Showing posts with label RAGAM IKHWAH. Show all posts
Showing posts with label RAGAM IKHWAH. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

"SEBELUM SIAPA-SIAPA.."



“Kamu belajar dekat Kolej Cempaka tu?”

“Ahha. Buat A-Level”

“Nak ke mana?”

“In sha Allah Ireland..”

“Medic?”

“Macam tu la gayanya..”


Doktor Zaki sapu cecair pada lengan Jim.
 
Sejuk. Dibukanya jarum baharu. Test.

“Tahan sikit ye..”  perlahan-lahan jarum dicucuk ke lengan Jim. Dimulai dengan lafaz Bismillah. Setelah masuk pada salur darah yang betul, vaksin tadi direleasekan.


“Sakit?”

“Boleh tahan jugak”


Padahal kaki Jim dah terkepit-kepit tahan sakit. Tapi lelaki.

Dia buat cool jela.


“Pegang kapas ni.. dah siap”

“Next injection bile ye?”

“Lagi sebulan kamu datang, ok”

“In sha Allah” Jim bangun dari kerusi. “Saya balik dulu ye Doktor”

“Ok..hmmm kamu betul nak buat medic?”

“Kenapa Doktor?”

“Takdela. Baguslah. Tapi ingat la, sebelum siapa-siapa, kita ni…”

“Kita ni ..apa ?” Jim mencelah. Belum sempat Doktor Zaki habiskan ayatnya

“Nanti kamu tahulah tu”



---------------------


“Size S ok?”

 “Nanti saya try dulu ek Uncle”


Sibir cuba blazer sample S. Digayakan depan cermin. Pusing kiri, pusing kanan. Depan dan belakang. Pusing lagi. Dan lagi. Dah macam model dah Sibir ni.
Uncle Lim memerhati.


“Kecil pulak ni. Fit sangat kot. Mana tahu cuti nanti badan naik. Dah tak muat”

“Tak pa, you try M pula”

“Ala macam besar plak Uncle”

“You ambil M, tapi Uncle adjust sikit, apa macam?”

“Cantik”

“Nak belajar oversea haa?”

“Kalau ada rezeki la”

“In sha Allah ada. Kena yakin la, ok?”


Terkejut Sibir. Uncle Lim ukur blazer ni, Muslim rupanya.
Chinese Muslim barangkali. Lepas tu ukuran untuk jahit seluar pula diambil. Pinggan size 31. Boleh tahan ramping. Lebar 17 centimeter.


“Belajar kat sana banyak bagus you tahu”

“Yeke Uncle? Mana tahu?”

“Anak Uncle ha, semua Uncle hantar belajar oversea..”

“Wah.. bagus Uncle ni. Bapa Mithali ye”

 
Ukuran settle. Semua diambil. Uncle Lim tulis dekat form pelajar. Ramai lagi yang menuggu giliran kat belakang. Sambil-sambil tulis tu, sempat pula dia pesan kat Sibir


“Sebenarnya kan, you belajar kat mana-mana pun sama je”

“Betul tu Uncle” Sibir mengiyakan, setuju.

“Kena ingat, sebelum siapa-siapa, kita ni..”

“Kita ni.. maksud Uncle?..”

“Nanti you tahulah. Ok dah siap. Nanti apa-apa hal Uncle contact kamu. Betol ha number ni?

“ Ook Uncle. Terima kasih banyak-banyak”


Sibir tinggalkan dewan tadi. Binggung.

“Sebelum siapa-siapa, kita ni siapa?”



-----------------------


“Ikhwah ni patutnya tak ade masalah dalam pelajaran. Results mesti tip top”


Semua tertunduk. Sentap oh.
Bersemangat Ustaz Fairooz memberi taujihat. Fitnah study.  
Makin menjadi-jadi    


“Kalau kita renung balik kisah Abdullah Ibn Maktum, beliau buta penglihatan, tapi semangat nak belajar. Kita ini, semua ada. Cukup lengkap. Tapi masih bagi alasan. Kena malu. Ikhwah pulak tu”

Pedas.

Yang duk dengar taujihat, bisik-bisik.
Terasa.


“Tapi antum kena ingat, pelajaran tu alat semata-mata. Ana dah banyak dengar, ikhwah melompat-loimpat dakwah time belajar, bila dah kerja, lesap. Jadi hamba kerja pula. Balik jadi robot. Masa belajar bukan main cerita kitaran bodoh. Kita tak nak lahirkan angka-angka kosong”


Sentap lagi.
Tapi tu la. Reality.


“Antum belajar jadi inginiur ke, tuan tabib ke, juruukur ke, tukang gunting rambut ke, belajar kat mana-mana sekalipun, sebelum siapa-siapa kita ni…”


Tiba-tiba telefon selular Ustaz berdering. Ada panggilan masuk.
ayat tadi tak sempat dihabiskan.

Masing-masing berbisik-bisik dengan ikwhah sebelah.


“Kita ni, sebelum siapa-siapa, apa?”


Buntu.



----------------------


Siapa?

Nanti you tahu lah.

Nahnu Du’at Qobla Kulli Syai’in

Thursday, March 28, 2013

SUDAH LUPAKAH KITA?



Sudah lupakah kita?

Kita yang dahulu.

Di hujung minggu kita berbungkus dalam selimut. Solat subuh entah ke mana. Membuta sepanjang hari. Aku aku. Engkau engkau. Kita isi hujung minggu dengan games-games. Kita berpesta sampai larut pagi. Dengan dotanya, dengan marathon koreanya. Dengan sebaldi megginya. Kita ikut kawan-kawan ke pusat Bandar. Kita buang duit mak ayah bagi di panggung panggung wayang. Kita tengok movie itu movie ini.

Sudah lupakah kita?

Kita yang dahulu

Quran entah ke mana. Baca bila perlu. Musim exam baru kita cari sejadah. Bila malam Jumaat mulalah kita tengok-tengok surah Yassin. Hari-hari kita penuh gelak dan tawa. Solat kita tunggang langgang. Kawan-kawan kita entah apa-apa. Kita pernah sangkut dengan entah anak siapa. Malam kita tak tidur, bermadu kasih. Berbunga-bunga cinta. Tiada siapa kisah.

Sudah lupakah kita?

Kita yang dahulu

Kita yang rancak di alam maya. Usik situ usik sini. Lagu-lagu ganas dan seram yang menjadi halwa telinga. Bait-bait lirik yang entah apa maknanya yang jadi zikir kita. Di alam maya entah bermacam video kurang sopan lagi menjijikan jadi tatapan kita. Kita yang tidak pernah peduli tentang siapa jiran kita. Tidak pernah tahu apa yang berlaku di seberang sana. Anehnya kita berasa cukup baik. Cukup sempurna.

Sudah lupakah kita?

Kita yang dahulu

Yang tidak pernah ingin peduli. Tidak pernah ingin ambil tahu. Pakaian kita yang ketat bagai. Koyak rabak sana sini. Kita makan sesuka hati. Macdonald? Kitalah duta. Coca-cola itu jiwa kita. Music itu sahabat sejati kita. Kita hidup sendiri-sendiri. Cari kawan bila perlu. Kita yang kedekut. Yang berkira. Kita yang racist. Kita yang cakap kotor. Yang cakapnya asyik nak menang.

Sudah lupakah kita?

Entah bagaimana.

 Dia bimbing kita. Keluarkan kita dari lorong gelap itu.
Berikan kita cahaya.
Dalam ramai-ramai, kita yang dipihNya.

Entah kenapa.


“….Ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya..”

(Ali Imran:103)


Sudah lupakah kita?

Kita yang baharu.

Sejak detik itu. Kita mula kenal erti kehidupan. Kita mula bersahabat dengan Quran. Kita mula mendekati masjid-masjid dan suaru-surau. Kita mula rasa ni’mat nya beragama. Mulai rasa signifikannya kehidupan. Mula belajar mengenali Rasul. Mula belajar mengenali Sang Pencipta.

Sudah lupakah kita?

Kita yang baharu.

Kita diperkenalkan dengan benda-benda baharu. Yang asing di waktu lampau. Kita diperkenalkan dengan dakwah. Yang suatu hari dahulu kita takut mendengarnya. Tapi aneh kita berkorbar-korbar mempelajarinya. Kita bersemangat untuk mengaplikasinya. Kita diperkenalkan pula dengan ilmu ilmu tambahan. Bahan-bahan fikrah.

Sudah lupakah kita?

Kita yang baharu

Kita berkawan dengan sahabat baharu. Yang juga pernah menjadi mangsa kehidupan. Kita mulai episod baharu. Berjalan seiringan. Menyanyikan lagu perjuangan yang sama. Sama-sama kita bersajak. Sama-sama kita menghayun tangan. Kita mengangkat janji. Sama-sama kita kecoh. Sama-sama kita ganding bahu, berdakwah dalam kelas, berpesan sesama kita.

Sudah lupakah kita?

Yang kerana dakwah kita sanggup tak tidur malam. Beramai-ramai dalam kereta yang satu kita keluar di hujung minggu. Terus menghilang. Tatkala yang lain sibuk menelaah, kita terhegeh menyantuni para mad’u. Bila ada antara kita yang malas-malas dan culas, cepat-cepat kita hulurkan tangan. Kita yang erat dan utuh.

Sudah lupakah kita?

Tapi aneh.

Setelah sekian lama, hilang semua itu.
Mana pergi kita yang baharu ?
Kenapa kita kembali kepada yang dahulu?


Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi, dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan
(Ad Duha :6-8)


Sudah lupakah kita?
Ikhwah dan Akhwat sekalian?

Monday, March 18, 2013

"KAMI SEBENARNYA..."





“Dah lama Makcik jual pisang goreng ni?”


Eja bersuara. Sambil tunggu Makcik tadi isi pisang ke dalam plastic separa lutsinar. Sambil-sambil itu dilap peluh-peluh. Hangat. Betul betul tengah hari. Syamil tengok Makcik tadi goreng pisang yang lain setelah diangkat satu batch yang dah masak.
Berminat.

“Kalau dah dikira-kira, aih dah lebih 15 tahun”

“Uiks lama tu” Jawab Syamil.

“Selalu ramai ek kat sini?”

“Alhamdulillah. Macam ni la. Kadang ramai kadang tak”

Terpegun. Kagum sebenarnya. Makcik tu, kalau dihitung-hitung dah lebih separuh abad. Kedut-kedut pada wajahnya dah jelas kelihatan. Bintik bintik hitam, tanda gigih.

“Anak-anak Makcik ?” tiba tiba terpacul keluar dari mulut Eja.

Belum sempat dia habiskan soalannya, Syamil tenung Eja. Isyarat. Sensitive barangkali soalan tadi. Takut-takut tak kena.


“Dorang semua dah keje, kat Bandar. Merata-rata. Kamu semua ini dari mana?” Makcik tadi dah paham.

“Oh. Kami dari JB. Ada program kat sini”

“Selalu program kat sini? Jauh tu”

“Selalu jugak la” Ujar Syamil.

Pisang dua bungkus dah siap. Masak. Harum sampai ke hidung. Makcik masukkan ke dalam plastic.

“Lima ringgit kan Makcik?”

“A’ah. Ni Makcik masukkan lebih. Nanti singgah la lagi”

“Eh tak payah la Makcik. Ermm, ni sepuluh ringgit, baki Makcik simpan ek”

Eja terharu.
Makcik tadi pun.

“Kamu  ni sapa sebenarnya?”

Eja tengok syamil.
Syamil tengok Eja.

“Kami sebenarnya….”


--------------------


Lutfi perlahankan kereta Myvi kuningnya. Haris tekan button kat dash board tu. Cermin tingkap terbuka.

“Assalam’alaikum Pakcik, nak ke mana?”

“Wa’alaikumsalam. Nak ke pasar borong kat pusat Bandar sana.”

“Marilah naik. Kami pun on the way ke sana”


Haris turun dari depan. Dituntun Pakcik tadi. Pintu dibuka. Kemudian ditutup. Perjalanan diteruskan. Jauh sebenarnya lagi destinasi dituju. Dua tiga minit pertama semuanya sunyi. Cari idea mungkin.

Peluh-peluh mengalir dari dahi Pkcik tadi.
Jauh benar dah jalan tadi. Haris kuatkan pendingin kereta. Lutfi terus memandu ke destinasi. Jalan mereka tak sehala sebenarnya.

Tapi..

“Pakcik dari mana sebenarnya?”

“Seksyen 13, anak nak ke mana?”

“Kami nak ke Bandar juga. Ada program. Jauh juga tu Pakcik jalan.”

“Pakcik dah biasa dah. Budak kat rumah tu, kalau Pakcik tak keluar cari makan, tak makan la semua”


Haris pandang Lutfi.
Sampai kat satu simpang, Lutfi perlahankan kenderaan singgah sekejap di satu gerai. Haris cepat-cepat turun. Tiga gelas air kelapa dibeli. Cepat-cepat dia naik kereta balik

“Air kelapa Pakcik..”

“Eh kamu ni, buat susah je..”

“Takpe. Bukan selalu pun.. Panas kan sekarang”

Haris hulur satu gelas air. Pakcik tadi terus ambik.
Laju diminumnya. Haus benar. Makin laju pula peluh.

“Haa turunkan Pakcik kat depan mesin ATM jela”

“Yang tu ek?” Lutfi tunjuk mesin ATM Bank Islam di seberang jalan. Dah dekat dengan pasar.

“A’ha yang tu”

“Nanti pakcik nak balik, nak kitorang ambikkan?”


Tiba-tiba muka Pkacik tadi lain.
Kaget. Bingung pun ada.

“Eh takpela. Pakcik boleh balik sendiri nanti”

“Ok la kalau macam tu”

“Pakcik turun dulu la nak, hati-hati bawak kereta nanti”

“In sha Allah Pakcik.”

Pakcik tadi turun. Sebelum tutup pintu. Dia sempat toleh balik ke dalam.
Tertanya-tanya

“Kamu ni sapa sebenarnya?”

Lutfi dan Haris saling berpandangan.


“Sebenarnya kami…”


----------------------------


“Faris kan?”

“Mana abang tahu?”

“Haa, dunia kan dihujung jari sekarang”

Tiba-tiba saje.
Raman duduk makin dekat dengan si Faris tadi. Rancak pula berbual. Tanya asal mana, sekolah mana. Tibe-tibe sahaja.

“Hmm, Faris free pagi esok? Jum ikut abang keluar”

“Free tu free. Tapi nak gi mane?”

“Kita gi rehlah. Nak?”

“Oh. Rehlah tu macam mana bang? Kat mane?”


***

“Macam mana tadi, best tak?”

“Best jugak. Kalau duk kat kolej konfem tidur tadi bang”

Seronok benar bercerita. Raman buka tingkap kereta. Angin dari luar masuk, kuat. Peluh keduanya mengering. Sebelum sampai ke kolej, Raman singgah di satu gerai. Beli dua biji burger. Ayam special. Peh terbaik.

“Ni untuk Faris satu..”

“Laa..tadi pun dah kenyang bang, abang makan jela”

“Bukan selalu pun kan”


Nak tak nak. Last last ambik juga.
Rezeki kalau dah datang tak baik tolak

“Hmmm bang, tadi semua tu sape?”

“Adelah. Kenapa?”

“Entah la. Semua baik baik je. Ramah mesra je. Ada lagi manusia camtu ek. Baru jumpa hari ni tapi macam dah kenal lama.”

Tersenyum Raman.


“Sebenarnya kitorang semua ni..”


------------------------


“Makan bungkus?”

“Makan.” Serentak berlima jawab.

Order diambik. Abang waiter tadi berlalu. Ramai betul orang petang tu. Semuanya orang Bandar sekarang makan kat kedai. Tak sempat nak masak kat rumah. Adeh.
Lepas lima minit tak sampai-sampai.

Ali mula dulu.
Mushaf dikeluarkan. Dibacanya perlahan. Khusyu’

Lepas tu yang lain pula ikut. Eja pun buka Quran. Adil baca kat i-pad. Haris pun. Semua senyap. Lutfi tengah cakap telefon. Kemudian dia pun ikut sama taddabur. Isi waktu kosong.

Pelik?

Orang sekeliling tengok.

Dua tiga minit air sampai.
Abang waiter tadi la paling pelik

“Korang ni dari skolah Tahfiz Seksyen 39 tu ek”

“Eh tak la. Kami belajar kat sini je. Kat Kolej Matahari tu”

“Oh”

Abang tu hidang air. Perlahan-lahan. Sambil tu dia tengok sorang-sorang. Berminat mungkin. Entah. Pelik benar.

“Ikut tabligh eh”

“Kenapa bang?”

“Eh tak de pape, layan pelanggan”

“Nasi lambat lagi bang?”

“Jap ek”

Abang tu pergi. Sengih sengih mereka lima orang.
Menarik.

Duduk sekejap, yang di order pun sampai. Abang tadi lagi. Mukanya penuh tanda soal. Tak puas hati lagi.

“Abang dah makan? Jom la sekali” Pelawa Ali.

“Dah tadi. Korang ni sapa sebenarnya?”

“Kami sebenarnya…”



-------------


Kami sebenarnya….

Sebenarnya

Sebenarnya

Meh nak bisik


“Nahnu ruhul jadid fil jasadil ummah”

Senyum.