Besar
kemungkinan ini adalah post terakhir untuk Ramadhan 1434 Hijrah. Tarikh yang
signifikan, harus ada post. Hehe.
Saya masih
teringat, lagu Raihan bersama Man Bai yang sangat fofular sehingga kini
berkaitan Ramadhan, mohon izin nak nyanyi sikit,
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini, penuh mana
Agar dapat kulalui, dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah berlalu
Masa pantas berlari (?)
Ku
mengharap, kita semua mengharap datangnya Ramadhan membawa seribu makna.
Persediaan berhadapan dengan Ramadhan bermula beberapa bulan lebih awal. Kalau
di kolej saya dahulu, dari bukan Rejab lagi para pelajar yang memberi tazkirah
selepas Asar memperingatkan kami semua untuk meningkatkan kualiti ibadah supaya
tidak terkial-kial di bulan Ramadhan nanti.
Mengimbau
kembali beberapa bulan yang lalu, persiapan menghadapi Ramadhan, memang luar
biasa, membuktikan Ramadhan benar-benar sesuatu yang dianntikan. Ibarat sang
Mentua membuat persiapan menyambut kehadiran menantu buat kali pertama. Meriah.
Dengan gulainya, cat rumah, tukar langsir, ganti perabot. Macam tu la.
Di kolej
dahulu, malam-malam tertentu dihidupkan dengan taddarus al Quran. Pada setiap
Isnin dan Khamis jemaah Maghrib di surau suram kerana majority pelajar berpuasa
dan berbuka di luar. Wah. Kagum sejenak. Sejenak jela.
Kemudian
diserikan lagi dengan doa dipanjatkan supaya Allah sampaikan kepada kita semua
kepada Ramadhan.
“Allahuma
ballighna Ramadhan”
Begitulah.
Tatkala
Ramadhan makin hampir, status berunsur rindu, cinta, ternanti-nanti, penuh syukur
dan teruja menunggukan kedatangan Ramadhan membanjiri muka buku. Saya kira di
twitter pun perkara yang sama. Saya assume. Pesanan dan nasihat berkenaan
Ramadhan memenuhi garis masa. Betapa Ramadhani nya alam maya. Hebak benar
Ramadhan ini. Namun hebak lagi kuasa Allah s.w.t yang mengatur perjalanan
Ramadhan ini.
Masa pun
berlalu. Hujan pun turun. Jerebu datang dan pergi. Air pasang dan surut. Bunga
kembang dan kuncup. Siang malam silih berganti.
Akhirnya
Ramadhan datang. Semua orang bergembira. Rata-rata hanyut dek arus ibadah.
Puasanya lengkap. Infak yang meningkat. Dakwah makin kenchang. Malaysia makin
aman. Semua orang bahagia. Hidup gembira. Ramadhan pun berakhir. Syawal pun
datang. Anak anak pulang ke kampung. Happy forever.
Ok.
Itu dongeng
semata.
Apa yang
berlaku sebenarnya?
Sejujurnya
Ramadhan kali ini benar-benar bermakna. Dari pelbagai perspektif, Ramdhan tahun
ini sangat luar biasa. Dengan krisis di Mesir sana. Dengan kezaliman yang
berleluasa di Syria. Dengan fenomena jerebu di Malaysia yang mengganas. Dengan
bertambahnya kes bunuh di Malaysia saban hari. Dengan adanya Pilihan Raya Kuala
Besut. Kalau nak disenaraikan memang raya ketiga baru siap.
Fuh. Banyak
benar event signifikan berlangsung di sepanjang Ramadhan. Bukankah itu cukup
bermakna?
Tapi betul ke?
Setakat itu
sahaja Ramadhan bermakna buat kita?
Saya kira
tiada yang lebih bermakna di bulan Ramadhan melainkan diberi peluang menyucikan
diri sepenuhnya, meninggalkan karat-karat jahiliyah, mengibadahkan hari-hari
yang berlalu dan kembali kepada fitrah. Bukan Fitrah Asilah. Bukan juga Fitrah
Multazamah Binti Khuspadinaran.
Berbekalkan
makna ini, bermakna kah Ramadhan kita?
Penyucian,
kembali kepada Fitrah. Proses penyucian tidak lengkap jika tidak disuci dan
murnikan dengan hidup di bawah naungan al Quran. Sesuci mana pun kita rasa
sepanjang berada dalam madrasah Ramadhan, ia tidak akan lengkap jika tidak ada
elemen al Quran. Soalnya, hidupkah al Quran dalam jiwa kita?
Saya
tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungi dan hayati.
Rata-rata mungkin
berjaya mengkhatamkan al Quran di bulan Ramadhan. Bahkan mungkin ada yang lebih
sekali. Tapi sejauh mana ia membekas dalam jiwa kita. Sejauh mana al Quran
membaluti diri kita setelah karat jahiliyah di kikis?
Setelah merenung kembali, sebulan yang lampau,
mungkin hari ini nafas kita ada unsur kekesalan. Namun kekesalan tida bermakna
sudah tiada harapan.
Carilah
makna anda.
Ok serieyes
rasa malas nak tulis dah.
Ketupat pun tak goreng lagi.
Ketupat pun tak goreng lagi.
------------------------
“Assalamualaikum, Ramadan hampir melabuhkan tirainya, pagi ni adalah
subuh terakhir Ramadan thn ini... Teruslah munajat, rintih dan ratap kepada
Allah swt... Moga datangnya Syawal, seribu satu perubahan dalam diri dpt
diperkasakan melalui TAKWA yg dihasilkan... Kekalkan momentum Ramadan utk
bulan-bulan mendatang... ya Ramadan, sayunya hati kami, Ya Syawal, selamat
tiba... Apapun TAKWA adalah segala-galanya...”
-Ust Roslan Mohamed
No comments:
Post a Comment