Wednesday, April 2, 2014

OF DA'WAH AND CAPITALISM




Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai sistem ekonomi yang digunapakai di negara negara di dunia mengikut acuan pimpinan masing-masing. Sistem ekonomi yang pelbagai jenis ini pula sering berubah dari masa ke masa sejajar dengan perubahan luaran seperti politik, social, teknologi dan sebagainya.

Antara sistem ekonomi yang pernah wujud dan ada yang masih digunapakai ialah Sistem Komunis, Sistem Sosialis, Kapitalis dan Sistem Ekonomi Islam (yang baru melonjak naik).


Suka saya untuk berkongsi tentang Sistem Kapitalis.

Secara ringkas sistem kapitalis merupakan sistem ekonomi yang mana industrti tersebut sepenuhnya dikawal oleh pengusaha atau entity persendirian. Matlamat utama adalah untuk meraih maksimun profit, atau profit-maximization.

Secara idealnya, ia tampak bagus kerana memberi ruang kepada persaingan yang sengit lagi ‘sihat’ dan seharusnya melonjatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu, disebabkan adanya unsur ‘survival of the fittest’ dan sistem yang berteraskan ‘self-interest’ tanpa mengambil kira kemaslahatn sejagat atau ‘society welfare’ sistem ini telah mengakibatkan jurang ekonomi yang semakin ketara dan kritikal antara kaya dan miskin.


Yang kaya, yang berkemampuan, terus menerus mengaut keuntungan. Yang miskin pula, terus ditindas, dan sukar untuk menembusi sesuatu industri yang akhirnya sedikit sebanyak menyebabkan ada ciri ciri monopolistik.

Ditambah pula jika ada tangan-tangan ghaib di balik tirai, yang hanya membuka peluang kepada orang ‘atas’ untuk menagih projek projek mega, tanpa membuka peluang kepada mereka yang di bawah, yang dikatakan ‘unfit’, tidak mampu untuk ‘survie’.



Begitulah sistem rekaan manusia
Yang akhirnya membinasakan manusia itu sendiri.

Intro.


-----------------


 Tumblr

Kalau dikira-kira, kalau rajin nak kiralah, sudah hampir 10 bulan saya meninggalkan bumi yang menyaksikan saya mendapat sentuhan tarbiyah, bumi yang menjadi tempat tanah tumpahnya darahku, juga bumi yang sama, yang mana di sana ada nyamuk nyamuk yang memberi sengatan dengue kepada saya buat kali pertama.


Maka secara tidak langsung sudah hampir tempoh yang sama saya mula bergaul dengan rakan-rakan, anak-anak tempatan yang sama ada sebaya atau setahun dua muda atau lebih berusia berbanding saya. Dalam tempoh ini, barulah saya dapat rasakan masyarakat Malaysia, yang sebenar bukan fantasi.

Kebanyakanya bukan dari latar belakang akademik yang cemerlang, tidak berada pada tahap intelek yang sama seperti mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pun begitu, mereka juga manusia, yang berada dalam sistem hidup ini, yang akhirnya akan keluar menjadi titik perubahan dan rujukan dalam masyarakat sama ada ke arah yang baik atau buruk.

Entah la.

Boleh jadi akibat dibesarkan dalam kepompong yang kecil dan solehah, saya pada awalnya membayangkan masyarakat remaja yang baik-baik, meskipun tidak bersama tarbiyah dan dakwah. Meskipun sudah dimomokkan tentang kepincangan akhlak dan moral anak-anak muda di institusi pengajian tinggi tempatan khusunya, seakan tidak percaya momokan itu banyaknya kebenaran.

Ini bukanlah post untuk mengutuk, mencerca apatah lagi memaki hamun hina bangsa sendiri yang berada pada lingkungan usia saya sendiri, tapi tidak lebih sekadar renungan dan muhasabah bersama.

Dahulu saya belajar di sekolah berasrama penuh, kemudian di kolej, belajar bersama barisan siswa siswi ke luar negara, terjerat pula dalam ‘orang tarbiyah dan dakwah’, yang bersolat, yang berpuasa, boleh dikatakan skema jugalah, golongan yang membaca mathurat dan memberi salam kepada orang lain.

Lama dan selesanya berada dalam kapusl ini, saya bayangkan masa depan orang Islam yang cerah la di negara ini. Masalahnya settle. Kalau bahasa budak usrahnya, tak lama lagi dah nak Ustaziyatul Alam ni.


Bila keluar dari kepompong ini, terkejut bak hang!

Memang tidak pernah berhadapan dengan satu komuniti yang sangat besar, pada usia saya sendiri yang banyak sangat ruang-ruang kosong yang belum terisi, lagi lagi dari sudut kerohanian dan sahsiah. Walaupun berada di peringkat pengajian tinggi. Entah bagaimana masyarakat menilai ‘pengajian tinggi’.

Dalam satu pertemuan, saya berkongsi tentang surah An Naas. Di akhirnya, saya cadangkan kepada rakan-rakan menonton Video Ustaz Nouman Ali Khan, ada ilustrasi menarik tentang surah ini. Time promote tu, punya la syok saya goreng, tambah perisa, cerita pasal Ustaz ini.
Tiba-tiba ada yang bertanya,

“Ustaz ni negeri mana?”

“Haah, tak pernah dengar pun”

Allah, down.


Ingatkan semua dah kenal Ustaz Nouman. Bahkan beliau sangat popular di youtube, di channel orang muda, viral di facebook. Nampaknya itu hanyalah sangkaan yang meleset.

Di situasi berikutnya, saya pernah mengajak kawan-kawan membaca al mathurat dan itulah kali pertama barangkali perkataan aneh itu sampai ke telinga mereka. Saya juga pernah berkongsi majalah JOM dengan sebilangan kawan, dengn harapan untuk memancing mereka, ternyata bahasa JOM yang santai itu masih belum difahami.


“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata, “Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh ini benar kurnia yang nyata”
An Naml:16


Saya terasa ayat di atas sangat dekat.

Ibaratnya kitalah yang mewarisi kurnia itu. Yang diajari bahasa burung, dalam konteks ini bahasa dakwah dan kita mahu sampaikan kepada manusia sekeliannya, tetapi kita menggunakan bahasa burung. Bukan bahasa manusia.

Terlalu banyak jargons yang meniti di bibir kita yang tidak difahami umum. Bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan risalah ini masih sukar. Kita terlalu idealis. Masih banyak berteori. Dan yang paling penting dakwah masih belum viral. Meskipun page page Islami tumbuh bagai cendewan, rasanya ia berlegar sekitar orang yang sama.

Adegan kita di papan kekunci, hidup di kelilingi buku buku fikrah memang tidak memadai untuk memadanikan umat ini. Meskipun kita bercakap dalam bahasa yang secara literal nya sama, namun neraca dan perspektif yang berbeza ini menatijahkan kefahaman yang jauh berbeza. Jauh daripada apa yang kita harapkan.


Bahkan Hassan al Banna pernah memberi komentar tentang ini;

“Dalam banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang banyak tentang berbagai masalah. Anda yakin bahawa semua cara yang mungkin digunakan untuk menjelaskan apa yang anda inginkan, telah anda lakukan.

Anda pun merasa bahawa semua telah menjadi jelas, sejelas fajar subuh atau bahkan sejelas matahari di siang hari. Tapi seketika itu pula anda mungkin terhenyak. Kerana ternyata pendengar tidak memahami penjelasan anda.

Saya telah menyaksikan dan merasakan hal tersebut di banyak kesempatan. Saya percaya bahawa rahsia yang ada di balik itu adalah salah satu dari dua hal yang berikut;

Pertama, mungkin kerana tolak ukur yang digunakan oleh masing masing kita dalam mempersepsi apa yang ia dengar dan apa yang ia katakana saling berbeda sehinggalah terjadilah pembedaan pemahaman itu, atau;

Kedua, mungkin juga kerana ucapan itu samar dan tidak jelas, meskipun sang pembicara sendiri yakin bahawa ia telah menyampaikannya dengan sangat jelas”


---------


Begitulah.

Akibatnya, sama sahaja hasil dakwah dan hasil sistem ekonomi kapitalis tadi, ada jurang yang sangat jauh antara kedua kelompok di luar dan dalam kandang tarbiyah dan dakwah. Haa, itulah gist nya yang mahu saya kongsi.

Suka saya ingin memetik kata-kata saudara saya;


“As much as we hate the economic system of capitalism which benefits the economically mobile people to go higher up in the rank of social wealth and downgrades the ordinary people even further which creates a larger gap between the two, it happens everywhere, in every aspects of life, whether we realize it or not.

Take for instance the so-called righteous people who pray days and nights and have their ibadahs multiplied each day, the want to gain the most from this world, to win this race to enter Jannah. To them this life is a competition. Survival of the fittest. And the strayed people are left forgotten, getting more strayed day by day. They either want to change but don't know how to or they don't want to change even they know how to.

The so-called good people are getting closer to Allah and the strayed are getting more carried away with their sins. But wait a minute! Are they even getting closer to Allah when they let their friends to go down the wrong path without even trying to lend a hand?

Life is not about getting our friends or enemies out of the equation so that we have less variables to deal with. It's about bringing them together with us into the equation and solve the problem for the best interests of all”

-NMS


Solusinya;

Saudaraku,

Turunlah ke padang, berjihadlah dengan hujah setaraf dengan kefahaman dan akal objek dakwahmu, peluklah mereka, santuni dan raikan mereka, binalah manusia di sekeliling kita sehingga neraca pertimbangan itu sama.

Solusinya adalah tarbiyah dan dakwah yang mustahil akan menatijahkan hasil jika dipisahkan. Risalah ini, mungkin boleh ‘pergi jauh’ dan viral dengan dakwah, namun kefahaman dan pewarisan sukar bahkan mungkin tidak berlaku tanpa tarbiyah.

Tutuplah ruang yang jauh itu kerana;

Life is not about getting our friends or enemies out of the equation so that we have less variables to deal with. It's about bringing them together with us into the equation and solve the problem for the best interests of all


Inspector Saahab
Siswa Sarjana Muda Kewangan Islam


No comments: