Sudah lupakah
kita?
Kita yang
dahulu.
Di hujung
minggu kita berbungkus dalam selimut. Solat subuh entah ke mana. Membuta sepanjang
hari. Aku aku. Engkau engkau. Kita isi hujung minggu dengan games-games. Kita berpesta
sampai larut pagi. Dengan dotanya, dengan marathon koreanya. Dengan sebaldi
megginya. Kita ikut kawan-kawan ke pusat Bandar. Kita buang duit mak ayah bagi
di panggung panggung wayang. Kita tengok movie itu movie ini.
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
dahulu
Quran entah
ke mana. Baca bila perlu. Musim exam baru kita cari sejadah. Bila malam Jumaat
mulalah kita tengok-tengok surah Yassin. Hari-hari kita penuh gelak dan tawa. Solat
kita tunggang langgang. Kawan-kawan kita entah apa-apa. Kita pernah sangkut
dengan entah anak siapa. Malam kita tak tidur, bermadu kasih. Berbunga-bunga
cinta. Tiada siapa kisah.
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
dahulu
Kita yang
rancak di alam maya. Usik situ usik sini. Lagu-lagu ganas dan seram yang menjadi
halwa telinga. Bait-bait lirik yang entah apa maknanya yang jadi zikir kita. Di
alam maya entah bermacam video kurang sopan lagi menjijikan jadi tatapan kita. Kita
yang tidak pernah peduli tentang siapa jiran kita. Tidak pernah tahu apa yang
berlaku di seberang sana. Anehnya kita berasa cukup baik. Cukup sempurna.
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
dahulu
Yang tidak
pernah ingin peduli. Tidak pernah ingin ambil tahu. Pakaian kita yang ketat
bagai. Koyak rabak sana sini. Kita makan sesuka hati. Macdonald? Kitalah duta. Coca-cola
itu jiwa kita. Music itu sahabat sejati kita. Kita hidup sendiri-sendiri. Cari kawan
bila perlu. Kita yang kedekut. Yang berkira. Kita yang racist. Kita yang cakap
kotor. Yang cakapnya asyik nak menang.
Sudah lupakah
kita?
Entah bagaimana.
Dia bimbing kita. Keluarkan kita dari lorong
gelap itu.
Berikan kita cahaya.
Berikan kita cahaya.
Dalam ramai-ramai,
kita yang dipihNya.
Entah kenapa.
“….Ingatlah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu,
maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
Dan kamu dahulu telah
berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlan
Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu
mendapat pertunjuk dan hidayahNya..”
(Ali Imran:103)
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
baharu.
Sejak detik
itu. Kita mula kenal erti kehidupan. Kita mula bersahabat dengan Quran. Kita mula
mendekati masjid-masjid dan suaru-surau. Kita mula rasa ni’mat nya beragama. Mulai
rasa signifikannya kehidupan. Mula belajar mengenali Rasul. Mula belajar
mengenali Sang Pencipta.
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
baharu.
Kita diperkenalkan
dengan benda-benda baharu. Yang asing di waktu lampau. Kita diperkenalkan
dengan dakwah. Yang suatu hari dahulu kita takut mendengarnya. Tapi aneh kita
berkorbar-korbar mempelajarinya. Kita bersemangat untuk mengaplikasinya. Kita diperkenalkan
pula dengan ilmu ilmu tambahan. Bahan-bahan fikrah.
Sudah lupakah
kita?
Kita yang
baharu
Kita berkawan
dengan sahabat baharu. Yang juga pernah menjadi mangsa kehidupan. Kita mulai episod
baharu. Berjalan seiringan. Menyanyikan lagu perjuangan yang sama. Sama-sama
kita bersajak. Sama-sama kita menghayun tangan. Kita mengangkat janji. Sama-sama
kita kecoh. Sama-sama kita ganding bahu, berdakwah dalam kelas, berpesan sesama
kita.
Sudah lupakah
kita?
Yang kerana
dakwah kita sanggup tak tidur malam. Beramai-ramai dalam kereta yang satu kita
keluar di hujung minggu. Terus menghilang. Tatkala yang lain sibuk menelaah,
kita terhegeh menyantuni para mad’u. Bila ada antara kita yang malas-malas dan
culas, cepat-cepat kita hulurkan tangan. Kita yang erat dan utuh.
Sudah lupakah
kita?
Tapi aneh.
Setelah sekian
lama, hilang semua itu.
Mana pergi kita yang baharu ?
Kenapa kita kembali kepada yang dahulu?
Mana pergi kita yang baharu ?
Kenapa kita kembali kepada yang dahulu?
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim,
lalu Dia melindungi, dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia
memberikan petunjuk dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu
Dia memberikan kecukupan
(Ad Duha :6-8)
Sudah
lupakah kita?
Ikhwah dan
Akhwat sekalian?
2 comments:
TT.TT
mnyentuh ulu hati dan kelopak jantung
sungguh kita benar diuji dgn dunia T_T
Post a Comment