Saturday, March 3, 2012

BUKAN ROBOT

Dua tiga kuching berchenta

Mana nak sama si kuching Parsi

Sudah lama tidak bertinta

Ingin ditulis isi dihati

Aiwah. Pantun yang failed.


Bismillahirahmanirahim..

Bersyukur, tiada ada kata yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan betapa syukurnya kerana sekali lagi diberi peluang untuk meneruskan perkongsian di sini dan pada waktu yang sama masih dikurniakan nikmat yang paling besar dan bermakna dalam sejarah manusia yakni nikmat Iman dan Islam. Agak cliché ayat ini namun itulah hakikatnya yang rata-rata antara kita tidak menyedari akan nikmat ini yang sebenarnya memisahkan kita daripada tersungkur bersama orang orang yang kufur.

Kali ini tidak bercita cita untuk menulis panjang lebar. Cukuplah sekadar beberapa kilometer. Eheh.

Yang paling penting, kali ini ana ingin mengutarakan sebuah video yang mana watak tersebut boleh jadi sangat tepat dengan kita, dan boleh jadi tidak. Maka ayuh sama-sama kita saksikan video ini dengan penuh penghayatan dan sama-sama kita fikirkan pesanan yang cuba disampaikan. Persembahanya mungkin kelihatan agak ringkas namun jika kalian benar-benar memahami, pasti kalian akan terkesan.

Boleh la kumpul sedara sedara, jiran tetangga, datuk dan nenek serta sekutu-sekutu kalian untuk turut sama menyaksikan video ini demi memartabatkan industry video Negara..eheh



Bagiamana? Teruja? Terasa kechewa dengan diri sendiri? Ingin terus menjadi robot? Apa kata anda? Sila kongsi bersama kami :)

No comments: