Ajaib
Kabus kabus di ufuk timur menebal menerewang ke hampir seluruh bahagian badan bukit membuatkan pemandangan begitu memukau. Suhu bilik di waktu pagi yang seram seram sejuk menenangkan jiwa dan hati yang sedang berlara. Amboih. Kedengaran bunyi mesin mengangkut manusia bertayar dua melintasi jalan di hadapan rumah. Wajah seorang lelaki tua meluncur laju, bersiap siaga bergerak ke pintu masjid setelah azan Subuh berkumandang.
Saya memang dahulu kala waktu kanak kanak bercita cita untuk menulis novel tema alam sekitar namun semuanya tinggal angan angan kosong. Aiwah.
Soalan, mengapakah kalian memilih untuk membuka laman blog ini pada tempat pertama? Well, in the first place?
Bagi mereka yang begitu berpegang teguh kepada prinsip rukun Negara yang ke-enam yakni cinta akan bahasa dan bangsa pasti sakit mata melihat penulisan yang punah ranah di sini. Tapi bukan itu issue nya hari ini. Pasti ada sesuatu yang membuatkan anda tertarik untuk terus static di sini. Bukan blog ini yang menarik ya, tapi ade suatu kuasa magnet yang menjerat naluri jiwa dan perasaan anda untuk berada di sini, kerana apa? Kerana anda ingin jadi baik, kerana anda suka akan kebaikan dan ini membuktikan anda dalah spesies manusia yang normal.
Bukankah begitu?
Tidak dapat dinafikan, anak anak muda kini sebilanganya walaupun tidak banyak tapi semakin bertambah mula cenderung untuk mendekati benda ajaib sebegini. Rata rata dalam kalangan kita mula berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini. Seolah olah ada kuasa yang begitu hebakk menarik jiwa-jiwa ini untuk menerima kehadiran dakwah dan tarbiyyah dalam diri mereka. Para remaja mula mencari jalan kebenaran ekoran merasakan kehidupan di dunia yang berpaksikan material semata-mata adalah mensia-sia kan.
Jika anda masih kekal di sini, berminat dengan penuh ghairah untuk mendapatkan ilmu yang barangkali anda sudah pun ada dalam diri masing masing, sebenanrnya anda sedang membentuk iman dalam diri anda. Tatkala rakan-rakan anda membuka laman sesawang untuk berborak kosong, melihat update terkini gossip panas artis yang semakin meliar, layan cerita cerita kurang senonoh di kaca skrin laptop masing masing, anda telah mengambil keputusan untuk be part of this thing.
Namun harus diingat wahai teman dan taulan
Ceh saya bercakap seolah-olah macam super saiya padahal kita sebenarnye sama sahaja, dua kali enam belas je. Dan kita semua dalam proses membentuk individu individu muslim supaya mampu mendokong kebangkitan Islam di akhirnya Inshaallah.
Cuma apa yang ingin saya ketengahkan di sini, benih keimanan itu masih lagi dalam proses percambahan, memerlukan banyak nutrient nutrient penting sebelum menghasilkan dedaun dan batang pokok yang sehat. Kehadiran air dan cahaya matahari cukup perlu supaya proses photosynthesis berjalan dengan selamat dan aman. Dan kita sebenarnye sedang mendapatkan nutrient penting beserta air dan tenaga cahaya tersebut untuk dibekalkan besama benih kita tadi, melalui proses dakwah dan tarbiyyah ini.
Persoalannya, tidak dapat dielakkan dalam menghadapi proses percambahan itu biji benih kita ini menghadapi persaingan dengan pokok-pokok lain yang sudah besar panjang tinggi macam galah, yang sudah lama berakar dan membiak biak dalam diri kita. Kehadiran pokok pokok besar ini tidak lain hanya membantut tumbesaran biji benih kita yang satu ini. Mampukah biji benih ini bersaing? Boleh jadi ia tewas dan mati. Alangkah ruginya jika kita sia siakan benih yang berkualiti ini.
So, apakah tindakan kita?
Begitulah analoginya dalam membentuk keimanan dalam diri kita.
Kita begitu bersemangat, bertungkus lumus untuk upgrade iman kita supaya membesar, mebiak piak dan mampu membawa kita ke jalan yang benar. Proses ini boleh jadi lambat boleh jadi cepat, bergantung kepada diri kita la kan, tak kan sebab anak jiran sebelah kot. Mengapa boleh jadi lambat? Kerana kita leka akan kehadiran pohon pohon besar tadi yakni aktiviti aktivit jahiliyyah yang sudah bertapak sejak berkurun lamanya dalam diri kita.
Sesungguhnya, kehadiran amal jahiliyyah (bukan amal jariah ye) akan menjadi fitnah kepada perjuangan kita. Hendak atau tidak kita harus tinggalkan semuanya. Atau benih keimanan kita akan terkubur.
Sebelum itu?
Tak kenal maka tak cinta. Kita hendaklah berkenalan dan bermesra mesra dahulu dengan perkara perkara yang dikategorikan sebagai amalan jahiliyyah. Kita harus tahu apakah sifat sifat dia, makanan kegemaran dia, hobby dia, tarikh lahir dia dan perkara perkara yang sewajarnya kita tahu. Eheh.
Kenapa?
Sangat penting untuk kita mengenal pasti dan menganalisis perkara perkara jahiliyyah supaya kita dapat menghindari mereka. Dan boleh jadi aktiviti rutin yang menjadi kegilaan kita di kala berduka atau di kala menuggu kawan reply message atau di kala menunggu giliran menggunakan tandas awam itu adalah amalan jahiliyyah walhal kita tidak mengetahuinya kerana pada mata kasar kita, ia tampak bergaya dan menyihatkan.
Soalan?
Macam mana nak kenal?
To be continued….
4 comments:
soalan2.
awak asal mane ? haha.
jahiliyyah di mana-mana.
menyerang fizikal, mental, rohani, dan emosi.
^___^
senyum lagi...
tak faham la. ape kaitan soklan dengan statement tuh?
penuh anologi.. gud.. =)
wanney : jazakillah atas komen. meriah sket walaupun, ye a komen hehe
tapi fahamkah?
perasaan ? teruja?
ke ekstrem sgt entry nih? erks
Post a Comment