Kata orang,
pengalaman mematangkan usia.
Ada
benarnya. Yang mematangkan usia seseorang adalah pengalaman. Apa yang dia telah
peroleh sepanjang menikmati nikmat kehidupan, dari sudut ilmunya, sahsiahnya,
cara fikir dan persepsi persepsi yang timbul apabila melihat dunia secara
keseluruhannya. Usia yang tidak diisi akan berlalu begitu sahaja. Angkanya
makin bertambah, tetapi kualitinya mendatar.
Sangat
tetibe.
Pada suatu
hujung, di malam hari, usai ishak, tatkala udara sudah dikotori debu debu
jalanan serta asap kenderaan, kami berkumpul di suatu tempat di satu juzuk
daripada bumi Tuhan yang sangat luas ini, untuk memeriksa amal, memurnikan
kefahaman sekaligus mengkayakan pengalaman dan mematangkan usia. Cewah.
Malam itu
kami berbicara tentang hadis 40 susunan Imam An Nawawi.
Rata-rata
mereka yang bersama gerakan islah, tarbiyah dan dakwah mesti pernah membaca,
belajar bahkan mengkaji kitab hadis ini. Saya yakin dengan keyakinan yang boleh
tahan yakin juga la. Er. Tetapi pada malam itu, kami fokuskan kepada kaitan
antara hadis-hadis.
Cuma kali
ini, saya bukan hendak berkongsi pasal kaitan antara hadis, tetapi beberapa input baharu dalam melihat hadis
hadis itu sendiri daripada sisi pandang yang berbeza.
Kita
mulakan dengan hadis pertama,
Yang intipatinya adalah berkenaan niat.
Semasa di
awal-awal zaman menggabungkan diri dengan halaqah dakwah ini, memang ada
dibincangkan hadis ini. Mana tidaknya, hadis niat ni kira satu hadis yang
sangat penting, berbicara tentang perkara yang asas dalam Islam. Ulamak hadis bahkan
kebanyakan atau hampir kesemuanya meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama
dalam kitab kitab hadis susunan mereka.
Elok juga kita tengok hadis itu;
Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya,
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu."
(HR Bukhari
dan Muslim)
Antara
point yang mungkin dikeluarkan oleh para nuqaba dahulu ialah tentang memulakan
sesuatu ibadah dengan niat kerana Allah, memurnikan niat, melakukan proses
tajdid atau memperbaharui niat dan urgensi memperbanyak niat kerana setiap amal
itu dinilai berdasarkan niat.
Hadis niat
ini, boleh dikatakan sebagai satu bahan untuk membumikan fikrah seseorang muslim
tentang hala tuju, paksi dan kiblatnya sebelum beramal. Sesuailah dibincangkan
dalam sesi pertemuan pada awal-awal kerana rata-rata yang menceburkan diri pada
waktu itu masih hingusan, belum jelas hala tuju hidup dan masih banyak ‘kiblat’
nya.
Menariknya,
apabila dilihat tutur kata Nabi s.a.w dengan lebih dekat dan terperinci ini,ada
banyak lagi mesej mesej besar yang hendak disampaikan kepada kita, terutamanya
para pengemban dakwah di generasi pengasas, generasi pelopor yang mana dakwah
itu belum lagi menjadi sesuatu yang mainstream dalam masyarakat.
Latar belakang
hadis ini berkisar tentang seorang lelaki yang berhijrah bersama pasukan hijrah
muhajireen Mekah ke Madinah, cuma beliau ini berhijrah kerana ingin mengahwini
seorang perempuan yang bernama Ummu Qais. Nama lelaki tersebut tidak disebut,
tetapi beliau digelar sebagai Muhajir Ummu Qais.
Satu ibrah
(pengajaran) di sini ialah bagaimana identity lelaki tersebut disembunyikan
untuk menjaga aib. Kerana yang penting bukan pelaku untuk diteladani tetapi
perilaku.
Yang menariknya,
perhatikan susunan hadis ini;
“Barangsiapa yang
hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang
perempuan yang dia mahu kahwininya”
Kata-kata Rasulullah saw
pasti bukan sesuatu yang sia-sia melainkan ada maksud yang signifikan dan
tersendiri yang beliau saw ingin sampaikan. Cuma menariknya, dalam ayat di
atas, Rasulullah saw menyebut tentang dunia, kemudian tentang wanita yang ingin
dinikahi.
Bukankah wanita yang
ingin dinikahi itu juga sebahagian daripada dunia?
Ha, itulah persoalannya. Sisi
pandang yang berbeza. Padahal boleh sahaja Rasulullah saw sekadar sebut “kerana
dunia” kerana sudah menyeliputi wanita. Tetapi tidak. Barangkali,
pengajarannya, betapa kuat dan dahsyatnya godaan, ujian, dan tarikan seorang
wanita bagi seorang pendakwah meski waktu itu mereka semua mendapat tarbiyah
langsung daripada Sang Nabi s.a.w.
Seolahnya, ujian wanita
atau tarikan jantina yang berlawanan ini sehebat tarikan dunia keseluruhannya. Dan
itulah realitiyang berlaku, sekadar mengambil contoh reality di kampus,
meskipun seorang siswa yang tampak tegas dan kencang amal da’winya, tetapi
siapa tahu di balik kotak bicara (chat box) dia sedang menjalin kasih dengan
teman berlainan jantina. Dan tidak hairan jika di balik kotak itu ialah seorang
ukth!
Dan ada banyak lagi kes
kes ikhwah atau akhawat, rijalul ummah, mereka yang sudah bersama halaqah
selama dua atau tiga tahun atau lebih, tetapi masih lagi tersangkut dengan
ujian ini.
Baiklah, cukup la sesi
meng-arang yang pertama.
Sekarang cuba renung
kembali,
Dalam kes Muhajir Ummu
Qais tadi, dia berhijrah kerana ingin menikah. Bukan sekadar mahu bercouple
tanpa ikatan sah (BOB), tetapi anehnya perbuatan itu menyebabkan Nabi saw
mengeluarkan hadis ini.
Bukankah perkahwinan itu
sesuatu yang bagus? Dapat mengelakkan zina, merapatkan hubungan kekeluargaan,
menambah bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w, bahkan dikatakan satu langkah ke arah
penyempurnaan sebahagian agama. Tidak cukup justified kah?
Di sini,
dapat kita belajar betapa Ar Rasul saw semasa membina mujahid dakwah di
generasi pertama, generasi pelopor dan pengasas ini, baginda agak tegas. Meskipun
perkahwinan itu sesuatu yang baik, tapi baginda tidak mahu para sahabat yang
menjadi tulang belakang agama ini dicemari dengan kepentingan kepentingan
duniawi, kerana mereka akan menjadi sejarah dan teladan ummat sepanjang zaman.
Maka saudaraku,
termasuklah diriku,
Bukan aku
bermaksud untuk menghalang kita untuk berkahwin, tetapi marilah kita teliti
semula niat kita. Marilah kita renung sejenak ke dalam diri. Mana tahu, di sepanjang
meniti jalan ini, kita ada menaruh kepentingan peribadi tanpa sedar.
Secara
keseluruhan kita mungkin bukan golongan pengasas, namun bagi memenangkan dakwah
ini kita perlu jadikan kualiti generasi pertama itu sebagai titik perbandingan.
Lebih lebih lagi kita hari ini berhadapan dengan situasi di mana al haq dan
bathil sangat sukar untuk dibezakan, persis sahaja jaman yang dilalui oleh para
sahabat.
Marilah sama-sama
kita kembali renung hadis ini.
Sarat dengan ibrah yang releven dengan kita hari ini.
Sarat dengan ibrah yang releven dengan kita hari ini.
Sekian,
Dari saudaramu
Yang imannya compang camping justeru sering rebah !
Dari saudaramu
Yang imannya compang camping justeru sering rebah !
1 comment:
pengalaman saya: akh dan ukht itu sudah bertunang tapi mereka mengambil "syarat" status tunang itu sebagai alasan untuk mereka berjumpa...sama ada dengan kehadiran orang ketiga bahkan berdua sahaja.
namun, masing2 berjuang dalam medan DnT, x dinafikan mereka tahu tentang ikhtilat dan semuanya.
Masalah saya: Saya hanya mampu melihat tapi takut untuk tegur, ukt seorg kawan rapat takut teguran mampu mengeruhkan hubungan.
Post a Comment