Tuesday, May 6, 2014

ONE WORD : POKE



Poke.

Mengikut defnisi Concise Oxford Dictionary-Tenth Edition, poke dari segi verb nya ialah jab or prod with a finger or a sharp object. Dalam bahasa Sepanyol, poke ialah atizar manakala dalam bahasa Peranchis pula poke diterjemah sebagai pousser. Dalam bahasa Latin poke adalah latus podico manakala dalam bahasa Belanda pula adalah stekken.

Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca.

Bagi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Facebook, ada suatu permainan atau application yang di namakan sebagai Poke. Seorang pengguna facebook bolehlah menekan ‘Poke’ sebagai hint untuk menegur kawan alam mayanya yang lain. Biasanya yang menggunakan Poke ini ialah mereka yang ingin menegur kawan lama ataupun mereka yang tiada kerja. Err.

Apabila seseorang di’poke’ maka akan keluar la notis poke dan jika ditekan kepada link notis tersebut, pengguna akan dibawa ke senarai individu yang telah menge’poke’ beliau tapi malangnya ‘poke’ mereka tidak dibalas. Poke balas ialah, poke back.





 Untuk menghayati makna ‘poke’ yang lebih hidup, mari kita baca kisah berikut;



--------


Pada suatu hari Selasa yang suram, usai kelas tamat kurang lebih pada Jam 6 Petang, Ana telah memilih untuk pergi membeli ticket bus untuk pulang ke kampung pada hujung minggu yang sama. Entah macam mana, hendak dijadikan cerita, Ana terdengar seorang kawannya juga mahu membeli ticket bus, di stesen yang sama, maka Ana menyurakan keinginannya. Maka mereka pun bersama-sama ke Stesen Hentian Putra untuk mendapatkan ticket masing-masing.


Pada mulanya mereka menaiki Bus RapidKL B103 dari Bangunan Yayasan Selangor, maklumlah bilik kuliah Ana dan kawan Ana terletak di bangunan yang tersergam indah itu, kemudian turun di pusat Bandar Titiwangsa. Dari situ keduanya sekali lagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu LRT atau Light Rail Transit dari Stesen Titiwangsa menghala ke arah Stesen PWTC yang hanya jarak satu stesen.


Kedua Ana dan kawanya merupakan rakyat Malaysia contoh kerana menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Syabas dan tahniah diucapkan.

Setibanya di Stesen PWTC, Ana dan kawannya berjalan menghala ke Stesen Hentian Putra yang merupakan antara Stesen Bus perjalanan domestic yang terbesar di Ibu Negara. Setibanya di sana, mereka melakukan urusan jual beli. Usai membeli ticket masing-masing, Ana dengan berat hati memberitahu kawannya bahawa mereka terpaksa berpisah di situ.

Ini kerana Ana akan berjalan ke Stesen Komuter KTM hentian Putra untuk ke UKM pada petang itu juga. Mereka pun berpisah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 setengah, kurang lebih. Dari sinilah bermulanya kisah epic Ana pada hari itu.

Dalam perjalan dari stesen bus ke stesen KTM, seorang lelaki warga tempatan telah menegur Ana. Kemudian dia berjalan disisi Ana, menemani Ana ke stesen KTM. Berikut merupakan perbualan mereka yang sempat dirakam.



“Bro, nak balik mana Bro?”

“Tak balik lagi pun, beli ticket je” Ana ingatkan lelaki tersebut antara driver taxi yang nak tawarkan taxi masing-masing. Sebab Ana ini memang muka public transport.

“Macam ni Bro, aku baru lepas dari penjara ni, dah lama tak makan, kau ada lima ringgit tak. Kau kasi lima ringgit aku kasi earphone BB ni haa?” Lelaki itu mengeluarkan earphone BB bewarna hitam dari pocketnya. Ana mula nervous. Mukanya merah.

“Err, tapi aku pakai Samsung”

“Alaa, kau ambil jela, pasni kau jual la kat sapa-sapa. Tapi aku rasa soket dia sama je.”

“Ok la. Aku takde duit kecil Bro, ni kau ambil 10 ringgit, pergi makan. Earphone kau simpan ek. Nama kau sapa?”

“Aku Jai. Betol ni bro? halal?”Terkejut Ana. Amboi tanya halal pula.

“Mesti la halal Jai, Melayu tolong Melayu” Err. Kuat betul semangat Kemelayuan Ana. Sepuluh ringgit dihulurkan.

“Terima kasih Bro. Nama kau sapa?”

“Aku..Ahmad. Ok jumpa lagi” Sebenarnya kalau boleh Ana dah tak nak jumpa dia.

“Ok”

“Eh jap Jai, alamak aku memang dah takde baki la. Nanti aku nak beli ticket KTM, nak dinner lagi. Tadi aku baru beli ticket bus. Tak cukup ah, kau ada dua tiga ringgit tak?”

“Kau ni, tak kan takde duit”

“Eh betol la Jai, vaucer buku je aku ada ni”


Jai hulur tiga ringgit dari sakunya. Kemudian berlalu pergi.
 
Baik juga hati Jai. Kalau tak memang Ana tak naik KTM hari tu, untuk pertemuan halaqah di Bangi.
Kedua mereka berlalu pergi, ke haluan masing-masing.

Ana memuhasabah. Ana yakin mesti ada hikmah kenapa diutus Jai untuk menegurnya. Lantas Ana baru teringat, minggu lepas mereka satu usrah ada set satu mutabaah baharu yakni infaq sekali seminggu, dan untuk minggu itu, infaq Ana belum keluar. Mungkin Allah sedang ‘poke’ Ana.

Setiba di tangga untuk turun ke stesen KTM, ana terserempak dengan seorang peminta sedekah di kaki lima, lantas dihulurnya sejumlah wang.


Begitulah kisah Ana. Dan Poke.
Dan Jai.



---------------------------


Saudaraku,

Saya yakin setiap daripada kita pernah sekali jika tidak dua kali atau banyak kali mengalami hal yang demikian. Ditegur secara langsung daripada Tuhan, setelah kita melakukan sesuatu atau setelah kita melalaikan sesuatu.


“Nta ada masalah?”

“Haah. Lately ana rasa malas sangat nak tadabbur Quran”

“Oh, so nta nak selesaikan macam mana?”

“Hmm, dua tiga hari lepas, anak usrah ada message, sentap juga la ana?”

“Oh ye, mesej apa?”

“Dia ada tanya macam mana nak rajinkan diri untuk tadabbur al Quran”

“Peh, tepat tu akhi”

“Ni Allah nak tegur ana in sha Allah”

“Ok dah tu,apa lagi kan”

“In sha Allah”


Dialog dua orang ikhwah yang disunting.

Banyak sebenarnya dalam hidup ini kita ditegur sedemikian rupa. Apabila kita mencari perspektif langit di setiap apa yang berlaku, pasti ketemu hikmah nya. Cuma kadang-kadang, sudah terdetik akan hikmah dan teguran itu, tetapi ego kita membatasi diri kita untuk beramal.

Tanda-tanda ini kita abaikan.


Sebenarnya tidak selalu hati kita boleh detect tanda tanda ini. Maka saudara, bertindaklah apabila ia berbuat demikian. Kerana suatu hari nanti, jika kita terus melalaikan teguran teguran ini, tidak mustahil apa apa pun yang berlaku tidak dapat kita tanggapi mesej yang tersurat.

Waktu itu, kita bermaksiat pun rasa tidak bersalah.
 
Mujurlah kalau ada yang datang menegur secara bersemuka,

Kalau maksiat sembunyi sembunyi?

Maka kita binasalah seorang diri.


Kerana berkenalan dengan manusia di jalan dakwah ini, antara yang perlu disyukuri dan diperhatian, banyaknya mereka yang berbaik sangka.

Wallah'alam

Tegurlah saudaramu ini