Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan maka pahalanya untuk dirinya dan barangsiapa berbuat jahat maka dosanya menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hambaNya.
(Fussilat : 46)
PEH.
Sibuk. Sibuk. Kerja banyak. Tipu.
Volume lagu raya makin kuat. Itu la indicator terbaik yang menandakan sudah masuk 10 Ramadhan terakhir. Kemain lagi manusia. Ke hulu ke hilir, ke timur barat utara selatan, pikul beg, kendong anak, galas itu, junjung ini, berlumba-lumba membuat persiapan menyambut lebaran.
Tak paham kah ?
Benar, satu Syawal itu, digesa untuk diraikan. Tapi kenapa? Keraian itu disambut apabila kita berjaya dalam mujahadah mengekang al hawa yang sepanjang Ramadhan bertindak liar. Bagi yang Berjaya, maka tahniah. Sambutlah Syawal dengan takbir, kegembiraan, dengan air mata terharu.
Tapi.
Ironinya.
Yang sakan menyambut, ialah muka muka yang sakan berpesta beli belah pada Ramadhan, muka muka yang sakan berjamu selera sini sana waktu Ramadhan, yang sakan berhibur lara dan yang sakan segala bagainya. Ironi.
Belum terlambat lagi wahai diri, wahai sidang pembaca sekalian. Ewah. Macam la ada yang baca. Heh. Buatlah kebajikan, sesunggunya pahala itu untuk kita, untuk dijadikan hadiah hantaran pabila maut datang meminang.
Sedarlah bahwa kita ini sudah bertunang, bertunang denga ajal. Cuma tarikh ijab dan qabulnya masih samar-samar. Boleh jadi esok lusa kita ke jinjang, bukan jinjang pelamin, tapi jinjang lahad. Udah udahla berpesta sana sini, lompat bintang la, lompat gitar la, cukup la dahulu.
Baki hari-hari terakhir Ramdhan ini, kita isi denagn sesuatu yang luar biasa, amal yang luar biasa. Biar bersengkang mata, biar gugur rambut, biar berlubang sejadah tu, eh, biar putus tali biji tasbih tu, kerana kita tahu bahawa ganjarannya adalah syurga, dan syurga itu satu ciptaan yang luar biasa, dan selayaknya mereka yang luar biasa menghuninya.
Macam pointless.
Masa kecik kecik dahulu, saya masih ingat, sampai hari ini antara lagu nasyid yang menjadi kegilaan ramai remaja-remaji berjiwa patriotic seperti saya tatkala Ramadhan mendatang adalah, erk, lupa tajuknya, tapi bait bait nya lebih kurang seperti berikut;
Ku mengharap..kan Ramadhan
Kali ini, penuh makna
Agar dapat kulalui, dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah berlalu
Masa pantas berlari
Tet tet tet tet
Ahha, macam tu la synopsis nya. Menarik. Melodi nya menyayat hati. Lirik nya simple, mudah dihafal. Ku mengharap, kita semua mengharap agar tiap kali Ramadhan yang mendatang, yang itu lebih bermakna berbanding yang sebelumnya. Kenapa mengharap sedemikian rupa? Agar dapat saya dan anda lalui dengan sempurna..
Sempurna tu macam mana?
Tepu dada, garu kepala.
Cuba kita lihat hari ini, apa yang berlaku. Harapan tinggal harapan atau harapan menjadi kenyataan? Yang sedihnya, nasyid kemain lagi mengharap, tapi bila datang je Ramadhan, tidur je keje, macam mana nak sempurna?
Asal datang je Ramdhan semuanya lemah. Layu di pembaringan. Malas. Makin hari makin malas. Awal-awal saf saf terawih melimpah ruah, sampai ada yang bertindih-tindih sembahyang, namun hari ini, sedikit demi sedikit saf saf berkurangan, mengecil.
Mengapa?
Putus harapan?
Atau sudah capai kesempurnaan ?
Sekadar renungan. Supaya kita terus mengekalkan momentum ibadah kita. Lebih lebih lagi yang belajar fizik, ni la masanya kita nak aplikasikan psinsip keabadian momentum. Eh, tetibe je.
Akhir kata;
Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong, tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa.
(Fussilat: 51)
Tajuk memang masalah -.-
7 comments:
time ramadhan ni, ramai ber"iktikaf" di surau pejabat. huhu
btw, ingatkan pinangan kena tolak betul.baru nak ucap takziah. tajuk betul-betul masalah. haha
Indicator terbaik untuk menentukan bagaimana kita pada bulan ramadhan ialah pada bulan syawal..Salam tahniah atau takziah
Terutama puasa 6 syawal..
Majlis akad nikah dgn maut dah dekat .gulp.
selamat memburu lailatul qadr . moga ketemu,
benarlah tajuk bermasalah , ahha.
apakah signifikan nya Berjaya itu di katanamakhas kan?
Mister Mirull
setuju denagn anda :)
M. Peacemaker :
dah dekat. semakin hari semakin dekat. hanyaran dah siap ?
aKU buKAN rOBOT :
SIAPA ANDA ?
HEHE.
HG :
OTOMEtIK.
do ask microsoft words :)
wahai tuan inspector sahab.
saya juga hambaNYA sama seperti anda.masih manusia rasanya .heh.insyaALLAH..dan bukan robot.haha.
aku bukan robot :
tak yah nk bersekeret sangat --"
hehe
Post a Comment