Mari kita taddabur setelah sekian lama
tidak bertemu. Entah mengapa begitu produktif menulis setelah lama berehat.
Artinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an dan pasti Kami (pula) yang menjaganya.” (Al Hijr [15] : 9)
Al Quran mempunyai beberapa nama yang
disebut dalam ayat-ayat dalam al Quran sendiri. Antaranya ialah, al Quran
sendiri, al Furqan, al kitab, huda, an nur, as syifa, az zikr dan banyak lagi.
Setiap nama nama al Quran ini mempunyai maksud yang khusus yang menjelaskan
kefungsian Quran yang tersendiri, selari dengan namanya.
Allah Azza Wajal tidak setiap masa merujuk
Quran sebagai al Quran. Kadang-kadang Allah swt akan menggunakan perkataan al
kitab. Kadang-kadang al huda. Kadang-kadang nama nama yang lain, sesuai dengan
mesej yang hendak disampaikan.
Sebagai contoh,
Apabila berbicara tentang Quran yakni
sebagai sesuatu yang dibaca dan dikaitkan dengan bahasa Arab (sesuai dengan
fungsi al Quran untuk dibaca) Allah menggunakan perkataan al Quran. Err, faham
ke?
Cuba lihat ayat kedua dan ketiga surah
Yusuf. Dua kali perkataan Quran disebut, kerana membawa mesej bacaan iaitu baca
untuk memahami dan baca untuk mengetahui kisah Yusuf. Tidak pula di ayat ayat
ini, Allah gunakan perkataan al kitab atau as syifa. Meskipun perkataan al
kitab dan as syifa juga merujuk kepada al Quran, tetapi ia tidak kena dengan
mesej yang hendak disampaikan.
Ok.
Disebabkan contoh di atas kelihatan sukar
untuk difahami, mari kita lihat satu lagi contoh. Perkataan al kitab, bermaksud
secara surfacenya buku , atau sesuatu yang mengandungi tulisan, atau ketetapan,
kewajipan. Secara spesifik al kitab ini merujuk kepada buku perundangan.
Bahkan, jika merujuk kepada literature bahasa Inggeris kita sering dengar dalam
trial omputih hakim menggunakan frasa,
Throw the book at….
Ini bukanlah bermaksud si hakim ambil buku
dan lempar sekuat iman kepada tertuduh, tetapi maksudnya to charge or punish
someone as severely as possible. Entah dosa apa yang dilakukan oleh tertuduh
sehingga terkeluar frasa azab ini. Eheh.
Maka, apabila Allah Azza Wajal menggunakan
perkataan al kitab dalam ayat ayat Quran, kebiasaannya mesej yang hendak dibawa
berkaitan dengan fungsi al Quran sebagai buku perundangan. Cuba tengok surah al
Maidah ayat empat puluh lapan, 48.
(Peringatan: kalau kita baca terjemahan Melayu
sahaja, semuanya dia bantai Quran, jadi mereka yang tidak mentadabur ayat Quran
secara harfiyah (per huruf) mungkin tidak dapat menghargai perbezaan dan
pendetailan ini. Sebagai contoh ayat yang dibawa di permulaan entry ini, tiba
tiba sahaja terjemaham Melayu dibawakan perkataan al Quran, walhal dalam bahasa
Arabnya tiada pun perkataan al Quran)
Pun begitu, taddabur saya ini tidak
applicable di semua tempat. Boleh jadi tidak kena pun. Ini hanyalah perkongsian
marhaen yang mungkin boleh membantu kita untuk menghargai kenapa berbeza nama
Quran digunakan dalam ayat ayat Allah ini.
Baiklah, mari kita u turn kepada tadabur
ayat di atas.
Artinya: “Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan Al Qur’an dan pasti Kami (pula) yang menjaganya.” (Al Hijr [15] : 9)
Cuba perhatikan betul betul bahasa Arabnya.
Kali ini Allah swt menggunakan perkataan az zikra, yang kemudian diterjemah
sebagai al Quran oleh penterjemah. Maknanya, boleh kita tadaburi bahawa Allah
swt sedang berbicara tentang al Quran yang fungsinya sesuai dengan perkataan az
zikr.
Allah swt nak bagitahu, Dia akan memelihara
al Quran in the sense of Quran sebagai az zikr, sebagai peringatan, bukan Quran
sebagai helaian kertas yang mengandungi tulisan bahasa Arab. Sebab itu mushaf
al Quran, helaian helaian al Quran boleh dibakar jika hendak dilupuskan, kertas
kertas tu akan hancur kalau dah lama disimpan tidak dibaca dan kalau dimakan
anai-anai, tetapi mesej Quran sebagai peringatan, sebagai az zikr kekal
terpelihara.
Sekarang,
az zirk, peringatan, apa maksudnya?
Secara mudah boleh kita katakan, az zikr
ini ialah dakwah. Jika kita faham sedemikian rupa ruh ayat ini, dapat kita
rephrase, bahawa Allah sedang bagitahu Dialah yang menurunkan dakwah dan Dialah
yang akan memelihara dakwah ini. Allahu akbar!
Jadi kalau kita tak nak buat dakwah pun,
dakwah akan tetap hidup. Bagi mereka yang berasa dakwah akan affected kalau dia
meninggalkan gerabak ini, boooo kepada mereka. Kerana dakwah ini, Allah swt
yang pelihara. Tidak hairanlah, walau setelah 1400 tahun lebih lamanya, mesej
Islam masih sampai kepada kita, kerana Allah swt yang memeliharanya!
Yang lebih menarik, jika kita go deeper,
umum mengetahui az zikr, dakwah dan Islam ini bukan sesuatu yang ajaib, tetapi
bersifat praktikal. Ia adalah satu manhaj yang tidak boleh stand alone
sebaliknya mesti didokong oleh manusia, barulah terpelihara. Kerana akhirnya az
zikr ini untuk manusia juga. Kalau kita faham benda ini, dapat la pula kita
extract daripada ayat ini bahawa Allah swt akan memastikan sentiasa ada
hamba-hambaNya yang sudi untuk mendokong, menjaga dan menghidupkan az zikr ini
di tengah tengah umah yang ketenatan.
Jika bukan kita, pasti ada orang lain.
Dan mereka yang memilih untuk bersama
dakwah, bersama az zikr, sebenarnya telah memilih untuk turut sama berada dalam
penjagaan dan pemeliharaan Allah swt. Kerana apabila Allah swt memelihara az
zikr, secara automatic Allah swt akan memelihara orang-orang yang mendukung az
zikr ini. Allahu akbar!
Ini adalah satu motivasi besar buat para
daie untuk sentiasa bersama dakwah!
Untuk menambakan lagi perisa kepada
perkongsian ini, mari saya bagitahu anda beberapa perkara menarik tentang surah
Hijr secara umumnya.
Menurut Sheikh Amr Khalid dalam buku
Khowatir Quraniyyah, tema bagi surah ini ialah penjagaan Allah swt terhadap agamanya, hifzullah li dinihi. Allah
swt akan menjaga az zikr, lantas menjaga mereka yang bersama az zikr ini.
Sebab itu kita dapati, setelah Allah swt
berbicara akan az zikr ini, Allah swt bawakan dalam ayat ayat seterusnya kisah
umat terdahulu. Dalam rentetan seerah klasik itu, sentiasa ada pertembungan dua
golongan manusia. Satu golongan ialah mereka yang bersama az zikr manakala satu
lagi ialah golongan yang menolak az zikr.
Dan di setiap pertembungan ini kita dapati
golongan yang memilih bersama az zirk la yang akhirnya menjadi heroes bagi
zaman masing-masing. Kerana mereka dijaga dan dipelihara oleh Allah swt,
walaupun mereka tampak lemah, golongan minority dan tertindas.
Golongan yang menolak az zikr berakhir
dengan kebinasaan, walaupun mereka orang yang kuat, ada kedudukan, pangkat
tinggi, kaya raya tetapi tanpa pemeliharaan Allah swt, mereka dibinasakan oleh
azab Allah.
Untuk menghayati mesej ini, cuba baca dari
ayat 80 hingga ayat 84. Kita dapati
kisah penduduk Hijr yang medustakan rasul dalam ayat ayat ini. Kemudian, mereka
memahat rumah daripada gunung batu dengan aman, tetapi akhirnya tetap
dibinasakan. Walaupun berlindung disebalik rumah batu, atau disebalik
kondominium mewah, rumah bungalow bertingkat tingkat, sebenarnya kita tetap
tidak selamat, selagi mana tidak bersama az zikr.
Kisah penduduk negeri Hijr ini mewajarkan
surah ini dinamakan al Hjir. Dan tema surah ini sebagai hifzullah li dinihi
nampak lebih jelas dengan contoh kisah umat terdahulu yang dibawakan.
Jadi jelaslah, berdasarkan dalil naqli ini,
lantas kita membenarkan kata-kata Sheikh Doktor Hamman Said, Dakwah di jalan
Allah ialah jalan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Buat para daie yang bersama az zikr, tidak
henti-henti melaso dan membina manusia, yang saban hari fikirannya berada
seputar mentakwin mutarabbi masing-masing, berbahagialah kerana kalian insya
Allah berada dalam penjagaan Allah.
Dan buat mereka yang ada terfikir dalam
benaknya untuk meninggalkan dakwah ini, fikirkan semula. Untuk kalian, saya
akhiri dengan sepotong ayat Quran;
“Mereka itulah orang-orang yang telah kami
berikan kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang itu mengingkarinya, maka
Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang tidak mengingkarinya”
(Al An’am :89)
2 comments:
Assalamualaikum akh,
nak tanya, suggestion buku untuk lebih memhami bahasa al quran.
Jazakallah.
Wasalam wbt. Ana pon tatw. Jika ada buku tu ana pon nk. Hehe. Tp selalunya refer kuliah ust nouman ali khan utk bahasa dan baca khowatir quraniyah dari sheikh amr khaled utk tema tema surah. Best alhamdulillah.
Masih struggle akhi.
Post a Comment