Courtesy of Madmie China
Antara
aktiviti kegemaran saya di waktu lapang, (eh ada waktu lapang?) adalah stalk
profil profil sahabat-sahabat yang sudah mampu berjalan di atas air di muka
buku. Aktiviti alam maya mereka pun cukup membangkitkan iman. Dan kadang-kadang
perkongsian alam maya mereka ini saya rasa memang ditujukan untuk saya, depa
dah agak saya akan stalk depa, atau
mungkin depa juga stalk saya. Wahaha. Ok fail.
Nak
dijadikan cerita,
Penemuan
terbaru untuk sesi stalking yang baru sahaja mengambil tempat kurang daripada
dua puluh empat jam daripada waktu entri ini ditulis, satu kata-kata yang cukup
membekas ke dalam jiwa, menusuk ke dalam hati yang paling dalam, menerjah ke
kamar fikiran lalu menjentik iman. Ewah.
“Many people talk a
lot, write a lot, but little did they remember. But every word counts, and
Allah never forget”
-WAH, 2013
Indeed,
very true.
We talk a
lot, write a lot, but yes little did we remember. Little did we remember what
we once uttered or wrote.
Saya rasa
orang yang paling banyak cakap dan tulis adalah para da’ie. Pendakwah. Sama ada
mereka ini mengajak kepada kebaikan mahupun kepada keburukan. But since kita
semua bercita-cita untuk mengajak orang ramai kembali Allah s.w.t maka
perbincangan hari ini merujuk kepada para pendakwah kebaikan, yang cuba sehabis
baik menggunakan setiap peluang yang terhidang, untuk bercakap dan menulis.
Bila jumpa
mikrofon, kita bagi tazkirah. Jumpa kawan di kedai mamak kita cakap, bagi
tazkirah. Kawan minta nasihat, kita bagi nasihat yang berbentuk tarbawi. Such a
good preacher. Kata-katanya penuh dengan unsur dakwah. Cakap lagi. Lagi dan
lagi.
Dalam
bulatan gembira, kita cakap lagi. Bagi nasihat. Bagi taujihat. Tu kalau satu
bulatan, kalau orang ada empat puluh enam bulatan, cakap lagi. Tu baru bulatan.
Tak termasuk yang bujur, segi tiga semua tu ha. Ok fail. Cakap dan cakap.
Dah penat
bercakap, tulis pula.
Di muka
buku, tulis tazkirah. Sms para mad’u, tazkirah lagi. Buat esei pun selitkan
tazkirah. Mari mengingati mati, contohnya. Kalau yang ada blog, website atau
apa-apa lagi aplikasi alam maya, bermacam-macam bentuk peringatan ditulis.
Tapi
sayang, little did we remember.
Sering
sekali kita lupa bahagian kita.
Dan kita
juga sering lupa bahawa Allah tak pernah lupa.
One day,
Allah reveals kan, every word. That’s why, every word counts.
Tidak
hairanlah, bila hari tersebut datang, ramai akan tercengang dan ternganga
seraya berkata;
“…Kitab apakah ini?! Tidak ada yang tertinggal,
yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya.”
-Al Kahfi :49
Mereka
bertanya, Ma lihazaal Kitab ?
Bertanya
kerana they didn’t remember what once they did. What once the talked and wrote.
They didn’t remember their part.
So adakah
kita begitu?
Kita lupa
dulu kita pernah bercakap soal kejujuran, tapi hari ini kita tidak berlaku
jujur.
Kita dulu
pernah bercakap tentang keikhlasan, tapi hari ini kita sendiri tidak ikhlas
Kita pernah
mengajak manusia ke jalan yang benar tapi hari ini jauh terpelosok ke lembah
kehinaan
Kita lupa,
banyak lagi.
Little did
we remember.
How could we practice if we do not even remember those words ?
How could we practice if we do not even remember those words ?
Ini cerita,
peristiwa bagi yang banyak cakap ke arah kebaikan. Banyak tulis ke arah
kebaikan. Bagaimana pula dengan banyak cakap ke arah keburukan ? Banyak tulis
ke arah keburukan?
Oh, little
did we remember.
That every
word counts, and Allah never forget.
Mari muhasabah, wahai para penyeru.
Inilah masanya. Kita belum terlambat.
Inilah masanya. Kita belum terlambat.
Because we
know, Allah never forget, but Allah too, forgives
:)
5 comments:
salam.
awak,tumpang lalu.
kte nak promote sikit.
kte ade jual aura white RM130 je.
free postage + shaker + 5 free gift.
kalau nak, contact kte ae.
Diba 012 7009100 :)
salam. banyak kali jugak kena lempang time baca entri yg ni. muhun share di fb ye. *tiada hasrat melempang org lain di fb, sekadar mahu share hehe*
diba : haaa ..err
K.A :
in sha Allah. moga Allah redha sama anda dan saya :)
exactly! me oso, selalu sgt lupa. bila encountered balik the verse, bila baca balik buku usrah, blogwalking, fb stalking, baru la teringat n feel sad. how sad... hah!
kikusputih :
Allah too, forgives :)
Post a Comment