Monday, February 3, 2014

ONE WORD : REZEKI



Saya memulakan kelas pembelajaran formal seawal usia lima tahun, di sebuah PASTI di Bandar Y, bukan nama sebenar. Usia lima tahun pada waktu dahulu (macam dah lama), tidaklah terlalu awal sebenarnya. Lagipun, pada waktu itu, belajarnya sempoi saje, sembang sembang. Pergi tak pergi je. Tambahan pula, kelas PASTI ini basically mengajar basic agama kepada kanak-kanak.


Tapi sekarang, ada dalam kalangan ibu bapa menghantar anak-anak belajar seawal usia tiga tahun. Walaweh. By the time umur depa lima tahun, mereka ini sudah mula merasai tekanan kehidupan, belum sempat mereka memaknai apa itu zaman kanak-kanak.




Tidak hairanlah apa yang berlaku, saya lihat dalam keluarga sendiri ramai yang sudah mula memakai cermin mata ekoran rabun sewaktu dibangku sekolah rendah. Kalau dahulu kami bila cuti dengan sepupu sepapat akan pulang ke kampung beberapa hari, tidur bersama nenda tercinta, ronda-ronda di sekitar kampung, petik buah, ibaratnya macam dalam drama tv.

Tapi sepupu sepapat kini, di usia kami dahulu, tidak lagi ada masa untuk itu. Waktu cuti mereka terpaksa ke kelas tambahan, menghadiri tuisyen berbayar dan banyak lagi.

Desakan kehidupan yang hanya mengiktiraf mereka yang terbaik dari segi akademik terutamanya menyebabkan kita terpaksa tunduk dengan trending ini. Ibu bapa dan anak-anak seolah olah tiada pilihan.


Semasa di sekolah, persoalan kenapa kita belajar sering menjadi tanda tanya. Sebenarnya, kita belajar sebab nak dapat kerja, supaya bila dapat kerja, ada pendapatan, boleh teruskan hidup. Sewaktu di sekolah, terdedahlah agenda sebenar disebalik menuntut ilmu, apabila cikgu cikgu mula soal, 

“Kamu bila besar nak jadi apa?"


Maka yang cemerlang sepatutnya pilih karier yang ‘ada nama’ di mata masyarakat. Gaji pun besar. Hidup senang. Ah. Sebenarnya, semua orang mahu posisi itu.

Maka, the race begins, sewal usia tiga tahun


Kalau tak setuju, saya tak kisah.


The hard truth is, kita hidup sebenarnya seputar usaha untuk mendapatkan rezeki. Sebab itulah ibu bapa mahukan anak-anak mendapat bimbingan akademik yang terbaik dan cemerlang, supaya nanti dapat kerja yang baik, gaji besar angkanya.
.
Habis sahaja kehidupan di sekolah, kemudian kita singgah ke kehidupan norma masyarakat di institute pengajian tinggi IPT, baik umum mahupun swasta. Perlumbaan belum tamat. Keghairahan menuntut ilmu untuk mendapat kerja yang baik kian bertambah. Tidak pernah berakhir.

Tidak hairan, ramai yang kecewa bila keputusan peperiksaan mereka tidak seperti yang diharapkan. Gagal ujian seolah gagal lah hidup. Begitu kejam sekali doktrinasi ini.

Semuanya kerana mengharapkan rezeki.

Bila sudah tamat dunia belajar, kita ke alam pekerjaan. Matlamat kita masih sama, mencari rezeki. Supaya dipertengahan bulan ada gaji masuk, supaya dapat kita makan, minum, berhibur, menderma, beribadah dengan sekelumit rezeki tadi. Kelihatannya paksi kehidupan adalah untuk mencari rezeki. Rezeki adalah kehidupan.


Tidak hairan dan mengejutkan, ada orang yang sanggup tidak tidur malam untuk selesaikan urusan di pejabat. Ada orang yang sanggup tangguh kahwin kerana tuntutan kerja. Ada orang yang tidak bersedia untuk melahirkan anak kerana takut bertambah bebanan kerja dan tanggungjawab.

Malang sungguh.

Dan ia tidak berakhir di situ. Sekalipun sudah berkahwin, kini perhatian tetumpu untuk membesarkan anak anak pula, supaya mereka dapat yang terbaik, terbaik dari segi masa depan mereka, supaya mereka dapat rezeki yang baik. Maka ibu bapa mula mencatur percancangan. Semuanya untuk rezeki.

Agar ada wang di akaun. Agar ada rumah besar. Agar ada kereta mewah. Agar ada harta yang ditinggalkan setelah mati. Supaya generasi mereka tidak papa dan hidup meleret.

Inilah kehidupan.
Mencari rezeki.

Setelah itu, barulah kita rasa, we have lived our life. Dapat menikmati kesemua itu. Capitalism!

Siapa tidak mahu rezeki yang baik?!.


Sehinggakan, hakikat rezeki sudah ditentukan agar sukar untuk ditelan bulat bulat. Konsep usaha dan tawakal, mengubah nasib, masih lagi tidak dihadami dengan betul. Disebabkan rezeki dan masa depan yang dirahsiakan ini, manusia hidup dalam keadaan diburu dengan masa depan.

Entah.
Entah di mana silapnya.


Al quran dengan ciri ciri futuristic nya telah meramal perkara ini. Ia sudah terang terang memberitahu kita akan kekeliruan ini. Bahwa manusia keliru akan tugas sebenar mereka hidup di bumi. Adakah semata-mata untuk mencari rezeki ?

Sebenarnya sudah jelas, ayat kita sering dengar, tugas hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah;

Sebagaimana firmanNya;

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu”
Ad Zhariyat:56


Mengabdikan diri kepada Allah adalah paksi kehidupan.
Tetapi yang menariknya, hint yang diberi oleh al Quran, ayat setelah itu adalah pencerahan buat kita semua agar tidak tertipu, seolah menjawab pertanyaan mereka yang ragu, buat jawapan kepada pertanyaaan berikut;


“Eh betul ke kita ni hidup semata-mata beribadah?”

“Aku rasa benda paling penting untuk hidup adalah fokus untuk cari rezeki”

“Kalau tak cari rezeki, nak buat ibadah pun tak boley bro”


Mungkin kita tidak setuju dengan dialog dialog ini. Ok. Mulut kita membenarkan ayat tadi. Hidup untuk beribadah. Tapi dalam tidak sedar sebenarnya kita menjadi hamba rezeki. Allahu akbar!

Maka ayat seterusnya;

“Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan”
Ad Zhariyat :57


Pasti, tidak Allah padankan kedua ayat ini seiringan dengan sia-sia. Kerana Allah sudah tahu manusia akan tertipu dengan dunia ini.


Malangnya kehidupan dunia ini begitu kejam. Mereka yang sedar sekalipun akan hakikat ini, sekalipun sudah hafal dan faham benar akan ayat ini, tidak dapat melarikan diri daripada kitaran hidup yang berpaksi pada rezeki itu, umumnya..

Malunya pada diri sendiri.
Kadang-kadang saya rasa sangat berada dalam kegilaan ini.
Malunya pada Allah, bukan kita ini kena beri makan Allah pun.

No comments: