(Episod 1)
Matahari belum
sempat bertandan lagi pagi itu. Bukan sahaja mentari, bahkan ayam di kampung
pun belum tentu sudah bangun dari jaganya. Cumanya di tengah tengah kota
metropolitan Shah Alam itu, kalau menunggu ayam jantan berkokok, alamak bagai
menunggu bulan jatuh ke riba la. Yang ada hanya nyamuk nyamuk betina yang rakus
lagi efisien menyedut darah darah manusia.
Semalamnya merupakan hari yang panjang dan
memenatkan. Yelah dengan sehari suntuk berpogram. Nasib pelajar baharu
mendaftar la katakan. Mujurlah program orientasi di Kolej Antarabangsa itu
walaupun agak kebudak budakan dengan entah berapa puluh jenis tepukan yang
diajar, tiada unsur unsur tidak sihat seperti yang sering diwarkan-warkan dalam
program orientasi kolej university yang lain.
Sungguhpun hari begitu panjang dan sibuk, namun
kesemua mereka tidak begitu lena tidurnya. Sekadar mampu melelapkan mata. Rindukan
keluarga mungkin.
Di celah
celah kesenyepan malam yang hening, di sebuah bilik, di aras lima blok B Kolej
Kediaman tersebut, entah mengapa ruang tamunya sudah disimbahi cahaya lampu
kalimantang. Bahkan jauh lebih awal sebelum azan Subuh berkumandang.
“Dah kau ni kenapa Chris?”
“Sorry, aku tak boleh tidur la. Lagipun biasanya
sekarang kat rumah dah bangun”
“Peh kau ni. This is Shah Alam bro, bukan
Sarawak”
“Yela, I will get used to this soon”
“Haha, aku pun tak boleh tidur sangat, esok
sure jadi zombie weh”
“Kau homesick eh?”
“Eh mana ada. Aku budak asrama kot. Dah biasa
jauh dengan family ni. Tapi kat sini panas la. Berpeluh peluh dah”
Begitulah.
Permulaan hidup
buat penghuni rumah aras lima Kolej Antarbangsa itu.
Farid
setelah beberapa minit yang sunyi berlalu, mencuba nasib untuk melelapkan
matanya buat sekelian kalinya. Entah doa apa yang dibaca, lagi tiga sahabatnya
dalam bilik itu begitu nyenyak sekali tidur mereka, mengalahkan orang yang
sudah tak tidur seminggu. Orang macam ni memang tak kisah apa yang berlaku,
rumput meninggi, kerajaan bertukar tangan, harga barang naik, harga barang
hantaran turun, rumah kena rompak, satelit jatuh dan bermacam lagi, mereka
tetap dalam dunia mereka. Haish.
Chris pula
memulakan rutin yang bakal menjadi rutin hariannya pada hari-hari mendatang. Apa
lagi, hiburan apalah yang lebih mendapat tempat di mata dan di hati pelajar
pelajar bertaraf antarabangsa dari Malaysia melainkan masa kosongnya
mengkhatamkan siri siri drama korea yang tidak berkesudahan itu. Huh. Siapa sangka,
lelaki tulin lagi maskulin, muka bengis pun peminat tegar drama korea.
-------
Sekali lagi
tidur Farid yang hampir lena itu dikejutkan dengan azan subuh entah dari corong
masjid mana, tetapi boleh tahan menggegar juga. Dia yang telinga jenis sensitive
bunyi ini lantas tersedar. Pelik tetapi benar. Kalau ikutkan jadual waktu azan
Selangor, Wilayah Persekutuan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, lagi
lima belas minit tambah kurang baru masuk waktu Subuh.
Bingung
juga Farid. Tak kan muezzin spesies rabun nombor pun ada juga di tengah tengah
kota ibu negeri Selangor itu. Kalau taraf taraf masjid di kampung tu, boleh
diotakkan lagi. Tetapi Farid tidak mengeluh panjang. Mungkin muezzin yang
melaungkan azan tadi juga baru pindah dari Sarawak agaknya, orang kampung Chris
barangkali.
“Dib, dah nak dekat Subuh dah ni, jom la siap
siap”
“Hmm”
“Zul, jom turun solat”
“Kau turun dulu, nanti aku follow”
Farid ni
memang budak asrama paling cemerlang di sekolah dahulu. Budak surau to-be di
Kolej Antarabangsa tu. Namun usaha mengejutkan dua lagi rakan seaqidahnya itu
menampakkan bibit bibit kegagalan. Yelah, masing masing sudah bergelar budak
kolej, sudah tinggalkan dunia asrama dan warden, apa kelas turun Subuh di
surau awal-awal. Dari aras lima pula tu.
Begitulah realitinya.
Seperti mana yang telah dimomokkan sejak dari sekolah menengah lagi dalam siri
siri nasihat berguna oleh warden asrama kepada kesuluruhan pelajar amnya dan
kepada pelajar pelajar yang sejak dari sekolah menengah lagi sudah menunjukkan
bakat ponteng solat berjemaah di surau khusunya.
“Kamu ini sekarang je nak datang solat kat
surau, sementara warden ada datang kejut. Datanglah. Nanti dah besar, dah masuk
university, dah takde orang nak kisah. Kamu nak solat kat bilik ke, nak solat
kat rumah ke, tak nak solat ke, semua terpulang pada diri masing-masing”
Begitulah
nasihat yang diberikan. Masin benar mulut yang memberi nasihat itu. Sehinggakan
hampir setiap patah nasihat menjadi kenyataan. Tidak hairan la ramai yang tak sabar-sabar
untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah dan tak sabar lagi
untuk terus ke alam universiti. Dah tak sabar nak merasa hidup bebas, tanpa
kongkongan. Jiwa remaja, perlu bebas. Begitulah slogan anak anak muda. Bak kata
yang berkata, freedom is ours.
Farid
kemudiannya melabuhkan kembali punggungya di atas katil, sambil memerhati tiga
rakannya yang sedang dibaluti selimut itu. Seorang lagi Kiren, budak india yang
berasal dari Nibung Tebal. Saiz badan Kiren yang sihat walafiat menampakkan
bahawa dia sedang tidur dengan penuh bahagia. Seolah-olah sedang diulik mimpi
mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan serta dikurniakan keluarga yang
disirami sakinah, mawaddah dan rahmah.
Tergugat juga
iman Farid yang baru sahaja hendak memuncak itu. Kalau hari pertama pun sudah
macam ni, nampaknya tanda tanda kecil masa depan solat Subuh mereka bakal
mengahadapi hari hari getir sudah mula kelihatan dan sudah berada di paras
berjaga jaga. Namun, hamassah as syabab yang bergelora dalam jiwa Farid tidak
mahu mengaku kalah dengan scenario scenario di depan matanya itu.
Beberapa minit
berlalu.
Sekali lagi azan Subuh yang sebenar-benarnya berkumandang, membelah
udara, memecah kesunyian dan keheningan suasana pagi yang permai dan sedikit
panas itu. Mula kedengaran bunyi bunyian kerusi diseret, air dari paip yang mengalir
memenuhi tangki dan perbualan perbualan yang beraneka bahasa dan sukar difahami
yang datang daripada bilik bilik sebelah dan di aras bawah.
“Kau nak pergi solat?”
“Haah, nak ikut?”
“Ish, aku kan Krsitian”
“Hehe, manala tahu kan, ok see you later”
Bersiap ala
kadar, Farid bergegas turun ke surau kolej kediaman itu. Kalau diikutkan tentatif
orientasi yang belum berakhir, pagi itu subuh mereka bersama-sama di lapangan
bola keranjang di antara Blok B dan Blok A kolej mereka. Dan kalau nak
diikutkan juga, abang abang fasilitator akan datang untuk pastikan semua
pelajar Muslim turun bersolat berjemaah kemudian bersama mendengar sesi
tazkirah pagi manakala yang bukan Muslim pula turun lewat setengah jam untuk
sesi kerohanian mereka bersama fasilitator bukan Muslim.
Namun entah,
ditungu tunggu, fasilitator pun entah ke mana.
Sebelum terus
melangkah ke lapangan bola keranjang, Farid singgah di surau kolej. Ada lah beberapa
orang pelajar siap berkopiah lagi sedang mendirikan solat sunat. Itu semua muka
calon calon pelajar yang akan mengharumkan nama negara dan dunia Islam suatu
hari nanti in sha Allah. Ataupun muka calon calon pelajar yang akan mengisi
kekosongan jawatan kelab kelab dan badan badan kerohanian kolej.
Kebiasaanya
pelajar pelajar yang Islamik, berdisiplin, berketerampilan dan bersemangat waja
ini memang dilahirkan untuk mengisi jawatan terbabit. Sudah menjadi trending
pelajar Malaysia umumnya bahkan, apatah lagi di Kolej Antarabangsa sedemikian
rupa.
---------
Entah siapa
yang bersolat di lapangan bola keranjang kerana ternyata solat Subuh pagi itu
berjalan seperti biasa di surau kolej. Meskipun kehadirannya kurang
memberangsangkan namun suasana solat Subuh seakan hidup dan basah, diserikan
lagi dengan sedikit pengisian tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pakcik
Hasnan.
Pagi itu,
solat berjemaah dipimpin oleh anak Pakcik Hasnan yang merupakan seorang huffaz
yang ditakdirkan sedang bercuti. Pakcik Hasnan merupakan suami kepada salah
seorang Pegawai Pembangunan Pelajar atau nama mudahnya warden kolej di situ. Memandangkan
tugas warden di kolej tidak sama bahkan jauh berbeza dengan warden asrama di
sekolah, oleh hal yang demikian gelaran yang panjang dan berbelit-belit itu
diberikan. Lebih mudah, pelajar pelajar memanggil mereka sebagai PPP.
Pada rakaat
pertama, Farid tidak dapat fokus dan mengingati surah apa yang dibaca oleh imam
kerana matanya sibuk melilau melihat ke sekeliling surau yang kelihatan asing
baginya. Sempat juga dia memikirkan beberapa idea idea yang bernas untuk
menambahbaik keadaan surau yang tidak bermaya itu. Dia juga sempat berniat
untuk menganjurkan gotong royong membersihkan surau itu dalam masa terdekat
setelah melihat banyak sawang lelabah di penjuru dinding surau. Itupun kalau
dia dilantik menjadi ahli jawatankuasa surau. Namun dia sudah menjangkakan
kesemua itu pada rakaat pertama Subuh pada pagi itu.
Namun suara
imam yang mendayu dayu dengan sebutan makhraj yang betul serta taranum hijjaz yang menusuk kalbu itu ternyata tidak
mengecewakan. Imam membacakan potongan ayat-ayat terakhir surah al Fajr. Meskipun
Farid tidak memahami maksud ayat Quran yang dialunkan, namun dia tetap
menikmati bacaan tersebut. Irama ayat ayat itu yang diakhiri dengan bunyi yang
sekata membuatkan dia hanyut dalam arus ibadah.
Seakan itulah
kali pertama dia mendengar baris baris ayat Quran tersebut dibacakan.
Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya
Maka masuklah ke dalam
jamaah hamba-hambaKu
Masuklah ke dalam
syurgaKu
(Al Fajr:27-30)
Tazkirah Subuh
yang ringkas tetapi padat daripada Pakcik Hasnan pada pagi yang masih damai itu
membuatkan Farid lebih teruja. Kebanyakan pelajar yang hadir sudah tidak
tertahan lagi rasa mengantuk ekoran suara Pakcik Hasnan yang perlahan dan
mendatar. Semua poin yang diutarakan dibalas dengan anggukan yang bertubi-tubi
tanda setuju. Namun Farid kekal bersemangat waja.
“Saya harap kamu semau yang hadir ini dapat
membantu rakan-rakan yang lain untuk turun solat berjemaah bersama-sama. Di sinilah
tempatnya untuk kita belajar mengajak kawan-kawan kita melakukan kebaikan. Sebagai
persediaan sebelum kamu semua menyambung belajar keluar negara nanti”
Itulah antara
poin yang masih berlegar-legar dalam minda Farid. Pakcik Hasnan turut
menceritakan tentang banyaknya kuliah kuliah agama yang diadakan di surau surau
dan masjid masjid yang bertebaran di sekitar kolej kediaman mereka. Paling
mengujakan, dia mempromosi rakaman program Tanyalah Ustaz kepada para pelajar
yang diadakan di Masjid Negeri, tidak jauh daripada kolej mereka.
Farid sudah
dapat membayangkan dia menghadiri rakaman tersebut dan penglibatan aktifnya
nanti akan dirakamkan dan disiarkan di kaca televisyen untuk ditonton ke
seluruh negara.
“Ada apa
apa soalan?”
Tanya
Pakcik Hasnan sebelum mengakhiri tazkirahnya itu. Farid memang hendak
bertanyakan soalan. Namun, kelihatan pelajar lain yang sunyi sepi menyebabkan
dia terpaksa mengkebumikan sahaja soalannya itu. Takut takut nanti dikata
melebih-lebih pula. Biasalah, sudah menjadi budaya orang Melayu asli, warisan
turun temurun untuk para pelajar tidak bertanya soalan.
Siren fasilitator
yang bertugas memangil-manggil pelajar untuk berkumpul di hadapan kolej. Farid
lantas teringat akan kesemua teman serumahnya. Dia bergegas naik ke aras lima
dan mendapati bukan sahaja tiga rakan yang sebiliknya sedang tidur, bahkan
Chris yang sepatutnya sudah bersiap untuk program pada pagi itu turut pengsan
di bilik sebelah, di rumah mereka itu.
“Alamaak
subuh aku!!” Jerit Zul
“No I’m
late now” Kiren pula menambah.
Hampir sahaja
pagi yang ceria yang menjanjikan sinar harapan buat permulaan hidup baharu
bergelar sebagai pelajar kolej berkecai.
“Assalamu’aalaikum…”
3 comments:
fergh, nostalgiaa. hang housemate ngan sape =P
Heewwww adelahhh.
Tak balik mesia ke bang ?
Aiyoo . X sabarnya nak rasa Ramadhan kat sana . Gi mana rasanya ya ? Hmm hmm
Post a Comment