Agama
Memberi Nilai
Lama sangat
dah kiranya saya tidak berkongsi artikel tentang tadabbur al Quran. Dua tiga
hari kebelakangan ini dibelasah teruk dengan tugasan tugasan pelajaran yang
menyebabkan masa untuk menulis meruncing. Somehow, rasa sedikit los-er. Err.
Meskipun
ramai boleh la cakap, belajar kerana Allah, belajar pun dakwah. Tetapi
entahlah, sebab diri kita la akhirnya yang lebih tahu. Kalau duduk fikir
sejenak, macam ada sesuatu yang tak kena.
Bila difikir-fikir balik, disambung puzzle hidup ini, banyak yang kita
buat untuk kehidupan di masa depan yang baik kalau tidak pun selesa.
Belajar
untuk dapat kerja. Kerja untuk dapat gaji. Gaji untuk beli keperluan hidup,
untuk makan, beli rumah, untuk beli pakaian, tanggung kos hidup, kemudian
sampai seru untuk kahwin, sara anak bini and the cycle cycles.
Paksinya
rezeki. Kebanyakkan daripada kita terperangkap dalam kitaran ini. Kehidupan
berpusing sekitar usaha mencari rezeki, untuk meneruskan kelangsungan hidup
sehingga hari akhir. Lalu di mana Allah swt dan seruan-seruanNya yang kita
laung-laungkan ? Yang kita kata hidup setiap waktu untuk ibadah ?
Tatkala
kita sedang hidup berpaksikan rezeki ini,
Sekali
sekala kita ‘menghadap’ Allah. Ada waktu-waktu tertentu. Waktu waktu sukar
biasanya. Waktu musim peperiksaan. Waktu menerima musibah. Ditimpa bencana.
Waktu kita berasa lemah dan keseorangan. Lalu kita cari Allah, sekali sekala.
Dan hal ini
sekali lagi diramalkan al Quran;
Dan apabila manusia
ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami, dalam keadaan berbaring, duduk atau
berdiri tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan
yang sesat seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan
bahaya yang menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang
yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan
(Yunus :12)
Kecil dan
ciliknya cita-cita hidup kita. Sebab itu la, usia hanya sebilangan angka
manakala agama hadhir memberikan nilai. Manusia tanpa agama, tidak bernilai,
sebaliknya hanya gumpalan daging dan darah, yang menunggu masa untuk kembali ke
kuburan.
Cukuplah
sesi muhasabah ringkas.
Tumblr
Tadabbur
Lagi
Baiklah di
mana kita tadi ?
Oh kita
masih di sini.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam keseluruhan;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu
musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al Baqarah :208)
Rata-rata daripada kita sering dengar ayat ini dibaca di majlis
majlis ilmu dan di jilsah jilsah tafakkur seantero dunia. Baik di dunia realitas
mahupun di dunia maya, di situs situs di internet. Bahkan tidak mustahil
mungkin sebahagian besar daripada kita sudah menghafalnya dalam bahasa arab
beserta terjemahan!
Ya ayyuha ladzina ‘amanu’, udkhulu fi silmi, kaafah !
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam
secara keseluruhannya”
Begitulah lebih kurang pada pemahaman saya meneliti
terjemahan Melayunya.
Pertama sekali, kita lihat ayat ini menyeru orang-orang
beriman. Fokusnya kepada orang yang beriman. Ia menarik perhatian mereka yang
beriman. Yang menariknya, al Quran sering kali menyeru orang beriman dengan
seruan ini, yakni berbentuk fe’el kalau dari segi tatabahasa arabnya.
Fe’el atau kata kerja dalam seruan ini ialah ‘amanu’. Orang yang
‘amanu’. Di tempat lain, ada juga orang beriman digelar dengan sebutan “al mu’minun”
yakni hadhir dalam bentuk isim atau kata nama. Bezanya di sini sebutan atau
seruan dalam bentuk kata kerja atau kata nama.
Mesti ada signifikannya. Dalam banyak tempat, sebutan kata
kerja “amanu” la yang dipilih Quran. Kenapa? Ini kerana kualiti orang beriman
itu pada amal dia, bukan pada pelabelan atau cop atau title beriman yang dia
miliki. Al Quran nak ajar kita bahawa kata kerja mengatasi kata nama atau
gelaran. Tiada guna kita Islam tetapi perangai macam jembalang, err. Tiada guna
label mu’minun tetapi jika tidak beramal.
Dan tak usah risau juga la kalau dilabel liberal, dipanggil
gila atau berbagai jenis labelan yang lain kerana amal-amal kita la yang
sebenarnya yang take into account. Bukannya Islamnya seseorang kerana nama dia
Ahamad atau Abdul. Bukan kerana ada bin atau binti. Tetapi amal.
Begitulah yang boleh kita tadabburi daripada pendekatan ini.
Orang beriman mesti beramal.
Seterusnya, satu perintah “udkhulu” yang hadhir dalam bentuk
‘amar atau ayat seruan, yang membawa maksud masuklah!. Tunduklah. Bernaunglah!
Ke mana?
“Fi silmi”
Terjemahan biasanya meletakkan silmi itu sebagai Islam,
masuk ke dalam Islam. Di sini kita dapat lagi sesuatu yang menarik, kenapa
Allah swt nak suruh orang yang sudah beriman, yang ‘amanu’ yakni beriman in the
sense dia beramal, masuk ke dalam Islam? Bukankah orang yang beriman ini in the
first place sudah Islam ?
Sebab itu la sebenarnya terjemahan yang lebih tepat kepada ‘silmi’
adalah kesejahteraan. Bukan sahaja masuk Islam, tetapi masuk tunduk ke dalam
kesejahteraan, yakni sifat agama Islam itu sendiri. Banyak yang kita boleh
belajar daripada kosa kata ini.
Kalau kita masuk Islam, kononnya tunduk dengan Islam,
beramal dengan Islam, tetapi tidak sejahtera, mesti ada sesuatu yang tidak
kena. Kononnya membawa perjuangan Islam, tetapi tidak menawarkan kesejahteraan
baik kepada diri kita mahupun kepada diri orang lain, maka perlu didefinisi
semula perjuangan kita itu.
Kesejahteraan natijah daripada kita tunduk dan masuk
kepadanya bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita, tetapi kepada seluruh
alam.
Daripada segi akhlak contohnya,
Kesejahteraan yang macam mana?
Sepatutnya masuknya kita ke dalam kesejahteraan ini
menyebabkan akhlak kita sejahtera,aman dan tenang sehingga menarik orang yang
belum Islam atau belum memahami Islam secara syumul untuk sama sama bernaung
dalam agama kesejahteraan ini. Yang non muslim tertarik dengan kita, bukan rasa
threatened.
Kita pula sentiasa aman, walau dicaci, diuji kiri dan kanan,
dilabel itu dan ini, orang tuduh dan fitnah, orang khianati, baling batu,
hamburkan kata-kata kesat, orang buat post atau artikel tabur fitnah, kita
remain cool dan peaceful. Sejahtera.
Bukannya kita lawan balik. Batu dengan batu. Reply post. Buat
artikel baru. Buat sidang media. Saman di court. Gaduh. Bermasam muka. Bergaduh
di alam maya. Sampai beratus komen. Unfriend mad’u di facebook bila dakwah
ditolak. Bukan begitu sejahteranya.
Sepatutnya seorang du’at, bila dibaling batu, kita bagi
buah, persis pokok kata Hassan Al Banna, atau bila dibaling buah epal
contohnya, kita bagi pie epal, tambah seorang akh, dalam versi yang lebih
kelakar mungkin.
Nah, sekarang bagaimana pula dengan ‘kaafah’ ?
Kesejahteraan secara keseluruhannya ?
Ya. Aman keseluruhannya. Dalam dan luar. Rohani dan jasmani.
Sehingga kita berasa sentiasa bahagia. Sehingga kita tsabat atas jalan ini. Luaran
yang aman dan sejahtera sehingga tiada sisi pun daripada kita yang boleh
dijadikan senjata kepada musuh Islam untuk menolak dakwah kita.
Maksudnya,
Luaran kita seolah-olah perfect,
Sehingga tiada kata-kata yang membawahkan seperti;
“Kau pun bangun tidur pukul 12,
nak ajak aku usrah”
“Kata da’ie tapi datang kelas lambat”
“Konon budak usrah, tapi gelak
macam jin tanah”
“Nama je budak usrah, mengumpat
no 1”
“Sembang dakwah kencang, subuh
pukul 8 jugak”
“Duta Islam, tapi time management
macam apa dah kau ni”
“Macam mana Islam nak menang
kalau da’ie macam kau asyik fikir pasal makan je”
“Berangan je lebih kau ini,
beramalnya tak”
Dan banyak lagi statement panas yang menunjukkan kita belum
sejahtera secara keseluruhannya. Sentap walaweh!
Begitulah sedikit tadabbur yang boleh saya kongsi. Selebihnya
saya tidak mampu untuk kongsi atas sebab sebab yang kita cerita kemudian. Banyak
ibrah daripada sepotong ayat ini. Belum lagi kita ambil kisah bagaimana para
sahabat yang mengimani ayat ini.
Jauhnya kita daripada al Quran,
Daripada akhlak al Quran yang ada pada Rasulullah saw
Daripada akhlak al Quran yang ada pada Rasulullah saw
Tiada manusia yang sempurna.
Tetapi marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
Maka masuklah ke dalam kesejahteraan secara kaafah.
Sejahterakanlah dirimu !
Tetapi marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
Maka masuklah ke dalam kesejahteraan secara kaafah.
Sejahterakanlah dirimu !
Wallahu'alam
10 comments:
Dalam usaha menelaah kembali bahasa arab. Doakan. atau ada cadangan cara belajar ?
makan dalam sangat. sejahtera, fuhh.
ini tulisan bukak mata. moga Allah redha.
dan hari tu baru terfikir
"Mungkin, kini luaran kelihatan lebih baik dari yang dulu.
Tetapi jiwa dan hati hakikatnya lebih keruh dari yang sebelumnya."
bajet macam menipu manusia lain. padahal ditipu oleh diri sendiri.
haila.
fuhh!
eh btw belajar bahasa arab tu. cuba time cuti sem ke amik kelas bahasa arab. tak pun sekarang ada je kan kat muka buku or mana2 belajar arab online kalau tak silap la.
Saya ada 3 cadangan
Kelas Semat Quran, Ampang
Kelas2 di UIA
Online dengan Nouman Ali Khan
Chad : ok
Isyraf : wow. Tak pernah tahu kelas semat tu. btw,
kelas UIA tu boleh pergi random camtuke ? :3
Assalamualaikum.
Kalau saya nak print post ni boleh tak? Jzkk
Wasalam. boleh aje.
datang jordan. biah bahasa arab disini sgt mantap. even kanak kecil mampu bertutur fasih dlm bahasa arab, penangan tarbiah parents mereka :3
amvoi
:3
menarik ide itu
Banyakkan penulisan tadabbur ayat dan seerah plisss. Jazakallah.
enonimos. in sha Allah. tp seerah rasanya baca buku better. ada sgt byk buku seerah yg bagus.
Post a Comment