Aku kepingin menulis lagi. Batinku berteriakan.
Selang beberapa hari yang lalu merupakan hari hari yang panjang, lama, seakan
masa bergerak dengan sangat perlahan. Aku khawathir di hari-hari yang panjang
itu, langsung tidak diisi dengan usaha sama ada untuk mengingati Allah atau
mengingatkan manusia tentang Sang Pencipta.
Kerana, “Masa kita akan berlalu” kata seorang
akh, “Jika kita tidak isi dengan perkara-perkara dan amal-amal Islami, maka
kita telah mengisinya dengan jahiliyyah”.
Padu.
Beberapa minggu yang lampau, seorang akh
Presiden sebuah Partai dakwah yang sedang berkembang pesat, menggembleng tenaga
memenangi hati-hati para mad’u di negeri seberang menulis di situs alam
mayanya,
"Sebagai seorang muslim, kita sentiasa cuba
mencari perspektif langit terhadap peristiwa bumi"
- Anis Matta
- Anis Matta
Begitulah.
Dalam, penuh erti dan makna, sarat dengan pengajaran
yang bisa diraih oleh seorang yang berstatus Muslim, atau muslim. Pun begitu,
sukar untuk dihayati di awalnya.
Lalu beberapa hari yang lalu, seorang akh, yang seperti
biasanya, telah berkongsi bagaimana untuk melihat dan mencari perspektif langit
terhadap peristiwa bumi, peristiwa bumi yang dia justeru sendiri alami, lalu di
saat itu juga telah menyentuh qalb akhnya.
“Tayar londey di kilometer Seremban.”
“Ada bantuan ke tidak ?. Tayar londey, guane tu?”
“Tayar, kalau tengok dari luaran ok, rasanya bearing pecah.
Tengah tengah bawa atas 100kmh, kereta jadi macam ular atau zombie kak Tipah,
tayar belakang kiri berasap…
Nampak getar cair sekeliling tayar..”
“Masha Allah, enta ok je la eh?”
“Alhamdulillah, minit minit terakhir, dapat pecut 3
kereta sekali, pastu baru londey. Sekarang dah dapat sponser kereta Alza..
Tarik 160kmh istiqomah dari satu (Bandar), tapi bawa
banyak barang berat, akhirnya londey juga”
Huh?
Begitulah kisahnya.
Taddabur?
Lagi akh itu tambah perisa,
“Ibrahnya,
Bila pecut dalam buat dakwah ni, tapi nak juga
main-main dengan jahiliyyah, nak juga bawa beban, nak juga, sertakan dengan kerja kerja yang
tak berfokus, akhirnya kita akan pancit juga, akan penat juga….
Tapi bila kita dah tajarrud, telanjang bulat
(memutuskan semua tali meninggalkan tali Allah), berfokus, Allah ganti direct
kejayaan, Alza terus, anak buah terurus, sorgaa bagus dan syaitan makin kurus. Wah!
“
Pap!
Sakit gurauan manja mu. Begitulah, mereka belajar
melihat sisi peristiwa bumi dari sudut tarbiyah dan dakwah daripada al akh itu.
Begitulah fenomenanya atas jalan tarbiyah dan dakwah.
Memecut laju, entah berapa puluh anak binaan, entah
dah berapa banyak daurah dihadiri, sekelian banyak mukhayyam, nadwah, akhirnya
pancit dek bagasi bagasi jahiliiyah yang tidak mahu ditinggalkan.
Akibatnya,
Lahirlah anak anak binaan yang kosong, ditambah lagi
dengan kosong, lalu menjadilah tin tin kosong yang bising atas jalan ini.
Demikian juga kalau kerja tidak berfokus, mahu tarbiyah
lagi, mahu street dakwah lagi, mahu angkat banner lagi, mahu flash mob lagi,
mahu edar fliers lagi, kutip derma, sapu rumah, bagi makan orang, akhirnya
penat. Kerana tidak kena dengan keadaan semasa. Tidak tersusun.
Akhirnya pancit.
Cair.
Lalu adalah yang penat, complain, makin seronok dengan
jahiliyah, suara rintihan tidak didengari, maka, bye bye tarbiyah. Hi jahiliyyah.
Moga Allah terima amal-amal kita,
Kau dan aku
Kau dan aku
Ajarkan aku lagi ya akh,
Bagaimana memaknai jalan tarbiyah dan dakwah
No comments:
Post a Comment