Wednesday, March 14, 2012

SUMPAH SUSAH

Marcapada menyaksikan sebaik sahaja seorang bayi dilahirkan, mesti mak atau bapak dioarang atau kedua-duanya sekali gus doa semoga bayi yang dilahirkan jadi anak yang baik, soleh dan solehah. Tambahan pula, kalau boleh bila besar bayi itu jadi doctor ke, peguam ke, jurutera ke, paling koman pun cikgu tapi kalau boleh pegang jawatan tinggi tinggi kasi gempak sikit. Saya yakin dan pasti perkara yang sama berlaku sebaik sahaja kita dilahirkan. Mesti ada mak kita bisik kat telinga kita waktu kita merah lagi, wahai anak nanti besar jadi sekian sekian ye.

Kemudian mak senyum sinis. Eheh.

Kenapa ye? Pernahkan kalian terfikir? Kenapa nak kena jadi baik? Kalau semua orang jadi baik siapa nak jadi jahat? Nanti pihak polis, pihak berkuasa tempatan hatta jawatan kuasa perwakilan kampong sekalipun nanti bila semua orang dah jadi baik diorang nak buat apa? Kenapa mak kita nak kita jadi baik? Kenapa ayah kita nak kita jadi baik? Perlu ke? Tak cukup ke orang baik kat dunia ni?

Woho, sungguh menggoncang keimanan dan nafsu.


Senang je jawapan dia. Sebab jadi baik senang, jadi jahat susah.

Seriously jadi jahat susah. Kalian ingat senang ke nak buat kerja jahat? Nak minta restu mak bapak nak buat kerja jahat senang ke? Atas dasar kasihan dekat kita, mak ayah kita memang dah tahu kita ni tak mampu nak jadi jahat sebab susah sangat. Bila beras abehs pun kita dah merungut inikan pula nak jadi jahat pastu nak bermastautin dalam lokap tanpa internet tanpa facebook, tanpa astro dan tanpa segala mak neka yang orang baik boleh dapat. Susah siot nak jadi jahat.

Contoh I

Mengumpat tu kira kerja jahat la kan? Dapat dosa kan? Ke dapat pahala? Siapa cakap? Meh nak tarbiyyah sikit. Eheh. Ingat senang ke nak mengumpat? First thing first nak ngumpat mesti kena ada geng. Ke ade orang ngumpat sorang-sorang? Geng pulak kalau boleh nak ramai-ramai barulah meriah. Barulah meriah neraka itu, ke macam mana? Nak pilih topic dan subjek yang hendak diumpat tuh satu hal. Heh, susah susah. Serious susah. Nak ngumpat mesti belakang-belakang. Banyak kot syarat nak ngumpat. So buat apa nak ngumpat? Udah udah la ye, baik lelaki mahupun perempuan. Jum jadi baik.

Contoh II

Apa lagi ek kerja jahat yang kita selalu buat? Mencuri ? Hah memang aktiviti rukun kot dekat kawasan-kawasan yang panas. Sama la macam kes di atas, nak mencuri lagi susah. Nak kena plan la. Plan pula mesti ada A pastu B dan C. Yela, kalau gagal satu boleh guna yang lain. Nak plan tu bukan senang, mesti masuk kelas belajar tinggi baru otak bergeliga, kan kan? Nak mencuri tak ley main masuk je rumah orang bagi salam, minum air pastu borak borak dengan tuan rumah pastuh cakap datang nak curi. Huh, memang makan belacan la. Kena lah senyap senyap kan, baru tak kantoi. Dan banyak lagi syarat syarat wajib nya. Kesimpulan, sumpah susah. So, nak jadi jahat lagi?

Contoh III

Hah apa lagi ? Nak dating dengan anak jiran sebelah? Peh, lagi susah. Nak bercintan cintun berpakwe makwe serious susah. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang pakar eheh. Nak dating mesti la tempat gelap gelap kan, baru romantis. Pastu yang laki mesti la pandai bahasa Melayu atau tak kira la bahasa apa-apa pun baru la boleh ayat si perempuan sampai cair, baru mesra tak gitu. Nak dating mesti nak ada benda nak cakap, tak kan main senyum senyum je sepanjang masa,sumpah boring, eheh. Uiks, susah bebenor. Tu la, kerja jahat memang susah. Maksiat maksiat. Ayuhlah jadi baik.

Kalau nak Inspektor tuliskan, memang minggu depan pun tak habis contoh kesusahan yang dialami oleh insan-insan yang bercita cita nak jadi jahat pastu nak buat kerja jahat. Dan kebanyakan merekla terkandas di persimpangan jalan. Ada je yang berjaya siap amik gambar pegang scroll ijazah. Eleh, kat dunia boleh la beb tunjuk muka bangga dalam kamera, kat akhirat nanti tak ley dah nak lari-lari macam main Police Entry. Mesti sangkut punya.


So anda anda sekalian? Macam mana?

Kalau ada terdetik dekat hati nanti besar nak jadi pengganas yang paling digeruni dan disegani oleh masyrakat dunia, bertaubatlah, susah kot. Baik jadi doctor, lagi senang. Wahah.

Akhir kalam, jum jadi baik :)

Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertakwa..

(Ali Imran :133)

12 comments:

~Wanney~ said...

xde jiran nak mengurat lah pulk.. hahah.. dua2 belh kosong.. well.. wat ever u wrote is true.. manusia.. xnmpk yg senang.. sume nmpk yg ssh je..

farhana hasarudin said...

yeahh.. sangat susah rupanya nak jadi jahat.. hmmm, jums.. aku pon nak jadi baik jugak lah ;)

Inspector Saahab said...

amboih. haha
anyway, thanks :)
bagusla..manusia salahkan manusia. eheh. sila tidak emosi.

Inspector Saahab said...

ANNA : kan kan? baru tahu ke? nasib baik baca..hehe

Dr Afifah said...

amboi, senang nya jadi doktor. haha

Inspector Saahab said...

Dr Afifah : well, haha. et lis dr jadi jahat, buat maksiat lg susah. kan kan kan ?

Anonymous said...

senang ke jadi doctor?a-level ni pon x lps agi..

Inspector Saahab said...

cik / encik anonymous : amboih. agak panas statement di situ. hehe

inshaallah kalo usaha sennag la. klo kita tido je dalam kelas, susah juga sebenarnye. hihi ~~

Anonymous said...

2 la...jadi jgn tdo..

Inspector Saahab said...

ok

nasihat dicekup dan disimpan dalam poket

Unknown said...

hakikatnya kalau benda dah suka, memang agak susah nak ditinggalkan. walaupun susah.
nak buat baik pun, kalau benda yang agak payah, bila dah suka, bila dah ketagih, bagila halangan sebesar guli atau sekecil gajah, tetap ditempuhi.

maka, kebencian terhadap benda yang tak elok tu pun penting jugak untuk kita pupuk. tu yg ana baru blaja la.

tak cukup sekadar sukakan kebaikan. kena benci kejahatan gak.

Inspector Saahab said...

ikram : betol. setuju. sokong.

satu cara mendpaat halawatul iman, benci kepada kemungkaran sbgaimana benci pada api neraka :)