Showing posts with label MUHAMMAD. Show all posts
Showing posts with label MUHAMMAD. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

LAPTOP TOSHIBA




Pagi yang bersahaja. Kumai menatap skrin laptop Toshiba putihnya sejak tidak kurang daripada dua puluh minit yang lalu. Fokus. Papan kekunci ditekan dengan laju dan jitu. Kedengaran bunyi hasil getaran ekoran geseran antara jari jemari dengan punat punat papan kekunci. Ada external force di situ. Menepati hukum gerakan Newton yang pertama. Well, budak Sains. Once upon time.

Suasana biasa. Burung burung belum galak bertenggek di beranda rumah. Sekali sekala bahu disandarkan ke belakang kerusi. Cushion hijau, sudah separuh menipis. Sendi jari jemari dilaga-lagakan. Sambil mata masih fokus menatap skrin.

“Ayat ni rare do” Tetibe Daus bersuara.

“Ayat mana?” Huh. Separuh badan tertoleh ke kiri. Tangan masih setia di atas papan kekunci.

“Wain ta’uddu nikmatallah, la tuhsuha..”

“Eleh, macam cliché je”

“Kau faham ke?” Jawapan cliché dibalas dengan statement sentap.

Faham. Faham sekadar literal, sekadar baca translation belum tentu benar benar faham. Faham yang sebenar, faham dengan hati. Faham yang menatijahkan amal. Faham yang mengakar hingga jauh ke lubuk jantung hati jiwa yang paling dalam. Faham yang membangkitkan hamassah. Faham yang membuatkan kau rasa nak nangis, yang dijiwai kefahaman tu. Faham yang, Ok. Nak kata beza la tahu dan faham. Faham?


“Selalu orang quote kan”

“Haah. Tapi cuba ponder for a while” Daus menambah lagi. Ada pengajaran berharga yang hendak disampaikan kepada rakan sebiliknya tu.

Suasana yang sekejap hangat kembali dingin, sugul dan muram. Bunyi geseran jemari dengan papan kekunci tidak lagi didengari. Langkah malas diambil menuju ke pintu bilik, tombol dipulas dengan penuh lemah. Sebaik sahaja pintu bilik terkuak buka, Kumai merebahkan diri dengan gaya yang paling malas. Macam mana tu? Huh!

“Kata Nouman Ali Khan, perkataan nikmatan ni kata nama singular” Daus tambah lagi. Cari pasal. Mata yang terpejam diganggu.             

“Maksudnya?” Kumai buat buat berminat. Batal busuk bercorakkan Hello Kitty dipeluk erat dalam dekapan. Bukan dalam dekapan ukhuwah.

“Nak katanya, even satu nikmat Allah macam udara pun kita tak mampu nak hitung, apatahlagi syukuri!”

Ok.

Minat yang ditunjukkan tidak tahan lama. Begitulah kurang lebih gelagat mereka berdua. Daus ni budak usrah, budak tarbiyah. Obses dengan tadabur Qurannya tu. Sampai kadang-kadang menggangu ketenteraman Kumai. Kumai pula, hmmm, vice versa! Tapi masih boleh tahan la dengan perangai rakan sebiliknya itu.

It’s just another day.

Langit membiru, terbentang luas tidak bertepi. Haah. Pernah tanya diri sendiri mana penjuru langit? Tidak pernah bukan. Sebab terlalu ajaib. Atau sebab terlalu sibuk dengan kerja kerja dunia macam kerjaya, belajarnya, dengan kejar pointer nya, sehingga nak renung sejenak kejadian langit ni pun tak sempat, dan tak berminat. Well, hidup ikut flow sudahlah kan! Sarkastik.

“Ok aku bagi satu contoh”

“Tak habis lagi kau ni eh”

“Hehe, just bear with me la. Kalau bukan dengan kau, dengan sapa lagi la aku nak bercoleteh. Dan kalau bukan dari aku, dari sapa lagi la kau nak dengar benda benda rare macam ni ha”
Senyuman manja terukir. Manja dan nakal! Satu tumbukan lembut dilepaskan ke bahu Kumai, kemudian dibalas dengan jelingan tajam. Malu, tapi mahu sebenarnya.

“Ok, apa?” Berkesan!

“Udara. Just to sample, agak-agak kenapa kita kena syukuri udara?”

“Agaklah kalau nak test aku pun. Aku tak sejahil tu la” Err

“Ok, tak menjawab soalan”

“Easy. Sebab udara untuk bernafas, kalau tak mati la”

“See, I catch you!”

Daus bingkas bangun dan mara ke tingkap bilik. Ditolak tingkap perlahan-lahan. Kedengaran bunyi berkeriut. Dah lama sangat biar tertutup. Bukan apa, kalau lupa tutup nanti nyamuk nyamuk ganas di metropolitan Shah Alam tu datang menyerang. Tak pasal pasal kena dengue kan.

Lama juga dia berdiri di hadapan tingkap. Pandangan jauh dilemparkan keluar tingkap. Sekali sekala udara petang hari itu dihirup dengan sedalam-dalamnya. Dalam sampai dah tak muat abdomen. Dalam sampai kena hembus dulu dan hirup balik. Dalam sangat.

“Sebenarnya kau pun tahu kan, dalam komponen udara tu ada banyak campuran gas. Tapi somehow selalunya bila cakap pasal mensyukuri nikmat udara yang satu ni, yang mampu kita hitung hanya untuk bernafas. In which kita sedang refering to Oxygen dalam udara” Bernas.

“Wow. Ok”

“Dan, aku belum habis kot…”

“Dan.. ?”

“Sedangkan dalam udara ada banyak lagi gas lain. Bahkan Oxygen hanyalah 21% daripada komposisi udara, which is tak la banyak sangat. Bagaimana dengan gas seperti Helium? Atau apa khabar gas Nitrogen yang punyai major part dalam komposisi tu? Mana kita letak gas gas ni dalam perhitungan kita untuk mensyukuri nikmat Allah ni?”

“Ok. Deep kau” Huh! Macam speechless.

“Sebab itu la bro, aku ajak pergi usrah. Best kan tadabur” posisi duduk di sebelah Kumai diambil kembali. Sambil tangannya diletakkan di atas bahu Kumai, lembut dan mesra.

“Ok nampak dah permainan dia”

“Hehe. Lek lek”

“Ok. Tapi you have the point.”

“Kan”

“Ala kecoh la mamat ni nak iyakan point sendiri” Satu tumbukan sedikit ganas dilepaskan pada bahu Daus pula. Tanda keakraban ukhuwah. Ukhuwah budak bilik la katakan.

“Tapi betul la kan. Satu nikmat pun kita tak dapat nak syukuri. Dan kita hanya mampu syukuri dan berterima kasih pada apa yang kita nampak, yang visible. Yang kita tak tahu, yang tak nampak, yang kita jahili, kita tend to abaikan”

“True. And…”

“And? “ perbincangan makin dahsyat. Makin deep.

“Aku just teringat dekat satu hadis ni, yang Nabi cakap antara doa yang dimakbulkkan ialah dari seorang kepada member dia yang lain, dalam keadaan ghaib, which without the knowledege orang yang didoa”

“Huhu, macam lagi deep je kau fikir”

“Takdelah. Mungkin kita jadi macam ni sekarang, belajar sampai buat persiapan nak ke luar negara, dapat biasiswa, elaun masuk banyak, makan mewah, hidup senang, cepat digest lesson dalam kelas, mungkin sebab ada doa-doa yang kita tak tahu. Dan kita tidak pun berterima kasih kepda mereka ni”

“Wow. Aku rasa macam nak nangis do. Jadi naqib aku please”

“Haha, kau mesti underestimate aku kan” Senyuman nakal terukir. Huh.

“Tapi betul, best hadis tu. And dan mungkin ada doa kau untuk aku gak kan?” Eh.

“Ok itu random.”

“Dan banyak je hadis Nabi yang best, atau sebenarnya sume best, cuma kita take it for granted.”

“Makan dalam”

“Takpe. Sama-sama la kita learn the lesson”

“Rindu Baginda saw..”

“Kan.”


***


Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda yang maksudnya; “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib melainkan akan berkatalah malaikat, engkau juga peroleh yang seumpamanya”


(Riwayat Muslim)

Wednesday, January 21, 2015

WHO IS MUHAMMAD SAW #2






Salam tak bagi, apa tak bagi terus masuk bilik, tutup pintu kuat-kuat, badan direbahkan ke atas katil single kolej dan berkurung dalam bilik sorang-sorang. Entah kena rasuk dengan jin mana. Tak pasal-pasal, jin pun masuk entry.

Ni mesti masalah dengan lecturer Ekonomi dia. Kalau tak Ekonomi, mesti lecturer Business Law, tak pun International Trade. Tak pun Finance. Pendek kata, dengan semua lecturer pun masalah la.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak, perlahan-lahan. “Kau ok ke?” Dah macam kura-kura dah Im. Kepala je masuk ke dalam. Kaki, badan, disebalik pintu. Tengok tengok dahulu, kot salah timing. Tengah-tengah volcano meluap luap ni, tak pasal pasal perang saudara entah ke berapa pula kang.


“Aku nak rehat jap” Perbualan tamat di situ. Soalan pun tak dijawab. Dibiar tergantung.

“Hmm ok. By the way, dah Zohor?”

“Nanti dah nak Asar kau kejut la aku” Rimas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan badannya, bertukar kiblat.

“Dah nak Asar ni As” Soleh je Im ni. Tak sampai lima minit bagi kawan tu berehat

“Kau nak melawak pun agak-agak la, baru pukul tiga kot”

“Habis tu, dah dekat dengan asar la tu. Dah aku fikir macam tu kau nak buat macam mana?” Dah nampak tanda-tanda kecil dua dua tak nak mengalah. “Nanti solat ek”

Ditutup pintu perlahan-lahan. Kerusi di meja belajar di tarik perlahan-lahan. Tangan kiri dan kanan sibuk mengemas nota-nota dan assignments statistic yang berlambak-lambak atas meja tu. Lepas tu termenung panjang juga Im. Tak tahu nak buat macam mana. As asyik marah-marah. Tak best. Selalunya masalah kat kelas dibawa balik sampai ke kolej penginapan. Im la kena redakan.


“Aku pinjam sejadah kau sat” Im mengangguk.

Matanya fokus mengadap helaian novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wvick. Novel karya HAMKA. Bukan senang nak cari ulamak macam tu tulis novel, at the same time ada tafsir Quran sendiri. Tapi sebenarnya tak fokus pun. Fikiran bercelaru. Ke laut. Bukan tengah bayangkan kapal yang karam yang fikiran pergi ke laut tu, pun bukan sebab teringat ayah kat kampung yang kerja sebagai nelayan. Tapi, tengah fikir pasal As.

Cubaan kedua. “As…sat lagi nak azan Asar dah” Sambil mata-mata buat-buat tengok pada jam yang dah separuh retak, tangan kanan pegang tombol pintu, “Kita turun solat kat bawah jom?”

“Kau turun dulu, pastu aku turun” Berdalih.

“Oh. Takpe, aku tunggu?”

“Ni mesti kes tak thiqah dengan aku” mata pandang Im semacam. Tajam je, Boleh tahan As. Main ayat.

“Eh takdelah. Takpe, turun sama-sama. Kalau kau miss jemaah nanti, aku boleh teman kau” Ayat cover line. Baik punya. Nak tergeliat lidah.


Suhu pada petang itu suam-suam. Angin bertiup sepoi-sepoi. Bak kata orang, sepoi sepoi bahasa. Tak faham, entah apa kaitan angin dengan bahasa. Mungkin pada kelembutan. Atau pada ketinggian kesusasteraannya. Kipas tiga bilah warna putih yang sarat dengan habuk berputar ligat. Kadang-kadang mengeluarkan bunyi yang mencurigakan. Tanda dah nak hampir tamat khidmat. Entah bila kali terakhir diselenggara.

“Kau baca surah apa tu?”

“Al Ahzab. Kenapa?”

“Takdelah. Saje” Sambil badannya bersandar mesra pada belakang pada As. Im dengar. Khusyuk. Dengan tajwid yang almost perfect. Sebutan dah macam Pak Arab.

“Kau takde keje ke?” Bacaan terhenti. Kepala ditoleh empat puluh lima darjah. Pandangan serong dituju kepada Im. “Tetibe je..”

“La, dengar bacaan Quran pun salah? Cuba tengok 7:204. Hehe”


-Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarkanlah
dan diamlah, agar kamu  mendapat rahmat-


“By the way kau baca sedap. Berbunga bunga aku dengar” Usik Im. Saje nak mulakan perbualan. “And…bukan senang aku nk puji orang ni..”

“Ok. Tak tanya pun..rosak hati tahu?”Helaian seterusnya diselak. Bacaan disambung pada petang tu. Selalu lepas baca mathurat, As habiskan mutabaah amal Qurannya. So that malam boleh fokus buat assignments. Kalau Im pula, prefer baca Quran malam-malam. Tak kisah la.

“As..”

“Eh, bukan ayat kau quote tadi suruh diam ke?” Padu.

“Ok. Tapi aku nak share something. Alang-alang kau dah baca surah al Ahzab tu” kali ini Im bergerak ke sisi. Mata memandang As. Duduk sebelah sebelah. Macam ada mesej penting yang nak disampaikan. “Cuba tengok ayat 21”

“Ayat pasal Rasulullah as suri teladan”

“Peh. Kau pun dah tahu” bicara dilanjutkan, “Agak agak kenapa Allah mentioned benda ni dalam surah ni?’

Lama fikir. Takde jawapan.

“Haa kenapa?”

“Haa, tak tahu kan. So this is the best part. Boleh show off skit dengan kau. Hehe” Bahu As disiku mesra. Lembut. Penuh ukhuwah. Sikuanya dibalas. Sedikit ganas.

“So nak bagitahu ke tak?”

“Kau tahu kan surah Ahzab pasal apa?”

“Perang Ahzab?” Pantas terpacul. Soalan-soalan basic macam ni memang diorang dua boleh jawab sambil hirup sup mee segera.

“Perang Ahzab ke Khandak?”

“Salah orang la weh nk test aku dengan soalan macam tu haha”

“Wow. Ok” Kening sebelah kiri terangkat. Kagum, atau sarcasm. “Tapi point aku tak sampai lagi”

“So apa point kau yang tak sampai sampai tu?’

“Hmm. Macam ni. Ni yang aku pernah dengar la. Perang Ahzab atau Khandak tu kan antara perang yang paling getir yang Rasulullah saw dengan para sahabat lalui. Kau bayangkan la, satu tanah Arab tu bergabung nak serang Madinah, of course la situation sangat terdesak, stressful, demotivate, moral pun down kan dan bla bla..”

“Ok. Lagi? Macam tak sampai lagi point”

“Sabar la.” Posisi dibetulkan. “Tapi dalam keadaan paling gawat dan penuh tekanan tu juga la Allah mentioned Rasulullah as suri teladan yang paling baik untuk kita, which means..”

“Which means..” Belum sempat Im habiskan ayat dia. As eksaited.

“Which means, akhlak Rasulullah saw, dalam the worst situation pun is the best. Time perang tu pun still kita boleh jadikan baginda sebagai suri teladan. Actually time keadaan kita paling serabut, dunia haru biru, action kita time tu la sebenarnya show who we really are..”

“Wow..itu menarik”

“Dan Allah has put this verse, in the best and right position in the Quran, which is dalam Surah yang menceritakan tentang situasi perang..” Sedikit demi sedikit point sebenar Im disampaikan. Nak mentarbiyah sahabatnya itu… “Kalau nak compare dengan kita ni…jauh sangat la kan?” Satu senyuman terukir.

“Deep…kau..”

“Untuk aku juga, aku maksudkan..”

Mushaf warna biru gelap itu ditutup. Makan dalam. Satu persatu As digest kata-kata Im. Makin lama makin jauh pula dia fikir. “Tetibe rasa down weh…”

“Laa, apesal plak…” Posisi kembali seperti tadi. besandar pada belakang As. Mesra. Hangat.

“Down sebab selalu cakap nak ikut Rasulullah saw, dalam halaqah kemain lagi petik hadis, cakap berdentam berdentum, nak buat itu buat ni, tapi aku ni macam jauh sangat lagi…and..”

“Takpela. Kita sama-sama baiki..huhu.. and what?”

“Rindu baginda…rindu nak jumpa” Kepala tertoleh ke Im. Mushaf dipeluk erat. Nafas ditarik. Sedalam dalamnya. Kemudian dihembus. Kedengaran hela nafas yang dihembuskan.

“Insya Allah one day, As. One day”


Allahumma solli’ala saiyyidina Muhammad :’)

Monday, January 19, 2015

WHO IS MUHAMMAD SAW #1






“Kalau difikir-fikirkan balik kan, bukan senang kerja Rasulullah masa awal-awal dulu” Sambil menyandarkan bahu ke kerusi hostel, kerusi plastic warna hijau, tanpa cushion. Kepala menoleh ke arah Jat.         

“Kalau tak difikir-fikirkan balik pun, memang susah pun” Bersahaja respon Jat. Jari jemarinya pantas menekan papan kekunci. Dah macam keyboard warrior. Bekali-kali juga kepalanya yang tidak gatal digaru.

“Eh kau ni. Aku tengah fikir sesuatu ni”

“Yela, tiba-tiba sangat je kau ni” Lama mata Jat menatap skrin bercahaya di depannya. 20 inci, jarak. Satu persatu perkataan dibaca, dieja dan dibaca. Mata melilau kot ada salah grammar atau spelling mistakes. Dia ni memang lejen typo. Kadang-kadang tangan gerak lebih laju daripada otak. Coordination problems.

“By the way dah habis baca buku ni?’ Mulutnya memuncung ke arah buku cover nipis warna biru di tangan. Kertasnya sudah lusuh, kekuningan. Itu antara harta yang dipusakai Emir dari ayahnya, tak lama dulu.

“Belum weh. Dengan report biology ni, nak biul kepala aku” Sekali sekala posisinya di lantai itu ditukar. Sekejap bersila, sekejap meniarap. Dan banyak posisi posisi lain yang tak perlu nak ditulis kat sini.           

“Ala kau ni, macam baru semalam dua ikut tarbiyah” Sentap.

“Gurau kasar nampak” Kepala tertoleh ke arah Emir. Muka tak puas hati tak boleh blah. Tapi nak salahkan siapa? Ada benar juga tu. “By the way, apa yang kau dapat setakat kau dah baca tu?”

“Banyak” Pantas.

“Yela, aku tak tanya banyak ke skit…”

“Eh kau emo ke. Sabar la, kata nak ikut Rasulullah. Hehe” Peh. Dua kali kena malam tu.
Hanya sekilas pandangan mampu dibalas. Bicara kelu. Kang jawab lagi kang kena lagi. Baik ikut sunnah, berkata-kata baik atau diam.

“Antaranya la…” Emir mulakan perkongsian pada malam tu, “Boleh je sebenarnya kalau Rasulullah saw perjuangkan isu lain sebelum dia bawa isu akidah”

“Contoh?”

“Contoh? Hmm. Isu kebangsaan Arab ke. Sebab hampir semua tanah Arab di sekeliling Mekah macam Yaman, Syams dan lain-lain dipimpin oleh kerajaan bukan Arab. Kerajaan Rom dan Parsi contohnya.” Ilmiah sangat ni.

“Hmm menarik. So kiranya boleh la baginda buat modal, guna isu perkauman untuk bangkitkan semangat orang Arab” Tetibe Jat pun beri komentar

“Haah.” Approved.

“Lagi? Kalau satu contoh macam tak kukuh sangat hujah kau”

“Lagi ? Hmm boleh juga Rasulullah perjuangkan isu keadilan social ke. Sebab time tu hampir 90% penduduk Mekah adalah golongan miskin yang kena tindas. So boleh je Rasulullah leads depa sume ni untuk perjuangkan keadilan, jadi ketua kemudian baru tegakkan islam”

“Haa, tu pun menarik. Dan it sounds Islamic pun kan”

“Yup”

“Lagi? Macam best plak buku ni”

“Ada banyak lagi, nak tahu kena la baca” Mata membulat nakal. Emir sambung bacaan di meja studinya. Highlighter warna hijau macam daun pucuk pisang di tangan kiri. Sekali sekala digarisnya poin poin penting.

Lepas beberapa detik yang sunyi.

“Habis tu Syed Quttb ada bagi komen tak, kenapa Rasulullah tak guna isu-isu lain tu?” Perbincangan ilmiah entah tahap apa dihidupkan balik. Kali ni Jat pula memulakan langkah. Makin rancak, makin menarik. Ada benda yang boleh di ponder sama-sama.

“Of course la ada”

“Tapi betul la kan..”

“Apa yang betul?’ Tetibe.

“Bukan senang nak ubah pemikiran, as in kepercayaan, akidah seseorang tu. Dah la pasal akidah kepercayaan, pasal ketuhanan. Ingat senang ke orang tu dari kecik sampai dah nak mati duk sembah berhala, dia ingat tu yang betul, tetibe entah budak dari mana cakap tak betol. Mesti la kena reject”

“Haah. Setuju”

“Macam sesetengah orang yang keras duk kata kat pakcik-pakcik kat masjid tu yang sejak depa merah lagi duk solat subuh pakai qunut, tibe-tibe pergi cakap kat pakcik-pakcik tu qunut tak boleh la, biadaah la…haha. Mahu tak marah pakcik-pakcik tu”

“Agree. Wah tetibe otak kau berfungsi dengan baik eh malam ni” Emir berjenaka. “Kau minum susu Enfagrow eh tadi, sehingga sel sel otak berhubung” Lagi dicucuk cucuk si Jat. Tak dilayan.
            
            “Papepun perit kan perjuangan Rasulullah” Sambil sambil menaip tu, sambil sambil tu juga la terpacul kata-kata yang menginsafkan.

“Yang sedihnya, tak ramai nampak benda ni bila cakap pasal nak ikut sunnah.”

“Hmm tu la. Law ka na bainana”

“Jat”

“Ye”

“Aku…entah, tetibe rindu nak jumpa Rasulullah saw. Huhu. Tetibe melancholic pulak malam ni. Ni sume kau punya pasal la ni”

“Laaa, kau yang start dulu kan..aku just nk support hehe” Habis dah berterabur notes biology dekat kiri dan kanan laptop. Macam kena ribut Catrina. Selepas seminit dua, dua dua sunyi tanpa bicara,

“Tapi kan Mir, kalau jumpa Rasulullah kau nak cakap apa?”



Allahumma solli’ala saiyyidina Muhammad :’)