Ada apa dengan Jumaat?
(tibe-tibe)
Guidance Production ;)
Nah
Hari ini saya bukan hendak mengupas
tentang Jumaat Kebangkitan atau Jumaat Kemarahan atau apa sahaja kempen yang
dilancarkan pada hari Jumaat. Andai hari kebangsaan jatuh pada hari Jumaat
sekalipun, bukan itu topik yang bakal saya gembar gemburkan.
Cewahhh.
Cuma sekali lagi, ada apa dengan Jumaat?
Pada hemah saya yang kurang berhemah
ini, jumaat meraikan dan membenarkan sifat manusia yang pelupa. Manusia memang
sinonim dengan lupa. Maka didatangkan Jumaat sekali seminggu untuk mengingatkan
kita tentang banyak perkara.
Atas alasan apa?
Kerana saya secara personalnya sering
tertanya kenapa begitu banyak sunnah pada hari Jumaat yang tidak ada pada hari
hari yang lain. Kenapa kita ada solat dan Khutbah Jumaat. Bukan pada hari
Selasa? Kenapa sunat dibacakan al kahfi pada hari Jumaat. Kenapa adanya sujud
sajdah di subuh Jumaat, tidak pada hari lain. Adanya mandi sunat dan banyak
lagi.
Apa sebenarnya mesej hari Jumaat?
Hari ini saya ingin mengajak kalian untuk merenungkan beberapa perkara dan memikirkan beberapa kemungkinan. Mari kita lihat sedikit potongan ayat dari surah as sajdah di bawah,
“Dan
jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata) : “Ya Tuhan kami,
kami telah melihat dan mendengar maka
kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”
(As Sajdah:13)
(As Sajdah:13)
Di zaman Rasulullah sendiri sudah
dimulakan sunnah ini menggambarkan umat Islam pada hari tu sudah memerlukan
peringatan yang sedemikian rupa. Walaupun adanya Rasulullah bersama mereka. Apatah
lagi di zaman kita, yang sunnah beliau makin ditinggalkan. Serangan pemikiran
musuh Islam makin mendapat tempat. Sungguh kita butuh peringatan ini.
Ada apa lagi dengan hari Jumaat ?
Satu hikmah yang sangat besar apabila diwajibkan bagi kaum lelaki untuk bersolat Jumaat secara berjemaah dan mendengar khutbah Jumaat. Kebersamaan ketika solat Jumaat sepatutnya membuka peluang dan ruang kepada kaum Muslimin sepanjang zaman untuk merapatkan saf dan ukhuwah.
Khutbah Jumaat selayaknya berfungsi sebagai medan meniupkan semangat jihad kepada kaum muslimin khususnya.
Malangnya di Planet Bumi hari ini,
Sunnah ini terus subur hidup, tapi ruhnya entah melayang ke mana. Ditambah pula Jumaat sebagai hari bekerja d hamir segenap penjuru Bumi, kehadiran ke solat Jumaat sekadar untuk melepaskan kewajipan. Tatkala khatib membaca khutbah pula, masih ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Yang datang pula tersengguk-sengguk.
Bahkan!
Bahkan khutbah yang di baca langsung tidak meningkatkan hamassah.
Tajuk tajuk khutbah seperti;
“Bertani satu ibadah”
“Jagalah kebersihan alam”
“Pengurusan ekonomi”
Dan seumpanya tidak lagi releven dengan keadaan umat masa kini.
Ada apa dengan Jumaat ?
Banyak benda yang patut disampaikan melaui Jumaat. Jumaat
merupakan satu anugerah. Namun hari ini hadafnya seakan tidak tercapai. Bahkan kita
sendiri tidak jelas tentang hadaf sunnah sunnah ini. Tidak dinafikan, sunnah,
kewajipan ini merupakan kewajipan tanpa mengira hadaf. Pusing macam mana pun,
still kena buat.
Tapi kita sering lupa, kebanyakan syariat Allah datang
dengan objektif dan hikmah. Sebagai contoh puasa untuk melahirkan graduan
takwa. Solat untuk mencegah kemungkaran. Sekiranya kita tidak jelas akan hadaf
hadaf ini, amal berlalu sepi, tanpa penghayatan. Memang benar, kewajipan ini
pada tempat pertama (in the first place) dilakukan bukan atas dasar hadaf, tapi
suruhan.
Tapi celiklah sekejap kita.
Kesederan ini dapat membantu mengembalikan roh suruhan dan
sunnah yang sebenar. Bukan sekadar suruhan yang menjadi ikutan yang dilazimi
turun temurun. Malangnya. Malangya.
Ok macam tulis entri dalam surat khabar pula.
Fikir fikir kan renungkan.
Ada apa dengan Jumaat ?
2 comments:
Sejujur jujurnya.
Aku macam mengharap ni jadi teks khutbah Jumaat akan datang.
Hoyeaaah!
tak cukup rukun.
HAHA
Post a Comment