Showing posts with label HADIS. Show all posts
Showing posts with label HADIS. Show all posts

Monday, October 2, 2017

SIMBOL DAKWAH YANG HILANG


Simbol Dakwah Yang Hilang


Al-Imam Tirdmizi meriwayatkan sebuah hadis ;


لا تكونوا إمعة


-Janganlah kamu menjadi ima'ah

Yang mana Sheikh Albani mengkategorikan hadis ni sebagai dhaif. Yang sahihnya, ia merupakan kalam Ibn Mas'ud ra.

Namun begitu, makna athar ni sangat benar dan sahih manfaatnya. Kalam yang ringkas mengandungi pelajaran yang mutiara wabil khusus buat para duat ilaLlah.

Ia bermaksud, janganlah kamu menjadi orang yang ikut-ikutan.

Perkataan إمعة bermaksud secara mudah pak turut atau 'yes-man'. Ia berasal dari perkataan مع iaitu bersama, dalam erti kata menurut orang, suasana atau keadaan yang bersama dengannya.

Hari ini sebahagian besar umat islam telah hilang identiti & fikrah islam mereka kerana menjadi pak turut, إمعة.

Lebih sedih, para duat ilallah juga telah larut dengan teman mereka, suasana yang membersamai mereka sehingga sudah tenggelam simbol dakwah dan islam yang kononnya dibawa dan dipelajari dalam pertemuan tarbiyah mereka.

Mereka menggelar diri daie. Dalam halaqah mereka lain. Ketika bersama ikhwah, kelihatan mereka paling syadid dan dekat sunah nabi. Dalam pertemuan tarbiyah mereka dilihat yang paling aqrab dengan kitab Allah. Dalam sesi mabit barangkali sujud mereka paling lama dan panjang.

Namun, begitu ia bersama lingkungan yang tidak solehah, langsung dia bertukar, larut persis gula dalam air yang panas. Ia tidak menampakkan lagi keterbezaannya. Ia takut dengan risiko. Bekal-bekal tarbiyah yang dicedok tidak mampu men-supply- keberanian buatnya.


Di tempat kerjanya, tidak kelihatan dia berbeza dengan orang awam lain. Di kuliah, dia sama sahaja dengan orang yang tidak pernah hadiri daurah. Di hostel pun begitu.

Alangkah menyedihkan.

Simbol dakwah dan fikrah islam yang sepatutnya menjadi aset yang diperjuangkan tidak lagi kelihatan padanya. Sehingga kewujudannya tidak mengesani teman-temannya.

Semoga para ikhwah diberi kekuatan untuk tidak tergolong dalam kalangan إمعة. Sebaliknya terus berbeza dalam kerjaya, hobi, masa lapang, masa cuti, bersama siapa & di mana jua..

Sesungguhnya penulis sedang bercermin ke diri sendiri. Kerana untuk diriku la yang pertama-tama kutujukan nasihat dan barangkali ancaman ini!

Friday, July 31, 2015

"SATU MASALAH JE.."



“Eh kau kalau takde duit boleh minta dengan aku la!” Habis bergema dewan selera Kak Jenai.

“Eh kau sibuk apasal ah? Kau ingat kau baik sangat ke ha? Dah konfem masuk syurga ke ?” Lawan tetap lawan. Pakai tagline pembangkang nampak. Tapi betul, lawan tetap lawan.

“Baju kau itu, aih, ketat semacam la. Kalau nak beli yang labuh sikit, yang mahal skit, aku boleh pinjamkan duit la weh!” Dua dua ni macam anjing dengan kucing.

“Tak payah la kau nak bajet pemurah hati kat sini..blah la kau, bapak aku duit berlambak la”

“Eh kau la blah, menyemak je. Buat sakit mata tau orang tengok”


Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan lagi tengah hari tu. Drama dua orang ni tak habis habis mengisi panggung Sabtu di dewan selera Kak Jenai. Dah lali dah kadang-kadang. Selalu tegur tegur ni berakhir dengan sorak sorakan yang lain. Yang kononnya pro Islamic support Mus, yang liberal skit support Teja. Teja, nama adaptasi Khatijah. Ayu sebenarnya. Tapi tu la..

“Anta ni Mus…tak malu ke orang tengok. Cuba la bawak berbincang”

“Ala Abang Man….tak boleh biar orang macam ni” Mus mendengus.

“Apa anta dapat bila tegur macam tu? Kepuasan nafsu ? ” Pertanyaan Abang Man dibiarkan bergantung tidak bertali.

Zufar Musthakeem. Tidak terlalu tinggi tatkala berdiri dalam kalangan yang rendah dan tidak terlalu rendah tatkala berdiri dalam kalangan yang tinggi. Sedang sedang. Extrovert. Bekas busker tegar. Dulu dulu selalu habiskan hujung minggu di KL Sentral, betul betul bersebelahan mesin Touch and Go ke train KTM KL sentral. Penumpang ke Sungai Gadut, ke Pelabuhan Klang, ke Rawang dan ke destinasi destinasi yang lain pasti akan dihalwakan telinga mereka dengan persembahan jalanan 
Musthakeem.

Walaupun bukan busking untuk dapatkan duit saku, tapi boleh tahanlah. Rezeki turun mencurah-curah. Bukan tak ramai yang hulurkan seringgit dua. Boleh la reload prepaid, boleh buat modal bergayut dengan pujaan hatinya, Zita. Zita pula, ah anak dara orang, kita kuburkan sahaja nama tu di sini.


Lepas SPM, ok bapak la sebelum SPM dah pandai melepak dan busking. Lepas SPM Musthakeem diterima menyambungkan pelajaran ke Taylors Univerisity. Taylors ok, bukan tailor. Tapi kalau Tailor pun apa salahnya? Double standard, huh! Yang masuk universiti sosial ni, orang kata la sosial, sama ada pandai gila, kemudian dapat tajaan mana mana badan penaja, ataupun sama ada tak berapa pandai sangat, cukup cukup makan akademiknya tapi anak orang kaya. Bila duit ada, sume jalan!


“Belajar kat sini kena pandai pilih kawan” Nasihat Abang Man, senior dua tahun Musthakeem. Selepas sesi suai kenal yang tiba tiba pada suatu malam.

“Kawan dengan sesiapa sama je bro, kita kena pandai jaga diri!” Ganas!
Lawan tetap lawan. Tetapi Abang Man memilih untuk senyum.

“Malam-malam kita ada gathering dengan brothers dekat dewan Selera Kak Jenai, tahu?”

“Selalu gathering buat apa? Jamming?”

“Nak tahu kena datang la” Trick!


Itu la antara detik awal. Musthakeem berkenalan dengan Abang Man. Kemudian dengan beberapa brothers lain. Memang di Taylors Universitiy tu lejen la sosial dia. Muslim atau bukan muslim macam sama je. Sama naik. Yang pergi kelas pakai boxer. Yang pakai baju labuh lepas peha, kemudian dah macam tak pakai seluar pun ada. Yang malam malam berselerakan botol botol arak di pekarangan tasik kenamaannya. Tapi husnudzhon jela, sume tu bukan Muslim. Belum disapa hidayah.

“Saya cuma tunai tanggungjawab saya je Bang Man. Mencegah kemungkaran!” Kening sebelah kiri sedikit terangkat. Muka merah menyala. Masih panas. Kalau pakai kanta pembesar, mungkin boleh nampak kepulan asap barannya keluar dari telinga kiri dan kanan.

“Yela, tapi bukan macam tu caranya. Concern tu dah bagus” Tangan kanan menggosok belakang Mus. Sambil pandangan jauh dilontar ke kanvas langit. Kosong.

“Dalam hadis pun ada kan Bang, kena cegah kemungkaran, sama ada dengan tangan, lisan atau hati. Dan orang yang mencegah dengan hati selemah lemah iman. Tak kan nak biar tengok je, minah tu. Islam, tapi pakai baju mengalahkan yang non-Muslim, ish, rimas la saya bang, budak kelas saya tu, dia ok nye!”


Ketulan ketulan batu kecil dikutip dari kaki lima. Satu demi satu dibaling menyerong ke dalam tasik. Balingan side throw tu menyebabkan ada batu yang spining dan menyentuh permukaan air beberapa kali sebelum terus karam di tengah tengah tasik. Not bad. Water surface tension yang kuat sebenarnya menyebabkan fenomena ni boleh berlaku. Hydrogen bond antara molekul molekul air merupakan antara intermolecuar forces yang paling kuat, atau yang terkuat. So what?

Selepas beberapa biji batu dibaling puas, Abang Man membetulkan posisinya. Kedua tangan ke belakang. Selesa. Tenang.

“Cuba anta tengok kat sana Mus” Mulut memuncung ke langit, hitam pekat. Bintang bintang masih menyombongkan diri untuk tampil. Atau sebenarnya malas nak berhadapan dengan manusia manusia yang derhaka pada Tuhan. Kalau tampil pun, akan jadi bahan hidangan mata pelaku maksiat di sepanjang tepi tasik pada malam itu.

“Ada apa?”

“Mana pergi bintang?”

“Entah la. Orientasi lari kot”

“Haa. Sebenarnya bintang ada je kan, cuma kita mungkin tak nampak sebab udara kotor sangat” Abang Man bermadah. “Kadang kadang manusia tu baik je, ada potensi besar untuk berkilau, tetapi kebaikan dan kemurniaan hati nuraninya dicemari oleh persekitaran, cara dia dibesarkan, kawan kawan dia dan environment. Agak unfair la kalau kita judge diorang macam tu je” Tepat! Bukan tahi bintang yang memanah tetapi kata kata Abang Man, memanah tepat ke jantung Mus. Sakit. Rasa macam, ah tak dapat nak diayatkan!

“Nak backup si minah tu la abang ni?” Matanya menatap Abang Man. Tak puasa hati.

“Tak backing sesapa pun”

Langit masih gelap dan kosong. Di sepanjang tepi tasik itu, boleh tahan ramai jugaklah pasangan kekasih bercangkerama. Majoritinya bukan Muslim. Bukan nak bersangka buruk, tapi memang dah tak ada peluang nak bersangka baik. Aksi aksi liar pun makin menjadi bila jam di tangan mnunjukkan waktu makin menuju ke tengah malam dan ke pagi hari. Sindrom tengah malam agaknya, hormone liar, tak tahu malu dirembeskan bertalu talu.

“Anta perasan tak zaman dakwah Rasulullah awal awal di Mekah tu, Rasulullah tak ada pulak kan sibuk nak hancurkan berhala, larang orang minum arak ke apa..kan?” Halus, menyusuk tapi.

“Maksudnya?”

“Sebab Rasulullah tahu, masalah masalah sosial, khurafat sume tu kesan kesan daripada satu masalah je. Satu je. Nak tahu apa?”

“Haa apa?” Mata membulat.

“Masalah hati”

Deep.

Tiba-tiba scene dia dengan Teja bermain di fikiran. Rasa bersalah datang bertubi tubi. Mencucuk dari segenap sisi.

“Dan by the way, dalam hadis yang anta maksudkan semalam tu, bukannya mencegah kemungkaran. Tapi Rasulullah sebut yughayyir, mengubah. Beza sangat tu..”



---

Dalil kita betul tidak semestinya kita betul. Dalil betul, tetapi cara faham kita tidak pernah sunyi dari kesalahan. Semua nak ikut Rasulullah, ikutlah betul betul. Study seerah baginda, kita akan temukan cinta di samping usaha menegakkan kebenaran. No offense!


Friday, April 11, 2014

IBRAH UNTUK MUJAHID



Kata orang, pengalaman mematangkan usia.

Ada benarnya. Yang mematangkan usia seseorang adalah pengalaman. Apa yang dia telah peroleh sepanjang menikmati nikmat kehidupan, dari sudut ilmunya, sahsiahnya, cara fikir dan persepsi persepsi yang timbul apabila melihat dunia secara keseluruhannya. Usia yang tidak diisi akan berlalu begitu sahaja. Angkanya makin bertambah, tetapi kualitinya mendatar.

Sangat tetibe.

Pada suatu hujung, di malam hari, usai ishak, tatkala udara sudah dikotori debu debu jalanan serta asap kenderaan, kami berkumpul di suatu tempat di satu juzuk daripada bumi Tuhan yang sangat luas ini, untuk memeriksa amal, memurnikan kefahaman sekaligus mengkayakan pengalaman dan mematangkan usia. Cewah.

Malam itu kami berbicara tentang hadis 40 susunan Imam An Nawawi.




Rata-rata mereka yang bersama gerakan islah, tarbiyah dan dakwah mesti pernah membaca, belajar bahkan mengkaji kitab hadis ini. Saya yakin dengan keyakinan yang boleh tahan yakin juga la. Er. Tetapi pada malam itu, kami fokuskan kepada kaitan antara hadis-hadis.

Cuma kali ini, saya bukan hendak berkongsi pasal kaitan antara hadis, tetapi  beberapa input baharu dalam melihat hadis hadis itu sendiri daripada sisi pandang yang berbeza.

Kita mulakan dengan hadis pertama,
 
Yang intipatinya adalah berkenaan niat.

Semasa di awal-awal zaman menggabungkan diri dengan halaqah dakwah ini, memang ada dibincangkan hadis ini. Mana tidaknya, hadis niat ni kira satu hadis yang sangat penting, berbicara tentang perkara yang asas dalam Islam. Ulamak hadis bahkan kebanyakan atau hampir kesemuanya meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama dalam kitab kitab hadis susunan mereka.

Elok juga kita tengok hadis itu;


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.

Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

(HR Bukhari dan Muslim)


Antara point yang mungkin dikeluarkan oleh para nuqaba dahulu ialah tentang memulakan sesuatu ibadah dengan niat kerana Allah, memurnikan niat, melakukan proses tajdid atau memperbaharui niat dan urgensi memperbanyak niat kerana setiap amal itu dinilai berdasarkan niat.

Hadis niat ini, boleh dikatakan sebagai satu bahan untuk membumikan fikrah seseorang muslim tentang hala tuju, paksi dan kiblatnya sebelum beramal. Sesuailah dibincangkan dalam sesi pertemuan pada awal-awal kerana rata-rata yang menceburkan diri pada waktu itu masih hingusan, belum jelas hala tuju hidup dan masih banyak ‘kiblat’ nya.


Menariknya, apabila dilihat tutur kata Nabi s.a.w dengan lebih dekat dan terperinci ini,ada banyak lagi mesej mesej besar yang hendak disampaikan kepada kita, terutamanya para pengemban dakwah di generasi pengasas, generasi pelopor yang mana dakwah itu belum lagi menjadi sesuatu yang mainstream dalam masyarakat.


Latar belakang hadis ini berkisar tentang seorang lelaki yang berhijrah bersama pasukan hijrah muhajireen Mekah ke Madinah, cuma beliau ini berhijrah kerana ingin mengahwini seorang perempuan yang bernama Ummu Qais. Nama lelaki tersebut tidak disebut, tetapi beliau digelar sebagai Muhajir Ummu Qais.


Satu ibrah (pengajaran) di sini ialah bagaimana identity lelaki tersebut disembunyikan untuk menjaga aib. Kerana yang penting bukan pelaku untuk diteladani tetapi perilaku.
Yang menariknya, perhatikan susunan hadis ini;


“Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya”


Kata-kata Rasulullah saw pasti bukan sesuatu yang sia-sia melainkan ada maksud yang signifikan dan tersendiri yang beliau saw ingin sampaikan. Cuma menariknya, dalam ayat di atas, Rasulullah saw menyebut tentang dunia, kemudian tentang wanita yang ingin dinikahi.


Bukankah wanita yang ingin dinikahi itu juga sebahagian daripada dunia?


Ha, itulah persoalannya. Sisi pandang yang berbeza. Padahal boleh sahaja Rasulullah saw sekadar sebut “kerana dunia” kerana sudah menyeliputi wanita. Tetapi tidak. Barangkali, pengajarannya, betapa kuat dan dahsyatnya godaan, ujian, dan tarikan seorang wanita bagi seorang pendakwah meski waktu itu mereka semua mendapat tarbiyah langsung daripada Sang Nabi s.a.w.


Seolahnya, ujian wanita atau tarikan jantina yang berlawanan ini sehebat tarikan dunia keseluruhannya. Dan itulah realitiyang berlaku, sekadar mengambil contoh reality di kampus, meskipun seorang siswa yang tampak tegas dan kencang amal da’winya, tetapi siapa tahu di balik kotak bicara (chat box) dia sedang menjalin kasih dengan teman berlainan jantina. Dan tidak hairan jika di balik kotak itu ialah seorang ukth!

Dan ada banyak lagi kes kes ikhwah atau akhawat, rijalul ummah, mereka yang sudah bersama halaqah selama dua atau tiga tahun atau lebih, tetapi masih lagi tersangkut dengan ujian ini.


Baiklah, cukup la sesi meng-arang yang pertama.


Sekarang cuba renung kembali,


Dalam kes Muhajir Ummu Qais tadi, dia berhijrah kerana ingin menikah. Bukan sekadar mahu bercouple tanpa ikatan sah (BOB), tetapi anehnya perbuatan itu menyebabkan Nabi saw mengeluarkan hadis ini.


Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang bagus? Dapat mengelakkan zina, merapatkan hubungan kekeluargaan, menambah bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w, bahkan dikatakan satu langkah ke arah penyempurnaan sebahagian agama. Tidak cukup justified kah?


Di sini, dapat kita belajar betapa Ar Rasul saw semasa membina mujahid dakwah di generasi pertama, generasi pelopor dan pengasas ini, baginda agak tegas. Meskipun perkahwinan itu sesuatu yang baik, tapi baginda tidak mahu para sahabat yang menjadi tulang belakang agama ini dicemari dengan kepentingan kepentingan duniawi, kerana mereka akan menjadi sejarah dan teladan ummat sepanjang zaman.

Maka saudaraku, termasuklah diriku,

Bukan aku bermaksud untuk menghalang kita untuk berkahwin, tetapi marilah kita teliti semula niat kita. Marilah kita renung sejenak ke dalam diri. Mana tahu, di sepanjang meniti jalan ini, kita ada menaruh kepentingan peribadi tanpa sedar.

Secara keseluruhan kita mungkin bukan golongan pengasas, namun bagi memenangkan dakwah ini kita perlu jadikan kualiti generasi pertama itu sebagai titik perbandingan. Lebih lebih lagi kita hari ini berhadapan dengan situasi di mana al haq dan bathil sangat sukar untuk dibezakan, persis sahaja jaman yang dilalui oleh para sahabat. 


Marilah sama-sama kita kembali renung hadis ini.
Sarat dengan ibrah yang releven dengan kita hari ini.


Sekian,
Dari saudaramu
Yang imannya compang camping justeru sering rebah !

Saturday, December 22, 2012

MIRROR OH MIRROR

“Mirror mirror, siapakah yang paling kacak?”
Ah tentu sahaja aku kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling baik?”
Ah tentu sahaja aku kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling dermawan?”
Ah tentu sahaja aku kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling digemari?”
Ah tentu sahaja aku kan

Tentu aku kan.
Kita sering begitu.
Terlebih sering bahkan.

“Mirror mirror, siapakah yang paling hodoh?”
Ah tentu sahaja si polan kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling jahat?”
Ah tentu sahaja si polan kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling bakhil?”
Ah tentu sahaja si polan kan

“Mirror mirror, siapakah yang paling dibenci?”
Ah tentu sahaja si polan kan

Dan terus terusan
Si polan menjadi mangsa
Kita memang begitu
Memenangkan keinginan atas kebenaran




Bukankah mu’min itu cerminan bagi mu’min yang lain? Maka ketahuilah tiap tiap kali kita memandang kehodohan dan kejelekan pada sahabat yang mu’min itu, kitalah si hodoh dan jelek itu.

Bukankah mu’min itu cerminan bagi mu’min yang lain? Maka ketahuilah di sekian detik kita melihat kekurangan, kerendahan dan keburukan pada sahabat yang mu’min itu, maka pada kitalah sebenarnya terpamir kekurangan, kerendahan dan keburukan

Bukankah mu’min itu cerminan sesama? Maka tatkala kita merasa ada masalah pada sahabat, pada teman, pada rakan, di sini dan sana sedarilah bahawa kita melihat masalah yang datang dari diri kita yang penuh khilaf.

Bukankah mu’min itu cermin pada mu’min yang lain? Tatakala kita memandang kemegahan, kehebatan dan keupayaan pada diri kita, ketahuilah itu semua kita pantulkan dari mu’min di sekeliling kita.

Bukankah mu’min itu cermin pada mu’min yang lain? Di setiap tika kita merasa besar, merasa tinggi dan sering sekali sukses, yakinilah itu semua terbitan dari mu’min di sekeliling kita.

Bukankah mu’min itu cerminan sesama? Tika mana kita berasa bersih dan suci, itu lah hasil tangan mu’min di sekeliling kita yang tidak jemu apatah penat membersihkan kita. Tangan dan lisan mereka mengoreksi, menabur teguran dan menyuci. Sering sekali.

Kotoran dan debuan, kesamaran dan bintik bintik pada cermin itu tidak lain datang dari hembusan nafas dosa kita. Tidak lain akibat tangan kita yang sering sahaja melanggar hukumNya.

Cermin cermin di hadapan kita yang retak, ada yang sumbing dan calar balar, itu semua akibat tangan kita, akibat lisan kita yang sering sahaja menyakiti, yang membuatkan mu’min lain tidak senang. Kitalah punca, si masalah.

Hai diri, banyak sungguh. Sikit kejahilan yang diperlihat ini sebenarnya sekelumit cuma daripada lautan kejahilan yang terbuku dalam diriku. Sering sahaja aku ini menyakiti dengan tangan dan lisan. Sering sahaja mu’min di sekelilingku tidak senang bukan kerana bau badan tapi akibat tangan.

Sering justeru terlebih sering.


---------


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang mukmin."
[Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan]

Hadis ini sering didengari tapi kurang benar diamati.

Akhi,

Bukankah mu’min itu cerminan kepada mu’min yang lain?

Wednesday, September 26, 2012

DI MANA ENGKAU KEKASIHKU?


Kanda, boleh dinda tanya satu benda tak?

Alahai dinda, dengan kanda pun nak minta izin, tanyalah seribu benda pun, kandamu ini akan setia menajwabnya.

Alahai kanda ni, malam cenggini la nak menyuitnya, (sweet)… boleh dinda muntah jap ? eh, dinda gurau je kanda.

Amboih dinda, gurau ayu nampak. Dinda nak tanya apa sebenarnya..

Kanda kanda, sebenarnya…kanda suka dinda tak ? sayang dinda tak?

Oh dinda, andai dapat kanda angkut sawah padi yang meluas ini untuk membuktikan cinta kanda, sudah lama kanda lakukan.. andai dapat kanda pecahkan batuh belah batu bertangkup ini, sudah lama kanda lakukan demi adinda..

Kanda…..
Dinda….

(lagu seiring dan sejalan diputar oleh piring hitam)

Sekali sekala tersekat. Piring hitam itu sudah usang.
*drama semata-mata

------------------------------------------------------------------------

Aisyah r.anha pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Di akhirat nanti di manakah dapat ku temui dikau wahai Kekasihku?"

Baginda Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab :
"Di akhirat kelak, carilah aku di salah satu dari empat tempat ini wahai Aisyah :

1. Di bawah Arasy Allah SWT
2. Di tepi telaga Kautsar
3. Di hujung titian sirat
4. Di pintu neraka"

Aisyah r.anha berasa hairan dengan jawapan Rasulullah SAW itu. Maka ditanya Aisyah r.anha lagi kepada Rasulullah SAW :

"Wahai Kekasihku, mengapakah dikau berada disana? Bukankah sepatutnya dikau sudah duduk di dalam syurga yang telah Allah SWT janjikan buat mu?"
Jawap Rasulullah SAW :

 Aku berada di bawah Arasy Allah SWT untuk terus mohon belas kasihan dariNYA agar mengampunkan umatku agar semuanya dapat masuk syurga bersamaku.

 Aku berada di tepi telaga Kautsar agar aku sendiri dapat memberi minum kepada umatku kerana sekali minum air dari telagaku itu, mereka tidak akan dahaga selama-lamanya.

Aku berada di hujung titian sirat untuk terus berdoa dan mohon bantuan ALLAH SWT agar memudahkan perjalanan umatku yang menghadapi kepayahan untuk melintasi titian sirat.

 Aku berada di pintu neraka untuk terus berusaha dan berdoa pada ALLAH SWT agar diampunkan umatku dan jangan masukkan mereka ke dalam neraka."

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Allahumma salli ‘ala muhammadin wa‘ala ali muhammad)

--------------------------------------------------------

Di mana engakau wahai kekasihku ? Adinda, kanda kanda, keranda sekalian, sahabat dan teman, di mana lagi dapat kita cari kekasih sesetia Muhammad bin Abdullah ini? Di mana lagi ? Siapa lagi?

Mengapa kita begini? Syafaat baginda kita harapkan. Bertemu mata baginda, tatap ketampanannya, kucup pipinya, peluk erat tubuhnya, itu yang kita harapkan, tapi mampukah? Kalau di dunia kita ingkar pada suruhannya?

Kalau atas dunia kita mengejar cinta yang rapuh dan sementara?
akhi, bagun la dari tidur akhi..