Photo By AZ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita orang yang
kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami lalu ia melepaskan
dirinya dari nya (ayat-ayat), lalu ia diikuti oleh Syaitan lalu termasuklah
dalam kalangan orang-orang yang sesat.
(Al ‘Araf :175)
Dalam ayat di atas, Allah sedang menceritakan tentang
segolongan hamba yang sangat berilmu, sebab apa? Sebab telah didatangkan kepada
mereka ini ayat-ayat Allah.
‘Ayatina’ atau ayat-ayat Kami, merupakan perkataan Bahasa
Arab yang membawa maksud tanda-tanda Kami, tanda-tanda Allah swt. Tanda-tanda
Allah swt boleh dibahagikan kepada dua, iaitu tanda-tanda daripada Al Quran dan
tanda-tanda kebesaran Allah pada cipataanNya yang lain, sama ada pada alam buana,
matahari, bulan, pergantian siang dan malam, kosmos dan segala macam lagi.
Kemudian lebih daripada itu, seolah olah Allah sendiri yang
mengajar dan menjadi murabbi kepada mereka ini, kerana menggunakan perkataan ‘ataina’
yakni ‘Kami berikan’. Begitulah, betapa maha dahsyat nya dapat kita jangkakan
proses tarbiyah yang diterima oleh golongan yang dimaksudkan ini sehingga tidak
dapat disangkal lagi ilmu, dan taujih tarbawi yang diterimanya.
Lantas apa pula yang dia lakukan?
Fansalakho!
Golongan tersebut melepaskan diri daripada ayat-ayat
tersebut. Perkataan ‘fansalakho’ mengikut Bahasa Arabnya ialah seperti ular
yang bersalin kulit, yang melepaskan kulit lamanya perlahan-lahan lantas terus
mendapat kulit baharu. Malang sekali mereka yang diberikan segala aneka ilmu
ini, memilih untuk detach daripada ayat-ayat Allah, daripada kebenaran yang
sampai kepada mereka.
Kemudian apa yang berlaku?
Syaitan mengikuti mereka, terus. Tanpa lengah tatkala Allah
menghubungkan perkataan-perkataan ini dengan huruf penyambung ‘fa’. Seolah-olah
sebaik-baik sahaja mereka meninggalkan atau detach daripada ayat ayat Allah,
terus sahaja mereka diikuti Syaitan dan termasuk dalam kalangan orang-orang
yang sesat. Bagaimana mungkin orang yang begitu rupa tahap keilmuannya boleh
sesat?
Kerana melepaskan diri daripada ayat ayat Allah. Ketahuilah
bahawa ayat ayat Allah merupakan pelindung kepada kita semua. Tatkala kita
meninggalkannya, terus kita ini termasuk golongan yang sesat. Tanpa kita
sedari. Ya tanpa kita sedari!
Untuk siapakah ayat ini?
Ya. Untuk mereka yang bersama usaha dakwah dan tarbiyah.
Untuk mereka yang membaca dan mempelajari al Quran. Untuk mereka yang telah
terlebih dahulu attached dengan ayat-ayat Allah. Untuk mereka yang sudah
bersama gerabak dakwah dan tarbiyah, yang kemudiannya berkira-kira untuk
detach, melepaskan diri daripada semua ini.
Ikhwati fillah,
Begitulah kadang-kadang sampai satu peringkat, kita berasa
halaqah kita tidak lagi basah seperti waktu kita awal awal beriman dengannya.
Kadang-kadang kita merungut murabbi kita tidak pandai menyampaikan bahan. Kita
rasa bosan dengan teman teman sehalaqah yang tidak habis habis dengan masalah
peribadi mereka.
Sehingga kita merunggut dan berkira-kira untuk meninggalkan
sahaja semua benda ini;
“Akhi, usrah ana bosan la...”
“Murabbi ana ni kering la..tak masuk la ana”
“Ana rasa dah tak releven usrah ni..”
“Tak nak la ana bersama usrah yang baru ni, murabbi pun
tergagap-gagap. Tak pandai membina la ana nampak..’
“Dua jam ana tengok video Ust Azhar lebih terisi la daripada
buang masa dalam halaqah...”
“Ana rasa cukup nak tambah thaqafah dengan kuliah Doc Maza
ke, Ust Nouman Ali Khan ke, dalam halaqah tak dapat pun semua itu..”
Dan banyak lagi la rungutan rungutan yang lain.
Bertenanglah sebentar duhai duat, dan perhatikan balik ayat
yang kita renungkan tadi. Betulkah halaqah yang patut disalahkan? Betulkah
kegagalan murabbi itu yang menjadi asbab perasaan perasaan gelisah dan tidak
aman itu hadir? Sedangkan Allah swt telah datangkan kepada kita berita, orang
yang telah didatangkan kepada mereka segala jenis pengisian, bahkan didatangkan
secara terus daripada Allah swt, tetapi tetap memilih untuk fansalakho.
Jadi mungkin kita sebenarnya yang bermasalah. Jika kita
memilih untuk ‘detach’, maka kita akan ‘detach’. Ketahuilah, memilih untuk
‘detach’ bermakan kita lantas akan diikuti syaitan dan termasuk orang-orang
yang sesat. Perkara ini bahkan benar benar berlaku.
Betapa ramai alumni halaqah yang kecewa dan meninggalkan
gerabak tarbiyah dan dakwah ini hidup mereka sedikit demi sedikit kembali
seperti tidak pernah mendapat sentuhan tarbiyah. Qiyamulailnya entah ke mana.
Quranya makin berkurang saban hari. Pergaulan lelaki dan perempuannya makin
kencang, makin galak. Tanpa dia sedari. Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan
proses penyesatan itu berlaku. Sebagaimana perlahannya ular bersalin kulit.
Begitulah juga sebenarnya pengalaman kami berkenalan dengan
al akh yang telah pun memilih untuk fansalakho daripada usrah. Tanpa dia sedari
dia mula-mula berubah. Rumahnya mula didendangkan dengan lagu lagu berat
berunsur hiburan melampau. MP3 nya dipenuhi dengan lagu lagu cinta versi Korea
mahupun Barat. Dia mula melazimi movies yang jauh menyimpang dari syariah. Dengan
Xbox nya. Dengan auratnya yang mula terbuka di sini dan di sana.
Allahu.
Benar sekali. Langsung tidak kita nafikan, ada juga kegagalan
itu datang dari sisi sisi murabbi, mahupun rakan halaqah yang tidak membantu
kita. Ada juga yang harus mereka renungkan bersama di mana silapnya. Namun,
jika benar kita ikhlas, cukuplah merunggut. Bantulah untuk basahkan kembali
halaqah itu. Hidupkan ia!
Sekali lagi benar sekali. Langsung tidak dapat dinafikan
boleh jadi dua jam menonton Ust Nouman Ali Khan, Doc Maza, Ust Azhar Idrus
mahupun apa jenis alternatif ceramah ilmiah yang lain jauh dapat mengisi
kekurangan ilmu kita berbanding dua jam bersama halaqah. Tetapi jika kita faham
akan tujuan halaqah, pasti kita tidak membuat perbandingan yang tidak wajar
itu. Misi halaqah jauh lebih besar. Dan ada banyak lagi sisi lain yang halaqah
tawarkan tetapi tidak mampu ditawarkan oleh kuliah kuliah agama itu.
Mari fikirkan kembali. Renungkan sejenak, bagaimana kita
bermula. Bagaimana tarbiyah telah mengubah kita sehingga ke tahap ini. Daripada
jahil, kita mula tahu tentang agama. Interaksi kita dengan al Quran mula hidup.
Kita mula rasa lazatnya beribadah. Tiba-tiba sahaja, setelah habis madu itu
kita nikmati, dibuang sepahnya!
Tanyalah diri kita berkali-kali akhi,
Benarkah usrah kering?
Atau hati kita yang kering?
8 comments:
Apakah misi halaqah yang sebenar? Mohon pencerahan. Tq
saya pun terfikirkan soalan yang sama. apa misi halaqah yang sebenar? mungkin saya salah seorang yang tak faham tujuan halaqah.
salam alaik , jzkk atas perkongsian yang selalu kena dgn kondisi aku .
Okey , hari tu aku ade ponteng liqo disebabkan aku rasa mcm xde perasaan nak pergi liqo . then , esoknya bila aku wassap usrahmate/katibahmate/RImate segala bagai tu la , depa xrply . and depa update la status pasal aku . so , then aku mula rasa mcm usrahmate pon xsupportive,cakap belakang . apa benda ni ? so canne aku nak bertahan lg dlm iqo tu? xdinafikan , ak mmg ade terasa hati jugak dgn murabbi aku sbb dia dah lama x contact aku .
hmm , aku tahu je kesan2 mngglkan jalan ni, tp tu lah . orang yg berada dlm gerabak ni buat aku rasa mcm , kfine . left group .
oh ye , aku ni pelajar overseas . kenal trbiyah kat sini . skrg ni aku rasa mcm nak stop dulu dan nnty balik BFG baru start balik .
aku harap kau respon . jzkk . maaf kalau rasa penggunaan prkataan "aku" tu terlalu kasar .
"kerehatan yang lama tak menjadikan kau semakin laju"- quoted.
Bersabarlah, jalan ni banyak penapisan. Hanya yang ikhlas akan tinggal.. Kadang , Allah nak bagi kita perasaan sorang2 tu sebab nak kita banyak dialog dengan Allah.. Besarkan matlamat kau. kau nak apa sebenarnya?. Allah cinta orang yang sabar :)
masa perang badar, orang Islam sangat happy, bertambah keimanan dan gembira sebab Allah datangkan bantuan...
tapi masa perang uhud, orang Islam dikalahkan (pada awalnya) dan ramai syahid...pada waktu ini, mungkin Allah sedang mentarbiyyah mereka..
"Aik, bila islam menang je ke antuna nak beriman? Bila islam kalah...dah taknak beriman??"
So, bila halaqah best je ke nak join? Bila da tak best da bole tinggalkan?
moga Allah terangkan dan jelaskan setiap hambaNya yang tgh struggle membina iman demiNya..
Terima kasih kerana merespon.
menunggu adalah sebahagian daripada latihan pentarbiyahan. nantikan insya Allah entry balas.
"Ketahuilah, memilih untuk ‘detach’ bermakna kita lantas akan diikuti syaitan dan termasuk orang-orang yang sesat. Perkara ini bahkan benar benar berlaku."
Yang saya faham daripada ayat awak ni, orang yang keluar daripada usrah ni adalah orang yang sesat. Betul ke?
Macam mana awak boleh pasti golongan-golongan tu sesat?
Detach daripada ayat Allah dan detach daripada usrah adalah dua benda yang berbeza.
Sesat pula kerangka perbincangannya masih luas. Asef jika tuan menduga sehingga ke tahap itu. Jawapan saya, tidak.
Post a Comment