Friday, August 24, 2012

TIPAH TERTIPU LAGI

Setiap da’ie, ikhwah dan akhawat merupakan duta kepada jenama tarbiyah yang dialami. Mereka yang berada dalam gerabak ini perlu hadir dalam masyarakat, dalam keluarga dan rakan-rakan dengan mempunyai mentaliti dan keinginan untuk mempromosi produk dan jenama tarbiyah ini. Sebagaimana duta-duta produk kecantikan yang cuba meyakinkan orang ramai akan keberkesanan produk masing-masing mencuba bermacam cara untuk memastikan produk yang dipasarkan mendapat sambutan, laris di pasaran.

Begitu jugalah setiap seorang yang mendapat sentuhan tarbiyah. Identity tarbiyah itu ada pada dutanya, yakni ikhwah dan akhawat sekalian. Apabila bergelar duta, sudah pasti ada sasaran pasaran untuk melariskan jenama tarbiyah ini. Sasaran yang paling hampir sudah pastilah kaum kerabat dan sahabat yang masih belum merasai nikmat bernaung dibawah cahaya Tuhan ini. Maka adalah menjadi tanggungjawab para duta memperkenalkan apa itu tarbiyah kepada golongan sasaran ini.

Hal ini ternyata bukan mudah. Para duta tabiyah perlu bijak dan kreatif. Kaedah terbaik adalah dengan mempamerkan hasil tarbiyah kepada mereka. Buktikan hasil tarbiyah ini secara terang-terangan supaya kumpulan sasaran ini tidak menaruh pemikiran yang negative dan sangsi akan keberkesanan produk ini.

Namun, apa yang berlaku hari ini para da’ie tadi, yakni duta-duta mini dakwah dan tarbiyah gagal dalam melaksanakan tugas masing-masing. Suara-suara lantang yang menegakkan kalimah al haq hanya mengambil tempat tika mana berada pada suasana yang baharu, hanya tika mana dikelilingi kumpulan sasaran yang tidak dikenali. Apabila berada di samping kaum kerabat dan sahabat lama, suara itu seolah-olah hilang taringya, hilang auranya.


Lebih parah apabila ada para da’ie yang menggadaikan prinsip yang diperjuangkan bila mana berada dalam suasana yang tidak membina, tidak seperti semasa keberadaan di sisi duta-duta yang lain. Da’ie yang lemah dalam mengekang kemaraan al hawa mengetepikan prinsip perjuangan semata-mata beralasan keseorangan dan buntu untuk mengendalikan situasi berkenaan. Kelemahan ini tidak boleh diletakkan pada produk itu, sebaliknya ikhwah dan akhawat perlu membuat refleksi diri.

Tarbiyah yang sebenarnya, merubah seseorang daripada zero menjadi hero. Tarbiyah yang kita ingin promosikan merupakan tarbiyah rabbaniyah, yang mengajak manusia kembali kepada Sang Pencipta, tarbiyah yang mendidik insan-insan dengan sifat-sifat ketuhanan, kembali ke pangkal jalan, hidup berlandaskan syariat. Tarbiyah yang bermula dengan kefahaman dan kesedaran ini seharusnya membuahkan hasil yakni amal yang berterusan.

Mana mungkin seseorang itu melaung-laung mendapat tarbiyah, bercereka akan pengalaman memeluk kefahaman dalam cara hidup yang sebenar tapi langsung tidak membuahkan hasil, langsung tiada amal. Iman yang dilaungkan ini adalah iman yang palsu. Para da’ie yang berada dalam keadaan ini sebenarnya tertipu dengan rasa senang yang hadir semata-mata nama tertulis sebahagian daripada ikhwah dan akhawat, semata-mata kerana pernah atau bersama dalam gerabak ini.

Tiada guna kefahamn jika disimpan di dalam selimut. Tiada guna iman jika tidak disusuli amal yang berterusan. Tiada guna tarbiyah yang dialami jika tidak memberi kesan dan tempias kepada orang-orang sekeliling. Duta tarbiyah yang baik, mempromosi produk ini tanpa mengira tempat keberadaan. Sesungguhnya kaedah pengikhlanan yang paling baik adalah melaui amal, melaui contoh teladan, melalui perubahan perubahan yang positif. 

Kefahaman, iman dan tarbiyah, jika disembunyikan mana mungkin mampu menarik minat kumpulan sasaran yang lain untuk turut sama berdiri menegakkan panji al haq.


Dalam kalangan kumpulan sasaran, ikhwah dan akhawat perlu menjadi contoh, dan contoh seharunsya sentiasa lebih baik.

Mana mungkin kita ingin jadi contoh kepada ibu kita jika dia baca Mathurat kubra sementara kita sekadar membaca mengikut kafiat sughra.

Mana mungkin ingin menjadi contoh kepada adik dan menarik dia untuk turut sama dalam gerabak ini jika tilawah si adik lebih mantap daripada kita.

Mana mungkin ingin membuktikan keberkesanan tarbiyah kepada si ayah jika ayah solat berjemaah sepenuh waktu sementara kita sering terbabas di subuh hari, subuh gajah duduk!

Benar, boleh jadi kita beramal dengan kefahaman, namun kefahamn itu sangat subjektif. Siapa peduli pada mata kasar? Yang menyerlah adalah amal-amal dan perubahan yang boleh dilihat secara fizikal, dari segi berpakaian, pengurusan masanya, tutur katanya dan sebagainya.

Tuntasnya, cewah, ayuh muhasabah

Di mana nilai tarbiyah pada diri kita,
pada pakaian kita,
pada amal kita
Sepenuh kasih...

3 comments:

Ir Jinggo said...

T_T
kena berusaha lebih keras untuk menjadi qudwah hasanah

PC1667 said...

Perenggan 6 ayat 1. Typo?

Inspector Saahab said...

Jingo: yeah, perlu lebih manyak mujahadah

PCI667 : eh eh agak laa
zero to hero la

-___-"