Mulianya
Manusia
Sayyid
Quttb dalam tafsir Fi Zilalil Quran nya menulis satu perenggan yang cukup indah
menerangkan kemuliaan manusia;
“Oleh sebab
manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah
telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali
hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan aqidah
kerana Allah.
Oleh itu
aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di
atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang
berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar”
Kemuliaan
manusia diiktiraf Allah swt melalui dua perkara iaitu;
Pelantikan
manusia sebagai kahlifah;
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ Sesungguhnya Aku
hendak melantik khalifah di muka bumi”
(Al Baqarah
:30)
Dan
penciptaan segala apa yang ada di bumi untuk kegunaan manusia;
“Dialah
yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi”
(Al Baqarah
:29)
Sekarang
apa pula yang dimaksudkan dengan kenyataan ini;
“Atas
aqidah inilah umat manusia harus bersatu
padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut,
kerana kumpulan dan kerana pagar”
Roh dan
Jasad
Setiap insan
komponen dirinya terdiri daripada roh dan jasad. Roh inilah yang merujuk kepada
pegangan akidah dan keimanan manakala jasad pula merujuk kepada fisikal
manusia, warna kulit, rupa paras, bangsa dan apa sahaja fisik yang boleh
dilihat yang dinisbahkan kepada manusia.
Kedua
komponen ini boleh mengikat manusia untuk bersatu. Contohnya, ada orang bersatu
kerana percaya kepada perkara yang sama,seperti pegangan agama, akidah,
ideology dan seumpamanya. Inilah ikatan roh. Ada pula sebahagian manusia
terikat sesama yang lain kerana ikatan fizikal seperti hubungan nasab, kerana
tinggal di tempat yang sama, pernah belajar bersama, menyokong pasukan bola
sepak yang sama dan sebagainya. Inilah ikatan jasad.
Dan saya
percaya ikatan roh yang paling kuat adalah keterikatan atas dasar akidah
manakala ikatan jasad yang paling kuat pula atas dasar hubungan kekeluargaan.
Persoalannya,
ikatan manakah yang diutamakan dan diangkat lebih tinggi daripada yang lain
oleh al Quran ?
Dalam surah
al Hujurat ayat persaudaraan yang dihafal banyak orang, Allah swt berfirman,
“Innamal
mu’minunna ikhwah”
“Sesungguhnya
orang-orang beriman itu bersaudara”
Daripada
ayat ini al Quran mengajar kita tentang persaudaraan atau keterikatan yang
sebenar iaitu berdasarkan aqidah dan keimanan mengatasi ikatan ikatan lain.
Bahkan dalam konteks bahasa arab, apabila perkataan “innama” digunakan untuk
penegasan, ia bukan sahaja bermaksud sesungguhnya, tetapi penegasan
sesungguhnya serta menafikan faktor faktor lain.
Atau bahasa
mudahnya, hanya orang beriman yang bersaudara.
Ini
membuktikan bahawa ikatan roh sentiasa lebih tinggi daripada ikatan jasad,
mengatasi hubungan darah daging, hubungan kebangsaan, geografi dan apatah lagi
hubungan kerana minat artis yang sama atau menyokong partai partai politik yang
sama.
Hal ini
dikuatkan lagi dengan kisah Nabi Nuh dengan anaknya semasa Baginda memohon
diselamatkan anaknya daripada bala banjir;
“Dan Nuh
berseru kepada Tuhannya sambil berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku
termasuk keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah benar. Dan Engkau
adalah Hakim yang seadil-adilnya”
(Hud:45)
Lalu apa
jawapan daripada Allah swt ?
“Allah
berfirman, “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang
dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatanya) perbuatan yang tidak
baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaKu sesuatu yang kamu tidak
mengetahui. Sesungguhnya Aku
memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak
berpengetahuan”
(Hud:46)
Dari sini
kita dapat lihat bagaimana Allah swt meletakkan ikatan akidah dan keimanan jauh
lebih tinggi daripada ikatan jasad meskipun ikatan jasad itu ialah ikatan darah
daging, nasab kekeluargaan.
Atas
kefahaman ini juga lah kita belajar melaui seerah, dalam peperangan Badar
Kubra, ada sahabat Ar Rasul saw sanggup berhadapan, berperang bahkan membunuh
ahli keluarga sendiri kerana tidak mempunyai akidah yang sama. Kerana mereka
tahu keimanan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.
Sebagai
contoh;
Abu Ubaidah
al Jarrah membunuh bapanya sendiri iaitu Abdullah al Jarrah. Umar al Khattab
membunuh bapa saudaranya sendiri, Al Ash bin Hisyam bin al Mughirah dan Mus’ab
bin Umair Al Badari sendiri meminta ikatan tangan terhadap saudaranya, Abu Aziz
bin Umair yang menjadi tawanan perang diperketat. (Raheeq Makhtum)
Bukanlah
fakta sejarah ini bertujuan untuk mengapi-apikan hubungan persaudaraan tetapi
untuk menjelaskan betapa tingginya ikatan akidah, ikatan roh sehingga apabila
ada konflik antara roh dan jasad, maka ikatan roh didahulukan.
Pra dan Pasca
Islam
Islam
datang, antara pembaharuan yang dibawa ialah membentuk fikrah ini. Ia
meleburkan keterikatan jasad yang terlampau, yang menyebabkan perpecahan dan
mengikat manusia dengan ikatan aqidah yang menyucikan.
Kita semua
sedia maklum, masyarakat arab dahulu begitu taksub dengan semangat berpuak-puak
atau term yang sering digunakan ialah semangat asobiyah sehingga mereka saling
berbunuhan, bermasam muka, berperang meskipun disebabkan konflik yang remeh
temeh.
Bukanlah
salah untuk kita mengiktiraf ikatan jasad seperti ikatan kerana bangsa, negara,
kaum, apatah lagi keluarga yang sangat dekat, tetapi semua ikatan ini tidak
boleh mengatasi ikatan akidah dan sepatutnya ikatan ikatan jasad ini menambah
perencah dalam mengharmonikan ikatan aqidah yang sepatutnya sedia utuh itu.
Tetapi hari
ini kefahaman jahiliyyah seperti masyarakat arab sebelum kedatangan Islam
kembali dihidupan bahkan datang dalam versi yang mengelirukan kerana
bertopengkan agama. Kita tengok negara umat Islam berpecah belah kerana berbeza
nama negara, walhal mereka berpegang kepada akqidah yang sama.
Umat Islam
dibeza-beza oleh semangat perkauman yang kuat, dibezakan dengan wujudnya
sempadan negara yang berbeza, warna kulit yang berbeza, pegangan politik yang
berbeza, meskipun mempunyai ikatan aqidah yang sama. Bayangkan, bangsa Arab
yang aqidah sama, warna kulit dan bahasa pertuturan yang sama turut berpecah
belah kerana nama negara yang berbeza.
Inilah
agenda musuh Islam sejak kejatuhan khalifah, memecah belahkan umat Islam dengan
memperkenalkan idea nation state, dan membuat sempadan sempadan geografi yang
tidak masuk akal tetapi mendarah daging dalam tubuh umat Islam.
Sehinggakan
Malaysia dan Indonesia yang serumpun itu pun mahu bergaduh suatu masa dahulu, walhal menganut
agama yang sama, warna kulit yang sama dan bahasa percakapan yang hampir sama.
Dan semangat perkauman yang sempit ini, tidak membawa apa-apa manfaat kepada
dakwah Islam melainkan menyebabkan larinya mereka yang belum memeluk Islam.
Manusia
yang taksub dengan ikatan jasad, dan bersatu memperjuangkan ikatan jasad ini
persis haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan
dan kerana pagar.
Itulah yang
hendak disampaikan oleh Sayyid Quttb, tentang pemahaman yang silap yang hendak
disucikan oleh al Quran.
Rugilah
kalau kita yang berstatus du’at masih tidak boleh memahami hakikat ini.
Memalukan jika kita menindas saudara seakidah kita kerana meletakkan ikatan
kaum, bangsa atau negara di hadapan.
Dan
meskipun ada masyarakat di sekeliling kita belum Islam, belum lagi terikat
dengan ikatan aqidah dengan kita, juga tidak wajar kita menindas, mengancam dan
mewujudkan permusuhan dengan mereka.
Kerana
nikmat Islam ini hak bersama,
Mereka juga
berhak untuk merasai nikmat ukhuwah Islamiyah. Maka sepatutnya ayat
persaudaraan yang kita baca tadi menjadi roh untuk kita menggandakan usaha
dakwah kepada mereka, bukannya mengambil sikap pentingkan diri dan berpegang
kepada sangkaan sangkaan yang tidak berasas. Oleh itu, santuni mereka dengan baik dan penuh hikmah agar tersingkap segala prasangka dan terlihatlah keindahan agama yang maha tinggi ini.
Akhir kata,
Siapa yang
menceroboh sebenarnya ? Eh.
Nastaghfirullah
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment