Saturday, February 8, 2014

BELAJAR DARIPADA ASIAH



Alhamdulillah,

Thumma Alhamdulillah, besyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita diberi peluang untuk bernafas di saat ini, untuk terus beramal merebut syurgaNya, beramal untuk mengejar redhaNya.

Formal.



Baiklah, baru baru ini, saya ditanya macam mana cara hendak untuk menjaga diri tika mana kita tidak bersama dengan rakan-rakan yang sefikrah dengan kita, tatkala kita berada dalam suasana yang tidak solehah. Contohnya, bagaimana kita berhadapan dengan cuti yang lama di rumah, bila tercampak di tempat yang terpencil atau hidup dikongkong oleh ibu bapa yang kurang berselera dengan penglibatan kita dalam dakwah dan tarbiyah.


Tidak dinafikan, ada masa-masa kita akan berada pada waktu waktu ini.

Pastinya, di saat ini, kita akan berasa down, tanpa sokongan, rasa tebatas untuk bergerak, terasa sempit medan amalnya, mudah untuk berasa lemau, lemah, tidak bermaya, depressed, lesu, berlemak-lemak dan semua lagi adjektif yang sesuai dan seangkatan dengannya. Err.

Tambahan pula, di rumah atau di tempat tempat ini, kita kelihatan begitu asing, secara luarannya, dan in sha Allah secara dalamannya. Kalau di rumah, kita rasa tertarik untuk hanyut bersama adik beradik yang lain, keluar rumah lewat malam menonton wayang, menonton movie sepanjang cuti, dan sebagaimana.


Kemudian, kita berjumpa dengan saudara mara yang lain. Kita tampak berbeza. Kita lihat sepupu sepapat kita berpakaian fuhhh, berbelah belah, dengan hiasan sana sini. Kadang kadang terdetik dalam hati kita, “Kan best kalau aku boleh jadi macam tu”. Kemudian ada dalam kalangan mereka ajak kita makan di McD, keluar bersama teman teman lelaki, pergi ke konsert dan sebagainya.

Saat ini kita tersepit. Sama ada untuk mengekalkan prinsip kita atau menjaga hati saudara mara kita. Atau mungkin juga kita akan mula terasa, tak salah kot. Fikiran kita sedikit demi sedikit mula menjustifikasi perbuatan perbuatan di atas. Makin lama makin jauh kecenderungan kita ke arah itu.

Pada waktu ini bisikan bisikan halus dan licik akan mula kedengaran di gegendang telinga kita, mencucuk cucuk dengan penuh berhemah dan istiqomah.



“Ala sedikit je, bila lagi”

“Time cuti je pun nak tengok wayang, berukhuwah kot”

“Pakai ketat sikit je, takdelah ketat sangat, lagi pun nak gi majlis kahwin sekali seumur hidup je ni”

“ Aih kalau aku keluar dengan diorang pakai tudung labuh, baju besar gelebeh ni, macam selekeh je”


Pada saat itu juga amal-amal kita mula merudum. Bacaan Quran kita makin lesu. Makin kering. Kita sudah malas untuk mentaddabur, kadang kadang kita baca dan beramal sekadar untuk memenuhi jadual amal, supaya nanti bila ‘dilaporkan’ pada murabbi, murabbi tidak syak apa apa dengan kita.


Saat saat ini akan datang,
bahkan mungkin sudah kita semua rasai.
Siapa kata nak istiqomah itu senang?


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqomah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula berduka cita.

Mereka itulah penghuni penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.
(Al Ahqaf:13-14)


Sebab istiqomah itu susahlah, Allah janjikan syurga buat mereka yang mampu istiqomah. Syurga. Apa lagi yang lebih bernilai dari itu.?!

-------------

Nah.


Apa kata anda. Saya tiada jalan mudah atau rahsia ajaib untuk dikongsi supaya kita semua istiqomah. Bahkan saya yakin, kita semua sudah masak dengan tips yang sangat praktikal yang sudah dikongsi oleh nuqaba’ kita dan sebagainya.


Cuma hari ini suka saya untuk berkongsi satu figura yang mana kisah hidup nya jauh lebih terasa tekanan daripada tekanan, kekangan dan kongkongan kita alami hanya diwaktu cuti atau diwaktu kita berada di tempat tempat baharu dan terpencil jauh dari sokongan ikhwah akhawat,


Yakni kisah kehidupan Asiah, isteri Fira’un.


Asiah ialah seorang manusia, mempunyai naluri keinsanan. Seorang perempuan yang pastinya memiliki keinginan keinginan sebagaimana perempuan perempuan yang lain. Seorang permaisuri yang pasti dikelilingi harta, pakaian yang cantik, makanan yang bekelas, mewah yang pastinya mengiurkan.


Dan pada waktu yang sama hidup dibawah kongkongan seorang lelaki yang mengaku sebagai Tuhan, yang juga suaminya. Seorang lelaki yang hidup bersama misi untuk membunuh seorang lelaki yang dikhabarkan akan muncul dalam kalangan rakyatnya untuk bangkit menentangnya suatu hari nanti yakni nabi Allah Musa a.s.


Jika dibandingkan keadaan kita dengan Asiah, sudah pasti beliau ada lebih banyak sebab dan alasan untuk tidak tunduk kepada perintah Allah. Lebih sukar untuk dia istiqomah, berpegang dengan prinsipnya. Lebih banyak godaan duniawi yang berputar sekitarnya. Dengan kehidupan yang mewah, pakaian yang cantik, haruman dan hiburan yang boleh dia nikmati bila bila masa.


Tapi Asiah bukan sekadar seorang permaisuri biasa yang sekadar duduk bertenggek di atas pemaidani atau kerusi di sisi suami sambil dilayani barisan dayang dayang. Bukan seperti kebanyakan kerabat diraja dunia kini. Asiah tidak terpengaruh dengan semua itu.


Bahkan, Asiah memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah hidup nabi Musa a.s. beliau merupakan seorang pejuang, yang menyelamatkan Musa dalam keadaan keterbatasan yang dialaminya. Allah takdirkan dengan pengaruh dan usaha Asiah, dia berjaya mengelakkan Musa daripada dibunuh.


Dan berkatalah isteri Firaun, “Ia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”, sedang mereka tiada menyedari.
(Al Qasas :9)



Di samping itu, walaupun hidup dalam kongkongan lelaki yang mengaku Tuhan itu, Asiah masih tegar menjaga prinsipnya. Besar benar ujian buat Asiah. Besar benar sumbangan Asiah. Berat terasa olehnya kehidupannya. Kezhaliman yang terpaksa di perhati sahaja. Namun dia istiqomah.


Tidak hairanlah, Allah rakam ayat berikut,
satu doa yang sangat hebat dari Asiah;


Dan Allah membuat isteri Fira’un perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata,

“Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fira’un dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari yang zhalim”
(At Tahrim: 11)


Asiah, seorang kerabat diraja, telah membuktikan kita semua bahawa dia pun mampu. Apatah lagi kita?


Daripada Asiah juga kita belajar untuk menggunakan segenap kesempatan yang kita ada untuk menyumbang kepada agama ini

Daripada Asiah kita belajar bahawa apa pun gelaran kita di dunia ini, baik seorang permaisuri, anak dato’ ke, cucu perdana menteri ke, tugas seorang muslim tetap berada di bahu kita.

Daripada Asiah kita belajar bahawa rahsia kekuatan diri adalah yakin dengan ketentuan dan perancangan Allah

Dari Asiah kita belajar bahawa atas segala pengorbanan di dunia itu, meski sepanjang hidup kita tersepit dan terjerat dengan jerat kehidupan, yang menanti di sana adalah syurga.


Fuh.

Daripada Asiah kita belajar banyak perkara.

Maka layaklah satu rumah di sisi Allah untukNya,
Bagaimana dengan kita?


“May Allah show us home in Jannah by His side, so that it will keep us istiqomah on this path”

6 comments:

Azery said...

T_T

ini. sungguh. erh. erk. terima kasheh. jejom skype. ohoi.

jzkk.

Inspector Saahab said...

skype jee koja haha

Anonymous said...

Dan berkatalah isteri Firaun, “Ia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”, sedang mereka tiada menyedari.
(Taha :9)


Assalamualaikum wrt, saya usha dalam Quran ayat 9 surah Taha tak jumpa pula ayat ni huhu.. dimanakah lokasi yg sebenarnya ye.. maaf..

Anonymous said...

oh ya, begitu juga dgn Surah Al Fusilat 13-14 itu...

maaf ya..

Anonymous said...

oh ya, begitu juga dgn Surah Al Fusilat 13-14 itu...

maaf ya..

Inspector Saahab said...

Jzkk anonymous.

Saya dah betulkan.