Tuesday, June 17, 2014

MENGHITUNG NIKMAT







Selain memiliki banyak perkataan yang datang dalam bentuk kata nama dan sifat perbuatannya seperti Qolbun yang bermaksud hati, juga bermaksud yang berbolak balik, sesetengah perkataan bahasa arab juga memiliki beberapa perkataan jamak.


Sebagaimana Bahasa Inggeris yang mempunyai singular noun dan plural noun, bahasa Arab juga ada. Lebih menarik, bukan sahaja singular dan plural, tetapi ada juga super plural. Sebagai contoh,


Perkataan kafir bermaksud seorang yang kufur. A disbeliever.

Perkataan kaafiruun pula bermaksud orang-orang yang kafir. Disbelievers.

Perkataan kuffar juga bermaksud orang-orang yang kafir, tetapi dalam kuantiti yang lebih ramai. Lebih ‘plural’ daripada kaafiruun, pendek kata super plural.


Allah swt telah menggunakan dengan tepat, perkataan sama ada singular, plural atau super plural yang sesuai untuk menerangkan nouns atau isim dalam ayat Quran. Dan jika kita mengkaji ketelitian tahap yang tidak dapat diotakkan ini, pastilah kita akan terlopong mulut kagum dengan mu’jizat yang paling agung ini.


Menghitung Nikmat


Nikmat, blessing atau grace.

Ni’mah adalah perkataan singular bagi nikmat

An’um pula plural (plural biasa)

Manakala ni’am pula super plural.


Yang epiknya, dalam ayat tentang nikmat yang sering kita baca, ulangi dalam halaqah halaqah taddabur kita itu sebenarnya Allah menggunakan perkataan ni’mah, yakni singular grace, atau satu nikmat.






“Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
(Ibrahim 34)


Dan ayat nikmat yang sama pada Surah An Nahl ayat 18.


Ok. 

Rasa nak menangis dan loser bukan. Allah sebenarnya menempelak kita. Selama ini, yang sering diwar warkan, jika kita menghitung nikmat-nikmat Allah, maka kita tidak akan terhitung. Hakikat ini sudah cukup membuatkan kita berasa kecil dan hina. Terlalu banyak nikmat Allah, dan memang diluar kemampuan kita menghitung kesemunya.


Tetapi al Quran telah overpowers kita lebih daripada itu. Kita justeru berasa jauh lebih kecil dan hina apabila dapati sebenarnya nikmat dalam ayat ini merujuk kepada satu nikmat.

“Jika kamu menghitung satu nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung”


Subhanallah !


Jika tidak mampu dihitung, maka bagaimana mampu disyukuri ! In a way Allah swt ingin sampaikan bahawa satu nikmat pun kita tidak akan mampu syukuri. Tidak mampu dihitung. Kerana satu nikmat yang visible pada mata kasar kita itu, hanya beberapa kenikmatan daripada nikmat yang satu itu sahaja yang dapat kita fikirkan.


Contoh, nikmat dikurniakan lidah.

Lidah untuk bercakap. Lidah untuk merasa. Lidah untuk bersiul. Er. Menyanyi, bernasyid, berdakwah. Ok lagi? Terbatas bukan. Kerana kenikmatan lain diluar kemampuan fikir kita. Mungkin sebahagian nikmat yang tidak mampu dihitung itu akan kita sedar setelah lidah yang satu itu ditarik semula.


Tidak mampu kita hitung kenikmatan kenikmatannya. Yang dapat kita hitung tulis, walau sekelian banyak daripada lidah yang satu itu hanya yang mampu kita fikirkan. Itupun mampu ditulis dan difikirkan, belum tentu mampu disyukuri.


Tidak hairanlah, di penghujung ayat ini Allah swt menegaskan insan sedemikian rupa. 
Berlaku zalim dan ingkar.



Kesyukuran Nabi Ibrahim a.s


Di kesempatan lain, pada ayat lain, Allah swt ada menggunakan perkataan an’um, yakni nikmat versi plural, tetapi bukan super plural. Atau penjodoh bilangan yang sesuai mungkin ‘beberapa’ nikmat, mungkin dua atau tiga, atau empat. Yang pasti tidaklah banyak.

Cuba perhatikan ayat ini,





"Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus."



Li (kepada/untuk) an’um.


Allah menggunakan perkataan an’um, beberapa nikmat, dalam versi plural biasa. Subhanallah! Allah swt sedang memberitahu kita tentang seorang hamba yang mampu mensyukuri beberapa nikmat Allah, sudah tentu jauh lebih baik daripada kita yang tidak mampu menghitung lantas mensyukuri hatta satu nikmat!.

Siapakah hamba ini?


Ya, ayat ini menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah, hebatnya sang Nabi memanifestasi kesyukuran kepada Allah swt, sehingga diiktiraf dalam al Quran. Jauh benar dengan kita yang penuh dosa dan noda ini.


Sekali lagi ayat ini menyebabkan kita berasa lemah. Begitulah sifat al Quran, mu’jizat, melemahkan opponents nya lalu membuatkan kita kembali sedar diri, berasa kerdil. Hakikat ini harus dijadikan satu teguran jujur buat para du’at khususnya supaya tidak merasa cukup dengan amal fardi dan da’wi masing-masing.


Dan sudah pasti juga ia menarik kita untuk belajar lebih banyak daripada Nabi Ibrahim a.s ini.


Super Plural Grace


Manakala nimat yang versi super plural nya, ni’am boleh kita dapati dalam Surah Luqman :20.


“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan dibumi untukmu dan menyempurnakan nikmat-nikmatNya (Ni’amahu) untukmu zahir dan batin. Tetapi antara manusia ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang member pencerahan”
(Luqman :20)



Saudaraku,

Tidakkah kalian merasai sesuatu setelah mengetahui bagaimana teliti tahap yang tidak dapat diotakkan ini dalam Allah meletakkan qalamNya dalam ayat ayat kitab ini?

Dan lebih daripada itu, tidakkah kita berasa tertampar dengan teguran halus ini. Menghitung nikmat Allah, kita tidak pernah mampu apatah lagi mensyukurinya!

Namun, ketidakmampuan yang hakiki ini bukan ticket untuk kita berlepas tangan daripada berusaha menjadi hamba yang bersyukur. Kerana itu tetap satu arahan tatakala Allah berfirman,


“Washkuruli wa la takfuruun!”

“Dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kau ingkar!”


Begitulah arahan dan amaran daripada Allah Azza wajal.


Lalu, bagaimana harus mensyukuri di detik kita tidak mampu? Pastinya mencontohi para anbiya’. Kesemua mereka telah menunjukkan qudwah dalam bersyukur dengan berjuang atas jalan dakwah dan tarbiyah. Mereka mengajak manusia kembali kepada Allah dengan penuh gigih dan cemerlang. Lantas persoalan bagaimana itu, dikembalikan kepada kita.


Beginilah hakikat seorang hamba.

Tidak mampu tetapi mencuba sekudrat yang ada

Menghitung nikmat yang sudah jelas tidak terdaya



Ps: Linguistic study daripada Kuliah Utiub Ustaz Nouman Ali Khan. Tajuk, Miracle of the Quran. Kalau rajin syayew syambung heww

4 comments:

Anonymous said...

qolbun = jantung.

fuad = hati

kan? kalau salah sila betulkan.

Anonymous said...

qolbun = jantung.

fuad = hati

kan? kalau salah sila betulkan.

Anonymous said...

qolbun = jantung.

fuad = hati

kan? kalau salah sila betulkan.

Inspector Saahab said...

entahlah enonimos.