Showing posts with label Quranic. Show all posts
Showing posts with label Quranic. Show all posts

Monday, October 6, 2014

HIFZULLAH LI DINIHI





Mari kita taddabur setelah sekian lama tidak bertemu. Entah mengapa begitu produktif menulis setelah lama berehat.






Artinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an dan pasti Kami (pula) yang menjaganya.”  (Al Hijr [15] : 9)



Al Quran mempunyai beberapa nama yang disebut dalam ayat-ayat dalam al Quran sendiri. Antaranya ialah, al Quran sendiri, al Furqan, al kitab, huda, an nur, as syifa, az zikr dan banyak lagi. Setiap nama nama al Quran ini mempunyai maksud yang khusus yang menjelaskan kefungsian Quran yang tersendiri, selari dengan namanya.



Allah Azza Wajal tidak setiap masa merujuk Quran sebagai al Quran. Kadang-kadang Allah swt akan menggunakan perkataan al kitab. Kadang-kadang al huda. Kadang-kadang nama nama yang lain, sesuai dengan mesej yang hendak disampaikan.


Sebagai contoh,


Apabila berbicara tentang Quran yakni sebagai sesuatu yang dibaca dan dikaitkan dengan bahasa Arab (sesuai dengan fungsi al Quran untuk dibaca) Allah menggunakan perkataan al Quran. Err, faham ke?


Cuba lihat ayat kedua dan ketiga surah Yusuf. Dua kali perkataan Quran disebut, kerana membawa mesej bacaan iaitu baca untuk memahami dan baca untuk mengetahui kisah Yusuf. Tidak pula di ayat ayat ini, Allah gunakan perkataan al kitab atau as syifa. Meskipun perkataan al kitab dan as syifa juga merujuk kepada al Quran, tetapi ia tidak kena dengan mesej yang hendak disampaikan.


Ok.

Disebabkan contoh di atas kelihatan sukar untuk difahami, mari kita lihat satu lagi contoh. Perkataan al kitab, bermaksud secara surfacenya buku , atau sesuatu yang mengandungi tulisan, atau ketetapan, kewajipan. Secara spesifik al kitab ini merujuk kepada buku perundangan. Bahkan, jika merujuk kepada literature bahasa Inggeris kita sering dengar dalam trial omputih hakim menggunakan frasa,


Throw the book at….

Ini bukanlah bermaksud si hakim ambil buku dan lempar sekuat iman kepada tertuduh, tetapi maksudnya to charge or punish someone as severely as possible. Entah dosa apa yang dilakukan oleh tertuduh sehingga terkeluar frasa azab ini. Eheh.


Maka, apabila Allah Azza Wajal menggunakan perkataan al kitab dalam ayat ayat Quran, kebiasaannya mesej yang hendak dibawa berkaitan dengan fungsi al Quran sebagai buku perundangan. Cuba tengok surah al Maidah ayat empat puluh lapan, 48.


(Peringatan: kalau kita baca terjemahan Melayu sahaja, semuanya dia bantai Quran, jadi mereka yang tidak mentadabur ayat Quran secara harfiyah (per huruf) mungkin tidak dapat menghargai perbezaan dan pendetailan ini. Sebagai contoh ayat yang dibawa di permulaan entry ini, tiba tiba sahaja terjemaham Melayu dibawakan perkataan al Quran, walhal dalam bahasa Arabnya tiada pun perkataan al Quran)


Pun begitu, taddabur saya ini tidak applicable di semua tempat. Boleh jadi tidak kena pun. Ini hanyalah perkongsian marhaen yang mungkin boleh membantu kita untuk menghargai kenapa berbeza nama Quran digunakan dalam ayat ayat Allah ini.






Baiklah, mari kita u turn kepada tadabur ayat di atas.



Artinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an dan pasti Kami (pula) yang menjaganya.”  (Al Hijr [15] : 9)


Cuba perhatikan betul betul bahasa Arabnya. Kali ini Allah swt menggunakan perkataan az zikra, yang kemudian diterjemah sebagai al Quran oleh penterjemah. Maknanya, boleh kita tadaburi bahawa Allah swt sedang berbicara tentang al Quran yang fungsinya sesuai dengan perkataan az zikr.


Allah swt nak bagitahu, Dia akan memelihara al Quran in the sense of Quran sebagai az zikr, sebagai peringatan, bukan Quran sebagai helaian kertas yang mengandungi tulisan bahasa Arab. Sebab itu mushaf al Quran, helaian helaian al Quran boleh dibakar jika hendak dilupuskan, kertas kertas tu akan hancur kalau dah lama disimpan tidak dibaca dan kalau dimakan anai-anai, tetapi mesej Quran sebagai peringatan, sebagai az zikr kekal terpelihara.


 Sekarang, az zirk, peringatan, apa maksudnya?


Secara mudah boleh kita katakan, az zikr ini ialah dakwah. Jika kita faham sedemikian rupa ruh ayat ini, dapat kita rephrase, bahawa Allah sedang bagitahu Dialah yang menurunkan dakwah dan Dialah yang akan memelihara dakwah ini. Allahu akbar!


Jadi kalau kita tak nak buat dakwah pun, dakwah akan tetap hidup. Bagi mereka yang berasa dakwah akan affected kalau dia meninggalkan gerabak ini, boooo kepada mereka. Kerana dakwah ini, Allah swt yang pelihara. Tidak hairanlah, walau setelah 1400 tahun lebih lamanya, mesej Islam masih sampai kepada kita, kerana Allah swt yang memeliharanya!


Yang lebih menarik, jika kita go deeper, umum mengetahui az zikr, dakwah dan Islam ini bukan sesuatu yang ajaib, tetapi bersifat praktikal. Ia adalah satu manhaj yang tidak boleh stand alone sebaliknya mesti didokong oleh manusia, barulah terpelihara. Kerana akhirnya az zikr ini untuk manusia juga. Kalau kita faham benda ini, dapat la pula kita extract daripada ayat ini bahawa Allah swt akan memastikan sentiasa ada hamba-hambaNya yang sudi untuk mendokong, menjaga dan menghidupkan az zikr ini di tengah tengah umah yang ketenatan.


Jika bukan kita, pasti ada orang lain.


Dan mereka yang memilih untuk bersama dakwah, bersama az zikr, sebenarnya telah memilih untuk turut sama berada dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah swt. Kerana apabila Allah swt memelihara az zikr, secara automatic Allah swt akan memelihara orang-orang yang mendukung az zikr ini. Allahu akbar!


Ini adalah satu motivasi besar buat para daie untuk sentiasa bersama dakwah!


Untuk menambakan lagi perisa kepada perkongsian ini, mari saya bagitahu anda beberapa perkara menarik tentang surah Hijr secara umumnya.


Menurut Sheikh Amr Khalid dalam buku Khowatir Quraniyyah, tema bagi surah ini ialah penjagaan Allah swt  terhadap agamanya, hifzullah li dinihi. Allah swt akan menjaga az zikr, lantas menjaga mereka yang bersama az zikr ini.


Sebab itu kita dapati, setelah Allah swt berbicara akan az zikr ini, Allah swt bawakan dalam ayat ayat seterusnya kisah umat terdahulu. Dalam rentetan seerah klasik itu, sentiasa ada pertembungan dua golongan manusia. Satu golongan ialah mereka yang bersama az zikr manakala satu lagi ialah golongan yang menolak az zikr.


Dan di setiap pertembungan ini kita dapati golongan yang memilih bersama az zirk la yang akhirnya menjadi heroes bagi zaman masing-masing. Kerana mereka dijaga dan dipelihara oleh Allah swt, walaupun mereka tampak lemah, golongan minority dan tertindas.


Golongan yang menolak az zikr berakhir dengan kebinasaan, walaupun mereka orang yang kuat, ada kedudukan, pangkat tinggi, kaya raya tetapi tanpa pemeliharaan Allah swt, mereka dibinasakan oleh azab Allah.


Untuk menghayati mesej ini, cuba baca dari ayat 80 hingga ayat 84.  Kita dapati kisah penduduk Hijr yang medustakan rasul dalam ayat ayat ini. Kemudian, mereka memahat rumah daripada gunung batu dengan aman, tetapi akhirnya tetap dibinasakan. Walaupun berlindung disebalik rumah batu, atau disebalik kondominium mewah, rumah bungalow bertingkat tingkat, sebenarnya kita tetap tidak selamat, selagi mana tidak bersama az zikr.


Kisah penduduk negeri Hijr ini mewajarkan surah ini dinamakan al Hjir. Dan tema surah ini sebagai hifzullah li dinihi nampak lebih jelas dengan contoh kisah umat terdahulu yang dibawakan.


Jadi jelaslah, berdasarkan dalil naqli ini, lantas kita membenarkan kata-kata Sheikh Doktor Hamman Said, Dakwah di jalan Allah ialah jalan keselamatan di dunia dan di akhirat.


Buat para daie yang bersama az zikr, tidak henti-henti melaso dan membina manusia, yang saban hari fikirannya berada seputar mentakwin mutarabbi masing-masing, berbahagialah kerana kalian insya Allah berada dalam penjagaan Allah.


Dan buat mereka yang ada terfikir dalam benaknya untuk meninggalkan dakwah ini, fikirkan semula. Untuk kalian, saya akhiri dengan sepotong ayat Quran;



“Mereka itulah orang-orang yang telah kami berikan kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang itu mengingkarinya, maka Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang tidak mengingkarinya”

(Al An’am :89)

Tuesday, July 1, 2014

RAMADHAN & ULUL ALBAAB




Secebis Pengalaman


Semasa berada di tingkatan tiga, di suatu perhimpunan rasmi di maktab rendah sains mara kami suatu petang, Tuan Pengetua membuat satu pengumuman yang penting. Katanya, pada tahun berikutnya, maktab kami akan dijadikan maktab atau MRSM Ulul Albab yang pertama di Malaysia, atas cabaran Pengerusi MaRA, beliau (Tuan Pengetua) telah menyahut cabaran itu.


Di kesempatan itu beliau bertanya kepada semua pelajar dan guru, siapa yang tidak setuju. Maka ramailah yang bersuara, bukan sahaja pelajar, bahkan cikgu cikgu yang duduk di pentas turut bercakap cakap sesama mereka. Yelah, dengan perubahan yang mendadak sebegitu rupa, dengan kerja yang bakal bertambah, jadual belajar dan mengajar yang bakal bertukar, sistem yang bakal berubah, ramai yang kelihatannya tidak bersetuju.


Boleh tahan tergugat Tuan Pengetua melihatkan response yang mengecewakan itu sehingga beliau mengeluarkan kata-kata autokratifnya, “Siapa yang tak setuju, either teachers or students, boleh apply for transfer next year”.

Begitulah.


Buat kali pertama dalam sejarah saya melihat Tuan Pengetua yang dihormati ramai itu menunjukkan sifat genetic yang kebanyakannya diwarisi oleh pemimpin negara pada hari ini. “Kalau tak setuju sila pindah”. “Tak nak bayar tol, cari jalan lain”. “Ayam mahal, tak usah makan ayam”. Eh.


Tahun berikutnya, rombakan itu berlaku seperti yang diumumkan. Dan tiada seorang pun setahu saya baik dari kalangan guru mahupun pelajar yang berpindah. Memang kami mengalami perubahan jadual, gaya makan, dan beberapa perubahan lain. Cikgu la yang penat, ada yang kena berkursus itu dan ini untuk memahiri sistem baharu itu, untuk mendukung cita-cita sebuah mrsm bergelar Ulul Albaab.


Di suatu malam seorang ustaz merangkap warden asrama bercerita tentang Ulul Albaab. Beliau bercerita dengan maksud untuk mempromosi penjenamaan itu dan antara lain untuk meredakan kebingungan yang melanda para pelajar. Beberapa ayat daripada al Quran dipetik yang berkenaan dengan Ulul Albaab.


Yang saya ingat, kata ustaz Ulul Albaab ini orang yang terpelajar, maksudnya pintu utama. Orang yang menjadi rujukan, golongan professional yang pada waktu yang sama boleh bercakap soal agama, hafal al Quran dan tahu hadis. Dalam banyak banyak ayat marketing yang digunakan, saya ingat dalam kepala terjemahan Ulul Albaab, yakni pintu utama. Bukan apa, somehow teringat cerita Ahmad Albaab.



Siapa Ulul Albaab?



Mencuit hati sungguh pengalaman yang lampau itu. Kita lupakan dahulu cereka mrsm, cita cita sang pengetua dan cerita si ustaz.


Albaab itu adalah kata jamak daripada Lubb.


Ia memberikan maksud isi atau inti. Atau beberapa terjemahan Inggerisnya iaitu core, pulp, pith, gist, marrow atau bahasa mudahnya the important or essential part or essence. Jauh benar dengan terjemahan yang dibawa oleh ustaz, kerana ejaan albab untuk pintu berbeza dengan albaab. Pintu kata dasarnya bab.


Tidak mengaplah, bukankah manusia itu penuh khilaf?



Adapun tujuan saya menulis di sini bukan untuk sama-sama kita gelakkan sang ustaz, kerana jika itu hadafnya, saya harus gelakkan diri sendiri kerana bertahun lamanya juga saya beriman dengan terjemahan ini sehingga diberi pencerahan baharu, tidak terlalu lama yang lalu.


Maka dapat kita simpulkan secara kecil bahawa ulul albaab adalah golongan orang yang mendapat inti dan isi sesuatu perkara, bukan mendapat kulit, atau perkara luar. Bak kata Ustza Hasrizal, mereka yang get the point.


Dalam al Quran ada enam belas tempat Allah menggariskan ciri-ciri Ulul Albaab. Kebiasaannya perkatan Ulul Albaab mengakhiri sesuatu ayat, setelah ayat tersebut berbicara tentang sesuatu yang kompleks, yang memerlukan pemahaman dan intelek yang tinggi untuk ditapis dan dikeluarkan gist atau inti ayat tersebut.


Tidak hairanlah, ayat ayat ini merujuk kepada golongan yang memahmi inti, Ulul Albaab.



Kita lihat beberapa contoh;



“Dan di dalam qisas itu ada (jaminan) hidup bagimu wahai Ulul Albaab agar kamu bertakwa”
(Al Baqarah :179)


Contoh pertama di atas. Kan sukar untuk difahami apabila Allah swt berfirman bahawa pada hukuman bunuh dibalas bunuh itu ada kehidupan. Bukankah membunuh pesalah itu maksudnya menghilangkan kehidupan buat mereka? Bagi yang bukan Ulul Albaab, mereka akan melihat hukum qisas suatu yang kejam, ganas, memudaratkan, kerana mereka melihat kepada kulit, luaran semata-mata.



Bukan isi dan inti. Bukan essence of qisas.
Sebab itu, hanya bagi Ulul Albaab, orang yang get the point ini melihat disebalik hukuman itu, adanya kehidupan.


Kita lihat contoh seterusnya;


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albaab”
(Ali Imran :190)



Bagi orang biasa, bukan orang yang mendapat inti, tatkala mereka melihat langit dan bumi, mereka mungkin tidak rasa apa-apa. Pertukaran siang dan malam yang penuh misteri itu hanya sekadar satu kejadian alam yang normal bagi mereka. Mereka lihat betapa indahnya ciptaan alam sekitar, lalu teruja, wow cantiknya, ok, ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Itulah,sekadar di situ sahaja penghayatannya.


Tetapi bagi Ulul Albaab, inti dan isinya ialah tanda tanda kebesaran Allah swt. Tanda kekuasaan Allah swt sebagai khaliq. Lalu merendahlah mereka, tunduk dan sujud kepada Tuhan sekelian Alam.


Kita lihat contoh ketiga,



“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu, terdapat pengajaran bagi Ulul Albaab…”
(Yusuf: 111)



Setelah bercerita panjang lebar tentang kisah Nabi Yusuf a.s dan diakhiri dengan rumusan kisah kisah para nabi yang diutuskan, Allah swt menutup surah Yusuf ini dengan firman di atas.


Bagi mereka yang bukan dikategori sebagai Ulul Albaab, tatkala membaca kisah Nabi Yusuf umpamanya, mungkin take-home message yang mereka dapat ialah Yusuf s.a itu lelaki yang handsome, jahatnya saudara nabi Yusuf, mungkin jalan cerita persis drama Indonesia yang mereka dapat atau pengalaman seperti membaca novel novel dramatik, tidak lebih daripada itu.


Tetapi bagi Ulul Albaab, bagi mereka pengajaran melimpah ruah banyaknya. Mereka mungkin belajar tentang perjuangan di jalan dakwah, liku liku dan ujian kehidupan, cerita seseorang yang bangkit daripada titik yang paling lemah, musibah kehidupan,belajar untuk tidak berputus asa dan sebagainya.


Begitulah.

Cukuplah sampai situ kita meneliti beberapa ayat Quran tentang Ulul Albaab.



Ramadhan dan Ulul Albaab



Persoalan yang saya ingin bawakan, bagaimana agaknya persepsi Ulul Albaab terhadap Ramadhan. Apakah inti atau gist Ramadhan yang dilihat oleh mereka yang get the point ini?


Secara umumnya, apabila bercakap tentang Ramadhan, rata-rata dalam kalangan kita mungkin akan terbayang akan ibadah puasa dan terawih. Atau mungkin akan membayangkan tentang pengalaman bersahur, berjalan di bazaar dan berbuka. Ada yang melihat ia sebagai pesta ibadah di rumah rumah Allah, iktikaf, sedeqah, mengeluarkan zakat dan sebagainya.


Bagi pengusaha kuih raya, Ramadhan tandanya income akan meningkat dek tempahan tempahan kuih raya. Bagi peniaga peniaga pasar, Ramadhan adalah peluang berbisnes di bazaar Ramadhan, dan begitulah seterusnya. Bermacam persepsi dan bayangan yang bermain di kepala setiap orang tentang Ramadhan.


Dalam al Quran hanya sekali Allah swt sebutkan tentang bulan Ramadhan, yakni dalam surah al Baqarah;



“Bulan Ramadhan, bulan di dalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara haq dan bathil)…”
(Al Baqarah :185)



Yang menariknya dalam ayat tunggal yang menyebut perkataan Ramadhan ini, Allah tidak langsung mengaitkan Ramadhan dengan puasa ataupun terawih, apatah lagi bazaar Ramadhan, kuih raya, cushion baru mahupun pesta bermain mercun.

 
Tetapi perkara pertama yang menjelaskan Ramadhan ialah, diturunkan Quran padanya. Itulah yang menjadikan Ramadhan special. Quran sebagai petunjuk, penjelasan, pencerahan dan pemisah antara haq dan bathil.


Seolahnya, Allah swt mahu sampaikan mesej kepada kita, inti, isi atau gist Ramadhan adalah al Quran. Yang lebih menarik, ayat ini diturunkan di zaman Madinah, kepada para sahabat yang rata-ratanya sudah lama muslim dan beriman, sudah lama membaca bahkan mengamalkan al Quran, tetapi Allah swt menspesifikan fungsi al Quran.


Al Quran sebagai petunjuk, penjelasan dan pemisah.


Bukankah para sahabat sedia maklum akan hal ini? Bukankah mereka memang sudah sejak daripada zaman Mekah lagi sudah mengimani hal ini?


Seolahnya Allah swt mengajak hamba-hambaNya pada waktu itu untuk kembali mengkaji, mendalami dan mengamalkan al Quran seakan-akan itulah kali pertama mereka berinteraksi dengan al Quran. Seolahnya Ramadhan datang untuk memberi nafas baharu kepada penghayatan al Quran. Begitulah.


Kemudiannya, barulah Allah swt bercerita tentang puasa, pada sambungan ayat tadi.



Saudaraku,


Saya kira, selayaknya bagi Ulul Albaab, sudah pasti yang mereka lihat pada Ramahdan itu ialah satu fasa untuk kembali kepada al Quran, meskipun mereka in the first place sudah lama berinteraksi dengan al Quran. Dalam Quran, ia menjelaskan fitrah manusia dan muslim khususnya.


Sudah lama ia berbicara tentang muslim yang asli dan sejati. Al Quran menunggu-nunggu kita untuk kembali menjadi muslim. Kembali kepada ajaran al Quran. Dan Ramadhan, inilah waktu yang terbaik untuk melakukan kesemua itu. Inilah waktu terbaik untuk mengembalikan keaslian kita, supaya kelak kita layak meraikan hari fitrah.


Maka marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini bulan al Quran yang intensif. Tutuplah tv kita, kurangkan tidur, berbuka dengan ala kadar, kurangkan ke bazaar, bersahur ala kadar, jauhilah pusat pusat hiburan, panggung wayang mahupun pusat membeli belah yang boleh memakan banyak masa kita, tetapi dampingilah al Quran. Baca, dengar, hafal, berjaga dan tidur dengan al Quran.


Semoga Allah swt kurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan cita cita ini.


Wallahu’alam.

Monday, June 30, 2014

'AMAL DAN FE'EL




 KEJAHATAN MAKHLUK


Apabila makhluk berinteraksi dengan makhluk, akan ada kesan baik dan buruknya. Manusia juga makhluk. Apabila manusia berinteraksi dengan makhluk lain, baik jin, pokok, kertas, kereta, handphone, earphone, tandas, katil, selimut, ikan paus, kucing dan sebagainya, kesannya sama ada baik atau buruk.


Kesemua benda atau entity selain Allah adalah makhluk. Menurut Syed Quttb dalam Fizalil Quran, tatkala beliau berkongsi penghayatannya (suka saya untuk tidak menyifatkannya sebagai tafsir kerana tidak mahu bergaduh dan bergusti dengan mereka yang tidak setuju bahawa Fi Zilalil Quran itu satu kitab tafsir) tentang surah al Falaq, manusia memerlukan pertolongan daripada Allah swt terhadap kejahatan segala jenis mahkluk lain apabila manusia berinteraksi dengan makhluk makhluk ini.


Kita mungkin melihat skop makhluk dan kejahatan kejahatan mereka sesempit benda yang jelas bahayanya seperti manusia sendiri, harimau, jin, buaya dan bomoh yang mampu menampar buayanya, helang, hantu langsuir dan sebagainya. Tetapi kita tidak sedar bahawa kesemua makhluk lain juga mempunyai kejahatan yang tersendiri.


Contoh, wang adalah makhluk. Kerana wang manusia menjadi jahat. Kerana wang mampu menyampaikan mesej jahat kepada manusia, maka manusia perlu memohon pertolongan daripada sisi jahat wang. Contoh yang lebih praktikal, baju yang kita pakai juga adalah makhluk dan ada sisi kurang baiknya. Sebagai contoh, apabila kita memakai baju yang branded, limited edition, kita cenderung untuk berbangga diri. Di situ ada kejahatan. Apabila kita pakai pakaian yang menjolok mata, yang berkilau kilau dan menarik perhatian, kita mungkin tanpa sedar menarik rasa cemburu daripada mata manusia lain yang memandang. Di situ ada kejahatan.


Atau contoh yang lebih dekat, cermin adalah makhluk. Sisi jahatnya terbongkar apabila manusia yang berinteraksi dengan cermin kemudian berasa bangga, megah dengan penampilannya, dengan kulit wajahnya yang direflekkan oleh cermin. Begitulah.


Tidak hairanlah, sebelum memulakan sesuatu perkara, ada doa doa khususnya. Melihat cermin pun ada doa yang diajarkan kepada kita. Paling tidak, sebelum berbuat sesuatu, mulailah dengan menyebut nama Allah mudah mudahan kita terlindung daripada sisi jahat makhluk itu.


Apa apa pun, hari ini saya bukan nak berkongsi tentang makluk pun. Bukan juga tentang bomoh, buaya atau tentang panda yang berhijrah ke Malaysia. Tetapi tentang interaksi dengan al Quran.


Memandangkan al Quran bukan makhluk, maka berinteraksi dengan al Quran selayaknya menatijahkan kebaikan kepada manusia. Namun, kita digesa memulai bacaan al Quran dengan memohon perlindungan against syaitan yang boleh membisikkan fikiran fikiran jahat tatkala kita membaca dan mempelajari al Quran supaya kita tidak condong untuk menggunakan ayat ayat Allah untuk diseleweng atas dasar conflict of interest.



'IJJAZUL QURAN

Secara basisnya berhubung dengan al Quran sewajarnya membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Maka, hari ini sekali lagi saya ingin berkongsi sedikit dapatan tentang al Quran tatkala mempelajari dan mendengar kuliah kuliah yang berkenaan al Quran yang mana tiap tiap kali rahsia al Quran ini diketahui, ia tidak pernah gagal membuatkan saya secara personal berasa cair tertawan dan diwaktu yang sama teruja dan gemuruh. Erk.



Sekali lagi ketelitian Allah dalam memilih perkataan yang tepat untuk menjelaskan sesuatu perkara dan keunikan bahasa Arab yang mampu membawa mesej Quran yang begitu tinggi nilainya itu membuatkan keagungan mukjizat al Quran itu kian terserlah.


Dalam bahasa Arab, perkataan perbuatan boleh diterjemah sama ada dengan perkataan ‘amal atau fe’el. Jika kita benar benar meneliti al Quran secara harfiyahnya, ada tempat Allah swt menggunakan perkataan amal dan ada tempat Allah swt menggunakan perkataan fe’el yang mana di sekelian tempat terjemahan Melayu dan Inggeris membawa maksuk buat, lakukan, do atau did, maksud yang sama.


Sedangkan ada perbezaan yang ketara dan sangat penting antara kedua-dua perkataan ini. ‘Amal hanyalah perbuatan yang dilakukan secara sedar, with conscious atau bahasa orang Biologosnya voluntary actions. Sebagai contoh, makan dikira amal kerana kita makan secara sedar, within our control. Tetapi kalau jenis yang ada penyakit tiba tiba bangun malam, kemudian menuju ke dapur untuk makan secara separa sedar, saya kira itu bukan amal.


Manakala fe’el ialah semua perkara yang kita lakukan, baik secara sedar mahupun tanpa sedar. Makan tadi termasuk juga fe’el. Bernafas, yang dilakukan tanpa sedar, bukan satu ‘amal tetapi satu fe’el. Tangan yang dihayunkan ke kiri dan ke kanan semasa berjalan adalah fe’el, bukan ‘amal.


Jelas bukan ?



Yang mengujakan dan mencairkan hatinya, the fact that dalam Al Quran Allah nyatakan bahawa hanya amal yakni perkara yang kita lakukan dengan sedar yang akan dihitung dan diminta pertanggungjawaban. Subahanallah !


Kita tidak akan dinilai berdasarkan fe’el kita, tetapi berdasarkan ‘amal kita. Apa kelebihannya ? Subahanallah ! Tahukah anda ini sebenarnya satu daripada sekelian banyak tanda tanda rahmat Allah.


Sekiranya semua fe’el kita itu dihitung, maka kita terpaksa menangung segala dosa, dan kesalahan yang kita lakukan baik dengan sedar atau tanpa sedar, termasuklah kesilapan yang kita lakukan tapi tanpa kita berniat untuk melakukannya, atau the wrong things that happened not within our expectation, fitnah yang timbul ekoran perbuatan kita yang tidak kita sedar, salah faham orang terhadap apa yang kita lakukan which is beyond our control. Banyakkk bukan!


Tetapi tidak, Allah hanya menghitung amal-amal yang dilakukan dengan sedar.


Untuk menghargai perkara ini, mari kita study potongan ayat di bawah;




And every soul will be fully compensated [for] what it did; and He is most knowing of what they do.
(Az Zumar : 70)




Perkataan did/do di awal terjemahan lebih tepat ditulis dengan tambahan “with conscious” kerana dalam bahasa Arabnya Allah menggunakan perkataan ‘amal manakala di hujung ayat yang sama, terjemahan yang sama dan tepat kerana Allah menggunakan perktaan fe’el. Kata dasar bagi yuf’alun adalah fe’el.


Secara mudah, gistnya Allah swt nak bagitahu bahwa kita akan dihitung berdasarkan amal (perkara yang dilakukan dengan sedar) tetapi Allah tahu kesemua fe’el kita (baik secara sedar ataupun tidak).


Subhanallah!

Bukankah begitu detail Allah swt menjelaskan hal ini?

Sekali lagi kita tengok di ayat yang lain,




And We will regard what they have done of deeds and make them as dust dispersed.
(Al Furqan :23)



Ayat di atas berkisar tentang balasan bagi mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah swt di mana segala perbuatan mereka tidak akan diterima Allah swt, diumpamakan sebagai debu yang berterbangan, sia-sia.


Dalam ayat ini, kedua-dua kata kerja dan kata nama untuk perkataan ‘perbuatan’ diterangkan dengan menggunakan perkataan ‘amal.


‘amilu, yang mereka lakukan (secara sedar)
‘amalin (perbuatan perbuatan mereka yang secara sedar)



Dengan tepat Allah swt tidak menggunakan mana mana bentuk perkataan fe’el dalam ayat di atas kerana dalam kes atau peristiwa yang hendak disampaikan ialah tentang perhitungan dan hisab. Fe’el yang sebahagiannya memang dilakukan tanpa sedar memang tidak dihitung, maka tidak wajarlah dimasukkan dalam ayat ini.


Tetapi Allah swt sedang bercakap tentang ‘amal, yang dilakukan dengan sedar, yang sepatutnya dihisab dan diganjari tetapi at the end dijadikan seperti debu debu yang berterbangan kerana mereka itu, tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah swt. Mungkin agak berbelit sedikit penjelasan ini namun saya harap anda dapat gistnya.


Menakjubkan bukan ?
Err, atau saya yang syok sendiri

Itu jela yang saya nak kongsi


Teruslah meneliti ayat ayat Quran ini dan kita akan lebih menghargai kedua perkataan ini apabila kita memahaminya. Di saat itu, kita akan berasa sangat takjub dengan keluarbiasaan al Quran. Subhanallah! Allahu akbar!



Source : Khutbah Jumaat Ustad Nouman Ali Khan, semestinya. Cuma nota ini diolah dan ditambah yang mana perlu. Haha.