Sekitar laporan jerebu yang melanda
Negara sejak beberapa hari yang lalu;
“Jerebu yang sangat teruk menghadkan
jarak penglihatan, sehinggakan sukar untuk melihat bahaya yang menghampiri.
Lalu, kita mengharapkan hujan agar dapat membersihkan atmosphere agar keselesaan hidup kita kembali dikecapi.
So, bayangkan hati kita yang
berjerebu dek dosa dan noda yang kita lakukan, hinggakan sukar untuk kita
membezakan perkara yang haq dan batil kerana semuanya tampak kelabu bagi kita.
Maka, taubat dan zikrullah lah yang berfungsi sebagai hujan, bagi pembersihan
hati kita yang berjerebu. Semoga bersihnya hati kita, membuatkan kita
senantiasa selesa dan senang untuk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah”
-Buletin mukabuku, bukan Buletin
Utama
Sentap bukan.
Boleh bayangkan kalau Karam Sing
Walia yang mengulas tentang fenomena jerebu bagi ulasan sedemikian rupa?
Menggugah jiwa bhai. Tambah pula kalau dia selitkan sepotong dua ayat Quran.
Memang saya, in sha Allah terjun longkang.
Bayangan tinggal bayangan jela.
Apa-apa pun ini selingan semata.
Courtesy of Umar Mita
------------------------------
Cuba perhatikan potongan ayat di bawah;
“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap
kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu
berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa
atas segala sesuatu”
(Al Baqarah:148)
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan
mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa”
(Ali Imran:133)
Apa yang saya nak tekankan,
“Berlumba-lumbalah”
“Bersegeralah”
Dan banyak lagi seruan yang serupa dalam ayat-ayat lain yang
mana seruan ini berada dalam mode yang sama. Cepat-cepat. Segera. Pantas.
Melangkah kehadapan dengan bergaya.
Orang kita kata, biar lambat asal selamat, tapi Islam
mengajar kita dalam beramal, bersegeralah, itu lebih selamat. Kerana apa ?
Kerana kita tidak tahu tatkala kita mahu berlambat-lambatan, apakah masih ada
“selepas ini” atau “jap lagi” buat kita.
Bagi mereka yang berada dalam system dakwah dah tarbiyah,
kita sangat faham dengan konsep usrah yang ala-ala pyramid itu bukan? Seorang
naqib di atas, kemudian mad’unya di bawah. Kita juga sedia maklum, amal-amal
kebaikan para mad’u hasil didikan murabbi tadi, pahala dan kebaikannya juga
turut diberikan kepada si murabbi tanpa mengurangi pahala si pelaku.
Kemudian yang bestnya, hasil didikan tadi, berkembang biak
lalu menghasilkan lapisan yang seterusnya. Makin ramai berada dalam system, dan
yang di atas turut mendapat sahamnya, makin untung. Walaweh!
“Barangsiapa
mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang
yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..”
(Hadith
Riwayat Muslim)
Maka untung gila siapa yang berada di atas. Soalnya, kita
sekarang di mana ? Atas atau berada di lapisan yang paling bawah ?
Kalau kita berada di lapisan paling bawah, inilah masanya
untuk kita kembali menghayati ayat Quran tadi. Ayuh bersegara dan
berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Orang yang berada di bawah tidak boleh
duduk diam, tidak boleh duduk senang. Bersegera!
Inilah kefahaman jika kita lihat ayat ini dari segi system
usrah.
Perkara yang sama, kefahaman yang sama dalam hal-hal lain.
Berlumbalah dalam menabur kebaikan di atas muka bumi, supaya kelak kita dapat
memetik ganjaran yang berganda. Jangan tunggu, jangan lemah-lemah. Rimas Sally.
Ayuh ikhwah dan akhawat. Bersegera. Pantas-pantas.
Selain daripada itu semua,
Ada sebab lain mengapa pentingnya untuk kita bersegera,
Nabi Musa a.s pernah di tanya oleh Allah s.w.t
“Dan mengapa engkau datang lebih cepat berbanding kaummu,
wahai Musa?”
(20:83)
(20:83)
Allah tanya pada Musa, kenapa kamu cepat-cepat? Mendahului
yang lain? Kamu bingkas ni nak ke mana? Mari kita lihat apa jawapan Musa.
Dia (Musa) berkata, “Itu mereka sedang menyusul aku dan aku
bersegera kepadaMu ya Tuhanku agar Engkau redha”
(20:84)
(20:84)
Kata Musa, dia memang bersegera. Tapi tidak dia tinggalkan
kaumnya. Mereka menyusul dari belakang. Cuma point kat sini, dia bersegera,
semata-mata untuk redha Allah. “Litardha” “Agar Engkau redha”
Begitulah dan begitulah.
Sebab itu dalam dakwah pun kita semua perlu mendahului,
melangkah ke hadapan dalam kadar yang segera. Ramai orang melangkah, tapi lemah
dan longlai, tidak segera. Langkah dengan pantas tidak semestinya tidak bergaya
tahu?
Cuma ramai yang ambil masa terlalu lama, berdandan di depan
cermin untuk bergaya. Ketahuilah yang di depan itulah yang bergaya. Kita perlu
macam itu, sentiasa ke depan, kerana mengejar redha Allah.
Kalau lambat?
Takut tak sampai ikhwah.
Takut tak sampai apa yang kita cita-citakan.
Takut tak sampai apa yang kita cita-citakan.
Atas sebab itu, mari kita sama-sama bersegera.
Bukan berseorangan yang pasti. Kerana ada satu quote yang sangat pasal bergerak bersama,
Bukan berseorangan yang pasti. Kerana ada satu quote yang sangat pasal bergerak bersama,
“If you want to go
fast, go alone. But if you want to go further, go together”
Saya nak tambah, go fast, go together. Fast and further.
Bersama-sama dan bersegera. Bila kita nampak ikwah yang lain
mula tersungkur, pimpin la tangan mereka. Nasihati mereka dan ajaklah mereka.
Teruslah memacu laju bersama. Hanya untuk satu, untuk redha Dia. Bukan kerana
nama. Bukan untuk ukir jasa. Tapi untuk redha Allah.
-------------------
Ni gambar ikhwah Intec, skejap berkenalan, saya cinta benar sama mereka, fillah <3
Semoga Allah s.w.t meredhai usaha kita semua
2 comments:
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia di patuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Ukhuwwah Teras Kegemilangan
Inspektor, ana uhibbuka fillah <3
erk
taksub,
haha
Post a Comment