Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Ok tiada kaitan.
Paling saya suka bila cuti, dapat kumpul tulisan. Tulis banyak-banyak kemudian set date untuk post. Tapi tu la, tertanya-tanya juga, sebab apa masih menulis? Sebab apa nak menulis sebenarnya? Kadang-kadang takut pun ada. Takut tulis segala bagai, tapi hakikatnya satu pun tak melekat pada saya sendiri.
“…Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya…”
(Al A’raf ;179)
Takut nya bila menulis ini, berdentum dentum nasihat dilontar. Teguran dihambur dan segala benda baik ditintakan. Tapi yakinlah, yang menulis ini pun masih terkapai-kapai dalam arus perdana menongkah al hawa. Saya takut berlaku munafik. Baik dalam kata dan tinta tapi pada dasarnya saya juga masih gagal. Tapi kenapa masih menulis. Kerana saya sedang melaksanakan tugas seorang saksi.
Bukankah setiap kita adalah saksi? Menyaksikan kebenaran. Menyaksikan bahawa tiada Illah yang layak disembah melainkan Allah Azza Wajal dan Muhammad sebagai pesuruhNya? Bukankah kita telah melafazkan kesaksian kita?
Ekoran itu, janji telah diishtihar, kini masa untuk ditepati.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka seraya berfirman,
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?”
Mereka menjawab, “Betul, Engkau Tuhan kami, kami bersaksi”
Kami lakukan yang demikian agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesunggunya ketika itu kami lengah terhadap ini”
(Al A’raf :172)
Maka jelaslah setiap dari kita telah mengikat janji. Jelaslah bahawa hidup kita ini tidak lebih daripada seorang saksi yang memikul tugas dan amanah yang sangat berat. Amanah untuk menyaksikan kebenaran di atas muka bumi Tuhan ini. Amanah ini, jika tidak dilaksnakan akan menyebabkan kebatilan akan menang di pengadilan dunia. Seperti mana saksi yang mendiamkan diri di kandang kesaksian di perbicaraan mahkamah, maka yang bersalah terus bebas dan yang tidak bersalah terus dizalimi, menjadi mangsa.
Merasa akan amanah ini, saban hari menekan nekan jiwa dan diri ini, saya berasa perlu untuk memberi peringatan. Peringatan ini dituju khas juga untuk diri sendiri. Saya pun lemah. Sering melakukan dosa. Bukan malaikat yang maksum. Ada keinginan tersendiri. Kadang kadang apa yang saya nukilkan, juga masih gagal membumi dalam diri ini. Namun tugas sebagai seorang saksi tetap harus dijalankan.
Saban hari, syaitan-syaitan dan konco makin rancak memanipulasi iman ini. Syaitan itu, wujud, dan sudah berkecimpung dalam aktiviti menyesatkan manusia ini sejak zaman nabi Adam lagi. Maka pasti banyak idea licik mereka. Sudah pasti kita punyai halangan. Maka kita patut juga hadir menegakkan kebenaran dengan idea dan wasilah yang pelbagai, menggunakan logam logam tersendiri.
Tujuan saya menulis post ini supaya anda juga sedar akan amanah yang dipikul. Kita semua keturunan Adam. Maka tugas saksi di bahu kita. Di bahu saya dan anda. Diluar sana, masih ramai yang tidak sedar, masih ramai yang lalai dan tidak aware akan kebenaran ini. Maka adakah kita akan terus tunggu? Tunggu apa ye?
Belum tibakah waktunya?
Ramai yang memberi jawapan, belum bersedia, belum cukup baik
Ini untuk anda;
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
Imam Hassan al-Basri
Kita punya hati. Jangan biar hati itu mati tidak digunakan. Bacalah firmanNya yang benar. Hidupkan hati itu supaya dapat menghidupkan yang lain.
9 comments:
huh, nak tunggu cukup baik untuk tegur mahu di sana nanti semua pakat menunding kerana tiada yang mahu bergerak menegur atau mencegah. moga bisa untuk cegah tegur & sewaktu dengannya segala yang termampu hingga habis mampu.
kerana sungguh hati yang mati takkam mampu hidup hati yang mati,fuhh,
jay zack kay kay .
hok aloh. kalau nak tunggu sampai jadi baik macam malaikat baru boleh tegur, sampai aku beranak cucu pun tak boleh nak tegur. perlu ke nak jadi baik baru nak tegur? atleast kita usaha ke arah itu.
murabbi aku pernah kata yang tak terisi takkan mampu mengisi. mungkin ada kebenaran. apapun kita cuba mensolehkan diri.
akhir sekali selalulah berdoa supaya hati kita tak dipalingkan daripadaNya.
^_^
anda berdua begitu agresif ^_^
teguran. kepada diri sendiri. jzkk.
btw, autopost.. pergh.. mesti banyak dah tulis nih..
logam.. : )
Mintak gambar!
Jangan berhenti menulis
jika mahu ditunggu ilmu cukup baru hendak menyampaikan, sampai bila kita tak akan dapat berdakwah kerana ilmu tidak pernah cukup untuk dipelajari
Kita punya hati. Jangan biar hati itu mati tidak digunakan. Bacalah firmanNya yang benar. Hidupkan hati itu supaya dapat menghidupkan yang lain.
Jazakallah~
Post a Comment