Sunday, March 10, 2013

IKHLAS, BUKAN SEMBANG LEBAT

Ikhlas.

Boleh saya tanya anda sesuatu ?
Ok kalau tak boleh pun saya nak tanya juga. Haha.
Apa maksud Ikhlas?

Ikhlas.

Selalu kita dengar. Elemen ikhlas dalam setiap amalan sangat penting. Term ikhlas ini hanya layak diguna pakai oleh orang Islam. Kerana apa? Kerana ikhlas itu adalah apabila kita melakukan sesuatu bukan sebab lain melainkan kerana Allah. Nak tak nak, beriman dengan Allah perlu datang dahulu.

Namun ikhlas itu subjektif.

Tidak boleh diukur. Macam cantik. Bab kata orang Bandar, beauty lies in the eyes of beholder. Tapi ikhlas lies di mana? Entah. Tidak dapat diukur. Yang pasti ia ada di situ bila ada. Memetik kata seorang sahabat yang saya kurang pasti sama ada ‘Umar al Khathab ataupun sahabat yang lain,
Ikhlas itu seperti semut hitam
 
Di atas batu hitam
Di kala malam yang pekat.
Ada tapi tak nampak.


Orang boleh cakap aku ikhlas. Ini sumbangan ikhlas dari bla bla. (Sumbangan ikhlas biasanya ditulis pada guni beras yang diagih percuma kepada penduduk yang kurang berkemampuan, eheh) Saya ikhlas. Tapi ikhlas itu bukan di bibir. Kalau ada, ia ada. Tapi tak nampak. Dalam al Quran ada satu surah diberi nama surah al Ikhlas. Menariknya, dalam surah yang mengandungi empat ayat ini, satu pun tiada perkataan ikhlas. Kerana apa? Kerana ia ada tapi tidak terlihat secara zahir. Walaweh.

Dalam satu surah yang lain, Ikhlas dipadankan dengan susu.


'' Dan sungguh, pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu.  Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) labanan kholisan (susu yang murni-ikhlas) antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi yang meminumnya.''

(An-Nahl:66)

Labanan kholisan. Kholisan. Ikhlas. Kata dasar yang sama.
Ikhlas, susu.
So, apa kaitannya?

Hmm. Ikhlas juga bermaksud ia tetap, tidak berubah. Tetap murni. Macam susu tadi. Tetap putih dan bersih. Bau tetap bau susu. Tetap berkhasiat. Walaupun berada di antara kotoran dan darah dalam badan lembu tu.

Apa ibrah kita dapat?

Pertama, ikhlas itu tidak kelihatan, tapi ada.
Ikhlas adalah kerana Allah, semata.
Ikhlas tidak mengenal tempat.

Orang yang benar-benar ikhlas berjuang tidak akan berubah pendiriannya. Tidak wajar gugur. Tidak tergugah jati dirinya. Tidak perlu kan pujian dek amalnya. Tidak mengharap balasan atas pengorbannya. Tidak teringat apa-apa kebaikan yang disumbangnya. Walau tak dikenali, walau di kelilingi anasir anasir jahat, walau diuji dengan onak dan liku yang penuh duri dan kaca, dia tetap static, memutih dan bersih. Murni.

Kerana apa? Mereka bekerja kerana Allah.
Mereka ikhlas.

Macam mana dengan kita?

Kalau kita benar benar ikhlas, kita tidak kisah apa orang nak kata. Kita tak kisah bagaimana orang-orang di sekeliling kita. Tak kisah kita berada dalam kalangan orang soleh atau orang yang huha huha, berada di masjid atau di rumah, diuji atau dipuji, dihina dan dicerca, kita akan terus melangkah ke hadapan dan bekerja.

Kerana kita bukan beramal kerana orang
Kerana kita bukan beramal kerana tempat di mana kita berada
Kerana kita bukan beramal kerana mengharapkan pujian
Kerana kita bukan beramal hanya bila senang

Tapi kita beramal kerana Allah
Kerana kita ingin ikhlas.

Tidak wajar bagi seseorang yang benar-benar ingin ikhlas tapi dia tumbang. Tidak wajar orang yang ikhlas tapi dia baik di depan, bermaksiat di belakang. Tidak wajar.

Dalam dakwah, orang yang ikhlas tidak wajar futur.

Sekarang saya nak tanya, apa lawan perkataan ikhlas?
Dan apabila kita tidak ikhlas maknanya kita?  

2 comments:

Anonymous said...

Nanges..
Article ni appear taim life sy teruji dgn mk cik ikhlas..
Allahu..
jzkk ats pringatan..

K.N.Syazwani said...

Perkongsian menarik.... Ikhlas tak boleh diukur... Even kita sendiri pun tak tahu kita ikhlas ke tak... Hanya Allah yang boleh menilai