KL sentral tidak pernah sunyi daripada suara manusia.
Bermula daripada bayi dalam perambulator yang berteriak menagih perhatian si
ibu, bunyi tapak kaki yang melantun mengenakan daya pada lantai stesen, bunyi
geseran antara kasut dengan lantai si pejalan kaki yang malas, yang berjalan
dengan sambil lewanya, suara suara seni daripada para busker yang mengharapkan
seringgit dua daripada para pengunjung, sehingga kedengaran dari corong corong
pembesar suara pengumuman pengumuman tentang perjalanan ke pelbagai destinasi.
Haru biru.. tidak dilupakan suara suara sumbang manusia
berbicara sesama manusia yang tidak dapat dilenyapkan dari ruang dan waktu itu.
Bahkan pelbagai jenis simfoni lagi.
Photo By AZ
Di tengah tengah lautan manusia yang berjalan ke kiri dan ke
kanan ini, akh itu mengambil tempat tidak jauh dari keramaian, di salah satu
daripada sudut sudut yang ada untuk memerhati dan bermuhasabah. Teringat pula
akan kata kata keramat imam kita, ustaz Hassan al Banna, redaksinya kurang
lebih berbunyi begini;
"Aku ingin dakwah ini mengetuk sekelian pintu rumah
sehingga sampai kepada janin janin yang masih dalam rahim ibunya"
Ambitious!
Begitulah thumuhat kader dakwah!
Suatu hari seorang akh pernah mendatangi mutarrabinya dan
menanyakan beberapa soalan.
“Dah ready nak sambut junior
masuk dan halaqahkan mereka? Huhu”
“Err. Entah la.”
Jawapan yang melesukan. Pandangan matanya dilemparkan ke
dinding putih di sebelah kiri, melihat jauh. Seolah-olah ada persoalan yang
besar bermain di benaknya. Jauh dia merenung mencari jawapan, melangkaui
dinding simen bercat putih itu. Barangkali.
“Agak-agakla...ke mana sebenarnya
halaqah kita ni?”
“Tu la. Tak dapat grab lagi la.
Kita ajak orang halaqah. Yang itu boleh je. Tetapi tak jelas la halatuju. Lepas
tu apa? Kemudian apa?”
Al akh murabbi memuhasabah dirinya.
Thumuhat!
Bukan si adik yang baru sahaja beberapa bulan bersama
halaqah tarbiyah itu yang keliru dengan halatuju dakwah, yang tidak nampak ke
mana risalah ini mengajak dan menyeru manusia, bahkan ikhwah yang sudah
bertahun lamanya memimpin halaqah turut buntu apabila ditanya akan halatuju
halaqahnya, ke mana dakwahnya itu membawa manusia, sampai bila?
Sehingga apabila ditanya,
“Akhi...anta bawak halaqah sebab
apa?”
“Entah la. Ana buat sebab rasa
best.”
“Ana buat sebab naqib ana pun buat
benda yang sama”
“Ana buat sebab ikhwan buat..”
“Ana buat sebab takde orang buat
lagi la dekat tempat tu”
“Ana buat sebab banyak sangat
waktu kosong, daripada terluang, baik ana bawa halaqah”
Pening!
Begitulah jawapan jawapan yang mengecewakan, meskipun dari
juru halaqah yang jaguh di medan amal. Tidak jelas dengan hala tuju dan
thumuhat dakwahnya. Sebab itu, tanpa thumuhat yang mendasar dan jauh ke depan
ini, ada yang sambil lewa dengan halaqah
mereka. Datang halaqah untuk isi waktu lapang. Prepare bahan halaqah last
minute. Buat halaqah ala kadar. Halaqah untuk key performance indicator atau
sekadar untuk isi laporan bertulis!
Lagi memeningkan.
Maka mari kami tanyakan kepadamu,
“Kenapa bersama halaqah?”
Atau,
“Ke mana antum nak bawak
mutarabbi masing-masing ini?”
Kami juga ditanya soalan yang sama-sama bertubi-tubi oleh
Abang Murabbi. Pada soalan-soalannya ada konotasi provokasi. Tetapi kami yakin
tidak, ia mengajar kita berfikir, supaya jelas dengan amal-amal yang kita
lakukan.
Thumuhat ialah perkataan Arab yang bermaksud cita-cita,
ambition. Dalam kalangan orang tarbiyah, kita melihat cita cita itu cita cita
dakwah. Bukan cita-cita kita yang kadang-kala berpaksikan nafsu itu.
Cita-cita dakwah ini besar, tinggi melangit. Jauh lebih
tinggi daripada gunung ganang yang bertebaran di muka bumi ini. Bukankah Islam
itu sendiri tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya? Begitulah kita
diajarkan, akan keluhuran cara hidup ini.
Kegagalan melihat betapa tingginya matlamat dakwah ini
menyebabkan kadang-kadang al akh yang berstatus da’ie pun tersangkut dengan hal
hal kecil dan remeh temeh. Dan kadang-kala, meskipun sudah jelas betapa jauhnya
dakwah ini melemparkan cita-citanya, ada kader yang tidak melihat hala tuju itu
dengan pandangan iman yang mendalam, lalu mereka menyifati cita cita dakwah
terlalu utopia, tidak berpijak di bumi yang nyata!.
Barangkali kita sudah lupa.
Tatkala Allah swt menaklifkan tugas khalifah kepada manusia
dalam firman lejen yang sudah kita hafal itu;
“Dan ingatlah ketika telah berfirman Tuhanmu kepada para
malaikat, sesungguhnya Aku ingin menjadikan di muka bumi khalifah...”
(Al Baqarah :30)
Allah menyebut kekhalifah bukan sahaja pada diri sendiri
yang mana kefahaman ini sering menjadi ayat escapism dalam kalangan kita untuk
tidak bersuara menyampaikan dakwah, tetapi Allah pada kali pertama melantik
khalifah telah menetapkan matlamat yang begitu luhur, khalifah di muka bumi!
Terlalu
idealism kah Allah swt ?
Ya, menjadi khalifah di muka bumi. Bukan sekadar dalam rumah
kita yang sesak dengan udara jahiliyah itu, atau sekadar di peringkat university,
atau di tempat kerja, di peringkat JKK kampong dan sebagainya. Tetapi sehingga
ke seluruh pelusuk bumi. Faham benar kami kira al Banna tatkala beliau ingin
sampaikan ayat ayat Allah swt ini sehingga ke janin janin yang masih dalam
perut ibu mereka.
Lalu ke mana sebenarnya hala tuju halaqah kita yang kecil
itu?
Jauh sebenarnya cita cita ia.
Ambil seriuslah.
Kita juga diajarkan, “Kefuturan setelah bermujahadah adalah
disebabkan kerosakan pada langkah pertama”. Sheikh Muntalaq memperincikan lagi
langkah pertama ini dalam karya lejen beliau Raqaiq, yakni niat di permulaan
yang tidak murni dan cita-cita pada permulaan tidak ditanamkan meluhur.
Soalan-soalan yang datang kepada kami berkenaan perancangan
ke depan sering memeningkan kepala, bahkan lebih banyak cengkerik yang
menjawab.
“Apa thumuhat antum?”
“10 tahun ke depan, agaknya antum
berada di mana?”
“Apa yang antum persiapkan untuk
adik adik ini..”
Thumuhat dan perancangan, tidak boleh dipisahkan. Terlalu banyak
sebenarnya yang masih kita perlu pelajari dan teladani. Lebih menyedihkan,
dalam keadaan dakwah meminta kita melihat ke depan dengan perancangan dan
persiapan, masih ada al kah yang dihurung masalah peribadi, masih bermain tarik
tali dengan jahiliyah lama.
Moga Allah swt mengampundan dosa kita semua.
Semoga pencerahan tentang thumuhat kita ini mampu memberi sentuhan
baharu buat kita, untuk melipatgandakan usaha, melihat dakwah dengan kaca mata
yang lebih jelas, mengatasi sentuhan-sentuhan al akh!
3 comments:
mungkin agak tergantung sebenarnya.
ke mana kita? adakah cita2 sama dengan tujuan?
Wuaaa sila sambung entry ni akh!
Post a Comment