Wednesday, March 13, 2013

KOPIAH PUTIH



“Man, lambat lagi ?”

“Jap, jap. Sikit lagi.”

“Kau buat apa seyh, aku dah tak tahan ni”

Aiman keluar. Peluh-peluh. Seluar tiga sukunya basah dek percikan air.
Sambil mengeluh.

“Dari tadi kau basuh benda ni?”

“A’aah. Tak bersih pun, asal eh?”

“Kau pakai berus biru tu ek? Berus tu dah kotor la”

“Patut la. Penat kot aku sental kopiah ni. Tak putih putih pun”

“Bak sini. Meh aku tolong kau.”


Aiman hulur kopiah putih kegemarannya pada Aziz. Peluh terus mengalir. Setengah jam dia terperap dalam bilik air tadi. Menyental kopiah putih tadi. Dah lama tak basuh. Tak sempat. Aiman. Bukan selalu ada kat bilik. Sekejap program situ. Sekejap program sini.

Basuh kopiah pun tak sempat.

Apalah dia ni. Bila nak bersih kalau basuh pun pakai syampoo. Berus pun dah keras, rosak. Adeh.

Keluh Aziz sorang-sorang.

Terkenang sahabatnya. Kesian pula.



-------



“Kau ok Man?”

“Kenapa?”

“Tah. Aku tengok kau semacam je dua tiga hari ni”


Aiman menatap wajah teman sebiliknya itu. Dia bingkas bangun dari meja belajarnya. Menuju ke bilik air.

Aiman tolak pili air ke kanan. Perlahan-lahan. Air mengalir. Sejuk. Dia basuh mukannya. Air di sapu rata. Kemudian ke kedua tangannya. Kemudian di sapu ke bahagian kepalanya. Di basuh kakinya. Segar. Kembali suci.

Aziz pelik.

Senyap.


“Eh kopiah aku hari tu, dah basuh?”

“Dah. Ada dalam locker aku. Jap ek”

“Walaweh, dah putih. Thanks tau”

“Haha, ok je”


Aiman pakai kopiah tadi. Pakai betul-betul. Digayakannya di depan cermin. Nampak baharu. Berseri muka Aiman. Putih kopiah memancar ke wajahnya.
Kopiah putih kegemaran.

Tergelak Aziz sorang-sorang tengok Aiman. Kelakar. Mungkin.


“Mmm, Ziz, kau ada idea tak?”

“Idea apa?”

“Tu, adik adik usrah aku tu, camne nak basuh diorang ek?”

“Asal plak?”

“Tah la, diorang macam malas-malas. Banyak main-main”

“Biasa la tu. Kita dulu pun camtu gak kan”

“Tapi..”

“Lagipun Man, kau nak aku tolong basuh dengan apa? Softlan?”

“Kau pandai kan basuh-basuh ni. Basuh kopiah pun pandai”


Aiman dan Aziz. Dua gelak bersama.

Kemudian dua-dua kembali senyap. Aiman bingung. Karenah mad’unya yang menjadi-jadi. Liar. Makin liar. Dia pun tak tahu nak brainwash macam mana.

Cabaran.

Aziz tatap wajah Aiman.
Terpampang kerisauan di situ.

“Man, basuh-basuh juga, tapi kau kena basuh diri kau dulu sebelum basuh diorang”


Aziz bersuara. Air muka Aiman serta merta berubah.

Tertunduk.
Tergamam.


-----------

Hati yang kotor tidak akan membersihkan, bahkan akan mengotori pula.

Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti?
(2:44)

Koyak.

6 comments:

Anonymous said...

Seorang lelaki telah dihumban ke Neraka pada Hari Kiamat, terkeluar ususnya dan dia berputar dalam Neraka seperti seekor keldai berputar mengelilingi pengisar gandum dalam kandang. Ahli Neraka mengerumuninya dan mereka bertanya: Hai kamu! Apa yang telah terjadi kepadamu? Bukankah kamu dahulu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menegah manusia daripada melakukan perkara mungkar? Dia menjawab: Memang benar. Aku telah menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi aku (sendiri) meninggalkannya dan aku menegah manusia dari melakukan perkara mungkar sedangkan aku melakukannya. (H.R. Muslim)

musheh said...

yang ni seronok baca, jzkk

Anonymous said...

Aziz bukan ke antara nama2 Allah?
AbdAziz would be better. Allahua'lam

Inspector Saahab said...

nama Allah AL-AZIZ :)

Ramai je orang nama aziz, in sha Allah yg terbaik. Aziz Satar. kbai

Anonymous said...

Dalam kita sibuk jaga ingatkn orang lain pd Allah, jgn kita sendiri yg lupa jaga hbgn kita dgn Allah :)
#psnn untk diri sdiri

Siti Noraini Nordin said...

Byk hidden thing tak di reveal kan ni....mungkin menjaga izzah..neway, great entry this one! tak mungkin hati yg gelap mmpu terangi hati yg lain...nice...