Wednesday, March 28, 2012

SANG PEJUANG

Assalamualaikum wahai bakal ahli kubur

Saya harus serius dan anda harus menangis.

"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"

Tahu tak siapa beliau?


Hari ini saya berasa begitu teruja seolah-olah mendapat satu suntikan virus berbisa setelah membuat penyelidikan bertaraf professor diraja yang rapi tentang seorang ini dan lantas ingin sekali berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Kalian kenal tak dengan beliau? Tak kenal maka tak chenta.

Sebenarnya dragon ball memang ada tujuh biji pun. Eheh. Sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dengan siapa beliau sebelum ini. Kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi Alhamdulillah, setelah semangat kuriositi yang memandu naluri lalu merobek jiwa ini, saya hadir dengan satu lagi gaya penampilan bebas untuk berkongsi hasil dapatan aktiviti cilok mencilok saya tentang manusia yang sangat hebakk ini. Saya secara jujur sumpah kaghum dengnya.

Kenapa?

Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan suda tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besar. Allahuakhbar! Dialah duta jihad tebaik abad ini yang wajar dicontohi. Kisahnya yang begitu menyeramkan, perjuangan yang begtu dramatic telah membuat hati saya tersentuh, jujur saya katakan.


Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".


Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh. Namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yg kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dgn baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan. Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun semua itu sedikit pun tidak Berjaya mematahkan semangat lelaki ini untuk terus static dengan perjuangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan kegilaan musuh-musuh Islam.

Fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai, dilaksanakan dan dijadikan saying of the day sepanjang zaman.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan. Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah"(Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama.

Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan sekular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Sekiranya anda sudah membaca ke perkataan ini ketahuilah bahawa anda bakal melaui suatu kisah yang menyayat hati lagi menguji degupan jantung dan pengaliran darah putih dan merah. Sila bersedia secara total. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus sambil jerit Alhamdulillah



kerusi roda beliau hancur sama sekali

Sedih dengar cara kematian beliau. JAHATNYA YAHUDI. YAHUDI LAKNATULLAH (pernah dengar satu ceramah kalau dengar perkataan YAHUDI sambung dengan perkataan LAKNATULLAH). Tak sanggup nak tengok gambar beliau ditembak di kepala seusai solat subuh apatah lagi untuk mengupload gambar itu ke sini. Saya pernah memaksa diri untuk melihatnya walau rasa ingin sahaja hantuk kepala ke dinding kerana masih berdiam diri atas penyeksaan dan segala kejahatan rejim zionis itu. Jika anda berniat untuk melihat situasinya, boleh la rujuk Encik Google dengan usaha sendiri. Saya tidak mampu.

Cuma ini yang mampu saya khabarkan dan beberapa photo yang mampu saya paparkan. Bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandangkan hampir semunya hancur berteraburan selepas ditembak tiga peluru sekaligus. Saya tak dapat bayangkan..

Sedih tak? Ada rasa ingin lempang diri sendiri?

Kalau kita yg tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama degan beliau yang melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya.

Nak tahu bagaimana ini semua berlaku?

Teruskan membaca

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, tiga peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dimasukkan ke dalam plastik. Ya Allah, manusia jenis apakah mereka itu?

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri.

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata-kata As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.


Sedih memang sedih tapi bila dihitung-hitung, bila dicongak-congak, bila dibilang-bilang kita ini sedar tak tanggungjawab memperjuangkan Islam di bumi PALESTIN? Kita ini sedar tak tanggungjawab membebaskan PALESTIN daripada genggaman YAHUDI LAKNATULLAH? Macam mana? InsyaAllah jika diberi kesempatan satu entry tentang Pesanan As-Syahid Syeikh Ahamd Yasin kepada kita akan saya kongsikan.

Wallahualam.

Semoga kisah ini memberi kesan kepada perjuangan kita dan mampu memotivasi diri kita untuk terus mara dengan penuh unggul dan bergaya dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.

..Demikianlah, dan sekiranya Allah menghendaki. Niscaya Dia membinasakan mereka, tetapi Dia hendak menguji kamu satu sama lain. Dan orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak menyiakan amal mereka

(Muhammad :4 )

2 comments:

zinnirah_humaira' said...

assalamualaikum.

nice post :)

Sheikh Ahmad Yassin merupakan idola akak semenjak meninggalkan "Abang J."

sehingga skrg, bilamana akk merasa hampir tersungkur dlm jalan dakwah, mengingati beliau cukup utk segarkan kembali hamasah utk berjuang. :) Allahuakbar..!

http://zinnirahhumaira.blogspot.com/2011/05/cinta-ini.html

Inspector Saahab said...

wasalam

jazakillahukhair..

oh kita kongsi idola yg sama. boleh nangis tengok gmbar dia ni, internally la.

Allahuakbar !

roger :)