Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts

Monday, October 19, 2015

HALAQAH #1


Credit given where it's due


Surau hijau berdindingkan papan usang itu sudah hampir setahun menemani kami dalam halaqah mingguan. Ia juga menyaksikan betapa banyak firman firman Allah yang telah kami sama sama bacakan, telusuri dan cuba untuk teladani. Permaidani yang menutupi permukaan lantai menjadi teman erat tatkala kami sujud dalam sujud sujud harian.  Bertemu ruang antara kening dengan benang permaidani.  Bahkan juga kekadang mendengar untaian doa dilantunkan oleh si yang sujud.

Sekali lagi pada malam itu kami duduk si surau itu. Memilih salah satu sudut daripada sudut sudut yang ada. Suasana yang tidak pernah berubah.  Mesra seperti biasa. Bau usang nye yang tidak keterlaluan. Bilah bilah kipas yang berputar seakan tidak mahu menyerah kalah. Di situlah misi besar ini kami mulakan.

Alangkah indah jika saudara saudaramu juga mesra sedemikian.  Mengalu alukan majlis mengingati Allah. Menyediakan ruang untuk jilsah tafakur. Ah! Barangkali kami terlalu bercita cita.

Pada malam itu memang kami berbicara akan surau itu yang menjadi saksi kepada kami. Mudah mudahan kau tegakkan kesaksian di tempat yang benar.

Lalu akh kita yang satu itu memulakan bicara.

"Diriwayatkan pada satu kesempatan,  para sahabat ridhwanullah ajmain mendatangi Rasulullah saw lalu berkata,  ya Rasulullah,  ayyu julasaina khairan ? Ertinya,  wahai Rasulullah teman teman duduk yang manakah baik bagi kami ?"

Suasana malam itu masih mesra. Sunyi serta suci dalam kaburan jerebu. Kesemua rijal yang duduk bersila membentuk bulatan yang tidak begitu sempurna menantikan si pembicara meneruskan sabda Rasulullah itu. 

"Maka Rasulullah menjawab, khairukum, yakni baik bagi kamu adalah,  pertama sekali,  man zakkarakum billah ru'yatahu. Orang yang mengingatkan kamu pada Allah dengan hanya melihatnya..."

Basah!

Mata akh yang berbicara merenung ke dalam anak mata teman teman duduknya pada malam itu. Satu persatu. Renungannya lembut dan seakan memukau. 

"Sangat tinggi bench mark yang Rasulullah saw letakkan untuk kita cari teman teman duduk yang baik. Seakan mustahil untuk kita dapatkan hari ni, seseorang yang hanya dengan melihatnya sahaja sudah cukup mengingatkan kita kepada Allah swt"

Akh itu menambah perisa.  Berkongsi rasa dengan lisannya. Padu.

"Tapi ikhwah, entah kenapa ana sangat yakin,  hari ni berlaku sabda Rasulullah saw ni. Kerana teman teman duduk ana pada malam ini adalah orang orang yang membuatkan ana ingat pada Allah, hanya dengan melihat antum......"

Ada yang menundukkan wajah merenung ke lantai surau usang itu. Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka. Tersentuh dengan sentuhan dan kelembutan bicaranya akh nya atau sedang menghabiskan momen momen memuhasabah diri. .

"Sesungguhnya pertemuan kita pada malam tidak akan berlaku melainkan dengan kehendak dan izin Allah swt. Dan jilsah tafakkur kita pada malam ini juga tidak lain dalam rangka untuk sama sama saling mengingatkan satu sama lain dan menjadi teman teman duduk yang disabdakan ar Rasul buat teman kita yang lain"

Cair. 

Fuh. Sebab inilah sesi duduk duduk seminggu sekali itu kami nantikan dengan penuh keterujaan. Ia memberi makan kepada ruh. Ia menghidupkan.  Seolah mendapat semangat baharu.  Arus baharu.  Ruh baharu! 

Beginilah kami dalam halaqah. Dibentuk dan dilentur dengan firman Allah dan sabda Rasul-Nya! Mungkin sebab ini jugalah surau hijau itu terus mesra melayani kami,  seakan turut menikmati curahan ketenangan dari atas sana.

Akh yang lain kemudian menambah, 

"Apa ciri ciri yang seterusnya tu akhi ?"

"Ana cerita satu dahulu malam ni. Kita sama sama usahakan yang ni dahulu.  Next week kita sambun insya Allah. Kalau cerita semua nanti habis la modal ana"

Ketawa sopan mengisi ruang. 

Bagaimana dengan halaqah mu ?


Thursday, June 19, 2014

KOLEJ ANTARABANGSA



 (Episod 1)


Matahari belum sempat bertandan lagi pagi itu. Bukan sahaja mentari, bahkan ayam di kampung pun belum tentu sudah bangun dari jaganya. Cumanya di tengah tengah kota metropolitan Shah Alam itu, kalau menunggu ayam jantan berkokok, alamak bagai menunggu bulan jatuh ke riba la. Yang ada hanya nyamuk nyamuk betina yang rakus lagi efisien menyedut darah darah manusia.


Semalamnya merupakan hari yang panjang dan memenatkan. Yelah dengan sehari suntuk berpogram. Nasib pelajar baharu mendaftar la katakan. Mujurlah program orientasi di Kolej Antarabangsa itu walaupun agak kebudak budakan dengan entah berapa puluh jenis tepukan yang diajar, tiada unsur unsur tidak sihat seperti yang sering diwarkan-warkan dalam program orientasi kolej university yang lain.


Sungguhpun hari begitu panjang dan sibuk, namun kesemua mereka tidak begitu lena tidurnya. Sekadar mampu melelapkan mata. Rindukan keluarga mungkin.


Di celah celah kesenyepan malam yang hening, di sebuah bilik, di aras lima blok B Kolej Kediaman tersebut, entah mengapa ruang tamunya sudah disimbahi cahaya lampu kalimantang. Bahkan jauh lebih awal sebelum azan Subuh berkumandang.


“Dah kau ni kenapa Chris?”

“Sorry, aku tak boleh tidur la. Lagipun biasanya sekarang kat rumah dah bangun”

“Peh kau ni. This is Shah Alam bro, bukan Sarawak”

“Yela, I will get used to this soon”

“Haha, aku pun tak boleh tidur sangat, esok sure jadi zombie weh”

“Kau homesick eh?”

“Eh mana ada. Aku budak asrama kot. Dah biasa jauh dengan family ni. Tapi kat sini panas la. Berpeluh peluh dah”


Begitulah.

Permulaan hidup buat penghuni rumah aras lima Kolej Antarbangsa itu.


Farid setelah beberapa minit yang sunyi berlalu, mencuba nasib untuk melelapkan matanya buat sekelian kalinya. Entah doa apa yang dibaca, lagi tiga sahabatnya dalam bilik itu begitu nyenyak sekali tidur mereka, mengalahkan orang yang sudah tak tidur seminggu. Orang macam ni memang tak kisah apa yang berlaku, rumput meninggi, kerajaan bertukar tangan, harga barang naik, harga barang hantaran turun, rumah kena rompak, satelit jatuh dan bermacam lagi, mereka tetap dalam dunia mereka. Haish.


Chris pula memulakan rutin yang bakal menjadi rutin hariannya pada hari-hari mendatang. Apa lagi, hiburan apalah yang lebih mendapat tempat di mata dan di hati pelajar pelajar bertaraf antarabangsa dari Malaysia melainkan masa kosongnya mengkhatamkan siri siri drama korea yang tidak berkesudahan itu. Huh. Siapa sangka, lelaki tulin lagi maskulin, muka bengis pun peminat tegar drama korea.


-------



Sekali lagi tidur Farid yang hampir lena itu dikejutkan dengan azan subuh entah dari corong masjid mana, tetapi boleh tahan menggegar juga. Dia yang telinga jenis sensitive bunyi ini lantas tersedar. Pelik tetapi benar. Kalau ikutkan jadual waktu azan Selangor, Wilayah Persekutuan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, lagi lima belas minit tambah kurang baru masuk waktu Subuh.


Bingung juga Farid. Tak kan muezzin spesies rabun nombor pun ada juga di tengah tengah kota ibu negeri Selangor itu. Kalau taraf taraf masjid di kampung tu, boleh diotakkan lagi. Tetapi Farid tidak mengeluh panjang. Mungkin muezzin yang melaungkan azan tadi juga baru pindah dari Sarawak agaknya, orang kampung Chris barangkali.


“Dib, dah nak dekat Subuh dah ni, jom la siap siap”

“Hmm”

“Zul, jom turun solat”

“Kau turun dulu, nanti aku follow”


Farid ni memang budak asrama paling cemerlang di sekolah dahulu. Budak surau to-be di Kolej Antarabangsa tu. Namun usaha mengejutkan dua lagi rakan seaqidahnya itu menampakkan bibit bibit kegagalan. Yelah, masing masing sudah bergelar budak kolej, sudah tinggalkan dunia asrama dan warden, apa kelas turun Subuh di surau awal-awal. Dari aras lima pula tu.


Begitulah realitinya. Seperti mana yang telah dimomokkan sejak dari sekolah menengah lagi dalam siri siri nasihat berguna oleh warden asrama kepada kesuluruhan pelajar amnya dan kepada pelajar pelajar yang sejak dari sekolah menengah lagi sudah menunjukkan bakat ponteng solat berjemaah di surau khusunya.


“Kamu ini sekarang je nak datang solat kat surau, sementara warden ada datang kejut. Datanglah. Nanti dah besar, dah masuk university, dah takde orang nak kisah. Kamu nak solat kat bilik ke, nak solat kat rumah ke, tak nak solat ke, semua terpulang pada diri masing-masing”


Begitulah nasihat yang diberikan. Masin benar mulut yang memberi nasihat itu. Sehinggakan hampir setiap patah nasihat menjadi kenyataan. Tidak hairan la ramai yang tak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah dan tak sabar lagi untuk terus ke alam universiti. Dah tak sabar nak merasa hidup bebas, tanpa kongkongan. Jiwa remaja, perlu bebas. Begitulah slogan anak anak muda. Bak kata yang berkata, freedom is ours.


Farid kemudiannya melabuhkan kembali punggungya di atas katil, sambil memerhati tiga rakannya yang sedang dibaluti selimut itu. Seorang lagi Kiren, budak india yang berasal dari Nibung Tebal. Saiz badan Kiren yang sihat walafiat menampakkan bahawa dia sedang tidur dengan penuh bahagia. Seolah-olah sedang diulik mimpi mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan serta dikurniakan keluarga yang disirami sakinah, mawaddah dan rahmah.


Tergugat juga iman Farid yang baru sahaja hendak memuncak itu. Kalau hari pertama pun sudah macam ni, nampaknya tanda tanda kecil masa depan solat Subuh mereka bakal mengahadapi hari hari getir sudah mula kelihatan dan sudah berada di paras berjaga jaga. Namun, hamassah as syabab yang bergelora dalam jiwa Farid tidak mahu mengaku kalah dengan scenario scenario di depan matanya itu.

Beberapa minit berlalu. 


Sekali lagi azan Subuh yang sebenar-benarnya berkumandang, membelah udara, memecah kesunyian dan keheningan suasana pagi yang permai dan sedikit panas itu. Mula kedengaran bunyi bunyian kerusi diseret, air dari paip yang mengalir memenuhi tangki dan perbualan perbualan yang beraneka bahasa dan sukar difahami yang datang daripada bilik bilik sebelah dan di aras bawah.


“Kau nak pergi solat?”

“Haah, nak ikut?”

“Ish, aku kan Krsitian”

“Hehe, manala tahu kan, ok see you later”


Bersiap ala kadar, Farid bergegas turun ke surau kolej kediaman itu. Kalau diikutkan tentatif orientasi yang belum berakhir, pagi itu subuh mereka bersama-sama di lapangan bola keranjang di antara Blok B dan Blok A kolej mereka. Dan kalau nak diikutkan juga, abang abang fasilitator akan datang untuk pastikan semua pelajar Muslim turun bersolat berjemaah kemudian bersama mendengar sesi tazkirah pagi manakala yang bukan Muslim pula turun lewat setengah jam untuk sesi kerohanian mereka bersama fasilitator bukan Muslim.


Namun entah, ditungu tunggu, fasilitator pun entah ke mana.

Sebelum terus melangkah ke lapangan bola keranjang, Farid singgah di surau kolej. Ada lah beberapa orang pelajar siap berkopiah lagi sedang mendirikan solat sunat. Itu semua muka calon calon pelajar yang akan mengharumkan nama negara dan dunia Islam suatu hari nanti in sha Allah. Ataupun muka calon calon pelajar yang akan mengisi kekosongan jawatan kelab kelab dan badan badan kerohanian kolej.


Kebiasaanya pelajar pelajar yang Islamik, berdisiplin, berketerampilan dan bersemangat waja ini memang dilahirkan untuk mengisi jawatan terbabit. Sudah menjadi trending pelajar Malaysia umumnya bahkan, apatah lagi di Kolej Antarabangsa sedemikian rupa.



---------


Entah siapa yang bersolat di lapangan bola keranjang kerana ternyata solat Subuh pagi itu berjalan seperti biasa di surau kolej. Meskipun kehadirannya kurang memberangsangkan namun suasana solat Subuh seakan hidup dan basah, diserikan lagi dengan sedikit pengisian tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pakcik Hasnan.


Pagi itu, solat berjemaah dipimpin oleh anak Pakcik Hasnan yang merupakan seorang huffaz yang ditakdirkan sedang bercuti. Pakcik Hasnan merupakan suami kepada salah seorang Pegawai Pembangunan Pelajar atau nama mudahnya warden kolej di situ. Memandangkan tugas warden di kolej tidak sama bahkan jauh berbeza dengan warden asrama di sekolah, oleh hal yang demikian gelaran yang panjang dan berbelit-belit itu diberikan. Lebih mudah, pelajar pelajar memanggil mereka sebagai PPP.


Pada rakaat pertama, Farid tidak dapat fokus dan mengingati surah apa yang dibaca oleh imam kerana matanya sibuk melilau melihat ke sekeliling surau yang kelihatan asing baginya. Sempat juga dia memikirkan beberapa idea idea yang bernas untuk menambahbaik keadaan surau yang tidak bermaya itu. Dia juga sempat berniat untuk menganjurkan gotong royong membersihkan surau itu dalam masa terdekat setelah melihat banyak sawang lelabah di penjuru dinding surau. Itupun kalau dia dilantik menjadi ahli jawatankuasa surau. Namun dia sudah menjangkakan kesemua itu pada rakaat pertama Subuh pada pagi itu.


Namun suara imam yang mendayu dayu dengan sebutan makhraj yang betul serta taranum hijjaz  yang menusuk kalbu itu ternyata tidak mengecewakan. Imam membacakan potongan ayat-ayat terakhir surah al Fajr. Meskipun Farid tidak memahami maksud ayat Quran yang dialunkan, namun dia tetap menikmati bacaan tersebut. Irama ayat ayat itu yang diakhiri dengan bunyi yang sekata membuatkan dia hanyut dalam arus ibadah.


Seakan itulah kali pertama dia mendengar baris baris ayat Quran tersebut dibacakan.


Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu
Masuklah ke dalam syurgaKu
(Al Fajr:27-30)



Tazkirah Subuh yang ringkas tetapi padat daripada Pakcik Hasnan pada pagi yang masih damai itu membuatkan Farid lebih teruja. Kebanyakan pelajar yang hadir sudah tidak tertahan lagi rasa mengantuk ekoran suara Pakcik Hasnan yang perlahan dan mendatar. Semua poin yang diutarakan dibalas dengan anggukan yang bertubi-tubi tanda setuju. Namun Farid kekal bersemangat waja.


“Saya harap kamu semau yang hadir ini dapat membantu rakan-rakan yang lain untuk turun solat berjemaah bersama-sama. Di sinilah tempatnya untuk kita belajar mengajak kawan-kawan kita melakukan kebaikan. Sebagai persediaan sebelum kamu semua menyambung belajar keluar negara nanti”


Itulah antara poin yang masih berlegar-legar dalam minda Farid. Pakcik Hasnan turut menceritakan tentang banyaknya kuliah kuliah agama yang diadakan di surau surau dan masjid masjid yang bertebaran di sekitar kolej kediaman mereka. Paling mengujakan, dia mempromosi rakaman program Tanyalah Ustaz kepada para pelajar yang diadakan di Masjid Negeri, tidak jauh daripada kolej mereka.


Farid sudah dapat membayangkan dia menghadiri rakaman tersebut dan penglibatan aktifnya nanti akan dirakamkan dan disiarkan di kaca televisyen untuk ditonton ke seluruh negara.


“Ada apa apa soalan?”

Tanya Pakcik Hasnan sebelum mengakhiri tazkirahnya itu. Farid memang hendak bertanyakan soalan. Namun, kelihatan pelajar lain yang sunyi sepi menyebabkan dia terpaksa mengkebumikan sahaja soalannya itu. Takut takut nanti dikata melebih-lebih pula. Biasalah, sudah menjadi budaya orang Melayu asli, warisan turun temurun untuk para pelajar tidak bertanya soalan.


Siren fasilitator yang bertugas memangil-manggil pelajar untuk berkumpul di hadapan kolej. Farid lantas teringat akan kesemua teman serumahnya. Dia bergegas naik ke aras lima dan mendapati bukan sahaja tiga rakan yang sebiliknya sedang tidur, bahkan Chris yang sepatutnya sudah bersiap untuk program pada pagi itu turut pengsan di bilik sebelah, di rumah mereka itu.


“Alamaak subuh aku!!” Jerit Zul

“No I’m late now” Kiren pula menambah.


Hampir sahaja pagi yang ceria yang menjanjikan sinar harapan buat permulaan hidup baharu bergelar sebagai pelajar kolej berkecai.


“Assalamu’aalaikum…”


Wednesday, July 24, 2013

KOPIAH PUTIH [II]


[KOPIAH PUTIH I]

                                                                Gambar macam biasa Madmie China Punya Baik Hati :)


“Hari ini berbuka kat mana?”

“Hmm, tak fikir lagi. By the way, kau dah siap assignment Chemistry?”

Mushaf cover hijau pucuk pisang dicapai perlahan-lahan. Kerusi meja study cushion biru muda, ditarik. Sedikit demi sedikit. Zip cover mushaf dibuka. Tangannya melilau cari penanda.
Buka muka surat dia last berhenti.
 
Muka surat tiga lapan empat.
Bad sambung tilawahnya. Awal-awal dah kena;

Dan sungguh (Al Quran) itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. 27:77

Terhenti.

“Belum” Bad tarik nafas. Dalam sikit. “Masjid Negeri nak?” Bad pandang Igi. Igi buat-buat tak layan. Terus larut dengan assignment Chemistry nya.

Bad masuk bilik. Sambung baca. Takut ganggu Igi dekat meja study. Selang dua tiga minit. Igi masuk bilik. Bad terhenti. “Kenapa?”. Bad tenung Igi. Kening kiri terangkat. Tiba-tiba.


“ Nak gerak pukul berapa?”

“Kau dah siap kerja tadi?” Bad mulanya mengharap. Tapi takut takut ganggu Igi. Dia buat-buat tak kisah.

“Belum” Igi jalan terus ke tingkap. Tengok kat luar. Redup. Tingkap bilik sebelah pokok sena. “Malam ni boleh sambung, aku pun dah lama tak Tarawih kat situ”

“Ha, kita pergi awal sikit boleh?Ada rezeki sempat chop talam Nasi Arab” Bersinar mata Bad. Terus mushaf ditutup. Mengharap. Tapi muka control.


“Awal kau tu pukul berapa?”

“Kita ‘Asar kat situ jela, ok?”

“So nak gerak sekarang?”

Bad bangun dari katil. “Kau tengok apa tuh?” Duduk tepi Igi. Sama-sama memerhati ke luar tingkap. “Gerak sekarang ok?”

“Motor aku ke motor kau?”

“Mana-mana je” Bad terus ke loker. “Tapi aku nak mandi dulu, hehe”



------------------------


“Aku dah siap. Kau tak nak mandi?” Bad baru siap mandi. Dia bergegas masuk bilik. Baju melayu kelabu dicapai dari dalam locker. Kotak hitam kecil diambil. Butang baju Melayu, dimasukkan satu persatu. Kemas.

“Tak pela. Aku dah wangi” Bad pandang Igi. Pandang serong.

“Kau nak kata aku tak wangi la?”

“Takdelah. Ha cepatlah, tadi beria”


Cepat Bad pakai baju. Pakai seluar dan pakai apa yang ada. Something missing. “Mana kau dapat kopiah putih tu?”

“Aku beli la. Kenapa?”

“Aku takde kopiah la”

“Nanti kat Masjid Negeri kan ada gerai jual kopiah segala bagai tu kan, kau beli la nanti” Igi dah ke pintu. Dua helmet atas rak kasut diambilnya. Sepatu crocs diambil dari rak tadi.


“Eh bunyi macam nak belanja je?”



------------------


“Kak, yang ni berapa satu?”

“Yang putih ke yang hitam”

“Eh lain kaler lain harga ke?” Bad angkat kening.

“Sama je. Ha yang ni lima belas. Tapi bulan puasa ni, akak kasi la dua belas”

Akak buat lawak.

Bad ambik. Yang hitam. Dia try. Tengok cermin kat kedai tu. Kiri, kiri, kanan, kanan. Kiri lagi. “Ok tak?”

“Putih lagi ok kot”

“Ala nanti sama dengan kau punya. Lagipun putih cepat kotor la”

“Laa kalau hitam sama pulak dengan abang tu” Igi muncung kan mulut, tuju abang kedai tu. Tengah susun kurma. Suami akak tadi. Barangkali.


“Yela. Tapi cepat kotor la”

“Habis tu hitam tak cepat kotor?”

“Err. Tak nampak la kalau kotor?”

“Haa tu lagi bahaya, nanti kau buat solat yang kotor, tapi tak sedar”


Terdiam Bad.

“Ok fine”

“So dik, putih ke hitam?”

“Akak rasa?” Bad saje. Nak timbulkan perbualan.

“Dua-dua pun bagus. Laris sikit bisnes akak”


Err.

“Puith la Kak”


------------------------


Ramai orang baca Quran, tak cuba memahami. Malas. Atau mungkin tak nak tahu banyak arahan-arahan Quran yang kena ikut.

Ramai orang juga tak nak belajar Ilmu agama, nanti banyak kena amal. Atau mungkin banyak kesalahan mereka akan terbongkar.

Ramai pakai kopiah hitam. Sebab nampak bersih. Atau tak mudah kotor.

Zahirnya.

No offense to sesiapa yang pakai kopiah hitam. Ini bukan soal kopiah. Tapi soal sikap. Berdiam diri dalam kesilapan mungkin nampak senang, tapi ia tidak menenangkan. Tuntut la ilmu. Tu je nak cerita. Haha.

Friday, May 31, 2013

"WHAT MATTERS MOST.."


“Qassim….”

“Saya cikgu ”

“Yeusoff..”


“Syahid cikgu!”
           
            
“Abdullah..”

“Dibom cikgu!”

“Umar..”

“Syahid juga cikgu”

“Salman.”

“Ditawan cikgu”


Uwais memerhati ke hadapan kelas. Makin hari makin berkurang. Satu persatu anak didiknya syahid. Syahid di jalan paling mulia.
Anak-anak Gaza.


------------


“Danial..”

“Tak hadir cikgu, mabuk”

“Lutfi..”

“On the way cikgu”

“Fais..”

“Katanya kucing meninggal cikgu..”

“Sarah..”

“Baju lupa nak basuh cikgu..”


Berahim menarik nafas resah. Apa nak jadi dengan budak budak ini. Getus hatinya. Makin hari makin menjadi. Penat. Setelah penat berdiri, dia duduk sejenak. Dia memerhati satu persatu saki baki yang tinggal. Lemah.

Anak-anak bangsaku


---------------------

Selingan.


----------------------

“Im, is it possible kita boleh tinggalkan semua jahiliyyah kita tu?”

“Depends..” Im teguk air putih tu dua kali. Sekali lagi. “By the way, ni soalan ke cadangan?” Melawak.

“Kau rasa?”

“Well..”

“Soalan. Possible tak?”

“Kau rasa?”

“Entah.. Aku tanya kau, kau pula tanya aku”

“Kan aku dah cakap. It depends..”

“Depends on?”

Senyap.


Aman scroll lagi laman mukabuku. Down. Again and again. Tiada notis keluar pun. Tapi dia scroll lagi. Rasa kekosongan. Rasa something wrong. Ada something that haunts his mind. Not a good feeling. Not a good one. And he is seeking for the answer. To the unknown feeling.

“By the way, why so sudden?”

“Aku terfikir. Tiba-tiba”

“I have the same thought bro” Im pandang Aman. Aman pandnag Im balik. Dua-dua mata bertentang. Bertukar perasaan.

Aman tutup laptop. Tarik nafas. Tunduk.
Capai msuhaf.

“Lepas fikir-fikir, tak possible kan?”

“Hujah kau?”

“Yela. Dah settle satu, yang lain pulak datang. Jahiliyah ni berubah-ruba bentuk. Yang dulu pun tak settle settle, ada pula yang lain”

“Agree..”

“Satu hal. Aku dah cuba tinggalkan benda-benda ni, aku dah cuba, tapi tak boleh la Im. What do you think?” Aman mengeluh.

“Bak sini Quran tu”


Im buka zip. Diselak Quran tu.

“Kau nak cakap ini semua ujian kan? Cliche”

“Hmm. kau pun tahu kan. By the way sape yang cliché sekarang? Quran ?”


“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta”


“Man, aku nak tanya kau, selama ni kita duk tadabur pasal ujian, kau rasa kenapa Allah uji hambaNya?”

“Kau ni nak uji aku ke ape?”

“Just answer me..”

“Macam ayat tu cakap la, untuk tahu siapa yang beriman, siapa yang tidak.”

“Tu jawapan kau? Final?”

“Salah ke”


Im tutup mushaf. Tadi dia berhenti di surah al ankabut. Surah yang sarat mesej pasal ujian. Im remain silent. Aman too. Waiting for each other to start first.


“Kalau kita fikir balik kan, buat apa Allah nak uji? Bukankah Allah tu Maha Mengetahui? Tak kan lepas dah uji baru Allah tahu kita ni benar ke tidak?”

Im lontarkan pandangan.
Bernas.

“Habis tu? Salah la statement Quran ni?”

“Tak la, kita yang mungkin salah tafsir”

“So, what’s you interpretation”

“Hmm.. kau rasa?”

“Alih-alih aku je yang kena rasa, tak best la”

“Ok. Sebenarnya Allah memang dah tahu kita ni, hamba-hamba Dia yang mana betul betul beriman dan yang mana tidak. Ujian ni, Allah nak bagi hint kat kita, supaya kita sendiri yang muhasabah. Allah nak suruh kita gred kan kita ni, hamba Gred A plus ke, A minus ke, B plus ke atau  Fail ke. Macam tu”

“Hmm”

“So do you get me?”

“Get what?”

“Jahiliyah tu, Allah turunkan supaya kita bley gred kan diri kita”

“So, kau nak cakap it’s not possible la seseorang itu boleh zero jahiliyah?”

“Entah..”

“Eish kau..”

“By the way, soalan kau tu, that does not even matter pun kan”

“Which means..?”

“What matters most, kita ni Gred brape?”