Beberapa
purnama yang lalu, ada seorang sahabat yang saya kenali sejak di bangku sekolah
menengah yang Alhamdulillah telah dipilih Allah untuk bersama dalam gerabak
dakwah dan tarbiyah ini telah bertanya saya satu soalan yang saya pun
tertanya-tanya juga. Untuk menambahkan perisa, mari kita namakan sahabat
tersebut sebagai Roberto, bukan nama sebenar.
Antara
dilemma mereka yang dipilih Allah melaui saringan ujian air peluh dan
sebagainya, lalu berubah dan bersama-sama tekad atas jalan dakwah dan tarbiyah
ialah bagaimana mereka hendak berurusan atau berhadapan dengan teman-teman
seperjuangan lompat pagar sekolah dahulu, teman sepermainan dan teman segosip
zaman gelap dahulu yang belum merasai nikmat hidayah dan iman yang mereka
kecapi.
Rata-rata
para du’at kecewa dengan diri sendiri, cewah ayat kau, kerana mereka tidak
dapat menarik rakan-rakan mereka ini untuk turut bersama bernaung di bawah
bumbung dakwah dan tarbiyah.
Yang
menjadi lebih malang, mereka seakan tidak tahu, atau menghadapi masalah bila
berjumpa dan kembali berurusan dengan rakan-rakan ini. Kadang-kadang mereka
berasa seperti kembali terjun ke lumpur cemar itu apabila bersama-sama
teman-teman versi hitam putih ini.
Dan saya
sendiri pun berasa sangat lemah bila bertemu mesra dengan rakan-rakan dahulu,
yang belum mengenali kita yang ‘baharu’ dan memahami misi kita yang baharu ini.
Kadang-kadang terlajak jugak la, boleh dikatakan dua tiga kali terlajak bila
bersama mereka. Ohoi.
Untuk
menjawab persoalan ini, suka saya untuk berkongsi pengalaman hidup waktu zaman
bujang dahulu.
Di sekolah
dahulu, di Maktab Rendah Sains Mara XX, atau mana-mana mrsm yang lain,
organisasi pelajar yang tertinggi terdiri daripada Badan Wakil Pelajar (BWP)
dan Lembaga Disiplin Pelajar (LDP). Ya, bunyi macam gempak. Tapi memang gempak.
Heh.
Basically,
LDP ini kerja mereka untuk jaga disiplin pelajar, kerja cari kesalahan orang,
hoho dan asyik-asyik hantar report dekat warden. Manakala BWP terdiri daripada
pelajar-pelajar yang diberi amanah untuk menjaga kebajikan pelajar. Mereka ini
dipilih melalui system demokrasi, yakni undian para pelajar dan guru. Ada
kempen dan manifesto ok. Haha.
Antara skop
tugas BWP ni, kita ada Biro Makanan yang memastikan makanan pelajar cukup dan
bermutu, halal dan baik. Kita ada Biro Pengangkutan yang urus hal-hal
pengangkutan pelajar balik ke rumah. Kita ada Biro Aspura dan Aspuri yang
kerjanya mengemas katil di asrama, dan banyak lagi biro lain seperti akademik,
kerohanian dan sekufu dengannya.
Hoi panjang
pula promote BWP ni.
Ditakdirkan
Allah, saya ni atas sebab yang tidak relevan telah diundi untuk menjawat satu
daripada portfolio BWP ni yakni Ketua Biro merangkap Biro Keusahawanan. Peh.
Memang aktiviti keusahawanan di maktab kami waktu itu bertambah rancak.
Usahawan kad top up dan usahawan yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut
tumbuh begitu drastic, bagai cendawan tumbuh selepas hujan walau di tanah yang
gersang.
So, nak
ceritanya saya ni berkawan dengan semua jenis pelajar, semua orang. Baik yang
hisap rokok,yang makan burger, kaki surau, kaki ponteng, kaki bangku dan
sebagainya la.
Pada waktu
yang sama saya antara orang yang boleh dikatakan memperjuangkan kempen
anti-rokok di kalangan pelajar, walaupun seorang BWP, kami tidak la boleh
berkomplot dengan pelajar-pelajar lain untuk sewenangnya langgar disipilin
maktab. Kan.
Pada suatu
malam yang hening, di asrama, waktu tu saya masuk port lepak pelajar yang
memang tempat main daun terup dan makan meggi dalam Tupperware yang tak perah
basuh tu. So ada la dua tiga orang member tengah syok merokok.
So saya
masuk duduk duduk. Kalau waktu tu dah ikut usrah, in sha Allah saya dah buat
liqa’ time tu, ahha. So member yang merokok tadi cepat-cepat padamkan rokok
masing-masing. Ada yang sambung kat luar bilik. Ada yang tanya, “Ok tak aku
hisap depan kau?”
Nah gitu
citernya.
Ekceli saya
tak kisah sangat pun. Tak kan nak melenting. “Ok jer” . Bila member merokok,
kadang-kadang buat-buat tak nampak la. Biasalah, rokok tu kira macam
choki-choki. Haha.
Ibrahnya
kat sini, walaupun saya bukan kaki report, tapi kawan-kawan yang merokok tu
still hormat status kita. Depa tanya boleh tak hisap rokok depan kita. Dan
walaupun kita ok, depa still memilih untuk tidak buat demikian depan kita. Depa
hisap rokok kat luar bilik. Ataupun stop terus sementara saya ada kat situ.
Sebab apa?
Hormat
mungkin.
Atau depa malu dengan peribadi kita, ada jawatan pula tu kan.
Bukan saya
nak angkat bakul sendiri,
tapi saya rasa kat sini ada jawapan yang kita cari.
tapi saya rasa kat sini ada jawapan yang kita cari.
Kondisi ini
biasa je sebenarnya, macam kita jumpa orang-orang besar, ulamak contohnya, kita
akan behave sebab kita hormat mereka.
So untuk
selesaikan masalah tadi, da’ie kena capai tahap tu.
Seorang
du’at itu hidup dia seperti manusia biasa, tapi manusia biasa tidak hidup
sepertinya. Dia makan seperti orang lain, tapi orang lain tak makan sepertinya.
Dia solat sebagaimana orang lain, tapi orang lain tidak solat sepertinya.
Haa, macam
mana tu?
Sebenarnya,
memegang gelaran du’at tidak menghalang kita untuk hidup dengan orang
kebanyakan. Kita boleh hidup bersama mereka, dan mereka boleh hidup dengan
kita. Dan memang tugas kita untuk hidup dalam kalangan masyarakat supaya cahaya
Ilahi itu dapat menerangi kesemua orang.
Isunya,
kita sendiri kena capai tahap orang hormat kita, sebab kita da’ie. Orang malu
untuk bermaksiat depan kita sebab peribadi kita sebagai seorang da’ie. Orang
tak kan ajak kita buat perkara yang tidak baik sebab amal kita yang soleh. Dan
orang nak rapat dengan kita pada waktu yang sama, sebab kita rapat dengan Allah
s.w.t.
So inilah
perkara yang kita kena usahakan terlebih dahulu, jadi benar-benar seorang
du’at, tinggalkan maksiat, banyakkan amal soleh, dan jaga hubungan dengan
Allah.
Kita perlu
benar-benar berubah sehingga orang yang di sekeliling kita memahami kita dengan
seadanya, dan lama kelamaan mereka akan menerima kita dan mampu hidup bersama
kita.
Cakap,
tulis memang senang..
Ya. Tidak
dapat dinafikan. Tapi tidak boleh dinafikan juga perkara ini bukan sesuatu yang
mustahil. Bila kita benar-benar hidup untuk ummah, nescaya mereka akan hidup
bersama kita. Tak pasti sama ada saya menjawab soalan tadi atau tidak, tapi
saya rasa sedikit sebanyak tulisan ini ada point-point yang boleh kita
sama-sama renung-renungkan.
Akhir
kalam, cewah
“Aslih Nafsak, Wad’u
Ghairak”
“Perbaik diri, Serulah
yang lain”
2 comments:
LDP mcm lebuhraya damansara-puchong je.... neway bagus entry ni. menimbulkan persoalan dalam otak saya. to gain respects from others, specifically org yg kita x kenal cemane ea? contohla, if anda ke shopping complex and kebetulan budak2 baru blk skola dating kat mall tu, depan mata anda, apa tingkah atau perkataan yg sesuai utk diberikan kpd mereka?
Hmmm
praktikalnya saya pun kelu. Cuma luangkan masa sejenak hadami hadith berkenaan kemungkaran. Yakni dengan mengubah, bukan mencegah.
Post a Comment