Monday, October 20, 2014

PADA AL AN'AM ITU




Dalam al Quran, Allah Azza Wajal banyak menggunakan pendekatan analogi atau perumpamaan untuk sampaikan sesuatu mesej kepada kita. Terlalu banyak contoh kalau nak dibawakan pun. Search sahaja perkataan perumpamaan pada aplikasi Quran di telefon pintar kita itu, maka berpuluh-puluh bahkan mungkin ratusan ayat Quran akan ‘dicadangkan’ oleh aplikasi itu.


Agaknya dari sinilah kita ketemukan jawapan, kenapa orang dalam tarbiyah dan dakwah sering kali juga menggunakan analogi atau perumpamaan. Kita ada analogi naik bukit, kuning telur putih telur, analogi pakmat dan pakmail, bola besi dan ribu riban analogi yang lain. Boleh jadi memang otak manusia ini direka mesra-analogi. Wallahu’alam.






Entah mengapa, apabila Allah Azza Wajal ingin menjelaskan tentang manusia yang sangat teruk, orang buta agama, hidup untuk diri sendiri, orang yang loser, Allah sering umpamakan mereka ini dengan al an’am, haiwan ternakan.


Hal ini kita dapati dalam beberapa ayat Quran.


Contoh pertama,



“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tidak mahu memahaminya dengannya dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti al an’am (haiwan ternak), bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(Al ‘Araf :179)



Dahsyat sungguh ayat di  atas apabila Allah menceritakan ahli neraka itu antaranya ialah manusia yang tidak menggunakan hati, telinga dan mata mereka untuk menghayati dan memaknai ayat ayat Allah swt. Dan sekali lagi mereka itu umpamanya haiwan ternak,bahkan lebih dahsyat lagi.


Atau mari kita lihat contoh kedua;


“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana al an’am  (binatang-binatang ternak) makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.”

(Muhammad :12)



Menakutkan juga ayat ini. Sekali lagi Allah swt mensifati ciri ciri ahli neraka. Dan sekali lagi mereka diumpamakan sebagai haiwan ternak. Allahu.


Kasihan sungguh si al an’am kerana terpaksa dijadikan titik perbandingan dengan manusia yang mensia-siakan peluang hidupnya itu. Atau sebenarnya loser sungguh si al an’am ini kerana dalam banyak banyak makluk Allah yang lain, mereka la yang setaraf dengan manusia manusia ini. Mana-mana kemungkinan bagi kedua kedua statement ini.


Tetapi, kenapa haiwan ternak?


Kat mana samanya haiwan ternak itu jika dibandingkan dengan manusia ?  Pelik sungguh kan. Tak kan la manusia tu sama dengan haiwan ternak. Haiwan ternak pada luaran jika nak dibandingkan dengan manusia yang paling hodoh, paling buruk wajah pun, paling brutal dan muka pecah rumah sekalipun tetap haiwan ternak tu buruk lagi. Atau dari segi intellect nya, jauh sungguh haiwan ternak tu dengan manusia. Kalau haiwan ternak ambil spm la katanya, sure fail.


Haiwan ternak ini bukan harimau, bukan singa, bukan haiwan liar di hutan hutan tropika sana, tetapi yang diternak oleh manusia juga. Haiwan ternak ni, nak cakap betapa loser nya, makan minum pun perlu disediakan oleh si penternak. Tak boleh survive. Hidup untuk makan, kemudian tidur. Kemudian mengeluarkan faeces. Dan akhirnya, hanya menunggu mati, untuk dibunuh dan menjadi santapan manusia.


Betapa tak guna. Tetapi itulah nasib menjadi al an’am. Wajarlah dia dengan kehidupan dia sebegitu rupa. Yang loser nya ialah manusia la, betapa tiada nilai manusia yang menjadi ahli neraka tatkala Allah menggambarkan mereka dengan al an’am.



Begitulah seolahnya nilai yang tersisa pada manusia yang kerja untuk cari makan sahaja. Hidup untuk bisnes dan kerjaya semata-mata. Hidup untuk melahirkan anak semata-mata. Untuk berpenatan dengan dunia yang melelahkan ini semata-mata. Tanpa menggunakan hati, mata dan telinga mereka untuk memahami ad deen ini lalu hidup di bawah naungannya.



Pun begitu sadaraku,


Se loser-loser al an’am itu, Allah swt mengangkat kemuliaan haiwan ternak ini dalam satu ayat yang lain, bahawa pada al an’am yang menjadi entiti perbandingan ahli neraka itu pun ada ‘ibrah. Pengajaran. “inna lakum fi al an’am la’ibrah”


“Sesungguhnya untuk kamu pada al an’am (haiwan ternak) itu adanya pengajaran”
(Al Nahl :66)


Bahkan!

Bahkan pada haiwan yang loser itu pun ada ibrahnya. Ada pengajarannya. Meskipun mereka diumpamakan dengan manusia yang menjadi ahli neraka.


Saudaraku,


Sakit benar hakikat ini. Haiwan ternak yang tiada punyai apa-apa itu, yang digunakan oleh Allah swt untuk mensifati ahli neraka itu pun mampu memberi pengajaran kepada kita. Padanya ada ibrah.


Setakat hari ini, jam dan saat ini, sudahkah kita memberi pengajaran kepada orang lain? Sudahkah kita jadikan riwayat hidup kita ni sesuatu yang berguna? Sudah berapa ramai orang yang mengambil manfaat dan pelajaran daripada kita?


Atau menlihat dari konteks yang lebih dekat dan praktikal, sebagai para du’at, sejauhmana kita telah menyumbang untuk dakwah dan tarbiyah? Berapa banyak hati hati diluar sana yang telah kita sentuh untuk diberi pengajaran? Bagaimana kita memposisikan diri kita sebagai orang yang boleh dijadikan contoh dalam dakwah dan tarbiyah?


Bagaimana kita menjaga solat solat fardhu kita ?
Bagaimana dengan puasa sunat?
Bagaimana dengan tilawah kita?
Bagaimana kita menyantuni kawan kawan kita?
Bagaimana kita dengan ibu bapa kita?
Bagaimana kita bercakap?
Bagaimana kita belajar?


Sudahkah di sekelian juzuk kehidupan kita mampu menggerakkan orang di sekeliling kita untuk mengambil manfaat daripada kita?


Ini memang BOB diri sendiri !

Wallahu’alam

No comments: