Showing posts with label JALANKU. Show all posts
Showing posts with label JALANKU. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

AKU LUPA AKU KHALIFAH


Oit, nama aku Ricky. Haha, style kan. Bunyi macam moden, tapi insha Allah aku beriman. Dulu aku jahat. Dulu la. Sekarang aku dah insaf. Aku dah tak buat kerja sia-sia lagi.

Aku rasa aku dah cukup baik. Meh aku cerita sikit. Bagi motivasi kat korang semua. Dulu aku couple, dengan sorang ni. Nama dia Sofia, aku panggil dia Soft, selembut softlan. Tapi kitorang dah putus. Couple couple ni haram. Buat bazir kedit je. Apajadi kat dia pun aku tak tahu.

Aku dulu support industry tembakau Negara. Orang kata antara punca pendapatan yang boleh tahan besar kat Negara ini perdagangan tembakau la. Bagus tu. Untuk ekonomi Negara Islam aku support la. Aku perokok tegar. Tapi aku tak merokok sorang-sorang. Aku kongsi. Mulia kan. Tapi bila dah besar, bila dah mumayyiz, masuk kelas biology semua baru aku tahu, rokok tak bagus. Boleh buat mandul kot. So aku quit. Lagipun aku dengar ulamak duk bising rokok haram. Alhamdulillah aku dah quit.

Banyak lagi benda jahat aku buat dulu. Nak tahu lagi?



Aku ni kira anak yang soleh la. Bab solat memang mantap ah. Cuma dulu nak pergi solat jemaah tu liat sikit. Masa azan tu la aku nak score games. Masa azan tu la tiba-tiba notis facebook naik mendadak. So aku solat kat rumah jela. Daripada tak solat langsung, kira ok la. Lagipun aku bukan budak sekolah agama. Tapi tu dulu. Sekarang kira pakcik pakcik kat masjid dah mula senyum-senyum kat aku, nak buat menantu lettew. Yela, susah nak jumpa orang muda macam aku pergi solat jemaah, solat subuh pulak tu.

Aku dulu kaki games la. Tegar. Aktif sukan. Cakap je, sukan apa, semua aku main. Kat sekolah boleh kira aku ni ikon sukan la. Main sukan tak ingat dunia. Tak tutup aurat pulak tu. Tapi tu dulu la. Dah besar sikit, tiba-tiba langgar makcik hidayah, berubah perlahan-lahan. Main sukan tu main la, tapi bukan untuk suka-suka, just nak beriadah dan nak jaga tubuh badan.

Kalau nak cakap bab agama ni, aku bukan orang yang layak. Tapi dengan background keluarga yang biasa-biasa, aku rasa aku ni boleh kata ok la. Solat cukup. Puasa Ramadhan tak tinggal. Zakat tu belum masa lagi. Dah ada duit nanti insha Allah nak gak rasa pergi haji. Tapi setakat ni aku rasa amalan aku macam dah ok sangat.

Aku ni selain dari yang wajib, benda-benda sunat pun aku rajin gak buat. Bangun qiam. Walaupun bangun lepas tu sambung tidur tapi kira ok la.  Muda lagi kan. Puasa sunat pun aku selalu amal. Boleh kata pemuda contoh jugak la. Tu la.

Rasa macam dah cukup kot amal setakat ni. Iman asyik memuncak je. Alhamdulillah Allah pelihara. Baru-baru ni dengar bom bom kat Gaza ni. Aku tak tahu sangat. Tapi aku syukur sangat-sangat sebab duk kat Malaysia, aman je. Berbilang bangsa pulak tu. Tah tahu nak cakap macam mana.

Dengan amal aku yang boleh tahan ni aku rasa ok dah, insha Allah kalau mati esok lusa boleh kot ketuk pintu syurga. Perkara jahiliyyah aku dah tinggal. Tapi kalau korang ada cadangan nak suh aku tambah boleh jugak, tertanya-tanya jugak nak buat apa lagi.


Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(18:103-104)

EH JAP.

Ayat kat atas ni macam nak tuju kat aku je. Meh meh kita baca lagi detail. Aku silap kot. Mungkin nak point kat orang lain kot.


Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(18:105)

Alhamdulillah. Ni untuk orang yang ingkar dengan ayat-ayat Allah. Aku insha Allah tak. Aku baca Quran. Malam Jumaat tak pernah tinggal baca surah al Kahfi. Ada gak beberapa surah aku hafal. Buat bacaan dalam solat.


-------------------------

Dan Dialah yang menajdikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk menguji atas (karunia) yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang
(6:165)

Hoii

Kau cakap kau baca Quran tapi kau tak amal. Kau ni khalifah tapi kau tak buat pun kerja kerja khalifah ? Apa hal? Bukankah ni kufur pada ayat-ayat Allah? Dan orang yang kufur pada ayat-ayat Allah, maka sia-sialah amalan yang mereka buat walau sehabis baik. Kau tak sedar?

-----------------------------

Alamak ! Aku ni khalifah ke?
Aku lupa aku khalifah.
Jangan jadi macam aku.

----------------------------

Wahai orang-orang budiman dan soleh!  Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan
Sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan

-Muntalaq

Friday, December 28, 2012

SO, WAJIB KE TAK?


Pada suatu hari yang cemerlang, sekumpulan remaja sedang berbincang hangat tentang isu kristianisasi di pedalaman Sabah. Salah seorang daripada mereka telah melahirkan rasa kekecewaan yang terlampau kerana tidak ramai yang tampil untuk mendakwah penduduk di pedalaman Sabah dan menyaingi semangat yang ditonjolkan oleh missionaries Kristianisasi.

Macam mana perasaan sedih itu dilahirkan?
Wallahu’alam la yang tu.

Setelah kekecawan itu diluahkan, seorang yang lain dengan lantang berkata, semua ini salah Jabatan Agama Islam kerana memandang isu ini sebelah mata. Pihak berwajib tidak menghantar da’ie untuk bertugas di sana.

Oh.

Nampak gayanya buat dakwah ini kerja Jabatan Agama Islam jela ye dak? So orang kat jabatan jela ada chance nak masyuk syurga? Er? Buat penat la belajar jadi doctor tapi tak dapat join jabatan agama Islam dan masuk syurga?

Intro.

-----
 
Hakikatnya masih ramai yang tidak tahu dakwah itu wajib. Malas nak komen panjang la bab tu. Sebenarnya banyak dalil daripada al Quran dan hadis yang menerangkan kewajipan berdakwah. Tapi ada jugak yang salah faham. Ada yang masih beriman bahawa buat dakwah adalah fardhu kifayah. 

Cukup segolongan yang melakukan.
Ayat berikut menjadi hujah yang dicanang;

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(3:104)

Dengan termaktubnya perkataan ‘segolongan’ dalam ayat di atas menyebabkan ramai berpendapat tugas ini adalah fardhu kifayah. Saya ada tiga hujah untuk menyangkal pendapat ini, cewah. Dah macam debat pula. Kalau tak setuju nasib la.

Pertamanya, ‘segolongan’ di sini bermaksud tugas dakwah ini ada pengkhususan. Contohnya tugas dakwah perlu berjalan di semua tempat. Tapi setiap seorang yang buat dakwah tidak wajib berada di kesemua tempat. Contoh, kalau kita jadi jurutera, kita wajib la berdakwah sesama jurutera, dalam lingkungan kita. Doctor buat dakwah di hospital. Cikgu di sekolah.

Student kat college. Cenggitu. Bila dah ada wakil wakil di tempat tempat ini, maka seorang cikgu tak perlulah berpenat lelah buat dakwah di pejabat pos seumpamanya.
Boleh terima ke?
 
Err

Keduanya, siapakah ‘segolongan’ yang dimaksudkan ini ? Seperti yang kita sedia maklum, al Quran itu diturunkan untuk ummat sekalian alam. Bukan untuk yang Islam sahaja. Tetapi kepada seluruh manusia. Dan ‘segolongan’ ni bukan merujuk kepada segolongan daripada orang Islam, tapi ‘segolongan’ daripada manusia.

So, basically yang baca al Quran adalah orang Islam. Secara rasmi diamanahkan kepada umat Islam menyampaikan dakwah kepada yang lain. Untuk lebih jelas, kita tengok sini;


Kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.
(3:110)

Clear?

Dan berikut adalah hujah yang paling best.
Hehe.

 
Sekalipun dakwah itu fardhu kifayah, kita kena ingat bahawa hukum fardhu kifayah asalnya fardhu ain. Tetapi ia beralih jadi fardhu kiyafah apabila ada segolongan yang melakukan perkara tersebut dengan syarat perkara tersebut mencapai matlamatnya dan selesai dengan jayanya. Bereh?

Contoh.

Solat berjemaah di masjid adalah fardhu kifayah. Satu hari, waktu Zohor dah masuk. Kemudian di masjid rumah kita belum ada yang pergi azan. Kena pula time tu kita baru nak lepak lepak atas kerusi urut jenama Gintel yang baru sampai semalam. So kita rimas. Tup tap dua tiga minit kemudian, nampaklah Jebat jiran kita ke masjid. So kita menarik nafas lega kerana tanggungjwab solat berjemaah di masjid telah terlepas.

Tapi hello, Jebat sorang boleh ke sembahyang jemaah. Jebat imam, Jebat makmum? Pakai mazhab mana ni? Huhu. So matlamat solat jemaah tak tercapai. Maka ia masih wajib.

Sama la buat kerja dakwah. Kita ada matlamat untuk dicapai. Dan ia masih belum tercapai bahkan masih sangat jauh dan panjang perjalanan untuk mencapainya.

Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata
(2:193)

Pendek kata matlamat dakwah tercapai bila tiada lagi fitnah pada Islam. Pada waktu tu, barulah status wajibnya beralih kepada fardhu kifayah. Waktu itu, bukan setiap manusia kat Bumi masuk Islam, tapi mereka semua tunduk kepada Islam meskipun mereka Yahudi, Buddha atau Hindu dan sebagainya.

Fitnah tu macam mana?
Lain kali kita sembang lagi ye. 

So, dakwah wajib ?
Ke sunat mu’akkad ?

-,-‘


Ps : pemahaman saya semata. Boleh dibidas dengan lastik sekiranya bercanggah dengan mana-mana prinsip rukun tetangga anda, eh.