Aku sudah merdeka
Tahniah buat wira tanah air
Jerit gempita di bumi ini
Langit malam ni terang benderang dihiasi warna gemilang
Suara suara riang mengisi ruang, bebas
Anak muda, gadis mahupun pemuda biar belum kenal jalan
Bertepuk tangan, aku sudah merdeka
Lompat di jalanan, keluar berpeleseran, biarlah
Kerana aku sudah merdeka
Hari ini ku utus satu sajak
Satu sajak bernada indah kugubah, bebas
Biarlah, aku sudah merdeka
Sebentar tadi aku selak helaian buku panduan
Apa erti merdeka?
Aku tanya dan tanya itu melekat di taman
Bebas? Apa itu bebas
Kerana di bumi seberang cerita dan cereka berbeza
Mampu jua kugubah sebuah sajak buat mereka
Namun lagunya bukan indah, bunga bukan harum
Merdekakah aku sebenarnya?
Tatkala bangsa aku masih ditawan
Diperlekeh, dihentam, dipijak
Diperlaku bagai hawan
Aku sudah merdeka? Malulah
Tangisan mengharapkan perikemanusian bergema
Didengari dari laut dalam
Mengharap ada utusan datang bawa senyuman
Tapi aku, saudara mereka mampu bersuka di bumi sini
Kerana menganggap, aku sudah merdeka
Merdekakah aku wahai teman?
Merdekakah aku?
****
Kata dari sang pejuang, “Di padang Mahsyar nanti kami akan berdoa kepada Allah S.W.T supaya tidak memasukkan kamu kedalam syurga bersama kami kerana kamu membiarkan saudaramu menderita bersendirian menegakkan agama dan cahaya Tuhan di sini”
"Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu?"
- at-Taubah 9:38 -
2 comments:
kiriman doa utk saudara seIslamku disana....
pandai isnpector saahab buat sajak...
My recent post : Tragedi 31 Ogos 2012, Operasi JAWI (Video)
sedara Manan : insha Allah :)
eh eh. cuba cuba =)
Post a Comment