KEJAHATAN MAKHLUK
Apabila makhluk berinteraksi dengan makhluk, akan ada kesan
baik dan buruknya. Manusia juga makhluk. Apabila manusia berinteraksi dengan
makhluk lain, baik jin, pokok, kertas, kereta, handphone, earphone, tandas,
katil, selimut, ikan paus, kucing dan sebagainya, kesannya sama ada baik atau
buruk.
Kesemua benda atau entity selain Allah adalah makhluk.
Menurut Syed Quttb dalam Fizalil Quran, tatkala beliau berkongsi penghayatannya
(suka saya untuk tidak menyifatkannya sebagai tafsir kerana tidak mahu bergaduh
dan bergusti dengan mereka yang tidak setuju bahawa Fi Zilalil Quran itu satu
kitab tafsir) tentang surah al Falaq, manusia memerlukan pertolongan daripada
Allah swt terhadap kejahatan segala jenis mahkluk lain apabila manusia
berinteraksi dengan makhluk makhluk ini.
Kita mungkin melihat skop makhluk dan kejahatan kejahatan
mereka sesempit benda yang jelas bahayanya seperti manusia sendiri, harimau,
jin, buaya dan bomoh yang mampu menampar buayanya, helang, hantu langsuir dan
sebagainya. Tetapi kita tidak sedar bahawa kesemua makhluk lain juga mempunyai
kejahatan yang tersendiri.
Contoh, wang adalah makhluk. Kerana wang manusia menjadi
jahat. Kerana wang mampu menyampaikan mesej jahat kepada manusia, maka manusia
perlu memohon pertolongan daripada sisi jahat wang. Contoh yang lebih
praktikal, baju yang kita pakai juga adalah makhluk dan ada sisi kurang
baiknya. Sebagai contoh, apabila kita memakai baju yang branded, limited
edition, kita cenderung untuk berbangga diri. Di situ ada kejahatan. Apabila
kita pakai pakaian yang menjolok mata, yang berkilau kilau dan menarik
perhatian, kita mungkin tanpa sedar menarik rasa cemburu daripada mata manusia
lain yang memandang. Di situ ada kejahatan.
Atau contoh yang lebih dekat, cermin adalah makhluk. Sisi jahatnya
terbongkar apabila manusia yang berinteraksi dengan cermin kemudian berasa
bangga, megah dengan penampilannya, dengan kulit wajahnya yang direflekkan oleh
cermin. Begitulah.
Tidak hairanlah, sebelum memulakan sesuatu perkara, ada doa
doa khususnya. Melihat cermin pun ada doa yang diajarkan kepada kita. Paling
tidak, sebelum berbuat sesuatu, mulailah dengan menyebut nama Allah mudah mudahan
kita terlindung daripada sisi jahat makhluk itu.
Apa apa pun, hari ini saya bukan nak berkongsi tentang makluk
pun. Bukan juga tentang bomoh, buaya atau tentang panda yang berhijrah ke
Malaysia. Tetapi tentang interaksi dengan al Quran.
Memandangkan al Quran bukan makhluk, maka berinteraksi
dengan al Quran selayaknya menatijahkan kebaikan kepada manusia. Namun, kita
digesa memulai bacaan al Quran dengan memohon perlindungan against syaitan yang
boleh membisikkan fikiran fikiran jahat tatkala kita membaca dan mempelajari al
Quran supaya kita tidak condong untuk menggunakan ayat ayat Allah untuk
diseleweng atas dasar conflict of interest.
'IJJAZUL QURAN
Secara basisnya berhubung dengan al Quran sewajarnya
membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Maka, hari ini sekali
lagi saya ingin berkongsi sedikit dapatan tentang al Quran tatkala mempelajari
dan mendengar kuliah kuliah yang berkenaan al Quran yang mana tiap tiap kali
rahsia al Quran ini diketahui, ia tidak pernah gagal membuatkan saya secara
personal berasa cair tertawan dan diwaktu yang sama teruja dan gemuruh. Erk.
Sekali lagi ketelitian Allah dalam memilih perkataan yang
tepat untuk menjelaskan sesuatu perkara dan keunikan bahasa Arab yang mampu
membawa mesej Quran yang begitu tinggi nilainya itu membuatkan keagungan
mukjizat al Quran itu kian terserlah.
Dalam bahasa Arab, perkataan perbuatan boleh diterjemah sama ada
dengan perkataan ‘amal atau fe’el. Jika kita benar benar meneliti al Quran
secara harfiyahnya, ada tempat Allah swt menggunakan perkataan amal dan ada
tempat Allah swt menggunakan perkataan fe’el yang mana di sekelian tempat
terjemahan Melayu dan Inggeris membawa maksuk buat, lakukan, do atau did,
maksud yang sama.
Sedangkan ada perbezaan yang ketara dan sangat penting
antara kedua-dua perkataan ini. ‘Amal hanyalah perbuatan yang dilakukan secara
sedar, with conscious atau bahasa orang Biologosnya voluntary actions. Sebagai
contoh, makan dikira amal kerana kita makan secara sedar, within our control.
Tetapi kalau jenis yang ada penyakit tiba tiba bangun malam, kemudian menuju ke
dapur untuk makan secara separa sedar, saya kira itu bukan amal.
Manakala fe’el ialah semua perkara yang kita lakukan, baik
secara sedar mahupun tanpa sedar. Makan tadi termasuk juga fe’el. Bernafas,
yang dilakukan tanpa sedar, bukan satu ‘amal tetapi satu fe’el. Tangan yang
dihayunkan ke kiri dan ke kanan semasa berjalan adalah fe’el, bukan ‘amal.
Jelas bukan ?
Yang mengujakan dan mencairkan hatinya, the fact that dalam
Al Quran Allah nyatakan bahawa hanya amal yakni perkara yang kita lakukan
dengan sedar yang akan dihitung dan diminta pertanggungjawaban. Subahanallah !
Kita tidak akan dinilai berdasarkan fe’el kita, tetapi
berdasarkan ‘amal kita. Apa kelebihannya ? Subahanallah ! Tahukah anda ini
sebenarnya satu daripada sekelian banyak tanda tanda rahmat Allah.
Sekiranya semua fe’el kita itu dihitung, maka kita terpaksa
menangung segala dosa, dan kesalahan yang kita lakukan baik dengan sedar atau
tanpa sedar, termasuklah kesilapan yang kita lakukan tapi tanpa kita berniat
untuk melakukannya, atau the wrong things that happened not within our
expectation, fitnah yang timbul ekoran perbuatan kita yang tidak kita sedar,
salah faham orang terhadap apa yang kita lakukan which is beyond our control.
Banyakkk bukan!
Tetapi tidak, Allah hanya menghitung amal-amal yang
dilakukan dengan sedar.
Untuk menghargai perkara ini, mari kita study potongan ayat
di bawah;
And every soul will
be fully compensated [for] what it did; and He is most knowing of what they do.
(Az Zumar : 70)
Perkataan did/do di awal terjemahan lebih tepat ditulis
dengan tambahan “with conscious” kerana dalam bahasa Arabnya Allah menggunakan
perkataan ‘amal manakala di hujung ayat yang sama, terjemahan yang sama dan
tepat kerana Allah menggunakan perktaan fe’el. Kata dasar bagi yuf’alun adalah
fe’el.
Secara mudah, gistnya Allah swt nak bagitahu bahwa kita akan
dihitung berdasarkan amal (perkara yang dilakukan dengan sedar) tetapi Allah
tahu kesemua fe’el kita (baik secara sedar ataupun tidak).
Subhanallah!
Bukankah begitu detail Allah swt menjelaskan hal ini?
Sekali lagi kita tengok di ayat yang lain,
And
We will regard what they have done of deeds and make them as dust dispersed.
(Al
Furqan :23)
Ayat di atas berkisar tentang
balasan bagi mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah swt di mana
segala perbuatan mereka tidak akan diterima Allah swt, diumpamakan sebagai debu
yang berterbangan, sia-sia.
Dalam ayat ini, kedua-dua kata
kerja dan kata nama untuk perkataan ‘perbuatan’ diterangkan dengan menggunakan
perkataan ‘amal.
‘amilu, yang mereka lakukan
(secara sedar)
‘amalin (perbuatan perbuatan
mereka yang secara sedar)
Dengan tepat Allah swt tidak
menggunakan mana mana bentuk perkataan fe’el dalam ayat di atas kerana dalam kes
atau peristiwa yang hendak disampaikan ialah tentang perhitungan dan hisab.
Fe’el yang sebahagiannya memang dilakukan tanpa sedar memang tidak dihitung,
maka tidak wajarlah dimasukkan dalam ayat ini.
Tetapi Allah swt sedang bercakap
tentang ‘amal, yang dilakukan dengan sedar, yang sepatutnya dihisab dan
diganjari tetapi at the end dijadikan seperti debu debu yang berterbangan
kerana mereka itu, tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah swt. Mungkin agak
berbelit sedikit penjelasan ini namun saya harap anda dapat gistnya.
Menakjubkan bukan ?
Err, atau saya yang syok sendiri
Itu jela yang saya nak kongsi
Teruslah meneliti ayat ayat Quran
ini dan kita akan lebih menghargai kedua perkataan ini apabila kita
memahaminya. Di saat itu, kita akan berasa sangat takjub dengan keluarbiasaan
al Quran. Subhanallah! Allahu akbar!
Source : Khutbah Jumaat Ustad
Nouman Ali Khan, semestinya. Cuma nota ini diolah dan ditambah yang mana perlu.
Haha.
3 comments:
semua bnda atau entity selain allah adlah mahkluk. knp quran bukan.? confius
Al Quran tu kalam Allah. Confuse sbb dlm mindset anda Al Quran yang mushaf tu..
Terima kasih eeencik musab. Ye, yg saya maksudkan berhubung dengan kalam Allah, al quran. Buka mushaf. Mushaf tu himpunan kertas yg tertulis padanya ayat ayat Quran.
Wallahu'alam
Post a Comment