"Kamu adalah umat
yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar, serta beriman dengan Allah"
(Ali Imran :110)
(Ali Imran :110)
Ayat di atas jelas merupakan jaminan bersyarat yang diberikan oleh Allah s.w.t, kepada umat Islam, bahawa mereka adalah umat terbaik sepanjang zaman selama sentiasa mampu mempertahankan eksistensi dakwah dalam kehidupan mereka. Kebaikan umat dakwah ini diperkuat oleh hadith Nabi Muhammad s.a.w,
“Kamu
melengkapi tujuhpuluh umat, kamulah yang paling baik dan paling muliadi sisi
Allah”
(HR Tirmidzi)
Tentu kesedaran memahami ayat di
atas secara saksama menumbuhkan semangat dan motivasi dakwah dalam kalangan
umat terbaik ini. Yang menarik dari susunan kalimat ayat di atas adalah
penyebutan kata "amar makruf dan nahi mungkar" yang merupakan esensi
dakwah didahulukan daripada penyebutan kata "iman kepada Allah
s.w.t".
Padahal iman kepada Allah s.w.t merupakan derajat tertinggi dan lebih dahulu keberadaannya. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar sendiri merupakan konsekuensi iman kepada Allah s.w.t.
Ini menunjukkan betapa pentingnya aktivitas amar makruf dan nahi mungkar, sekaligus merupakan perintah agar umat manusia siap mencurahkan segala potensi dan kemampuannya untuk mewujudkan kebaikan dan mencegah timbulnya kejahatan bagi umat manusia.
Padahal iman kepada Allah s.w.t merupakan derajat tertinggi dan lebih dahulu keberadaannya. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar sendiri merupakan konsekuensi iman kepada Allah s.w.t.
Ini menunjukkan betapa pentingnya aktivitas amar makruf dan nahi mungkar, sekaligus merupakan perintah agar umat manusia siap mencurahkan segala potensi dan kemampuannya untuk mewujudkan kebaikan dan mencegah timbulnya kejahatan bagi umat manusia.
Mengingat akan urgensi amar makruf dan nahi mungkar, maka
Allah s.w.t memerintahkan umat Islam untuk senantiasa melakukannya. Allah s.w.t
tidak hanya boleh memerintahkan, melainkan juga memberikan balasan berupa
keberuntungan dan kemenangan. Mendapat pengiktirafan sebagai golongan yang
terbaik daripada Allah merupakan keberuntungan yang tiada tolak banding lagi.
Malangnya apa yang berlaku hari ini, umat dakwah semakin
lesu. Kita punya da’ie, ada dakwah, ada tarbiyah, tapi kita tidak mampu
bercakap soal perkembangan. Cukup bercakap pada bicara “ada”.
Ganjaran yang dijanjikan tidak dilihat oleh umat manusia,
umat Islam khusunya mengakibatkan mereka tidak berminat untuk menggabungkan
diri dengan gerabak dakwah dan tarbiyah.
Umat yang terbaik ini, dilahirkan untuk manusia,
keseluruhannya. Dilahirkan untuk memimpin manusia, menunjukkan jalan amal dan
mencantas jalan kemungkaran lantas membawa kebaikan kepada seluruh alam. Itulah
peranan seorang muslim.
Kebaikan yang dianjurkan ini, merentasi sempadan-sempadan
kebangsaan, kenegeriaan, fanatism organisasi dan seumpamanya kerana jelas
perintah menghadapi manusia, secara total. Maka tidak patut timbul isu, geng
aku geng kau, jemaah aku jemaah kau, orang kampong kau bukan orang kampong aku
kerana para da’ie ditugaskan menyampaikan risalah kebenaran ke seluruh alam,
kepada setiap manusia. Bahkan jika ada manusia yang hidup di luar planet Bumi,
maka ke situ juga kita harus tuju!
Maka di harap sesi tadabbur ringkas kita pada ayat ini dapat
memberi satu nafas baharu yang bertiup ke dalam roh roh kita untuk terus tegar
berjuang atas jalan ini. Bukankah telah kita laungkan iltizam, bahawa kita roh
baharu dalam jasad ummah ?
Maka mari buktikan !
No comments:
Post a Comment