Pertemuan itu Satu Nasihat!
Pada penghujung Januari lagi kami ingin bertemu. Sudah
hampir kurang lebih sepuluh purnama kami tidak bersua. Aku karangkan di sini.
Akh itu, dua tahun yang lalu, ya dua tahun yang lalu menjadi teman
sepermainanku di kolej. Pada tahun kedua, kami merancang duduk bersama.
Alhamdulillah, urusan jalan seperti dirancangkan. Allah swt
telah sudi mengabulkan rancangan picisan kami. Hampir setahun berkenalan, luar
dan dalam, bukan tak banyak rahsia tersingkap. Ah. Manisnya sebuah taaruf.
"Aku sampai
KL esok malam..."
"Stay
sampai bila ?"
"Sampai
petang Sabtu. ."
"Sabtu
berlepas kul berapa ?"
"Kul 6
petang insya Allah"
"Hmmmm.
Menarik. Kalau sempat, ada la aku kat situ. .."
Tidak ada yang menarik untuk
diceritakan. Tidak menarik sebagaimana akh lain menyentuh qalb akhnya. Tetapi
cukuplah satu pertemuan yang ringkas tetapi bermakna. Sesungguhnya, pertemuan
itu satu nasihat.
"Kelas aku habis awal plak
hari ini. Insya Allah aku try. ."
"Tak payah la...bazir duit
je. Jauh kot"
"Leh. . Bazir tang mana nye.."
"Len kali la"
"Haha. Dah beli ticket. Ada
diskaun. No hal. Tunggu la kat mana mana kayyy"
Dua tahun yang lampau, yang sarat dengan memori datang
bertandan ke benak, selama hampir setengah jam perjalanan. Dari stesen Bandar
Tasik Selatan ke KLIA, dengan rahmat Allah dan kerja manusia, jarak yang jauh
ibarat sekangkang kera. Alhamdulillah.
"Assalamualaikum. ."
"Masha Allah, apa khabar ?
Eh jom la makan sekali"
"Sihat. Baru je makan la.
Kau makin kurus. Cane?"
"Cane apa? Haha. Sat
ek"
"Entah. Life. Belajar
ok?"
"Alhamdulillah. Aku nak
habis dah by end of this year. Nak kerja dah. Pasni boleh ar bagi duit raya
hehe"
"Cepat sangat. Sambung
belajar ?"
"Ada plan. Tengok la macam
mana"
Borak borak rasmi mendahului perbualan hangat petang itu.
“Kat sana semua ok?”
“In what sense?’
“Ermmm. Usrah usrah sume?”
“Ada je sekali seminggu. Entah.
Tak intensif. Kalau ada orang ajak aku ikut. Haha. Usrah dah jadi macam sesi
tazkirah mingguan. Maintenance!”
“Oh. Mungkin sebab dah lain fasa
kot. Sekarang kan dah masuk fasa masyarakat gitu, mana ada usrah usrah ini.
Eheh.”
Begitulah. Aku sudah tawar hati untuk bercakap soal usrah.
Usrah yang sudah dianak tirikan. Usrah yang menjadi nuleus tarbiyah, ditolak ke
tepi. Mesyuarat kawasan, himpunan solidarity, menolong mangsa banjir,
demonstrasi aman, flash mob, dijulang tinggi melangit. Jika ada barisan pemuda
dakwah yang sibuk dengan daurah, usrah bagai, dikatakan ber-idealisme, tidak
berpijak di bumi yang nyata. Ataupun dengan sindiran, “sibuk dengan syahadatul
haq agaknya!”
Inilah mentality yang membunuh dakwah!
Ibaratnya, mentang-mentang dua tiga kerat anak sudah masuk
ke university, habis sekolah sekolah dan tadika hendak ditutup. Ah. Punah
picisan kali ini, dibusuki emosi yang tidak menentu.
“Study ok ?”
“Ok je setakat ni. Bila nak lawat
kitorang?”
“Insya Allah, ada rezeki boleh
la. Selagi kau tak balik for good kan”
“By the way, mana buku?”
“Buku apa benda plak ni?”
“Kemon la. Tak bawak ke? Mesti
ingat aku tak baca kan. Aku bacakot”
“Weh terharu gila. Takpe, nanti
dapat soft copy la. Serius tak terfikir pun, macam tak perlu baca pun ada jugak
hehe”
“Ni ha. Buku cenderahati..”
Adab adab menuntut ilmu. Dari al akh kepada akhnya yang
lain. Al akh dengan buku, begitulah. Mungkin tidak dirancang pemberian itu,
namun apalah sangat senaskah buku, dibandingkan dengan kenangan kenangan
bersama akh itu.
“Wah. Ni mesti plan nak baca
dalam plane kan?”
“Eh takdelah. Aku dah habis baca.
Baca la. Bagus ini”
“Adab adab. Yup. Topic yang left
behind, dilupakan, like seriously”
Habis satu lunch meal, ditambah beberapa side dish yang
lain, dan segelas air berkarbonat, boleh tahan banyak juga topi yang
diborakkan. Menyentuh pelbagai isu. Baik isu peribadi, pelajaran, dakwah sikit
sikit sehinggalah isu nasional, merentasi benua pula tu. Benar benar hidup,
insya Allah.
“Tak sangka datang juga sini..”
“Haishh, bukan selalu..terharu
lettew heh”
“Ok aku gerak dulu, ke boarding
gate, insya Allah jumpa lagi”
“Insya Allah, ke Jakarta one day
kalau ada rezeki”
“Insya Allah. Study betul betul,
jangan tidur dengan buku lagi haha..”
“Kayyy. Jaga diri”
Langkah kedua akh itu diatur. Arah yang berbeza. Haluan yang
berbeza. Tetapi banyak yang sama. Paling penting, yang sama, cita-cita ke
syurga! Semangat!
Bukankah sudah kami katakan, pertemuan itu satu nasihat?
Nah, sentuhan al akh.
No comments:
Post a Comment