Showing posts with label INI PERANAN KITA. Show all posts
Showing posts with label INI PERANAN KITA. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

JATUH CINTA LAGI



“We need to talk Lia”

“I’m ready Im. It’s you. You need to talk”

“Im rasa kita tak boleh teruskan…” Im memandang Lia. Lemah.

“But why? I want explanation.” Lia mempersoal. Panas.

“Enough is enough Lia. This. You and I, it’s wrong”

“Kalau ada perempuan lain tu cakap jela, lelaki semua sama je”

“You nak kata apa pun katalah.. antara kita dah tak ada pape” Im berkeras. Memberanikan diri.

Lia menarik beg tangannya. Dia bangun dan membetulkan selendangnya.“I’ll remember this Im” Lia memulakan langkah meninggalkan Im. Sebutir dua air mata keciwa gugur menyulusuri wajahnya.

Sebelum itu Im menarik lengan Lia, pantas dan tangkas. “But before that Lia, Im nak balik cincin tu” Pinta Im. Matanya memanah cincin di jari manis tangan kiri Lia.

Lia mendengus. Ditanggalkannya cincin tu dan dibalingnya ke muka Im. Tanpa rasa sedikit perikemanusiaan.

Im tak kesah. Im terima. Mungkin ini semua berpunca dari dirinya. Kalaulah dari dulu dia mengerti.


--------------

Aku masih belajar mencintaimu
Sejujurnya
Aku malu kerna percaya pada mata
Aku malu kerana percaya pada kata

Aku masih belajar mencintaimu
Sejujurnya
Andai dari dulu aku buka pandangan ini
Andai dari dulu aku guna hati ini
Kau mungkin tidak terseksa

Aku masih belajar mencintaimu
Sejujurnya
Kalau aku dulu endah
Kalau aku dulu peduli
Sungguh kau tidak menangis hari ini

Aku masih belajar mencintaimu
Sejujurnya
Terimalah cinta ini
Dakaplah rindu ini
Aku benar-benar serius

Sejujurnya aku masih belajar mencintaimu
Oh Gaza !

---------------------------

Im nukilkan sajak tadi di atas sehelai kertas. Dilipast kertas itu dengan penuh kasih sayang. Im masukkannya ke dalam sehelai sampul surat. Cincin tadi, dia masukkan bersama.

“Terimalah cinta ini..”

Im bicara seorang diri. Bersedia untuk mengepos surat itu ke Gaza.


-----

Inspector Saahab

Friday, October 5, 2012

MUJAHID YANG KELETIHAN


“Ok ke susah test tadi”
“Ok je. Boleh la kot”
“Ok bagus, baca la cuti weekend ni”
“Hmmm….”

-------------------------------------------------

“Macam mana test?”
“Tak tahu la, susah juga. Tunggu jela results nanti”
“Susah la, kurang buat latihan ini, banyak main ni”

Penat, menjadi hamba dunia.
Penat menjadi hamba harapan dan impian.




Manusia ini suka membuat andaian bukan bukan. Saya, anda kau dan dia, mereka dan beliau, tak kira siapa, kita suka buat andaian, mengadili tanpa usul periksa. Bahasa mudahnya judgmental, suka kepada assumption.  Andaian dan penilaian yang tidak berasas inilah membuatkan hari hari kita mengejar kesempurnaan. Kita takut terjatuh dalam lubang kecil kecil itu.

Luka pada kaki itu, bukan yang dirisaukan, tapi luka apbila suara-suara sumbang di sekeliling membuat tanggapan.

Kadang-kadang andaian ini, berbaur unsur yang busuk, boleh jadi buruk sangka. Lihat sahaja lelaki muda perempuan muda berdua-duaan, mulalah kita membuat tohmahan dan kesimpulan sendiri. Lihat sahaja perempuan tidak sempuran menutup auratnya, mulalah kita cop mereka begitu dan begini. Lihat kesilapan orang lain, maka kita laju sahaja melabel.

Apa point sebenarnya?

Antara punca perpecahan umat hari ini apabila setiap individu muslim itu meletakkan andaian dan tanggapan yang tidak sihat dan tidak senonoh sebagai penghadang untuk merapati muslin yang lain, maka hilanglah nilai kesatuan, tumbuhla sikap individualistic dan seumpamanya.

--------------------------------

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan-kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain.

Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.
(Al Hujurat :12)

Jiwa kacau. Hati berkecamuk. Perasaan bercampur aduk. Resah gelisah, gundah gelana. Harapakan pagar, pagar makan padi. Harapkan teman, teman membawa diri. Harapkan yang sudi, lama lagi, cewah. Dan aku terus mengharap, harapkan kasih Ilahi, di situ ada penawar di kala sunyi. Ok gedik.

Cerminan terbaik pada dirimu adalah dengan melihat orang di sekelilingmu, jika baik mereka maka itu menggambarkanmu, jika buruk mereka, maka itu juga menggambarkanmu.

Banyak kerja kena buat ni akhi..
Enta kata kita mujahid dakwah, belum cukup lagi akhi..
belum cukup…

 

 
Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. 

Bila diseru ia menyambut seruan itu.
Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

Friday, August 31, 2012

MERDEKA KAH AKU ?

Aku sudah merdeka

Tahniah buat wira tanah air

Jerit gempita di bumi ini

Langit malam ni terang benderang dihiasi warna gemilang

Suara suara riang mengisi ruang, bebas

Anak muda, gadis mahupun pemuda biar belum kenal jalan

Bertepuk tangan, aku sudah merdeka

Lompat di jalanan, keluar berpeleseran, biarlah

Kerana aku sudah merdeka


Hari ini ku utus satu sajak

Satu sajak bernada indah kugubah, bebas

Biarlah, aku sudah merdeka

Sebentar tadi aku selak helaian buku panduan

Apa erti merdeka?

Aku tanya dan tanya itu melekat di taman

Bebas? Apa itu bebas

Kerana di bumi seberang cerita dan cereka berbeza

Mampu jua kugubah sebuah sajak buat mereka

Namun lagunya bukan indah, bunga bukan harum

Merdekakah aku sebenarnya?


Tatkala bangsa aku masih ditawan

Diperlekeh, dihentam, dipijak

Diperlaku bagai hawan

Aku sudah merdeka? Malulah

Tangisan mengharapkan perikemanusian bergema

Didengari dari laut dalam

Mengharap ada utusan datang bawa senyuman

Tapi aku, saudara mereka mampu bersuka di bumi sini

Kerana menganggap, aku sudah merdeka

Merdekakah aku wahai teman?

Merdekakah aku?

****

Kata dari sang pejuang, “Di padang Mahsyar nanti kami akan berdoa kepada Allah S.W.T supaya tidak memasukkan kamu kedalam syurga bersama kami kerana kamu membiarkan saudaramu menderita bersendirian menegakkan agama dan cahaya Tuhan di sini”



"Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu?"

- at-Taubah 9:38 -