“Aku ponteng Usrah. Haha. Jahat Giler”
“Malam ni? Kenapa??”
“Yes. Aku dah malas”
“ (emoticon muka down), (Nama akh tu), Even
Usrah dah tak best, dah tak feel, tarbiyah dzatiyyah diri tetap kena ada tau”
Satu screenshots
yang baru diterima daripada seorang Akh yang namanya bermula dengan huruf A,
maka mari kita namakan beliau akh A, bukan Avanza, menceritakan perbualan
beliau dengan seorang akh yang nama dirahsiakan. Maka mari kita namakan beliau
Akh C. Penulis ialah Akh B. (Tu pun jika layak digelar al akh)
Terkezut bak
hang.
Kemudian Akh
A terus menyelongkar masalah Akh C. Yang detail tidak diketahui oleh Akh B. Tapi
sekeping lagi screenshot, membuatkan Akh B berfikir dan terdorong untuk
mengarap sedikit di sini.
“…..seminar pengurusan cinta Hilal Asyraf dekat
UIA. So next liqa setiap orang kena ambil part untuk present apa yang dia dapat”
“Owh, Hmm”
(Akh A pun terkedu)
“Lepas ni, aku nak ponteng je. Sebab aku rasa
liqa yang aku join sekarang ini tidak membuahkan amal. Kan Abang (tettt) pernah
cakap hari tu kan, apa gunanya usrah kalau tak membuahkan amal”
“So apa alternative buat masa sekarang?”
-----
Saya bukan
menulis di sini dan mengambil satu contoh yang mungkin rare ini untuk dinisbahkan
kepada institusi usrah secara keseluruhannya. Namun hakikatnya, ada berita
kurang enak dari rakan-rakan yang sudah lama berkecimpung dalam hal hal ini. Nampaknya
usrah sudah benar benar mendung?
Saya secara
peribadi meletakkan usrah sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seorang
dai, yang haraki. Mungkin kerana ‘dibesarkan’ dalam sentuhan tarbiyah yang mana
kami dididik dengan satu fahaman bahawa dalam mengajak orang kepada Allah,
kerja utama adalah mentarbiyah secara berfokus dan wasilah yang tetap dan
paling muntij adalah usrah.
Namun belum
sempat tumbuh tinggi dan membesar, belum sempat memaknai usrah secara syumul
dan fikrie, nampaknya alam ini sedikit demi sedikit membuatkan saya
mempersoalkan, bagaimana usrah yang sepatutnya?
Kata seorang
akh,
“Usrah
adalah kilang untuk menghasilkan daie yang berjuang di jalan Allah”
Saya mebenarkan
kata-katanya setelah melihat banyak hasil yang dilahirkan sebelum ini. Semoga kilang
ini terus beroperasi dan hidup subur. Dan methodology kilang ini tidak lain
tidak bukan dengan tarbiyah, perlahan dan bertahap.
Pun begitu,
bukan semua yang bersama usrah ingin melaksanakan tujuan usrah, yakni akhirnya
untuk menjadi produk tersebut. Bukan semua yang mengendalikan usrah juga
bergerak ke arah itu, yakni menghasilkan mujahid di jalan Allah, yang akan
sentiasa meletakkan tarbiyah sebagai core business.
Paling menarik,
bukan semua setuju dengan system usrah. Meskipun mereka dan orang yang
memperjuangkan usrah dan tarbiyah datang dari rahim usrah yang sama. Kan dah
pening.
Dan yang
lebih menarik, usrah telah divariasikan sifatnya, meyebabkan usrah yang hilang
keasliannya kembali dipromosi menggunapakai nama usrah, menyebabkan salah faham
terhadap usrah kembali berleluasa.
Akhirnya,
ramai yang ikut usrah. Tapi bukan usrah “kilang”.
Ada orang
bersama usrah kerana mahu jadi baik baik sahaja. Dengan usrah dia berada dalam
bi’ah (environment) solehah. Dapat menjaga iman dia. Dan dia mengimpikan
riwayat hidupnya berakhir menjadi orang yang baik baik, sopan dan santun. Usrah
yang diikutinya dinamakan usrah maintenance.
Ada orang
bersama usrah untuk mencari kenalan. Orang macam ini jenis tak reti bersosial
sangat, hidup terpencil dan selalu alone. Dalam usrah dia dapat kenalan baru. Tidak
lebih daripada itu harapan dia. Apabila ada aktiviti sampingan lain yang
dianjurkan oleh naqib naqibah, mereka seronok untuk menambah kenalan. Usrah ini
usrah social.
Ada orang
bersama usrah sebab nak dapat gelaran ahli usrah. Sebab usrah sudah jadi
trending. Bahkan, botol air, jenama pencuci baju, nama restoran dan macam macam
lagi entity yang dekat dengan kehidupan masyarakat dinamakan usrah. Dan yang
lebih menarik, menjadi ahli usrah yang biasanya dibawah organisasi tertentu
memberi mereka ticket untuk digelar ahli organisasi tertentu. Usrah ini kita
namakan,err Usrah Labeling ?
Kontroversi
bukan?
Ada banyak kes dan keadaan lagi.
Ada yang
mengendalikan usrah semata-mata untuk KPI (key performance indicator) tahunan
organisasi mereka. Dalam pada itu, usrah dijadikan tempat untuk doktrinasi ideology
yang diperjuangkan. Tempat mengumpul penyokong yang akhirnya akan meluaskan
pengaruh sokongan di media media social, lalu sejumalah ‘like’ dapat dicapai
dalam tempoh tertentu. Usrah ini belum ada nama.
Ada yang
bersama usrah kerana bestnya dapat menyertai banyak aktiviti yang dapat
menghindarkan diri daripada waktu lapang yang banyak. Mereka dapat mengelakkan
diri daripada terjebak dengan gejala social. Dapat bersukan bersama-sama,
mengayuh basikal bersama-sama, berseminar bersama-sama, ke konsert amal
bersama-sama, dan bermacam lagi. Pendek kata mereka suka kepada aktivisme.
Kreatif rupanya
penggerak usrah.
Ada lagi
nama nama glamor usrah yang lain seperti
Usrah F.M
Usrah
Bulanan
Usrah
National
Urah Umum
Usrah Jemputan
Usrah Jemputan
Dan bermacam lagi.
*tetibe
rasa futur nak sambung*
Kesemua situasi
di atas adalah bagus dan baik.
Jadi, anda
yang mana?
Maka saya
akhiri artikel kali ini dengan keratan ucapan Imam Hassan Al Banna,
“Dalam
banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang banyak tentang
berbagai masalah. Anda yakin bahawa semua cara yang mungkin digunakan untuk
menjelaskan apa yang anda inginkan, telah anda lakukan.
Anda pun
merasa bahawa semua telah menjadi jelas, sejelas fajar subuh atau bahkan
sejelas matahari di siang hari. Tapi seketika itu pula anda mungkin terhenyak. Kerana
ternyata pendengar tidak memahami penjelasan anda.
Saya telah
menyaksikan dan merasakan hal tersebut di banyak kesempatan. Saya percaya
bahawa rahsia yang ada di balik itu adalah salah satu dari dua hal yang
berikut;
Pertama,
mungkin kerana tolak ukur yang digunakan oleh masing masing kita dalam
mempersepsi apa yang ia dengar dan apa yang ia katakana saling berbeda
sehinggalah terjadilah pembedaan pemahaman itu, atau;
Kedua,
mungkin juga kerana ucapan itu samar dan tidak jelas, meskipun sang pembicara
sendiri yakin bahawa ia telah menyampaikannya dengan sangat jelas”
Ya, post yang sukar untuk difahami,
mungkin kerana dua perkara di atas
12 comments:
alhamdulillah
fahimtu biidznihi
kalau usrati dekat ikim fm tu cane pulak? hikhok
Melayan kecenderungan manusia mmg butuh kesabaran yg akhi, jelas2 yg pasti, kita berusaha sekeras mungkin bersifat manusiawi kerana kita bukan mahu mensistemkan manusia, tetapi memanusiakan sistem, tanpa kompromi pd proses takwin, sekeras yg mungkin juga.
Jadi, yang sepatutnya tu, usrah yang bagaimana?
Usrah yang membuahkan amal, kan?
(Ini semua mainan perkataan, skrg ana dh confused. Adeh. T_T)
tadi baru ja jumpa dgn sorng patient.. graduate dari oversea... dia mempromosi usrah... kata pakcik tu, zaman dia dulu, tahun 70an ramai2 yang join usrah kt oversea, semuanya graduan yang hebat.. mostly 1st class...
kpd ukht Suratun, 'usrah maintenance' ukhti ni bukan satu label, tp lebih kpd proses. jadi bila nak upgrade jadi 'usrah kilang' iaitu penghasilan lebih ramai murobbi-- anti kena la bawa usrah.
anti dah ready nak bawa usrah? hehe.
maaf. mengambil ruang. tapi rasa nak share juga :D ini adalah kata-kata "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah.
Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…
Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta tak jelas …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo …
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …
Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …
ya. jawapan diberikan. jzkk semua.
Alhamdulillah. Bawak usrah itu sudah cukup baik. Byk aspek perlu dihitung untuk explain tentang feel
Yang saya cuba ketengahkan di sini ialah isu usrah yg tidak lagi jadi usrah. Hmmm. Dan harapnya definisi kilang kita sama
usrah ? kilang ? mohon explain detail .
Inspector saahab buat lagi post pasal usrah .
how to make usrah with our friends ?
*saya zero pasal usrah ni.
mohon explain .
Post a Comment