Beberapa
hari yang lalu saya dan beberapa orang ikhwah yang lain sempat keluar
berfoya-foya, eh itu dulu. Silap perkataan. Saya dan mereka keluar menjalin
ukhuwah dan menyemai kemesraan di bawah cahaya lampu kalimantang cewah bagi
memenuhi aktiviti waktu cuti yang lapang dan mengerikan. Kami singgah ke sebuah
mall di Bandar X. Harus dirahsiakan, nanti anda intip saya. Haha.
Sempat juga
kami singgah membaling bola bulat yang agak berat itu untuk menjatuhkan pin pin
tidak bersalah. Sejenis permainan yang saya kurang faham kenapa dikategorikan
sebagai sukan, entah di mana hadaf dan sukannya. Apa-apa pun bukan pengalaman
menjatuhkan kesemua pin mahupun peristiwa bola singgah ke longkang yang ingin
saya gemburkan di sini.
Yang saya
perasan, sesuatu yang agak menarik.
Sudah
menjadi lumrah merokok adalah dilarang dengan keras dalam kawasan mall, bagi
menghormati ketenteraman awam. Tapi agak menarik, boleh pula disediakan satu
ruang khas untuk mat mat rokok tegar melampiaskan hawa nafsu rokok mereka di
port sukan tadi. Lihatlah, betapa aktiviti jahiliyah mendapat pengiktirafan
sedemikian rupa.
Sebenarnya
benda ni, alah bisa tegal biasa.
Mungkin
sebelum ini saya kurang peka. Masyarakat kita dah lama mendokong perbuatan
jahiliyah. Aktiviti tidak bermoral sudah lama mendapat pengiktirafan di
sekeliling kita. Kalau anda perasan, di setengah tempat, ada papan tanda, zon
menutup aurat. Ironi. Seolah olah di zone itu sahaja aurat perlu ditutup.
Seolah olah di luar zon berkenaan, dibolehkan membuka aurat. Seolah olah hukum hakam
Allah, ada zon zon nya. Padahal seluruh bumi ini dan isinya adalah dibawah
kekuasaanNya.
Lagi style
kalau anda perasaan di alam maya ada certain paparan yang dilabel dengan nombor
lapan belas (18). Entah. Apa motif. Bahan berunsur lucah, ganas terlampau dan
ngeri terlalu, hanya untuk tontonan mereka yang sudah berumur lapan belas tahun
dan ke atas. Aih. Seolah-olah bila dah capai lapan belas tahun, bolehlah senyum
gembira kerana mendapat kelulusan menonton filem filem tidak bertamadun
demikian.
Nampak tak
permainan di situ.
Mulalah
anak anak remaja kita yang tidak berdosa dan masih suci dicemari pemikiran
mereka. Aku dah lapan belas tahun. Dah cukup haul. Aku boleh tengok hitu dan
hini. Kau belum. Duduk senyap-senyap.
Ini yang
berlaku sekarang. Kat Malaysia pula tu.
Malaysia ni
saya kira macam ok. Medianya pun. Ada rangkaian televisyen menarik anak anak
muda menjerit sana sini,bertom-tom bak la, berfantasial la, memanah bintang
kecil la, dan sebagainya. Kalau nak listkan, gamaknya lepas kacau bubur as syura
tiga belas kawah baru siap senarai. Ahha. Dan pada waktu yang sama, yang
murninya kita ada program media seperti ustazah pilihan, imam muda, halaqah
maya dan sebagainya. Harmoni gitu.
Tapi
parahnya, reality semasa di Negara kita ini sangat bernanah.
Kalau
sekarang ada bilik khas untuk perokok, saya tak hairan jika sepuluh atau dua
puluh tahun lagi akan ada bilik bilik khas untuk mendadah atau berzina. Kalau
sekarang ada zon zon menutup aurat, mungkin next time ada pula zon zon
berpakaian. Maknanya di luar zon ni,anda paham paham la. Kalau sekarang ada
label 18, boleh jadi angka itu akan menurun. Mungkin seawal usia 6 tahun dah
diberi ‘pass’ untuk menonton paparan tidak bermoral di skrin skrin.
Tidak best
dan tidak bagus. Best kot. Benda maksiat ni pada mata kasar nampak best. Tapi
tak bagus.
Kalau kita
semua tunggu dan lihat, baca dan komen, memang benda benda ini akan terus
berlarutan dan kian parah. Macam orang sakit. Tak kisah la seramai mana doctor
yang pergi melawat, kalau semua cakap je,tiada tindakan, kat situ jugaklah si
sakit tu temui ajal.
Sudah
masanya kita yang nampak ini bangkit dan jalankan tanggungjawab.
Cukup cukup
sudah kita geleng kepala.
Cukup cukup
sudah kita tuding jari
Cukup cukup
sudah kita hentam orang tu orang ni
Cukup cukup
sudah kita jaga tepi kain sendiri saje
Cukuplah
Boleh buat
lagu ni.
Macam tu
la. Merepek je kerja saya ni. Berharap. Kalau la orang kita boleh peruntukkan
wang untuk bina bilik khas untuk menyedut asap rokok, sepatutnya lagilah boleh
keluarkan wang bina tempat tempat khas untuk berusrah dan berbulatan gembira.
Kalau akademi fantasia boleh mengambil tempat di tengah tengah mall, kita juga
nak berdaurah di tengah tengah mall. Amazing bukan.
Angan-angan.
Akan sampai
ke bulan.
In shaa
Allah.
12 comments:
Idea berusrah tgh org ramai mmg best dan pernah dibuat,tapi ada pihak beri arahan untuk hentikan prog usrah atau underground group yg dilabel USA.Samada masih berkuatkuasa atau tidak,wallahualam.
Sedih,mereka nak rosakkan fikiran anak muda.Haih.T.T
-biskut hup seng-
USA tu hape?
jzkk. memeriahkan ruang komentar :)
United State of Amerika bang.Ada ke patut.Haih.Dapat mesej dari murabbi sendiri.
-biskut hup seng-
oh. ingtkan udang sotong ayam. aih
encik ni ada cita2 nk jd author ke?
publishkan lah buku2 ilmiah dgn gaya pnulisan santai mcm ni.
.may.your.steps.be.forever.blessed.
in shaa Allah
kalau sy publish anda nak beli kah ? haha
in sha Allah. amiin
saya pun masih kurang jelas dengan hadaf bermain dan melempar bola yang berat itu .
patutla kat fb tulis tom tom bak
Dinding tinggi membuat kita merasakan senang dengan apa yang kita ada pada hari ini.
Agak 'comfort zone' disitu.
Tanpa menyedari,sedikit demi sedikit kegelapan menelan kita.
Perkongsian yang menarik akhee..>.<y
Kalau ada buku akhi,confirm ana beli ^^
Kekeke
-nawal
in sha Allah.
antum semua style
mulakan berusrah di ALM square...
mulakan berdaurah di dewan 3S...
mulakan berdakwah di sesi Speaker's corner...
mulakan dengan ahli keluarga...
kemudian dengan ahli bilik pula...
jgn dilupa ahli kelas yg sama...
ajklah seluruh ALM semua...
biar seruan ini gegak gempita...
bukan hanya omongan semata-mata...
semakin ramai semakin berbisa...
menjadi dinding yang kukuh lagi mulia...
amboi encik anonimos :
in sha Allah
Post a Comment