“Adi..”
“Ape..?”
“Buku
chemistry…pinjam”
“Kau nak
buat ape doh”
“Agak-agaknya
orang buat apa dengan buku eh?”
“Kasar kau.
Kau biar betok doh..”
“Asal plak?”
“Sejak bila
kau mula berkecimpung baca buku ni? Tak lama dah weh nak kiamat ni”
“Kau plak
tadi turun solat jemaah kan? Aku nampak kot. Sejak bila weh?”
-_-
---------------
Ni biasa. Biasa
berlaku dalam kalangan pelajar. Sejak dari tadika lagi. Apatah lagi di sekolah
menengah dan di kolej. Saya dah biasa sangat. Kadang-kadang saya pun jadi
mangsa. Cewah. Tapi pada kebanyakan masanya saya la pemangsa. Ok pengakuan
berani hidup.
Melawak
melawak jugak. Tapi kita sering mempermainkan usaha baik yang ingin dimulakan
sahabat kita. Tika mana kengkawan kita atau orang disekeliling kita mula
melakukan satu usaha yang boleh dikatakan murni, mula lah kita kata, tanda-tanda
kecil kiamat la, buang tebiat la, show off la dan bermacam lagi. Tidak lupa juga
kenyataan yang berbunyi, “Peh, awek kau suruh eh?”
Bukan nak
merepek panjang. Sekarang ni isu Gaza tengah panas. Di mukabuku, di laman-laman
web dan di blog mula membincangkan dan menggembar-gemburkan konflik
Palestin-Israel yang tidak pernah berkesudahan ini. Saya bukan nak kupas isu ni
kerana saya bukanlah orang yang ahli apatah lagi mempunyai lesen pengupas yang
sah, lagipun anda sendiri pun sudah tahu benar akan isu ini.
Saya kagum
dan terharu disebalik pelbagai usaha yang diimplementasikan oleh segenap
lapisan masyarakat terutamanya golongan muda dalam usaha membantu saudara-mara
kita di Gaza. Golongan muda? Bunyi macam dah tua berabad pula. Er. Tika mana
saya membaca status status yang mendera jiwa dan membakar semangat oleh
kawan-kawan di mukabuku, ingin sahaja saya terbang dan berjuang di sana. Namun apakan
daya.
Namun begitu,
di sebalik hiruk-pikuk dan kemeriahan menggembleng usaha menghulurkan bantuan
dan melancarkan kempen kesedaran, masih ada suara-suara sumbang kera-kera
sumbang yang bertiup ke kiri dan ke kanan, mempermainkan usaha murni ini. Ada yang
membidas dan mengutuk tindakan berhati suci lagi murni orang ramai dengan
melemparkan komen-komen berbaur hanyir dan mengandungi unsur
ketidakbijaksanaan. Sedih weh.
Saya rasa
dalam kes ni bukan lagi untuk melawak. Memang nak kena pelempang percuma.
Cukuplah
samapi di sini kemarahan itu berlalu pergi. Moga kita ambil ibrah. Saya yakin
tiada dalam kalangan kita yang mempunyai mentality kuno sedemikian. Daripada penat-penat
kita kutuk usaha suci lagi murni sedemikian, alangkah indahnya kalau kita pun
turut serta membantu supaya dapat dijadikan hujah. Maka di sini, setelah penat
berfikir, saya ada beberapa usul untuk dikongsi, usaha yang boleh kita sertai
Menderma. Yang
ni paling basic. Kalau kita tak mampu suruh mak ayah derma. Kalau la kita ni
pemegang biasiswa, maka itu lagi cantik. Lebih-lebih lagi biasaswa rakyat Malaysia,
derma kita itu mewakili rakyat Malaysia. Alangkah besar pengertiannya. Kalau kita
ditanggung penuh oleh mak ayah sekalipun, kita menderma bagi pihak mereka, wah,
begitu manis bukan usaha itu. Saya pasti mak ayah akan bangga dengan anda. Nak derma
rujuk gambar di bawah :)
Sebenarnya saya
nak stress part menderma. Yang lain masing-masing sudah tahu. Jaga solat. Banyyakkan
berdoa. Doakan untuk mereka dalam sujud-sujud kita. Baca al Quran dan fahami
makanannya. War-warkan isu ni kepada orang ramai kerana masih ramai yang tidak
tahu Gaza itu ape. Ok tak tipu. Belajar bersungguh-sungguh. And last but not
least, ayuh bina individu-individu di sekeliling kita supaya lebih ramai yang
tahu, mahu dan mampu melakukan usaha yang sama.
Harap Maaf,
tajuk terlalu radikal. Ke romantic?
9 comments:
Akhi Aiman Azlan says ;
Jihad sampai mati.Perang dah tamat sekalipun,jihad tetap berterusan.
The tittle ?.Lain kali kasi gempak sikit lagi lah :D
AKhi Aiman Azlan said so
and how do i quote you ?
sila nyatakan nama en enonimos :)
fahamkan makanannya?
itu sengaja atau typo?
nak jugak terbang ke sana. jom?
Ohh sorry.Just call me Mr.Y .Aha!
assalamu'alaikum
found this
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=302817906491128&set=a.270574816382104.48674.269990513107201&type=1&ref=nf
:)
pmburu masa : typo ok -_-
ok la enonimos -_-
nurul :
t_t
means nak taip maknanya la tu kan. sdkit kekonfusean distu.
Jom terbang ke Gaza. Mati syahid sama2 dengan diaorang :)
Kalau boleh............
Akmal
in sha Allah kita berjuang di sini. banyakkkk sangt nk diperjuangkan :)
Post a Comment