Wednesday, August 1, 2012

FIRMAN TAUBAT

Ku baca firmanNya

dalam kata ada seruan

dalam seruan ada syariat

Ku baca firmanNya lagi

bergetar jiwa, bergoncang jantung

gelora iman terasa

firman bukan sekadar kata

bukan sekadar kalam dalam tulisan

Hari ini ku baca firmanNya

ku rasai roh, kata berkata-kata

semalam juga serupa

firmanNya bergema dalam sunyi

menjemput kasih menabur janji

firmanNya menyeru

dikirim syariat ada habuan

FirmanNya terus berkata-kata

dan aku terus membaca

bila rebah tersangkut pada syahwat

firman menyeru berpayung pada syariat

tatkala nafsu tewas

firmanNya berinteraksi, ada doa penyelamat

Hari ini ku baca firmanNya,

mengajar doa-doa taubat,

memberi harapan

dalam firman ada permata

Dia tidak menaruh dendam kesumat

bahkan firmanNya bercerita, dia menuggu

rintihku menjulang ke atas, untuk dikabulkan

Ayuh rijal, baca firmanNya, biar ada rasa

dia Maha Pendengar rintih kita



“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa” 3:133


Akhi sayang, Dia menunggu kita bermunajat kepadnya. Menunggu-nuggu rintih kita naik menjulang ke langit. Ambiklah peluang ini. Rebutlah, sentaplah peluang tatkala bertandannya Ramadhan untuk kita sama-sama mencari maghfirah, keampunanNya.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata :

Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

1 comment:

Ciklong said...

salam chakir :)

you've been tagged >.<

sila lawat blog tcer ye....

anyway, suka sgt post ni...memberi ketenangan jiwa dan raga