Sunday, March 25, 2012

API YANG MARAK

Awan nano berarak perlahan, cuba melitupi sang mentari yang semakin garang memancarkan sinaran vetonya. Burung-burung yang terkena pancaran berkuasa tinggi itu, terbang terhuyung hayang, merempuh sesama sendiri akibat penetrasi cahaya ke dalam retina anak mata yang lalu mengakibatkan mereka silau. Dahan-dahan besar pokok di sekitar laman melambai-lambai setelah ditiup angin yang agak kuat dan kenchang. Peluh mentis satu demi satu. Namun menyegarkan masih.

Assalam alaik.

Sila baca post ini dengan hati tanpa membunyikan suara anda kerana saya labelkan ia dalan silent sandei (Sunday). Dah nama silent kena la senyap-senyap. Eheh. Sebarang cadangan kritikan atau komen bolehlah segera ke inbox komen di bawah.



Hati ditawan habis, ditempel karat-karat

Minda terjerat dek persepsi mendukung modenisasi

Mentaliti dipagari rasa indahnya kehidupan

Gaya hidup meliar dan melarat

Takwa tergadai, tinggal kata bersahaja

Negeri akirat yang pasti menanti

Erks. Punah ranah. Cubaan pertama. Bercita-cita menghantar karya anda yang mampu membolak balikkan perasaan itu? Sila hubungi saya di talian yang tertera pada kaca televisyen anda. Sehingga ketemu lagi.

Image : courtesy of Peacemaker Islam

No comments: