Showing posts with label JUM JADI BAIK. Show all posts
Showing posts with label JUM JADI BAIK. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

EMOSI DAN EGO




Pengalaman bukanlah dalil untuk menghalalkan sesuatu tindakan. Ia prinsip yang mahal, yang wajar dihadam oleh kita semua, lebih lebih lagi yang bergelar duat, termasuklah ahli ahli gerakan Islam. Saya cuba untuk mendisiplinkan diri untuk tidak menulis sebarang komentar mahupun artikel berkenaan perkelahian antara warrior Islam kita belakangan ini. Banyaknya, keyboard warrior sahaja.

Tetapi entah mengapa, malam ini tangan yang gatal ini seakan tidak dapat digaru lagi. Eh. Mudah-mudahan hasil nanti tidak dibusuki al hawa.


Imam Hassan al Banna ada menggariskan 20 prinspip asas memahami Islam, yang mana prinsip kedua adalah berkenaan sumber dalam Islam, yakni al Quran dan hadis. Ia adalah sumber memahami hukum hukum dalam Islam yang disepakati. Cara untuk memanfaat kedua-dua sumber ini pula dijelaskan dengan ringkas dalam tulisan beliau itu.

Ia cukup berguna hari ini bahkan sampai kapan pun.


Quran dan hadith sebagai sumber, bukan sahaja dalam hal hal yang jelas ‘keislamannya’ seperti ibadah khusus solat, zakat, menunaikan haji umrah dan umpamanya, tetap juga dalam kita bermuamalah dengan manusia, dalam kita berakhlak, dalam kita merespon.

Kita sering dengar hujah hujah yang tidak masuk akal dari perbuatan membalas respon yang tidak berakhlak;


“Saya buat begini sebab dia pun buat begini dahulu”

“Ah, menangkan musuh. Dia buat tidak apa, saya buat tidak boleh”

“Tengok tu, diorang pun buat ok je…”

“Tok imam pun buat, apa salahanya…”

“Dia yang mulakan dahulu..”

“Dia putar belit fakta tidak apa, bila kita putar sikit dia berang pula..”


Ayuh kita lakukan pertaubatan nasional.

Merespon serupa dengan pihak lawan bukan dari ajaran Islam. Apatah lagi menjadikan respon awal pihak lawan yang tidak mengenal Islam itu sebagai dalil untuk menjustifikasi tindakan kita, jauh menyimpang dari saranan Islam.

Pengalaman kita ditipu tidak meghalalkan kita untuk menipu balas kepada orang yang sama apabila kita berpeluang untuk melakukannya. Pengalaman kita difitnah juga tidak menghalalkan kita untuk melakukan fitnah balas. Ya, darah dengan darah. Tetapi ia tidak applicable dalam semua perkara, lebih lebih lagi apabila perkara tersebut terang terangan dibenci oleh ajaran Islam.

Bukankah hukum alam juga begitu? Fitnah jika dilawan dengan fitnah, sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Label jebon bertemu dengan label lebai kampung tidak membawakan kita ke mana. Bahkan ada yang lebih buruk, yang malu untuk saya nukilkan di sini. Masakan api dapat dipadamkan dengan api. Sebab itu kita belajar, hukum tarikan magnet, kutub yang sama sering bertentangan. Sebaliknya yang berlainan itu yang saling menarik, mendekat dalam dekapan ukhuwah. Bukankah magnet pun diciptakan untuk manusia?

Sedikit sekali yang mengambil pelajaran!

Sakitnya, itulah krisis yang kita hadapi hari ini. Semangat perjuangan yang meluap luap pada jiwa pemuda, tetapi tidak diuruskan dengan ilmu dan kefahaman dengan baik akhirnya hanya memenangkan ego dan emosi. Bertindak atas respon. Lalu di mana letaknya al Quran dan hadith?

Wajarlah kita merenung kembali prinsip Islam yang kedua oleh al Banna ini, dalam kerangka pemikiran yang lebih luas, mencakupi hal hal keduniaan seperti berhubungan sesama manusia, menekuni pihak lawan dan sebagainya.

Somehow, sudah tawar hati pula untuk menulis lagi topik ini. Ia seakan tidak kena dengan jiwa penulis. Ada baiknya kita renungkan sepotong ayat ini sebelum berangkat ke medan amal;


“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia”

(Fussilat :34)


Pendekatan al Quran, sentiasa mengharmonikan dan mendamaikan. Barangkali ia telah setuju dengan slogan Menuju Negara Rahmah? Eh.

Entah.

Salam.

Friday, August 30, 2013

ADA APA DENGAN JUMAAT ?



Ada apa dengan Jumaat?
(tibe-tibe)
 Guidance Production ;)
Nah

Hari ini saya bukan hendak mengupas tentang Jumaat Kebangkitan atau Jumaat Kemarahan atau apa sahaja kempen yang dilancarkan pada hari Jumaat. Andai hari kebangsaan jatuh pada hari Jumaat sekalipun, bukan itu topik yang bakal saya gembar gemburkan.

Cewahhh.

Cuma sekali lagi, ada apa dengan Jumaat?

Pada hemah saya yang kurang berhemah ini, jumaat meraikan dan membenarkan sifat manusia yang pelupa. Manusia memang sinonim dengan lupa. Maka didatangkan Jumaat sekali seminggu untuk mengingatkan kita tentang banyak perkara.

Atas alasan apa?

Kerana saya secara personalnya sering tertanya kenapa begitu banyak sunnah pada hari Jumaat yang tidak ada pada hari hari yang lain. Kenapa kita ada solat dan Khutbah Jumaat. Bukan pada hari Selasa? Kenapa sunat dibacakan al kahfi pada hari Jumaat. Kenapa adanya sujud sajdah di subuh Jumaat, tidak pada hari lain. Adanya mandi sunat dan banyak lagi.

Apa sebenarnya mesej hari Jumaat?

Hari ini saya ingin mengajak kalian untuk merenungkan beberapa perkara dan memikirkan beberapa kemungkinan. Mari kita lihat sedikit potongan ayat dari surah as sajdah di bawah,


“Dan jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata) : “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan  mendengar maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”
(As Sajdah:13)

Satu peringatan yang jelas. Mungkin atas alasan ini menjadikan sunnah sajdah ini releven. Mesejnya sekurang kurang sekali minggu mengingatkan manusia yang mungkin dalam tempoh seminggu yang lampau telah terlebih melekat atau attached dengan dunia. Satu peringatan kepada semua akan berita di hari kebangkitan nanti.

Di zaman Rasulullah sendiri sudah dimulakan sunnah ini menggambarkan umat Islam pada hari tu sudah memerlukan peringatan yang sedemikian rupa. Walaupun adanya Rasulullah bersama mereka. Apatah lagi di zaman kita, yang sunnah beliau makin ditinggalkan. Serangan pemikiran musuh Islam makin mendapat tempat. Sungguh kita butuh peringatan ini.

Ada apa lagi dengan hari Jumaat ?

Satu hikmah yang sangat besar apabila diwajibkan bagi kaum lelaki untuk bersolat Jumaat secara berjemaah dan mendengar khutbah Jumaat. Kebersamaan ketika solat Jumaat sepatutnya membuka peluang dan ruang kepada kaum Muslimin sepanjang zaman untuk merapatkan saf dan ukhuwah.

Khutbah Jumaat selayaknya berfungsi sebagai medan meniupkan semangat jihad kepada kaum muslimin khususnya.

Malangnya di Planet Bumi hari ini,

Sunnah ini terus subur hidup, tapi ruhnya entah melayang ke mana. Ditambah pula Jumaat sebagai hari bekerja d hamir segenap penjuru Bumi, kehadiran ke solat Jumaat sekadar untuk melepaskan kewajipan. Tatkala khatib membaca khutbah pula, masih ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Yang datang pula tersengguk-sengguk.

Bahkan!

Bahkan khutbah yang di baca langsung tidak meningkatkan hamassah.

Tajuk tajuk khutbah seperti;


“Bertani satu ibadah”

“Jagalah kebersihan alam”

“Pengurusan ekonomi”

Dan seumpanya tidak lagi releven dengan keadaan umat masa kini.

Ada apa dengan Jumaat ?

Banyak benda yang patut disampaikan melaui Jumaat. Jumaat merupakan satu anugerah. Namun hari ini hadafnya seakan tidak tercapai. Bahkan kita sendiri tidak jelas tentang hadaf sunnah sunnah ini. Tidak dinafikan, sunnah, kewajipan ini merupakan kewajipan tanpa mengira hadaf. Pusing macam mana pun, still kena buat.

Tapi kita sering lupa, kebanyakan syariat Allah datang dengan objektif dan hikmah. Sebagai contoh puasa untuk melahirkan graduan takwa. Solat untuk mencegah kemungkaran. Sekiranya kita tidak jelas akan hadaf hadaf ini, amal berlalu sepi, tanpa penghayatan. Memang benar, kewajipan ini pada tempat pertama (in the first place) dilakukan bukan atas dasar hadaf, tapi suruhan.

Tapi celiklah sekejap kita.

Kesederan ini dapat membantu mengembalikan roh suruhan dan sunnah yang sebenar. Bukan sekadar suruhan yang menjadi ikutan yang dilazimi turun temurun. Malangnya. Malangya.

Ok macam tulis entri dalam surat khabar pula.

Fikir fikir kan renungkan.

Ada apa dengan Jumaat ?

Thursday, October 25, 2012

TITIK TITIK YANG BERGERAK


Para da’i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

-Muhammad Ahamd Ar Rasyid, al-Muntalaq

Ayat mukadimah bab satu buku al muntalaq ini sangat menyentap dan popular dalam kalangan aktivis dakwah. Apa-apa pun saya tidak berniat untuk mengupas dengan lebih lanjut, malam ni malam raya, rosak raya anda nanti. Pelik kan saya ni, tulis, kemudian tinggalkan perasaan berkobar-kobar anda itu bergantung tidak bertali. Kejam. Ah. 

 
Pertama sekali, tahun ini saya mengukir sejarah, memahat, menukul dan segala bagai la. Buat pertama kali bakal meraikan hari Raya Eidul Adha tanpa berada di sisi ayah dan bonda  terchenta, abang dan adik terindu dan sanak-saudara, jiran tetangga, tanpa aroma air sirap pandan kegemaran dan kepakaran bonda, tanpa riuh rendah bunyi kanak-kanak pra matang di rumah. Ah, terlalu berat untuk dititipkan.

Apa apa pun, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Bukankah pengalaman itu mematangkan usia? Cewah.

Pernah suatu ketika, hujan turun dengan lebat. Daun-daun kering yang telah pun gugur dan bertebaran di permukaan tanah kembali terbang di udara, ditiup angin gerila yang mengganas. Kelopak-kelopak kemboja yang menghiasi batang pokoknya tercabut dan di bawa nun jauh ke sana bersama air hujan yang menenggelami permukaan bumi. Kemudian pada waktu itu, kami ditanya oleh abang besar, sebab apa kita ni perlu ikut berbulatan gembira.

 Kemudian, beraneka jawapan la yang terpacul keluar. Dari situ nampak la jawapan berdasarkan penerbit-penerbit buku kegemaran masing-masing. Ada jawapan yang berbaur terbitan telaga biru, sasbadi, pelani petang, tidak kurang juga jawapan berbau nasi, macam nasi lemak. Eh.

Tiada betol salahnya. Setiapa orang yang menwarkan diri untuk ditarbiyah mempunyai harapan dan hadaf tersendiri. Eh, betulkah ditawarkan? Bukan terjerat? Pape jela. Kalau nak dinukilkan sejarah asasl-usul alamatnya minggu depan pun tak habis la, memang rosak la raya kali ini. Belum sampai point lagi. Sabar.

Kalau la saya tanya anda, agak-agaknya apa ye jawpaan anda?

Abang besar cakap waktu itu, orang sudi hadir bulatan gembira ke riang ke bukan semata-mata nak riang ria raya, tapi nak berubah. Hijrah. Nak bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Dapat satu ilmu, bergerak setapak. Ada point. Cuma kena kasi clear, berubah bukannya dari tak pakai tudung kepada pakai tudung je. Kita selalu nampak benda cenggitu, rigid sangat. Ni la, minda jumud. Hoho.



As an illustration, cewah mentang-mentang results ielts dah keluar, ok sekali lagi. Gangguan siaran. Contohnya, katalah pada suatu hari Cikgu Physics kita ajar bab munakahat dalam Islam, sesuatu yang kita tak pernah tahu, bila kita dah tahu, itu juga dikira berubah. Daripada tak tahu, kemudian tahu. Nampak tak titik titik tu bergerak?

Bila bersama berbulatan, terlalu banyak titik yang bergerak. Dahulu, ada yang tak pernah tahu ada nya entnik namanya Rohingya, tak pernah tahu pun system Khilafah sudah tumbang, tak pernah tahu pun Khulafa Ar rasyidin itu ada lima semua, eh ke empat je? Tapi sekarang macam-macam dah tahu. Ini side dishes la. Benda lagi penting, dahulu tak tahu pun hidup ini ada tujuan, sekarang dah tahu.

Titik titik sudah bergerak. Semakin lama makin kedepan.

Selain dariapda itu, ada lagi sebab yang agak penting kenapa kita perlu bersama berbulatan. Tapi, memandangkan malam ni malam raya, kita minum dulu la. Lepak-lepak, cool blog sedas dua, tanya khabar encik-encik lembu ke. Ahha.

Sebelum berpisah,izinkan saya melagukan serangkap pantun, aiwah.

Gendang di palu tanda hormat
menyambut putera bersongket biru
hadir berbulatan satu rahmat
semoga kita semua thabat selalu

Menjadi tak?
10 Zulhijjah
1434 Hijrah