuk meneruskan amanah menuntut ilmu, dan
lebih daripada itu untuk meneruskan amanah dakwah di pundaknya, seakan akan
terasa makin kuat dayat tarikan itu.
Namun,
apalah sangat semua itu. Maka, digagahi jua. Usai langkah langkah terakhir
meninggalkan rumah selangkah demi selangkah, dia menoleh dan melambai Umi buat
kali terakhir, untuk persinggahan kali ini. Umi lah daya penarik paling besar
untuk si anak terus berada di rumah, untuk pulang ke rumah.
Begitulah
Umi bagi seorang anak. Tidak cukup ruang yang ada untuk ditulis satu persatu
betapa besarnya peranan Umi.
Umi adalah
perkataan bahasa Arab yang seerti dengan ibu saya. My mother. Dan
terjemah-terjemahan yang lainnya la.
Al Quran
saat pertama kali turun kepada generasi para Sahabat sering mendatangkan mesej mesej peringatan
dalam bentuk yang tidak diduga, tidak disangka, penuh kejutan dan unsur suspen.
Ia menyebabkan (pendapat) mesej yang dibawa dalam perlbagai bentuk itu terus
subur hidup dalam jiwa para sahabat.
Umpamanya,
Allah swt
berfirman,
“Fa ummuhu
Haawiyah..”
Ayat dalam
Surah Al Qari’ah di atas menjelaskan tentang dahsyatnya penyiksaan dan ganjaran
buat ahli neraka. Allah swt menggunakan perkataan Ummuhu. Ummu ialah Ibu
manakalah suku kata ‘hu’ merujuk kepada dhomir, atau ganti nama ‘dia’ especially
untuk lelaki.
Sungguh
mengerikan apabila neraka Haawiyah itu dinisbahkan sebagai ibu bagi
penghuninya. Jauh sekali menyimpang daripada apa yang kita faham tentang
perkataan Ummu, atau Umi.
Seolah-olah
Allah swt nak bagi tahu, buat mereka ini, neraka itulah ibu mereka. tempat
kembali, tempat nak minta pertolongan, tempat nak dapat kasih sayang, tempat
nak rasa masakan sedap, itulah dia tempatnya! Hawiyah!
Pemilihan
kosa kata yang sangat tepat untuk membawa mesej kedahsyatan ini dengan kadar
kedahsyatan yang tidak dapat diotakkan oleh otak yang terbatas ini. Agaknya
inilah pengalaman pengalaman tarbiyah para sahabat dahulu, mendapat tarbiyah
secara langsung daripada al Quran, dengan redaksi ayat yang membekas ke dalam
jiwa, tatkala dibaca ayat ayat ini oleh Rasulullah saw kepada mereka.
Neraka ini
sangat dahsyat.
Jika kita
dapat bayangkan suatu suasana yang dahsyat, maka ketahuilah neraka itu lebih lagi
daripada itu.
Namun
sangat aneh kita lihat hari ini, cara Muslim sendiri menjalani hidup dengan
pesta maksiat, membuat onar secara terbuka, pergaulan bebas di bilik bilik
kuliah, dengan pakaian mendedah aurat, bercakaran di khalayak, meninggalkan
solat, mencuri, membuat fitnah fitnah tidak berasas, dilakukan dengan penuh
yakin, yakin bahawa tidak ada tempat yang kita namakan sebagai neraka itu.
Seolah-olah
benda ghaib itu sudah tidak mendapat tempat dalam sudut keimanan kita.
Sebenarnya
saya tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya didikan ataupun tarbiyah yang
berkesan daripada Rasulullah kepada para sahabat, yang mana hanya bercerita
tentang teori semasa berada di zaman Mekah, para sahabar r.a ajmain begitu
hangat membara keimanan mereka.
Ada sesuatu
yang tidak kena dengan program kita
barangkali.
Mungkin ada
sesuatu yang boleh dipelajari tatkala kita telusuri ayat tadi, bagaimana mesej
mesej syurga neraka ini dibawa dalam bentuk yang berbeza-beza oleh al Quran.
Benarlah
saranan ini;
“…dan
katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.”
(An Nisa
:63)
---
Random.
3 comments:
dalam usrah perlu ada mehwar imaniyyah. kena ada sentuhan2 yg buat kita rasa nak menangis, merasai kebesaran Allah. kena rasakan adanya syurga dan neraka sehingga kita menangis kerana takut untuk dicampakkan ke dalam api neraka dan takut untuk tidak dapat masuk ke syurga.
-pakcik hassan
Salam wbt. Jazakallahu khairan kathira! Since 2012 (lost count, x igt dh eheh) sy start baca blog anda. Dan anda buat saya sangat suka part anda tulis pasal tafsir neh. Im proud of you bro. Moga Allah juga redha dengan anda. Next book pasal tafsir, boleh?
Wasalam alaikum wbt. Jzkk atas masukan. Insya Allah next buku adalah himpunan cerpen bawah suluhan surah al fatihah. Nantikan ye. Biidznillah.
Post a Comment