Wednesday, March 7, 2012

BANGKIT SETELAH REBAH

Dalam mendirikan setiap sesuatu perkara, pastilah ada asas permulaan yang membinanya yang kemudiannya, jika diasuh rapi, dijaga teliti akan berkembang menjadi sesuatu yang membuahkan hasil dan bermanfaat. Sepertimana sperma dan ovum yang bertemu jodoh di dalam pangkal rahim yang diasuh sempurna Allah S.W.T yang Maha Kuasa sehingga akhirnya berhasil si ibu melahirkan seorang bayi yang sempurna. Atau mungkin seperti sebuah biji benih yang menumbuhkan sebuah pokok yang bermanfaat kepada seluruh alam sekiranya cukup air, cahaya, baja dan karbon dioksidanya.

Begitulah sunnatullah alam, telah ditetapkan Allah S.W.T dari awal penciptaan alam ini lagi, tidak berubah, tetap, dan berterusan dengan izin Allah S.W.T. Segala-galanya bermula kecil, kemudian membesar dan akhirnya bertemu ajalnya. Tiada apa yang kekal di dunia ini selain Allah.S.W.T.

“Sunnatullah (peraturan Allah) Yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.”.

(Al-Fath :23)


Begitu jugalah teorinya dalam jatuh bangun sesebuah tamadun, ianya bermula kecil-kecilan, kemudian berkembang besar menguasai sebuah negara, kemudiannya berjaya menakluk dan menaungi beberapa buah negara dan setelah konflik di beberapa ketika, tibalah masa ianya stabil dan mengukuh. Namun, betapa hebat sesebuah tamadun sekalipun, ianya pasti akan tumbang sepertimana sunnatullah yang telah ditetapkan, ianya akan mengalami fasa kejatuhan dan akhirnya runtuh.

Lihat sahaja tamadun Rom dan Parsi yang begitu gah pada zamannya, dengan kemajuan ketenteraannya yang jauh menjangkau dunia luar dan keluasan empayarnya, akhirnya rebah di tangan “Orang-orang dari tanah tandus” yang di pimpin seorang nabi yang “Ummi”.

Juga kita lihat bagaimana Abasiyyah yang begitu maju dalam ilmu sains dan berjaya menguasai 2/3 jumlah populasi dunia ketika itu, sehingga khalifah berkata “Oh awan, pergilah engkau kemana jua, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku”. Akhirnya jatuh rebah, tersungkur di tangan Mongol yang “Nomad” dan tiada sains.

Genghis Khan yang memimpin tentera monggol menumpaskan Kerajaan Abbasiyyah

Juga kita lihat empayar Portugis pada satu masa yang dikatakan pernah menguasai seluruh pelabuhan penting di seluruh dunia dari Barat Eropah sehinggalah ke Tanjung Pengharapan, Goa dan Melaka kininya dimana mereka ? Mujurlah ada “Christiano Ronaldo” maka dunia masih mengingati mereka. Eh jap, siapa Roanaldo tu? Erks.

Lebih teruk, empayar British yang mana pernah tersohor dengan jolokan “The sun will never set at Brtitish Empire” kininya hanya kurang 1 per 10 dari keluasan tanah jajahan asalnya.

Semuanya tersungkur. Rebah menyembah bumi.

Tidak dapat lari juga Uthmaniyyah yang dahulunya menaungi dunia Islam dari Afrika sehingga timur jauh akhirnya tersungkur rebah di tangan seorang “Pengkhianat”. Dan terbaru empayar Soviet yang muncul sebagai negara terbesar dunia dan mempelopori sains, politik dan ketenteraan dunia akhirnya runtuh jua tanpa sempat meraikan Jubli Perak sekalipun.

(Demikianlah) peraturan (Kami Yang tetap mengenai) orang-orang Yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul kami; dan Engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami Yang tetap itu.

(Al-Isra’:77)


Khalifah terakhir diperintah meninggalkan istana

Begitulah sunnatullah yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Tiada apa yang kekal selamanya, walau sekuat manapun, walau sekaya manapun, walau sebesar manapun. Akhirnya mereka semua terikat dengan apa yang telah ditetapkan Allah yang menguasai sekalian alam. Begitu jugalah peradaban barat sekarang yang diterajui Amerika Syarikat, ianya tidak akan kekal dan akhirnya akan runtuh juga. Bibit-bibit keruntuhannya sudah dapat kita saksikan sekarang. Dunia mula perlahan-lahan sedar akan siapakah sebenarnya “Uncle Sam” ini dan ketidakadilan serta kekejaman mereka.

Sudah tiba masanya untuk Islam bangkit kembali menerajui segala perkara di dalam dunia dan memenangi hati masyarakat dunia dari sistem moral sehinggalah pentadbiran dan system ekonomi sesebuh negara. Tidak diturunkan Islam hanya untuk menyuluh roh individu-individu sebaliknya kesyumulan Islam itu merangkumi kedua-dua aspek roh dan jasad secara kolektif. Marilah kita letakkan Islam sesuai dengan fungsinya semula, menyelamatkan kemanusiaan, mensejahterakan alam, sesuai dengan fungsinya sebagai “Rahmatan Iil Alamin”.

Namun, cita-cita ini tidak mungkin akan tercapai secara automatic, ianya memerlukan tangan-tangan manusia untuk medirikannya semula. Ayuh! Kita mulakan dengan menaburkan benih-benih aqidah pada masyarakat di sekililing kita. Kebangkitan Islam pastikan tiba!.

“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.” – George Bernard Shaw

An-Nur: 55

“Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka:

khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.”

5 comments:

PC1667 said...

Okay, kita tak pernah tau pun semua ni. Great job :) Keep sharing your knowledge, for it will help you later :)

Inspector Saahab said...

Jazakillah. Inshaallah. semoga terus statik :)

Inspector Saahab said...

sebenarnya, cucu Genghis Khan yg memimpin tentera Monggol menentang kerajaan Abasiyyah yakni Hulagu Khan :)

maaf ye for the wrong info

M Fizan said...

Allahuakbar.. banyak benar fakta yang masih belum diketahui.. dek kerana terleka dengan sihir dunia yang perlu diingati hingga terlalai mencari kebenaran sebegini..

Inspector Saahab said...

M Fizan : iNSHALLAH AKAN BYAK LAGI PERKONGSIAN TENTANG SEJARAH KITA :)

SEMOGA TERUS STATIK :)