Oit, nama
aku Ricky. Haha, style kan. Bunyi macam moden, tapi insha Allah aku beriman.
Dulu aku jahat. Dulu la. Sekarang aku dah insaf. Aku dah tak buat kerja sia-sia
lagi.
Aku rasa
aku dah cukup baik. Meh aku cerita sikit. Bagi motivasi kat korang semua. Dulu
aku couple, dengan sorang ni. Nama dia Sofia, aku panggil dia Soft, selembut
softlan. Tapi kitorang dah putus. Couple couple ni haram. Buat bazir kedit je.
Apajadi kat dia pun aku tak tahu.
Aku dulu
support industry tembakau Negara. Orang kata antara punca pendapatan yang boleh
tahan besar kat Negara ini perdagangan tembakau la. Bagus tu. Untuk ekonomi
Negara Islam aku support la. Aku perokok tegar. Tapi aku tak merokok
sorang-sorang. Aku kongsi. Mulia kan. Tapi bila dah besar, bila dah mumayyiz,
masuk kelas biology semua baru aku tahu, rokok tak bagus. Boleh buat mandul
kot. So aku quit. Lagipun aku dengar ulamak duk bising rokok haram.
Alhamdulillah aku dah quit.
Banyak lagi
benda jahat aku buat dulu. Nak tahu lagi?
Aku ni kira
anak yang soleh la. Bab solat memang mantap ah. Cuma dulu nak pergi solat
jemaah tu liat sikit. Masa azan tu la aku nak score games. Masa azan tu la
tiba-tiba notis facebook naik mendadak. So aku solat kat rumah jela. Daripada
tak solat langsung, kira ok la. Lagipun aku bukan budak sekolah agama. Tapi tu
dulu. Sekarang kira pakcik pakcik kat masjid dah mula senyum-senyum kat aku, nak
buat menantu lettew. Yela, susah nak jumpa orang muda macam aku pergi solat
jemaah, solat subuh pulak tu.
Aku dulu
kaki games la. Tegar. Aktif sukan. Cakap je, sukan apa, semua aku main. Kat
sekolah boleh kira aku ni ikon sukan la. Main sukan tak ingat dunia. Tak tutup
aurat pulak tu. Tapi tu dulu la. Dah besar sikit, tiba-tiba langgar makcik
hidayah, berubah perlahan-lahan. Main sukan tu main la, tapi bukan untuk
suka-suka, just nak beriadah dan nak jaga tubuh badan.
Kalau nak
cakap bab agama ni, aku bukan orang yang layak. Tapi dengan background keluarga
yang biasa-biasa, aku rasa aku ni boleh kata ok la. Solat cukup. Puasa Ramadhan
tak tinggal. Zakat tu belum masa lagi. Dah ada duit nanti insha Allah nak gak
rasa pergi haji. Tapi setakat ni aku rasa amalan aku macam dah ok sangat.
Aku ni
selain dari yang wajib, benda-benda sunat pun aku rajin gak buat. Bangun qiam.
Walaupun bangun lepas tu sambung tidur tapi kira ok la. Muda lagi kan. Puasa sunat pun aku selalu
amal. Boleh kata pemuda contoh jugak la. Tu la.
Rasa macam
dah cukup kot amal setakat ni. Iman asyik memuncak je. Alhamdulillah Allah
pelihara. Baru-baru ni dengar bom bom kat Gaza ni. Aku tak tahu sangat. Tapi
aku syukur sangat-sangat sebab duk kat Malaysia, aman je. Berbilang bangsa
pulak tu. Tah tahu nak cakap macam mana.
Dengan amal
aku yang boleh tahan ni aku rasa ok dah, insha Allah kalau mati esok lusa boleh
kot ketuk pintu syurga. Perkara jahiliyyah aku dah tinggal. Tapi kalau korang
ada cadangan nak suh aku tambah boleh jugak, tertanya-tanya jugak nak buat apa
lagi.
Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang
telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka
bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka
lakukan".
(18:103-104)
(18:103-104)
EH JAP.
Ayat kat atas ni macam nak tuju kat aku
je. Meh meh kita baca lagi detail. Aku silap kot. Mungkin nak point kat orang
lain kot.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan
mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka
akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka,
pada hari kiamat kelak.
(18:105)
(18:105)
Alhamdulillah.
Ni untuk orang yang ingkar dengan ayat-ayat Allah. Aku insha Allah tak. Aku
baca Quran. Malam Jumaat tak pernah tinggal baca surah al Kahfi. Ada gak
beberapa surah aku hafal. Buat bacaan dalam solat.
-------------------------
Dan Dialah yang
menajdikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat)
sebahagian kamu di atas yang lain, untuk menguji atas (karunia) yang
diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan
sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang
(6:165)
(6:165)
Hoii
Kau
cakap kau baca Quran tapi kau tak amal. Kau ni khalifah tapi kau tak buat pun
kerja kerja khalifah ? Apa hal? Bukankah ni kufur pada ayat-ayat Allah? Dan
orang yang kufur pada ayat-ayat Allah, maka sia-sialah amalan yang mereka buat
walau sehabis baik. Kau tak sedar?
-----------------------------
Alamak
! Aku ni khalifah ke?
Aku lupa aku khalifah.
Jangan jadi macam aku.
Aku lupa aku khalifah.
Jangan jadi macam aku.
----------------------------
Wahai orang-orang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan
Sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan
-Muntalaq
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan
Sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan
-Muntalaq
4 comments:
(Y)
khalifah dan hamba
indeed we all are
thnk you ats perkongsian ni :D
jadikan kekurangan diri sebagai pemangkin dimasa hadapan. Jangan biarkan kekurangan dan kesalahan meyekat kita daripada melakukan sesuatu yang baik.
enonimoos : u re most welcome
Bai :
jzkkj atas kunjungan jauh. ahha
aku keliru tak tau nak buat apa kat rumah, nak laksanakan tugas sebagai khalifah ni. Lagipun aku tak da kawan-kawan nk kontek.Post benda2 baik kat fb,baca status2 peringatan yg kawan2 sahre,baca buku, baca blog2 islami macam blog ni, tu je keje yg aku buat. Tapi aku rasa ada benda yang kurang, macam mana nak ubah dunia kalau duduk2 gitu je? hmm...
Post a Comment