Alhamdulillah.
Setelah berlalu hari dan hari, minggu ke bulan bahkan tahun ke tahun dan ke
tahun seterusnya, hidup kita yang tidak sepi daripada melakukan dosa ini masih
ada, masih berkesempatan untuk kita menghirup udara percuma, dengan ratio
oxygen, carbon dioxide, nitrogen dan gas gas lain yang just perfect.
Teringat
seorang Ustaz pernah share, portion gas dalam udara ini tidak berubah. Just
perfect. Walaupun berlaku pencemaran udara, jerebu ke, turun salji di Kuala
Krai ke, portion tetap sama. Kalau lah oxygen tu terlebih sikit, nescaya
habislah terbakar material yang mudah terbakar di muka bumi ini kerana lebihan
oxygen menggalakkan combustion process.
Kalau
kurang pula, nescaya kita semua kena pakai oxygen mask, kerana tidak cukup
oxygen dalam darah, untuk menghasilkan tenaga. Penatlah jantung mengepam darah
supaya lebih pantas bergerak dan bertindak. Kehausan la mitochondria, dan pasti
merungut haemoglobin dan sebagainya.
Dan juga
jika ia berlaku, terpaksa la kita dapatkan bekalan oxygen tambahan di kedai
kedai, maka manusia akan mengambil kesempatan ke atas manusia yang lain.
Meningkatlah kos sara hidup dan menderita la mereka yang dibawah, maka bersorak
la yang di atas.
Lihatlah,
betapa telitinya aturan Allah s.w.t.
KeadilanNya
terserlah, dalam pengurusan udara je pun
Yang jarang jarang kita fikirkan.
Yang jarang jarang kita fikirkan.
----
Pun begitu,
sudah menjadi sunnah hidup ini medan ujian. Pasti ada yang kandas dan terbuat
dosa. Terumpat. Terdedah aurat. Terminum itu, tersedut ini. Termakan harta
orang. Terkata belakang. Tergoda. Tergelak lebih. Termakan banyak. Tertido
lebih. Terguris hati yang lain. Tersakiti jiran jiran. Termegah. Terbangga.
Terujub.
Dan banyak
la ter ter yang lainnya. Kalau nak list kan semua ter ter tu, maka hari ini
kita memang cerita pasal ‘ter’ jela. Err.
Kali ini
saya nak kongsi la sedikit pengalaman membaca al Quran beserta makna, elok la
musim musim orang ramai mula berodoj ini, motivasi dan panduan dari al Quran
sekitar berhadapan dengan ujian ujian dunia ini.
Kalau anda
perasan la, apabila Allah hendak menceritakan tentang suatu ujian kehidupan
dunia ini, Allah akan bawakan satu figure yang mana keadaan dia diuji dalam
ujian tersebut dalam keadaan terpaling dahsyat. Yang akhirnya bila kita baca
kisah mereka ini, kita rasa macam hampeh je kita ini. Ujian kita dan mereka mungkin
sama, tapi intensity nya berbeza.
Dan kita
dengan intensity ujian yang biasa biasa itu terus merungut.
Contoh;
Apabila
Allah hendak mengkhabarkan kita tentang ujian jalan dakwah yang sangat panjang
ini, Allah bawakan kisah Nabi Nuh.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh
kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh
tahun….”
(Al An kabut:14)
Peh. Kita
buat dakwah tiga hari dah merungut. Lihatlah betapa intense nya ujian ‘lamanya
seruan dakwah’ ke atas Nuh a.s. yang sepatutnya menyentap kita dan terus
kembali kerkerja.
Seterusnya,
apabila al Quran hendak berkongsi dengan kita tentang ujian menjadi seorang
lelaki, muda, kacak pulak tu, dengan ujian godaan wanita Allah bawakan kisah
Nabi Yusuf. Ketampanan nabi Yusuf ini memang kita semua tak boleh challenge la,
sehinggakan wanita yang terhiris jari mereka tidak sedar kerana khusyuk dan
tergoda.
Rasanya sangat
mustahil ada wanita yang akan tertawan dengan wajah kita sehingga tahap tak
sedar mereka menghiris jari sendiri. Hidung pun tak berapa nak mancung, haha. Berbeza
dengan nabi Yusuf,
Pun begitu
dia mampu;
“Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya
menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya dan dia menutup pintu pintu seraya
berkata, “Marilah ke sini”, Yusuf berkata,
“Aku
berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”….
(Yusuf:24)
Apabila Allah
hendak berbicara tentang ujian kuasa dan harta, Allah bawakan kisah Sulaiman
a.s., yang mana apabila dia dikurniaan nikmat memerintah seluruh alam, termasuk
haiwan dan jin yang boleh berbicara dengannya dan melakukan apa sahaja
kepadanya, dia berkata dengan penuh zuhud;
“……‘Ini termsuk kurniaan Tuhanku untuk menguji
aku apa aku bersyukur atau mengingkari’….”
(An Naml:40)
Kita ini
pula, baru dilantik menjadi ketua rumah sukan, satu kampung kita canang cerita.
Baru dipilih jadi pemimpin, dah mula nk korup, naik jet, nak mewah je. Ewah ewah.
Bila Allah
hendak mengajar tentang ujian menjadi wanita solehah yang mungkin dicemuh dan
didiskrimanis oleh masyarakat, Allah bawakan kisah Maryam yang mana diuji
dengan kandungan tanpa persetubuhan itu. Sehingga dia difitnah, dan dikeji oleh
masyarakat, meskipun seluruh hidup dia tidak pernah bersentuhan dengan yang
bukan mahram.
Meskipun dia
sering mengabiskan masa di mihrab, beribadah kepada Tuhan.
“Maryam berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin
aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelakipun”,
Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa
yang dikehendakiNya. Apabila Allah berhendak menetapkan sesuatu, maka Allah
hanya berkata kepadanya, “Jadilah” lalu jadilah.
(Ali ‘Imran:47)
Peh.
Maryam. Dah lah solehah. Diuji dengan kandungan. Dengan ujian yang pasti
mendatangkan fitnah. Dengan ujian yang tidak dapat disorok. Masakan kita yang
tak berapa solehah ini merungut bila diuji sekelumit cuma?
Dan bagi
para isteri yang teruji kerana sering ditinggalkan suami ekoran keluar
berdakwah, Allah datangkan kisah Ibrahim a.s yang meninggalkan isterinya hajar
dan anak lelaki mereka Ismail a.s di padang pasir, ye di padanag pasir tanpa
bekalan makanan, bukan ditinggalkan dalam banglo mewah beserta pendingin hawa.
Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah
tempatkan sebagian dari keturunanku di lembah yang tak mempunyai tanam-tanaman
di dekat rumah Engkau yang suci, ya Rabb kami yang demikian itu agar mereka
mendirikan sholat, maka jadikanlah hati sebagian manusia condong kepada mereka,
dan beri rizkilah mereka dari buah-buahan, semoga mereka bersyukur
(Ibrahim : 37)
Dan ada
banyaaakkkk lagi bentuk ujian yang situasinya berada dalam tahap ekstrim Allah
ceritakan dalam al Quran.
Ujian buat
ibu bapa yang terlalu sayangkan anak, Allah bawakan kisah Ibrahim a.s. dengan
Ismail a.s.
Ujian Allah
bagi orang yang banyak ilmu, ada cerita Nabi Musa dan hamba Allah Khidir
Ujian
harta, ujian pangkat, ujian agama dan bermacam macam macam lagi.
Kesemua ini
sepatutnya menjadi motivasi kepada kita untuk teguh berhadapan dengan mehnah
dunia. Apa-apa pun, al Quran meraikan sifat manusawi yang ada pada seorang insan,
yang mustahil tidak akan melakukan dosa kecuali para rasul yang maksum.
Sebab itu,
dibawakan cerita Adam a.s dan isterinya yang melanggar syariat Allah. Ia adalah
satu sunnah, seluruh keturunan manusia tidak sepi dari melakukan kesalahan. Cuma,
diakhirnya, kisah Adam dan isterinya mengajar kita untuk bertaubat.
Maka saudaraku,
Kembalilah !
5 comments:
yes. semuanya kita "ter"
macam budak kecik yang sengaja pukul abang/kakaknya kemudian.
"ups, adik "ter" pukul"
budak kecik tak mungkinlah buleh diterima ter tapi kita? huk!
astaghfirullahalazim.
btw betullah kan , dalam quran banyak sangat pelajaran. tapi sayangnya ia hanya dibuat perhiasan atau mungkin hanya dicari saat mahu bersumpah. ehh?
ok. well written. jzkk!
saya baca benda ini pada masa yang betul. saya mmg perlu 'kembali'!
T_T
Ini sangat bagus!
Jazakumullahu kheiran katseera
:)
Post a Comment